Thursday, April 12, 2007
Bahaya Neoimperialis Budaya
Pada Generasi Muda Malaysia
[Bahagian Akhir]
Oleh Ruhanie Ahmad
Gerakan neoimperialisme budaya, lazimnya digandingi oleh gerakan neoimperialisme ekonomi. Namun begitu, neoimperialisme budaya nampaknya kurang dipandang serius oleh majoriti umat manusia, khususnya generasi mudanya.
Zbigniew Brzezinski, bekas Setiausaha Pertahanan AS, dalam bukunya The Choice, menghuraikan hakikat ini secara panjang lebar.
Menerusi huraian tersebut, beliau seolah-olah memberikan gambaran bahawa neoimperialisme budaya yang dilaksanakan oleh kuasa-kuasa Barat, kini memang telah menghasilkan “revolusi budaya” di seluruh dunia.
Brzezinski juga mengatakan bahawa revolusi budaya secara global ini, “kini sedang mendefinisikan semula resam masyarakat, nilai-nilai budaya, perilaku seks, citarasa peribadi dan harapan material, hampir keseluruhan generasi muda di serata dunia.”
Katanya lagi, “tiada sebuah benua, dan mungkin juga tiada satu pun negara di dunia ini, yang mempunyai kekebalan untuk menangkis” proses pendefinisian semula gaya hidup ini.
Lantaran itulah maka MTV (program aneka muzik remaja) dengan 32 saluran, VHI (saluran muzik untuk generasi bukan remaja), dan Nickleodeon (saluran program kanak-kanak), kini mempunyai satu billion penonton di seluruh dunia.
Memikat
Saluran-saluran TV seperti ini, amat memikat hati kanak-kanak dan golongan remaja. Secara tidak langsung, program-program seperti ini berjaya membentuk serta mempengaruhi sikap, persepsi dan perilaku para penontonnya terhadap budaya yang diperjuangkan oleh kuasa-kuasa Barat.
Budaya Barat juga kian merebak menerusi internet. Hakikatnya demikian kerana 70 peratus daripada laman web di seluruh dunia adalah berpangkalan di negara-negara Barat.
Hakikat ini menjadikan usaha membanteras elemen-elemen negatif yang disalurkan menerusi neoimperialisme budaya jadi semakin sukar.
Dalam pada itu, kapitalis dan usahawan dari sesetengah negara Barat yang memperkenal dan mengendalikan perisian seperti ini terus mengaut keuntungan yang sentiasa berlipat ganda daripada “revolusi budaya” yang dilaksanakan menerusi gerakan neoimperialisme.
Hakikat seperti di atas wajar diperincikan oleh semua pihak, khususnya warga dunia di benua Asia, termasuk di Malaysia.
Ini kerana Asia terkenal dengan nilai-nilai murninya. Lagi pun, Asia juga merupakan benua yang mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai berbanding benua-benua lain.
Contohnya, penduduk Asia pada tahun 1900 adalah seramai 947 juta, pada tahun 2000 seramai 3.673 billion, dan pada tahun 2020 dijangkakan seramai 4.582 billion, atau 60 % daripada keseluruhan warga jagat. Afrika hanya mempunyai penduduk seramai 133 juta pada tahun 1900, 794 juta pada tahun 2000, dan 1.231 billion (16 %) pada tahun 2020.
Dominasi
Amerika Latin mempunyai 74 juta penduduk pada 1900, 519 juta pada 2000, dan 664 juta (9 %) pada 2020. Eropah mempunyai penduduk seramai 408 juta pada 1900, 727 juta pada 2000, dan 695 juta (9%) pada 2020. Amerika Utara pula hanya mempunyai 82 juta penduduk pada 1900, 314 juta pada 2000, dan 370 juta (5%) pada tahun 2020.
Statistik terbitan PBB pada tahun 1999 ini membuktikan bahawa penduduk Eropah dan Amerika Utara kian berkurangan, dari 30% pada 1900, kepada 17% pada tahun 2000, dan semakin merosot kepada hanya 14% pada tahun 2020. Biar pun begitu, sebuah negara maju tertentu di Amerika Utara, nampaknya terus berazam untuk mendominasi budaya dunia pada tahun 2020.
Sebab itulah negara berkenaan sedang memperhebatkan seluruh bentuk neoimperialismenya, termasuklah neoimperialisme budaya, ke atas benua Asia mulai 2001.
Matlamatnya utamanya adalah untuk mempastikan kebangkitan China tidak akan merobah status quo atau kedudukan negara berkenaan yang kini merupakan kuasa neoimperialisyang tunggal, terunggul, paling perkasa, dan amat digeruni di dunia ini.
Matlamat keduanya adalah supaya Asia terus menjadi pembekal bahan-bahan utama, seperti minyak dan gas cecair asli, di samping menjadi pasaran utama bagi produk keluaran negara-negara maju.
Berasaskan hakikat di atas, wajarlah kita sentiasa waspada. Jangan kita keterlaluan dalam berhibur. Jangan kita keterlaluan dengan gaya hidup bebsas. Jangan kita terjebak dengan budaya hedonistik. Kita rakyat Malaysia. Kita boleh berfikiran global. Tetapi, di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.
Posted by mayaputera at 3:11 AM

No comments:
Post a Comment