Tuesday, May 1, 2007
Malaysia Negara Biasa?
KITA sudah tentu maklum dengan kenyataan menteri mentor Singapura Lee Kuan Yew yang mengatakan bahawa Malaysia adalah negara biasa. Diberitakan juga bahawa bukan Malaysia sahaja yang dikaitkan malah Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Australia, Denmark, dan New Zealand.
Mungkin jika diberikan peluang mungkin seluruh negara di dunia ia dikatakan biasa kecuali Singapura. Kenyataan tersebut tentu mengundang pelbagai reaksi dari negara-negara yang telah dikaitkan oleh beliau.
Dikatakan juga bahawa Singapura memerlukan sebuah kerajaan bergred tinggi dan republik itu beria-ia untuk mendapatkan pemimpin yang ‘bergred tinggi’ juga. Atau dengan kenyataan tersebut menunjukkan bahawa negara-negara selain Singapura mempunyai pemimpin yang bergred rendah jika dibandingkan dengan Singapura sehingga kenaikan gaji menteri-menterinya amat wajar. Atau penduduk-penduduk negara lain tidak kisah pun kenaikan gaji menteri-menteri Singapura; lebih-lebih lagi kenaikan gaji pemimpin-pemimpin di negara mereka sendiri jika kewajaran yang diberikan sudah cukup diterima berbanding penduduk Singapura.
Kata-kata pemimpin ini “masalah yang kita hadapi sekarang ialah bagaimana hendak menarik lebih banyak pemimpin berbakat, bagaimana hendak mencari dan memujuk yang terbaik ini ke Parlimen” sudah cukup membayangkan bahawa mereka sudah melihat akan kelesuan tenaga baru untuk memimpin. Mungkin inilah yang menjadikan Singapura negara luar biasa – apabila pemimpin yang baik perlu dipujuk untuk memimpin.
Kita semua akui bahawa Malaysia adalah negara biasa sepertimana negara-negara yang dikaitkan oleh pemimpin ini. Ini kerana jika diperhatikan bahawa setiap negara tersebut mempunyai kekuatan yang unik terutamanya dari kekuatan perancangan ekonomi. Saya bangga menjadi negara yang biasa kerana di situlah terletak kemakmuran dan bukannya negara luar biasa yang menuju ke arah kecelaruan kepimpinan. Saya berpada dengan apa yang ada tetapi pemimpin saya yang berpada itu memimpin saya untuk lebih maju ke hadapan bersama-sama beliau. Saya berusaha bukan dalam keterpaksaan tetapi dengan rela hati saya.
Berapa ramai orang di sana bekerja kerana terpaksa dan mengikut undang-undang pun kerana terpaksa. Di samping itu pula saya pasti bahawa ramai rakyat Singapura begitu gembira apabila berada di negara yang biasa ini dari negara luar biasa. Kami rakyat Malaysia malah mengundang mereka ke sini sebagai pelancong dan juga jiran tetangga. Kami juga menjemput mereka untuk sama-sama hadir merayakan ulang tahun kemerdekaan ke-50 tahun negara Malaysia yang biasa ini. Anda semua tetamu biasa kami dengan makna sering ke sini dan bukannya biasa yang diistilahkan melukut di tepi gantang. Silakan ke Malaysia. - Oleh KHAIRUL ANUAR MASUAN, dipetik daripada Utusan Malaysia, 26 April 2007.
Komen:
Tulisan di atas adalah respons kepada kenyataan Lee Kuan Yew baru-baru ini. Saya telah menyatakan komen saya dalam www.roncyberprince.blogspot.com .
Dalam komen itu saya tanyakan kepada Lee Kuan Yew, bukankah Malaysia yang disifatkan sebagai “negara biasa” inilah yang telah sekian lama membekalkan air bersih kepada Singapura?
Tidak mungkinkah kalau Malaysia “negara biasa” ini tidak membekalkan air kepada Singapura, maka rakyat negara itu akan menerima bekalan air longkang dan air najis yang dikitar semula?
Saya juga bertanya, bukankah Malaysia “negara biasa” inilah juga yang menjadi pembekal kepada seribu satu jenis keperluan Singapura, termasuk komoditi pertanian dan petroleum, yang menjadikan negara itu maju dengan perdagangan antarabangsa dan industri kewangannya?
Saya juga katakan bahawa Lee Kuan Yew tidak sepatutnya melabelkan jiran-jirannya sebagai “negara biasa” kerana seluruh jirannya dalam ASEAN mempunyai kelebihan dan kekuatan strategiknya yang tersendiri untuk menyumbang kepada keamanan di rantau ini.
Apa pun, inilah Singapura. Malaysia kebelakangan ini kelihatan amat intim sekali dengan negara ini. Sehinggakan sebahagian kawasan di selatan Johor pun dibuka dan dimajukan seolah-olah menjadi sebagai kawasan lanjutan kepada pulau berkenaan.
Apa yang dilakukan oleh kepimpinan negara kita dalam hal ini memang tidak salah. Tetapi awas, janganlah sampai kera di hutan disusukan, dagang lalu ditanakkan, sementara ayam di reban mati kelaparan, itik di air mati kehausan, dan anak di rumah mati kebuluran! – Ruhanie Ahmad
Posted by mayaputera at 10:50 PM

No comments:
Post a Comment