Thursday, August 30, 2007

Friday, March 9, 2007

WPI Tak Boleh Laksanakan
Dasar-Dasar Bumiputera?

Di bawah ini saya petik satu artikel daripada ruang Komentar Berita Harian Singapura, 5 Mac 2007. Jodol artikel itu adalah: SEDUTAN MAKALAH AKHBAR MALAYSIA, NANYANG SIANG PAU, MINGGU LALU. JOHOR BOLEH MANFAATKAN 'KEKUATAN' SINGAPURA

Artikel sepenuhnya boleh dibaca menerusi link berikut:
http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,91738-1173131940,00.html?

Antara lainnya, artikel yang dikatakan di sedut daripada Nanyang Siang Pau Malaysia itu menyenaraikan intipati berikut:

* Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, memberikan sokongan penuh terhadap projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

* Kesanggupan Malaysia menyifatkan Johor Selatan sebagai 'Shenzhen' kepada Singapura bermakna Singapura akan mempunyai 'tanah besar' bagi pengembangan ekonominya.

* Ada pihak yang memberi tafsirkan berlainan berkaitan konsep 'Hongkong + Shenzhen' ini. Mereka akan bertanya: 'Apakah Singapura akan 'menelan' 'Shenzhen' atau Singapura akan 'ditelan' 'Shenzhen' ini?'

* Faktor yang akan menentukan kejayaan WPI adalah satu dasar berani dan terbuka kerajaan Malaysia untuk menghapuskan dasar bumiputera di zon ekonomi khas ini.

Komen:

Benarkah artikel di atas memang dipetik daripada akhbar Nanyang Siang Pau, Malaysia?

Dalam soal Johor Selatan sebagai “Shenzhen” dan Singapura sebagai “Hong Kong”, siapakah yang akhirnya akan menelan siapa?

Adakah rakyat jelata Malaysia setuju bahawa WPI akan berjaya jika kerajaan Malaysia “menghapuskan dasar bumiputera di zon ekonomi khas ini”?

Apa pendapat anda kalau artikel di atas memang dipetik daripada Nanyang Siang Pau Malaysia? Apa pula pendapat anda kalau artikel berkenaan bukan dipetik daripada akhbar Malaysia?

Benarkah WPI hanya akan berjaya jika kerajaan Malaysia tidak melaksanakan dasar bumiputera di zon berkenaan? – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 12:56 AM

No comments: