Thursday, August 30, 2007


Monday, March 5, 2007

Terowong Rahsia Di Tambak Johor:
Lapan Kaki Tinggi, 11.5 Kaki Lebar

Misteri terowong rahsia yang dibina oleh British di bawah Tambak Johor kini jadi semakin jelas kisahnya.

Seorang aktivis masyarakat di Johor Bahru, hari ini menghubungi http://www.mayaputera.blogspot.com/. Beliau memberikan beberapa perincian mengenai terowong berkenaan.

Katanya, kisah terowong itu terdapat dalam antara 95 fail mengenai “kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak Johor.”

Katanya lagi, antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya.

Tambahnya, dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah untuk kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura.

Tetapi, katanya, berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat Teberau seperti yang wujud pada hari ini.

“Oleh itu, tak ada siapa yang kini tau mengenai kegunaan semasa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu.

“Sebab itulah juga anak-anak Johor yang tau hal terowong ini sangat-sangat kecewa bila Jambatan Bengkok dibatalkan pembinaannya,” katanya.

Seorang lagi pembaca http://www.mayaputera.blogspot.com/ pula menyatakan bahawa di dalam terowong berkenaan ada tersimpan berpeti-peti “mangga.”

Saya minta dia menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan “mangga.” Tetapi, pemanggil itu sekadar menyatakan bahawa pemerintah Malaysia sepatutnya tahu mengenainya.

Tetapi, walau apa pun yang tersimpan di dalam terowong tersebut, hati kecil saya tertanya-tanya: macam mana kalau ada pihak-pihak tertentu kini menggunakan terowong itu untuk sesuatu operasi pengintipan dan sebagainya?

Suara hati kecil saya ini mungkin merupakan satu kebimbangan yang tidak berasas. Tetapi, bila kita mengenangkan kelicikan sesetengah pihak tertentu mutakhir ini, siapakah yang boleh mempastikan kegiatan seperti ini tidak akan berlaku?

Mungkin juga akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowong berkenaan disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan Malaysia, maka Tun Dr Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan dengan sebuah jambatan.

Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada pihak-pihak tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek itu dibatalkan. Mungkinkah begitu hakikatnya?

Oleh itu, saya harap pihak pemerintah Malaysia akan mempastikan kewujudan terowong rahsia ini. Selepas itu, pastikan pula ianya tidak dicerobohi oleh mana-mana anasir yang berniat jahat terhadap Malaysia. – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 6:39 AM


Terowong Rahsia Di Tambak Johor:
Beberapa Pihak Tau Kewujudannya


Kewujudan satu terowong rahsia di bawah Tambak Johor adalah benar.

http://www.mayaputera.blogspot.com/ difahamkan, beberapa pihak tertentu di Malaysia sudah pun tahu akan adanya terowong berkenaan.

Mantan Perdana Mentri, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga dipercayai mengetahui kewujudan terowong tersebut.

Oleh itu, benarlah kenyataan penulis yang memakai nama pena Ketua Perusuh, dalam lamanweb marh@ein dan lamanweb ketua perusuh, yang dipetik oleh blog ini semalam.

Persoalannya sekarang, adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, juga tahu akan kewujudan terowong berkenaan?

Sebagai rakyat Malaysia, pastinya kita terperanjat dan teruja dengan kisah ini. Tetapi, eloklah kita serahkan kes ini kepada pihak pemerintah untuk menanganinya.

Apa yang boleh kita buat ketika ini cuma tunggu dan lihat sahaja perkembangan kisah ini seterusnya. – Ruhanie Ahmad


Posted by mayaputera at 1:07 PM

No comments: