Thursday, August 30, 2007

Monday, March 26, 2007

Kontroversi
Tun Musa Hitam
Bahagian Satu:

Dasar Kebumiputeraan
Dilema Abad Ke-21?

Oleh Ruhanie Ahmad

Dasar-dasar kebumiputeraan digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sejak awal 1970-an. Kini ia seolah-olah menjadi satu daripada dilema kepada rakyat serta pembesar-pembesar Malaysia di abad ke-21.

Majoriti rakyat jelata bukan Melayu-Bumiputera dikatakan akan berasa lega kalau dasar-dasar ini diketepikan. Selama ini mereka dibelenggu persepsi bahawa dasar-dasar ini menindas mereka.

Biarpun dasar-dasar ini bersumberkan Perlembagaan Malaysia, bertujuan membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat Malaysia yang lebih 400 tahun dibelenggu kolonialis, rakyat bukan Melayu-Bumiputra tetap menyifatkan dasar-dasar tersebut sebagai tidak adil.

Merka terus mempersoalkan, sama ada secara terang-terang atau secara tersirat, mengapakah rakyat Melayu-Bumiputera mesti diperuntukkan kuota 30 peratus dalam pembahagian kekayaan ekonomi negara.

Kouta 30 peratus ini tidak diambil daripada kekayaan yang sudah dimilikki oleh bukan Melayu-Bumiputera sejak sebelum merdeka. Tetapi ditetapkan menerusi expansion atau pengembang kek ekonomi negara di era merdeka.

Polarisasi

Namun begitu, dasar-dasar ini terus dipertikaikan sepanjang masa. Pada suatu ketika dulu, akibat eksploitasi pihak-pihak tertentu, dasar-dasar ini kononnya jadi salah satu punca polarisasi kaum di Malaysia.

Anehnya, pihak-pihak yang mengeksploitasikan dasar-dasar ini tidak pernah mempersoalkan kenapa 70 peratus daripada kek ekonomi Malaysia moden adalah diperuntukkan kepada bukan Melayu-Bumiputera dan pihak asing.

Hakikat dan latarbelakang di atas menyebabkan majoriti orang Melayu-Bumiputera jadi amat cemburu, khuatir, bimbang dan marah kalau ada mana-mana pihak yang mempertikaikan dasar-dasar kebumiputeraan di negara ini.

Hakikat dan latarbelakang di atas menyebabkan majoriti Melayu-Bumiputera jadi lebih berang dan emosi kalau ada pihak-pihak Melayu-Bumiputera sendiri yang mempertikai atau mengancam dasar-dasar kebumiputeraan ini.

Sebab itulah Tun Musa Hitam yang menyarankan idea supaya dasar-dasar kebumiputraan dipinggirkan dalam usaha kerajaan membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar, telah menerima kritikan, kecaman dan bangkangan yang agak serius daripada segolongan Melayu-Bumiputra ketika ini.

Lantaran itulah tercetus tuduhan bahawa Tun Musa derhaka kepada bangsanya sendiri dan mengkhianati aspirasi prjuangan Melayu-Bumiputera di negara yang merdeka dan berdaulat ini.

Ultra

Sebab itulah juga Tun Musa yang pernah digelar sebagai Melayu ultra di era kemunculan dasar-dasar kebumiputeraan di awal tahun 1970-an, kini disifatkan sebagai kacang lupakan kulit atau bertindak ke arah menggadaikan maruah Melayu-Bumiputera dan kedaulatan negara kepada pihak-pihak asing yang diundang untuk membawa pelaburan besar-besaran ke WPI.

Tun Musa tidak boleh kecil hati atau kesal dengan reaksi dan cetusan yang sedang menggelegak di kalangan rakyat jelata ketika ini. Sepatak kata orang tua-tua: sebab pulut santan biasa, sebab mulut badan binasa!!

[Contoh-contoh rasa kecewa dan kemarahan segolongan rakyat Melayu-Bumiputera terhadap Tun Musa dalam blog ini boleh diaksess menerusi link di bawah ini:]

https://www2.blogger.com/comment.g?blogID=29933783&postID=7736352244511754111

https://www2.blogger.com/comment.g?blogID=29933783&postID=2305224614664881160

https://www2.blogger.com/comment.g?blogID=29933783&postID=1648173672555139254

Kecewa

Tetapi, Tun Musa juga kena insaf bahawa kemarahan dan reaksi negatif terhadap kenyataan beliau hari ini, sebenarnya merupakan satu ledakan perasaan yang telah mula menyemarak dan membara sejak sebilangan rakyat jelata resah, kcewa dan dikatakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri mutakhir.

Ini bermakna bahawa idea Tun Musa untuk meminggirkan dasar-dasar kebumiputraan di WPI, yang beliau sifatkan sebagai berniat baik,[tetapi mungkin belum tepat waktunya], adalah pemangkin terakhir yang meledakkan kekecewaan dan kemarahan segolongan Melayu-Bumiputra sekarang ini.

Agaknya, inilah akibatnya satu perancangan projek mega kerajaan mutakhir yang tidak dikendalikan oleh Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) negara. Agaknya!! - [bersambung dalam bahagian dua]

Posted by mayaputera at 12:52 AM

No comments: