Thursday, August 30, 2007

Thursday, March 22, 2007

Mutiara Budi Arshad Ayub

Utusan Malaysia hari ini memaparkan satu cerita mengenai Tan Sri Dr. Arshad Ayub. Beliau adalah seorang pejuang yang tidak jemu-jemu menaburkan jasa, budi, khidmat dan baktinya kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Belian sungguh gigih dalam arena pembinaan modal insani. Ini kerana beliau, sebagai seorang anak kampung, adalah amat prihatin terhadap masa depan pemudi-pemudi di kampung-kampung, di era awal pasca-merdeka.

Beliau amat yakin bahawa anak-anak kampung yang kurang cemerlang di peringkat peperiksaan Senior Cambridge atau Malaysian School Certificate [untuk pelajar tingkatan lima di era awal pasca penjajah] boleh jadi cemerlang jika diberikan peluang kedua oleh pihak kerajaan.

Lantas beliau pun mempelopori kewujudan Kolej RIDA, yang kemudiannya bertukar nama kepada Kolej MARA, dan seterusnya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA. Ketiga-tiga institusi pendidikan Melayu-Bumiputra inilah yang kemudiannya ditransformasikan kepada UiTM.

Hasilnya, lahirlah beratus ribu tenaga professional Melayu-Bumiputera dalam pelbagai bidang – pentadbiran awam, pengurusan perniagaan, perbankan, kejuruteraan, senibina, juru ukur bahan, statistik, sains komputer, actuaries, insurans, transport, pelancongan, undang-undang, komunikasi massa, perakaunan dan lain-lainnya.

Maka lahirlah nama-nama besar seperti Datuk Salleh Majid [BSKL], Tan Sri Mohd. Salleh Sulong [HICOM], Tan Sri Ahmat Kama Piah [PNB], Wan Mohd. Fusil [IBM] dan lain-lainnya.

Di samping itu, beratus ribu lagi graduan ITM dan UiTM yang kini jadi tulangbelakang kepada pembangunan negara di sektor awam dan swasta. Mereka berada dalam GLC dan multinasional. Ramai juga graduan ITM yang kini jadi warga korporat dan jutawan.

Lantaran itu, memang layak sekali Tan Sri Arshad diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Mutiara Budi - satu pengiktirafan tertinggi Kementerian Kewangan atas jasa besar beliau dalam merangka dasar-dasar kewangan negara, perancangan ekonomi, perusahaan pertanian dan pembangunan wilayah sejak tiga dekad lalu.

Tan Sri Arshad, kaulah satu-satunya jauhari yang mengenal ma’nikam. Kami, seluruh Maracongs [sebut Marakongs], termasuk saya, Maracong batch 13 Mei 1969, merakamkan setinggi-tinggi tahniah, syabas dan terima kasih kepada Tan Sri Arshad. Tanpa pengorbanan dan perjuanganmu, mungkin majoriti kami hanya jadi generasi penunggu desa sepanjang hayat.

Kisah Tan Sri Arshad sepenuhnya dalam Utusan Malaysia hari ini boleh diakses menerusi link di bawah ini:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_07.htm

– Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 12:18 PM

No comments: