Thursday, August 30, 2007

Tuesday, April 24, 2007

Kisah Jual Maruah
Kepada Pensyarah (2)

Duapuluh hari yang lalu, Harian Metro menyiarkan kisah seorang pelajar perempuan di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) tempatan di Johor yang menyerahkan tubuh kepada pensyarahnya sebagai balasan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Empat hari yang lalu, Kosmo pula menyiarkan kisah seorang lagi pelajar wanita di sebuah IPT di Lembah Kelang, membuat laporan polis kerana dipaksa menyerahkan tubuhnya kepada pensyarahnya sebanyak dua kali, juga untuk lulus dalam peperiksaan.

Pelajar berkenaan adalah seorang kakitangan kerajaan yang mengikuti pengajian luar kampus. Pensyarah itu pula dalam lingkungan umur 36 tahun.

Komen:

Dalam kes di Johor, pelajar wanita berkenaan menyerahkan tubuhnya secara sukarela. Dia menggoda pensyarahnya kerana dia seorang kaki ponteng. Maruahnya digadaikan untuk menebus karenah negatif dirinya sendiri. Jadi, ini kes a willing seller to a reluctant buyer!

Kes di Lembah Kelang lain ceritanya. Pelajar wanita itu diugut scara halus untuk menyerahkan maruah dirinya kepada pensyarah terbabit. Jadi, ini kes a reluctant seller to a willing buyer!

Lantas, terusiklah jiwa saya untuk bertanya: adakah ini satu fenomena baru dalam dunia akademik tempatan ketika ini? Adakah kes ini sudah merebak luas di dalam senyap? Apakah pihak Kementrian Pengajian Tinggi akan hanya membisu seribu kata? Adakah satu siasatan menyeluruh mengenai gejala ini akan dilakukan dengan segera?

Kita jangan lupa. Sekarang ini era pemerintahan Islam Hadhari yang sedang dalam proses mencari Al-Ghazali. Jadi, apa nak tunggu lagi? Janganlah dibiarkan kudis jadi bernanah dan barah pula kian merebak menjadi-jadi! – Ruhanie Ahmad


Posted by mayaputera at 3:06 AM

No comments: