Thursday, August 30, 2007

Saturday, March 24, 2007

Sindrom Apa Nak Jadi
Dan Tak Boleh Jadi
Memang Dah Menjadi!

Majoriti warga Johor kebelakangan ini diserang sindrom jadi, tak jadi, apa nak jadi, tak boleh jadi dan betul-betul menjadi, secara menjadi-jadi.

Sindrom ini terjadi akibat kedolak-dalikan dasar dan pendirian kerajaan pusat yang kian menjadi-jadi.

Ia juga terjadi akibat anjakan paradigma dasar kebumiputraan kerajaan dalam konteks pembangunan mega di Johor yang agak menjadi-jadi.

Mula-mula kerajaan pusat cadang nak bina jambatan ganti causeway di Johor Bahru. Kata kerajaan, jambatan lurus, herot atau bengkok, pun taka pa. Asalkan jadi. Lepas tu, projek jambatan itu dibatalkan.

Maka, sebilangan besar warga Johor pun tertanya-tanya: apa dah jadi dan apa nak jadi? Golongan yang marah pula berkata: ini tak boleh jadi!!!

Lepas tu, kerajaan pusat buat projek mega. Mula-mula, gunakan nama South Johore Economic Region (SJER) atau Wilayah Ekonomi Johor Selatan (WEJS). Lepas tu, tukar kepada nama Wialayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau Iskandar Developmnt Region (IDR).

Maka rakyat Johor pun kehairanan dan bertanya: apa dah jadi? Golongan yang marah-marah kerana penggunaan nama DYMM Sultan Johor pula mengeluh: hai, ini tak boleh jadi!!

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina pula menggagaskan supaya WPI tidak memasukkan elemen-elemen kebumiputeraan dalam proses pelaksanaan projek itu. Tulisan itu diceduk pula oleh Berita Harian Singapura.

Saya kata, ini mana boleh jadi? Lantas, saya pun muatkan gagasan akhbar Cina itu ke dalam blog mayaputera. Intisari kepada reaksi blog itu ialah: ini tak boleh jadi!!

Dua tiga hari yang lalu, Tan Sri Musa Hitam, Pengerusi Panel Penasihat WPI pula buat kenyataan yang seolah-olah senada dengan gagasan akhbar Cina berkenaan.

Maka, majoriti rakyat Johor pun terkejut. Kebanyakannya berpendapat bahawa anjakan paradigma ini belum sampai masa dan ketikanya.

Merka pun hairan, macam mana anjakan macam ni boleh terjadi. Golongan yang kecewa dan marah pula mengeluh: dasar macam ni mana boleh jadi???

Semalam, sewaktu ramai rakyat Johor diserang sindrom jadi, tak boleh jadi, dan mana boleh jadi yang kian tenat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pula berkata seperti di bawah ini:

Kerajaan tetap mengambil kira kepentingan bumiputera dalam pembangunan WPI di Johor walaupun kelonggaran diberikan kepada pelabur asing di kawasan berkenaan. Ini kerana keupayaan masyarakat bumiputera dalam bidang perniagaan dan perindustrian telah meningkat dan JIKA TERDAPAT PELUANG TERTENTU di WPI, mereka boleh mengambil bahagian. – Dipetik daripada Utusan Malaysia 23 Mac2007.

Jadi mana kita semua? Kenyataan di atas boleh jadi ke tak boleh jadi? Kenyataan di atas bukankah sah bahawa anjakan paradigma mengenai polisi kebumiputeraan dalam WPI memang betul-betul dah menjadi?

Entahlah. Apa dah jadi ni? Mana boleh jadi ni? Macam mana hal-hal seperti di atas kini makin menjadi-jadi? Adakah ini buktinya bahawa impian jiran kita di selatan sana memang benar-benar dah menjadi?

Kalau macam ni, mana boleh jadi? Kalau tak boleh jadi, kita rakyat Johor ni apa nak jadi? Diam, membisu dan biarkan saja perkembangan ni jadi semakin menjadi-jadi? Fikirkan sendiri, apa yang harus terjadi!! – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 3:22 PM

No comments: