Thursday, August 30, 2007

Tuesday, April 3, 2007

Rasuah Serah Tubuh

KUALA LUMPUR: Tindakan pelajar perempuan institut pengajian tinggi (IPT) menyerahkan tubuh kepada pensyarah sebagai balasan untuk mendapat keputusan cemerlang boleh dianggap rasuah membabitkan seks selain mencemar nama baik institusi pendidikan.

Pengarah Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Profesor Dr Mohd Tajudin Ninggal, berkata tindakan pelajar terbabit boleh dianggap permulaan untuk terjebak dengan gejala rasuah pada peringkat remaja dan akan berulang sekiranya tidak dibendung.

Beliau berkata, kegiatan itu boleh menjejaskan prestasi mereka dalam akademik kerana pensyarah memberikan kelulusan secara mudah tanpa menilai keputusan dalam peperiksaan.

“Penuntut universiti harus memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran dan mengelakkan menggunakan taktik kotor kerana ia akan memberi kesan negatif kepada diri sendiri.

“Mereka yang sanggup menggadaikan maruah kepada pensyarah sebenarnya berfikiran cetek dan tidak bertamadun untuk mendapat keputusan cemerlang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dipetik daripada Harian Metro 3 April 2007
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Setempat/20070403130829/Article/indexm_html

Komen:

Berita di atas adalah salah satu contoh kebokrokan moral di kalangan segelintir generasi muda kita. Ia juga contoh kepada tahap komitmen segelintir para pensyarah terhadap misi pembinaan generasi muda Malaysia yang akan bertarung dalam dunia kehidupan serba mencabar di abad ke-21.

Oleh itu, falsafah serta dasar pendidikan nasional wajar dikaji dan dikemaskini dari semasa ke semasa supaya aspek pembangunan insan menerima fokus yang sama pentingnya dengan aspek pembelajaran dan penjanaan ilmu pengtahuan. – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 1:46 PM

No comments: