Thursday, August 30, 2007

Thursday, April 5, 2007

Ijazah Goda Pensrayah

KUALA LUMPUR: Ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perempuan dikesan sanggup menyerahkan tubuh kepada pensyarah semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan bagi mendapatkan diploma atau ijazah walaupun sering ponteng kuliah.

Siswi terbabit dikatakan terpaksa bertindak sedemikian kerana beranggapan sijil yang bakal diperoleh lebih berharga berbanding maruah diri.

Seorang bekas siswi sebuah IPT yang mengaku pernah menyerahkan tubuhnya kepada pensyarah mendakwa, dia sanggup mengorbankan maruah diri bagi memastikan lulus dalam peperiksaan, seterusnya memperoleh ijazah.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Farah, 26, berkata, bagaimanapun taktik itu ternyata memakan diri apabila dia tamat pengajian.

“Walaupun lulus dengan cemerlang, saya kini menghadapi masalah untuk bekerja kerana kekurangan ilmu akibat penipuan yang dilakukan ketika pengajian.

“Ketika masih menuntut, saya sering ponteng kuliah. Namun, berbekalkan wajah jelita, saya lulus cemerlang dengan bantuan pensyarah. Caranya cuma menurut kehendaknya walaupun terpaksa menyerahkan tubuh,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di sini.

Dipetik daripada Harian Mentro 2 April 2007
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/BeritaUtama/20070402085137/Article/indexm_html

Komen:

Moga-moga kes di atas jadi iktibar anak-anak muda Malaysia yang masih menuntut di IPT. Insaflah, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian, apa gunanya? – Ruhanie Ahmad.


Posted by mayaputera at 10:21 PM

No comments: