Thursday, August 30, 2007

Thursday, March 8, 2007

Singapura Sedia Tambah
Perbelanjaan Pertahanan
[Utusan Malaysia]

SINGAPURA 6 Mac - Singapura bersedia menambah perbelanjaan pertahanannya sehingga enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) republik itu, kata Menteri Pertahanannya, Teo Chee Hean.

Bagi tempoh lima tahun kebelakangan, bajet bagi pertahanan negara itu adalah antara 4.5 dan lima peratus, rendah sedikit daripada lima hingga 5.4 peratus bagi tempoh lima tahun sebelum itu, katanya.

"Kita ingin memaksimumkan keupaya¬an pertahanan kita daripada setiap dolar (Singapura) yang kita belanjakan untuk pertahanan," katanya di Parlimen.

KDNK Singapura pada tahun lepas berjumlah kira-kira S$209 bilion.

"Adakah bajet pertahanan mencukupi? Kementerian Kewangan memperuntukkan Mindef (Kementerian Pertahanan) dengan jumlah yang dimintanya. Saya tidak teragak-agak untuk meminta lebih jika saya berasa memerlukannya."

Chee Hean berkata, beliau yakin bahawa Kementerian Kewangan akan memberi lampu hijau untuk meningkatkan perbelanjaan sekiranya ada permintaan berdasarkan "komitmen bersungguh-sungguh untuk pertahanan negara ini."

"Dengan bijakberbelanja, kita akan terus dapat mengekalkan kewihawaan Angkatan Tentera Singapura (SAF), dan dengan itu, wujud keamanan dan keselamatan yang menjadi asas kepada kemajuan yang kita nikmati sejak 40 tahun lepas," katanya.
Mengenai isu sama ada perbelanjaan pertahanan Singapura itu besar atau mencukupi, beliau berkata: "Tidak masuk akal bagi sebuah negara kecil seperti Singapura mempunyai niat agresif terhadap negara lain."

"Kedudukan pertahanan kita dibentuk bagi mencegah campur tangan ketenteraan atau tekanan terhadap Singapura, dan is bertujuan mempertahankan diri jika daya ketahanan atau kepentingan nasional kita terancani. Keupayaan dan kesiapsiagaan SAF akan memastikannya," katanya.

Chee Hean memberitahu, negara lain di rantau ini juga memberi penekanan kepada sektor pertahanan.

Sambil memetik Perkhidmatan Penyelidikan Kongres Amerika Syarikat, beliau berkata bahawa dari tahun 2002 hingga 2005, lima negara di Asia terdiri China, India, Korea Selatan, Malaysia dan Pakistan, merupakan antara 10 negara membangun paling banyak mengimport senjata.

Beliau berkata, Singapura perlu menyiapkan dirinya untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal timbul akibat ketidaktentuan dan persekitaran strategik dan operasi yang kompleks.

Bernama

[Nota: Berita di atas tidak boleh diperolehi menerusi lamanweb http://www.bernama.com atau pun http://www.utusan.com.my. Sebab itu saya tidak dapat memaparkan links di sini. – Ruhanie]

Komen:

Berikut adalah beberapa berita dan links mengenai Singapura:

Despite Small Size, Peace And Prosperity, Singapore Is Heavily Armed:
http://www.sfdonline.org/Link%20Pages/Link%20Folders/Political%20Freedom/ap220800.html

Water Wars: Singapore Versus Malaysia
http://www.politics.ubc.ca/index.php?id=3436

Water Issue Could Spark Malaysia-Singapore Conflict: Report
http://www.singapore-window.org/sw02/020203af.htm

The Asian Balance Of Power
http://www.india-seminar.com/2000/487/487%20raja%20mohan.htm

Singapura Peragakan Senjata Moden : Utusan Malaysia 9 Ogos 2006

Menghadapi Ancaman Singapura
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2000&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_02.htm

Kita tidak takut dengan Singapura. Kita tidak cemburu dengan Singapura. Tetapi, kita kenalah curiga. Kita kenalah waspada. Kita kenalah berjaga-jaga setiap masa. – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 3:10 PM

No comments: