Thursday, August 30, 2007

Wednesday, March 14, 2007

Bila Khairy Meradang
Khazanah Pun Bengang?

GLCs kena buktikan bahawa mereka benar-benar peka keepada agenda Melayu. Khususnya setelah menantu Perdana Menteri meragui komitmen sesetengah GLCs terhadap agenda berkenaan.

Minggu lalu, Khairy Jamaludin marah-marah pada GLCs kerana CEO mereka tidak menghadiri Kongres Jihad Ekonomi anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem).

Kata Khairy, GLCs seolah-olah tidak berminat memperjuangkan agenda ekonomi orang Melayu.

Katanya lagi, ini mungkin disebabkan tafsiran GLCs bahawa orang Melayu hanya mahukan projek menerusi penganjuran sesuatu kongres.

Sebelum itu, bacalah petikan di bawah mengenai GLCs yang saya pinjam daripada http://www.khazanah.com.my/faq.htm#ques6

Government-Linkd Companies (GLCs)

GLCs are defined as companies that have a primary commercial objective and in which the Malaysian Government has a direct controlling stake. Controlling stake refers to the Government’s ability (not just percentage ownership) to appoint BOD members, senior management, make major decisions (e.g contract awards, strategy, restructuring and financing, acquisitions and divestments etc. ) for GLCs either directly or through GLICs.

Government-Linked Investment Companies (GLICs)?

GLICs are defined as Federal Government linked investment companies that allocate some or all of their funds to GLC investments. Defined by the influence of the Federal Government in: appointing/approving Board members and senior management, and having these individuals report directly to the Government, as well as, in providing funds for operations and/or guaranteeing capital (and some income) placed by unit holders. The definition currently includes seven GLICs: EPF, Khazanah, KWAP, LTAT, LTH, MKD and PNB.

Which companies are categorized as GLCs?

The category of GLCs comprises companies that are controlled by the respective State Governments and State-level agencies. This includes companies that the Government of Malaysia controls directly as its agencies such as Khazanah Nasional, MOF Inc., KWSP and Bank Negara Malaysia. Includes companies where GLCs themselves have a controlling stake, i.e. subsidiaries and affiliates of GLCs.

Oleh kerana GLCs adalah seperti yang terpapar dalam maklumat di atas, saya tabik kepada Khairy yang berani menegur GLCs. Saya juga bangga kalau semua pembesar-pembesar Pergerakan Pemuda UMNO lantang dan tegas sedemikian rupa.

Jagohan

Ini baru namanya pemuda jagohan. Jiwanya sentiasa mendidih, menggelgak dan membara dengan semangat bangsa. Tak ada lain niat. Tak ada niat yang serong. Tak ada hasrat yang tergeliat. Segala-galanya demi agama, bangsa dan negara.

Saya puji dan sokong Khairy jentik dan geletek [kalau boleh lempang dan tampar] sesetengah GLCs kerana segolongannya memang nampaknya kurang menghormati agenda Melayu.

Tapi, kita nak salahkan sapa? Nak salahkan ibu-ibu yang mengandungkan seluruh CEO GLCs? Tak usah. Zalim! Bukan semua CEO GLCs dah jadi kacang lupakan kulit. Segolongan mereka adalah anak-anak bangsa yang komited dan dedikasi! Contohnya adalah CEO PNB.

Jadi, nak salahkah CEO Khazanah Nasional Berhad? Kalau gitu, saya harap Khairy akan kemukakan banyak lagi soalan-soalan strategik mengenai CEO Khazanah Nasional ini.

Sebelum itu, kenalilah dulu Khazanah Nasional seperti yang terkandung dalam maklumat di bawah ini:

What does Khazanah Nasional do?

Khazanah Nasional is the investment holding arm of the Government of Malaysia where we are empowered as the Government's strategic investor. As trustees to the nation's financial assets, our main objective is to promote economic growth and make strategic investments on behalf of the Government which would contribute towards nation building in the long run.

Who owns Khazanah Nasional?

Save and except for one (1) share owned by the Federal Land Commissioner, all of the equity of Khazanah Nasional is owned by MOF (Inc), which is in turn owned by the Ministry of Finance. In essence Khazanah is a wholly owned entity of the Malaysian Government.

Who sits on the Board of Khazanah Nasional?

Khazanah Nasional has an eight-member Board comprising representatives from the public and private sectors.

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, the Honourable Prime Minister of Malaysia, is the Chairman of the Board.
- http://www.khazanah.com.my/faq.htm

Sahabat

Oleh itu, Khairy perlu bertanya kepada dirinya sendiri, bukankah CEO Khazanah Nasional [juga tauke Binafikir] adalah sahabat karib Khairy?

Bukankah Khazanah Nasional kini dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga bapa mertua Khairy? Benarkah Khazanah Nasional kini mengambil alih fungsi Unit Perancangan Ekonomi (EPU)?

Benarkah Khazanah Nasional kini lebih berpengaruh daripada EPU? Benarkah Khazanah Nasional banyak gunakan khidmat nasihat Ethos Consulting milik sahabat handai Khairy?

Singapura

Khairy juga perlu tegas dan bertanya, benarkah ura-ura Khazanah Nasional kini menggaji seorang wargangara Singapura sebagai ketua kepada salah satu bahagian pentingnya? Benarkah Khazanah Nasional juga menggunakan khidmat segolongan konsultan Amerika Syarikat?

Sekali lagi, saya sangat-sangat sokong Khairy bila dia bersuara mengenai GLCs seperti di atas. Kita perlu suara lantang seperti ini untuk menghantar mesej bahawa agenda Melayu jangan diperlekeh-lekehkan oleh sesiapa.

Tapi, saya harap Khairy berani bertanya secara ikhlas kepada Khazanah Nasional, siapakah arkitek utama kepada projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor? Khairy perlu pastikan, benarkah projek mega itu hasil perahan otak warganegara Singapura yang bertugas di Khazanah Nasional?

Temasek Holdings

Banyak lagi senarai pertanyaan yang Khairyu perlu kemukakan mengenai Khazanah Nasional dan GLCs. Sekadar berkata [sesetengah] “GLCs tidak serius” dan “ada kalanya ambil tidak endah jika perbincangan melibatkan Dewan Perniagaan Melayu atau orang Melayu”, belum cukup.

Khairy wajar mencari jawapan, benarkah Khazanah Nasional kononnya agak intim dengan Temasek Holdings daripada Singapura?

Khairy kena tanya CEO Khazanah Nasional dan segolongan CEO GLCs [majoritinya sahabat Khairy sendiri] mengapakah mereka seolah-olah tidak menghormati Perdana Menteri sebagai pengerusi Khazanah Nasional?

Saya harap Khairy berani mengemukakan seluruh persoalan di atas. Ini kerana Khazanah Nasional adalah satu agensi kerajaan yang mempunyai hasrat, visi dan misi yang murni seperti di bawah ini [petikan daripada http://www.khazanah.com.my/about.htm]:

Khazanah Nasional is a driving force in shaping selected strategic industries in Malaysia, nurturing their development and doing so with the objective of pursuing the nation's long-term economic interests.

As we move forward, Khazanah is entrusted to explore strategic investment opportunities in new sectors and new markets. We aim to manage our investment portfolio to realise its long-term potential, and at the same time investing in what we believe would be future winners.

Our current investments are distributed among various industries, mainly; finance, telecommunications, utilities, communication services, information technology and transportation. We are also venturing into other promising sectors with the vision to lead and develop strategic industries.

Vision and Mission

Khazanah will be regarded as a leading regional strategic investment house that drives superior corporate performance with high standards of achievement in sectors that are deemed strategic to the nation's economy. We are committed to building a globally competitive Malaysia by developing the right human capital and maintaining the highest professional ethics. We shall develop a high level of integrity and professionalism with the aim of earning the trust of those with and for whom we work.

Culture

We look to cultivate a team committed to nation building as its common bond. This culture defines us as individuals who, collectively, enrich the institution by energising it with ideas, expertise and talents that come from a myriad of disciplines.

Berasaskan seluruh maklumat di atas, saya harap Khairy telah membuat teguran terhadap GLCs secara ikhlas. Saya harap dia juga akan mengemukakan soalan-soalan di atas scara ikhlas, demi agama, bangsa dan negara.

Khazanah Nasional pula jangan jadi bengang bila Khairy naik berang. Kalau seluruh matlamat, visi dan misi seperti di atas dilaksanakan dengan komitmen penuh kepada bangsa dan negara, pasti tidak akan ada tuduhan-tuduhan bahawa sesetengah GLCs adalah umpama kacang lupakan kulit! – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 3:42 PM

No comments: