Orang Melayu Abaikan Hak
& Tanggungjawab Mengundi?
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 mulai dirasakan bahangnya. Tetapi, masih ramai rakyat Malaysia, majoritinya orang Melayu, yang layak mengundi, masih mengabaikan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat Ogos 2006, 70 peratus, atau 3.1 juta daripada 4.5 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi, tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi, adalah orang Melayu.
Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, sehingga akhir 2006, lebih 550,000 daripada 3.2 juta ahli UMNO di seluruh negara, masih belum mendaftar diri sebagai pengundi.
Hakikat di atas adalah serius. Mengapakah orang Melayu, termasuk ahli-ahli UMNO, seolah-olah mengabaikan hak dan tanggungjawab mereka dalam menentukan kekuasaan dan pemerintahan di negara ini?
Ada pihak menyalahkan kerajaan kerana tidak mewajibkan seluruh rakyat jelata yang mencapai usia 21 tahun supaya mendaftarkan diri sebagai pemilih atau pengundi.
Pihak lain pula berpendapat, orang Melayu yang mensia-siakan hak mereka untuk mengundi adalah kelompok yang beranggapan bahawa walau apa yang akan terjadi, pemerintahan di Malaysia tetap akan terus ditulangbelakangi oleh kuasa Melayu di masa-masa akan datang.
Lantaran itu, kelompok ini pun jadi selesa dan acuh tak acuh terhadap soal kekuasaan di negara ini. Lantaran itu juga, mereka pun gagal melaksanakan tanggungjawab untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih, dan sekaligus gagal melaksanakan hak mereka sebagai pengundi.
Anehnya, hari ini, kelompok acuh tak acuh ini banyak pula yang kecoh dan heboh mengkritik kepimpinan negara.
Mereka berkata, mereka berhak berbuat demikian kerana inilah salah satu kebebasan yang diberikan oleh sistem politik bertunjangkan demokrasi.
Memang betul bahawa sistem demokrasi memberikan kebebasan untuk bersuara kepada rakyat jelatanya.
Tetapi, kemuncak kebebasan rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia adalah melaksanakan hak untuk mengundui dalam sesuatu PRU atau Pilihan Raya Kecil (PRK).
Oleh itu, segeralah laksanakan tanggungjawab anda untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi. Sesudah itu, laksanakanlah hak anda untuk mengundi dalam sesuatu PRU atau PRK.
Kalau tidak, nanti anda akan dicap sebagai golongan rakyat Malaysia yang bertindak seperti anjing menyalak bukit. Tekak naik serak, bukit terus berdiri tegak.
Kalau tidak, nanti orang akan tuduh anda sebagai kelompok rakyat yang hanya cakap berdegar-degar, tapi najis tersangkut di gelgar!
Oleh itu, demi negara, daftarkanlah diri anda sebagai pemilih dengan seberapa segera.
Dan, demi negara juga, laksanakanlah hak anda sebagai pengundi yang bijaksana dalam sesuatu PRU atau PRK. - Ruhanie Ahmad
Posted by mayaputera at 1:52 PM

No comments:
Post a Comment