Thursday, August 30, 2007

Monday, April 2, 2007

Gerakan
Sudah Melampau
Dan Biadap

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Haji Asmuni Awi, menyifatkan kenyataan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Tan Kee Kwong, yang meminta Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussaini Zakaria, dipecat sebagai perbuatan yang melampau dan biadap.

“Apa haknya untuk meminta Mufti Perak itu dipecat, ia tidak ada kena mengena dengan Gerakan atau orang bukan Islam.

“Kedudukan Mufti adalah jawatan yang tertinggi dalam Islam, mereka merupakan orang yang paling dihormati kerana keilmuannya dan orang yang paling berkelayakan untuk membuat fatwa,” tegasnya.

Menurutnya, Gerakan tidak sewajarnya cuba menyentuh, 'menghina' dan 'merendah-rendahkan' kedudukan mufti berkenaan.

"Kuasa melantik atau memberhentikan mufti terletak di bawah kuasa Sultan Perak, kerana itu Gerakan Wilayah Persekutuan tidak wajar mencampuri hak dan kuasa Sultan selaku Ketua Agama Negeri.,” katanya.

Haji Asmuni menggesa Gerakan menarik balik usul berkenaan yang telah diluluskan pada Konvensyen Parti Gerakan Wilayah Persekutuan. Beliau juga memberi amaran kepada Gerakan jangan sesekali cuba menyentuh istitusi agama Islam.

Dipetik daripada Harakahdaily
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=3568

Posted by mayaputera at 10:24 PM

No comments: