Friday, December 28, 2007

Ruhanie Tanding PRU 12
Atas Tiket Parti Keadilan?

Masyarakat dalam Parlimen Parit Sulong sedang digemparkan dengan ura-ura saya (Datuk Ruhanie Ahmad) akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Berita ini menyebabkan seorang Pegawai Polis Cawangan Khas (SB) bahagian politik di Pejabat Polis Daerah Batu Pahat menghubungi saya untuk mendapatkan kepastian yang muktamad.

Ia juga menyebabkann wartawan bebas, Saudara Basrah Ali, menghubungi saya untuk mebdapatkan gambaran sebenarnya.

Jawapan saya kepada kedua-duanya mudah sahaja. Saya katakan kepada mereka: “Saya seorang ahli UMNO sejak 1973. Saya pernah menjadi Ahli Parlimen Parit Sulong atas tiket BN selama tiga penggal mulai 1990. Saya tidak pernah merancang untuk menyertai mana-mana parti pembangkang. Saya akan terus berada di dalam UMNO. Tetapi, saya akan berjuang bersendirian menerusi blogging untuk membantu pihak-pihak loyalis UMNO menegakkan kebenaran dan keadilan serta memulihkan imej, maruah dan martabat UMNO.”

Pendirian saya seperti di atas telah pun saya sampaikan menerusi SMS kepada Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, YB Haji Ahmad Zahri Jamil, beberapa hari yang lalu.

Ahmad Zahri menjawab: “Biasalah. Menjelang pilihan raya macam-macam spekulasi timbul. Selamat berjuang.”

Semoga kenyataan hitam putih ini akan mematikan seluruh spekulasi, desas-desus dan cakap-cakap kedai kopi mengenai diri saya di Parit Sulong ketika ini. – Ruhanie Ahmad

Tuesday, December 25, 2007

Abdullah Dijangka Melantik
TPM Kedua Bukan Melayu?

Jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua (TPM2) dijangka diwujudkan jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 akan datang dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula kembali dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sumber-sumber berautoriti memberitahu blog ini bahawa jawatan berkenaan dijangka diberikan kepada MCA. Hasrat ini suah pun disampaikan oleh Abdullah kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Teng, baru-baru ini.

Adalah dipercayai bahawa Abdullah membuat keputusan untuk mewujudkan TPM2 ini bagi memenangi hati dan sokongan masyarakat bukan Melayu, teruatama sekali kaum Cina, supaya menyokong BN dalam PRU Ke-12.

Ini kerana beberapa kajian yang telah dijalankan oleh beberapa pihak research professional menunjukkan bahawa sokongan masyarakat Cina kepada Abdullah dan BN ketika ini adalah terlalu tipis.

Pihak bukan Melayu memang telah lama memperjuangkan kewujudan jawatan TPM2. Perjuangan ini bukan sahaja dibuat oleh segolongan parti komponen BN, malahan juga oleh pihak DAP selaku pembangkang. Baru-baru ini tuntutan yang sama juga telah dibangkitkan oleh Hindraf.

Jawatan TPM2 tidak termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna ia mungkin terserah kepada budibicara Perdana Menteri untuk menentukannya.

Apa pun, bagaimanakah agaknya respons parti-parti komponen BN lainnya dan juga pembangkan Malay-based mengenai ura-ura cadangan ini? – Ruhanie Ahmad

Saturday, November 24, 2007

Friday, November 23, 2007

Abdullah, Berhentilah Serta-Merta

Politica
[
http://politica-net.blogspot.com]

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang wajar mengundurkan diri dari persada kuasa Malaysia. Kosongkan jawatan Perdana Menteri dengan segera. Kosongkan lain-lain jawatan dalam kerajaan dengan serta-merta. Lepas itu panggil perhimpunan agung luar biasa UMNO untuk letak jawatan presiden parti.

Lintah darat serupa Khairy Jamaluddin dan Patrick Lim yang selama ini bagaikan sokong membawa rebah, jangan sekali-kali masuk campur. Ini urusan Abdullah dengan rakyat. Ini masalah Abdullah dengan negara.

Rakyat makin derita berketuakan Abdullah. Negara tambah kucar-kacir dipimpin Abdullah. Demi rakyat dan demi negara, Abdullah kenalah korbankan jawatannya yang sedang jadi sumber rezeki seluruh lintah darat di sekelilingnya.

Abdullah tak payah lengah-lengah, tak payah tangguh-tangguh. Balik dari sidang CHOGM kali ini, kemaslah pejabat dan tinggalkanlah Seri Perdana. Lepas itu, ucapkanlah selamat tinggal kepada persada kuasa buat selama-lamanya.

Setelah tak ada apa-apa jawatan, baca semula puisi Ku Cari Damai Abadi. Abdullah kena tanya diri sendiri, benarkah selama jadi Perdana Menteri, yang dicarinya bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya; bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya; dan bukan kawan-kawan untuk hidup berfoya-foya?

Sesudah itu, Abdullah jawablah pertanyaan suara hati sendiri, benarkah yang dicari selama jadi Perdana Menteri, adalah Al-Ghazali dan A-Shafie? Benarkah yang mahu dibongkar oleh Abdullah selama ini adalah kitab suci untuk cari pedoman dan sunnah nabi untuk jadi panduan semoga dapat menikmati hidup yang damai abadi?

Untuk pengetahuan Abdullah, apa yang saya suarakan di sini hanya tuntutan saya sendri kepada pemimpin yang sudah tidak lagi saya yakini. Tapi, janganlah Abdullah terkejut kalau tuntutan saya ini sama dengan tuntutan gelombang rakyat di seluruh negara.

Thursday, November 22, 2007

Gelombang Merah
Setiap Hari Jumaat

[dipetik daripada http://anotherbrickinwall.blogspot.com]

Secara ikhlas, kali ini penulis bersikap agak tawar untuk bersungguh-sungguh berhujah dan mempertahankan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Apa ertinya mempertahankan kerajaan kepimpinan Abdullah kalau tindakan itu akan diputarbelit sebagai memberi legitimasi kepada kepimpinan dan tindak tanduk Abdullah?

Mempertahankan Abdullah bermakna bersekongkol dengan kelemahan dan kecuaian kepimpinannya; amalan korupsi yang berleluasa; ketidak-cekapan pentadbirannya; polisi-polisinya yang menjejaskan kedaulatan negara, negeri dan masa depan orang Melayu; amalan pembohongan yang lazim oleh pucuk kepimpinan; dan meleluasakan amalan nepotisma. Penulis tidak rela melakukan perbuatan sedemikian.

Di bawah kepimpinan Abdullah, negara, bangsa, agama dan UMNO sudah tidak disegani dan dihormati. Kelalaian, sikap ambil mudah dan penyerahan penuh perjalanan parti dan kerajaan pada kaum kerabat dan sahabat-sahabat tertentu telah meniriskan perjuangan asal parti untuk memertabatkan agama, bangsa dan negara.

Abdullah tidaklah seterbuka, setulus, dan sedemokratik yang beliau war-warkan. Suara hati ahli UMNO dan rakyat tidak mahu didengari. Beliau menyuruh Menteri dan Pegawai Kerajaan mengisytiharkan harta. Tetapi, tidak untuk dirinya. Bukan sahaja amalan demokrasi tidak dipertingkatkan, tetapi telah dimatikan dalam UMNO.

Pengkhianatan

Kepimpinan Abdullah adalah satu pengkhiantan (betrayal) kepada agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air Malaysia. Janji-janji dalam manifesto pilihan raya 2004 semua tidak dipenuhi walaupun beliau mengaku telah penuhi.

Melalui WPI, kepentingan rakyat Johor telah diketepikan, dan kedaulatan negeri dan negara telah dipertaruhkan untuk menarik pelaburan Singapura. Keadaan pemerintahnnya kucar kacir dan tiada hala tuju yang jelas.

Walau apa sekali pun, penulis tidak sedia melihat UMNO jatuh. UMNO sahaja satu-satunya wadah perjuangan kebangsaan Melayu dan pembela Islam yang berkesan di negara ini. Hanya kepimpinan parti UMNO yang dedikasi dan jujur sahaja yang dapat membawa kemajuan dan keadilan yang hakiki di negara ini.

UMNO sebagai parti pemerintah dan pemimpin kepada gagasan Barisan Nasional sepatutnya sedia memperbaiki kepincangannya. Kepentingan diri tidak harus mendahului tanggungjawab dan perjuangan. Keresahan, peringatan dan teguran rakyat dan ahli-ahli UMNO tidak boleh tidak diambil peduli oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang sebilangannya hanya leka dan tamak mengejar harta dan pangkat.

Keresahan Rakyat

Di peringkat akar umbi, kebanyakkan ahli UMNO sedar akan masaalah yang menimpa negara, prihatin terhadap keresahan rakyat jelata menghadapi kenaikan harga barangan, simpati kepada para peniaga yang begitu pahit meghadapi suasana ekonomi yang muram, profesional yang telah dibuang kerja, dan kedaulatan negara yang terhakis.

Keresahan dan keprihatinan ahli-ahli UMNO biasa sering tidak diambil endah. Suara mereka di majlis parti ditahan dari keluar ke pengetahuan cawangan, bahagian dan parti. Suara akar umbi tidak langsung dihormati.

Gelombang Kuning kini mahu dijadikan manifestasi keresahan rakyat dan simbol protes terhadap kepimpinan Abdullah. Kempen terbarunya adalah memakai kuning pada hari Sabtu. Kuning adalah warna yang membawa suasana keceriaan dan menjadi simbol kepada pembaharuan dan harapan.

Dikhabarkan kepada penulis, ramai ahli UMNO yang ikut bersama di perhimpunan gelombang kuning naru-baru ini. Penglibatan mereka mungkin agak tidak bersesuaian dari kacamata UMNO. Tetapi keprihatinan mereka tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Pastinya tujuan mereka bukan selari dengan tujuan penganjur gelombang kuning. Tetapi, jika Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang negarawan, pun disekat sana sini untuk memberi teguran, pasti banyak ahli UMNO sudah terfikir apa pula diri mereka? Mungkin, sebab itulah mereka menyertai gelombang kuning kerana perhimpunan itu sahajalah cara mereka meluahkan rasa ketidakpuasan hati.

Gelombang Merah

Bagaimanapun, kekangan sistemik yang dilakukan terhadap ahli-ahli UMNO tidak bermakna keresahan ahli UMNO tidak boleh diluahkan. Satu cara perlu dilakukan untuk keresahan akar umbi dapat disedari oleh pucuk kepimpinan parti dan seterusnya membawa perubahan yang baik. Mereka sudah tidak boleh mengambil sikap apologetik dan menafikan keadaan tenat dalam parti.

Oleh itu, apa kata hari Jumaat dijadikan hari "Gelombang Merah" bagi ahli-ahli, pejuang-pejuang dan pecinta-pecinta UMNO meluahkan ketidak puasan hati mereka dengan memakai sesuatu yang merah.

Gerakan simbolik ini menyerupai "civil disobedience" ala Gandhi yang lebih aman. Warna merah memberi perbezaan sedikit kepada suara ini. Warna merah warna simbol perjuangan UMNO. Merah juga warna keberanian dan perjuangan.

Pada hari Jumaat sekurang-kurangnya, pakailah sesuatu yang berwarna merah – baju, baju kurung, tali leher, tudung, skaf, sweater, vest, tie pin, dan kasut wanita. Jika “Gelombang Merah” begitu signifikan kehadirannya, kita boleh bersama menyedarkan pucuk kepimpinan parti. Dengan perbuatan yang sedikit usahanya, mungkin kita boleh menyelamatkan agama, bangsa dan negara.

Tidak ada undang-undang boleh menahan kita sama-sama menyuarakan ketidak-puasan hati kita! Marilah sama-sama memakai pakaian berwarna merah sekurang-kurangnya di hari Jumaat!

Wednesday, November 7, 2007

Suara Hati Ahli UMNO Biasa
Mengenai Khairy Jamaluddin

Saya seorang ahli UMNO peringkat bawahan. Sempena Perhimpunan Agung UMNO kali ini, saya mahu berkognsi pendapat dengan semua perwakilan mengenai Khairy Jamaluddin.

Sikap, gelagat dan perilaku biadap dan angkuh anak muda ini sudah melampaui batas. Ini bukan kerana dia Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Tetapi kerana dia menantu Perdana Menteri.

Mengikut pepatah, bidalan atau peribahasa Melayu, Khairy adalah umpama kadok naik junjung, beruk dapat bunga, kacang lupakan kulit atau kodong dapat cincin.

Ada juga karenah dan gelagat Khairy yang melayakkan dia digelar sebagai musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, pagar memakan padi dan sokong membawa rebah.

Saya menyatakan hal ini bukan sebab saya benci atau memusuhi Khairy. Saya tak kisah dia ni nak jadi Perdana Menteri atau apa saja. Tetapi, saya tidak rela agama, negara dan bangsa saya jadi haru-biru kerana dia. Saya juga tidak redha Khairy menyebabkan Abdullah dibenci, dicaci dan dicemoh oleh banyak pihak ketika ini.

Ini bermakna, saya menyuarakan hal Khairy demi kasih dan sayang saya kepada agama, bangsa, negara, UMNO dan pemimpin saya.

Saya harap rakyat umum dan ahli-ahli UMNO memahami maksud tujuan saya. Saya juga harap rakyat umum dan ahli-ahli UMNO buatlah sesuatu untuk selamatkan Abdullah sebelum beliau berhadapan dengan kebencian, cacian dan cemohan yang lebih serius. Hidup UMNO!!!! – Kiriman Putera Bentan

Bila Ahli Saman Parti
UMNO Akan Bergolak?

Mungkinkah UMNO akan bergolak? Mungkinkah Perhimpunan Agung UMNO 2006 akan jadi null and void atau batal dan tidak sah? Mungkinkah UMNO pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad akan ditimpa musibah seperti pada 4 Februari 1988?

Persoalan ini dijangka mula menghantui UMNO bila seorang ahli parti dijangka memfailkan satu saman sivil ke atas UMNO pada 7 November 2007.

Tindakan ini dipercayai sebagai susulan kepada satu laporan polis mengenai UMNO yang dibuat di Kuala Lumpur, pada 6 November 2007, oleh seorang AJK cawangan UMNO dari Segamat, Johor.

Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, Johari Ismail, 49, mendakwa akan wujudnya “unsur konspirasi melakukan jenayah politik” oleh pihak Majlis Tertinggi UMNO pimpinan Abdullah, kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku mantan PresidenUMNO, pada 2006.

Berikutan kemungkinan saman sivil ini, banyak pihak mengatakan bahawa tindakan tersebut tidak boleh dilakukan kerana ia dilarang oleh Perlembagaan UMNO.

Kaji Perlembagaan UMNO

Lantas, saya pun mengkaji Perlembagaan UMNO, khususnya fasal-fasal yang berkaitan seperti berikut:

Fasal 6: Tanggungjawab Dan Hak Ahli

6.1 Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

6.1.1 Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.

6.1.2 Mendaftar diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihan raya, melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi.

6.1.3 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.

6.1.4 Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti.

6.1.5 Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.

6.1.6 Berkhidmat kepada orang ramai.

6.1.7 Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.

6.2 Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut:

6.2.1 Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti.

6.2.2 Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.

6.2.3 Mengambil bahagian dalam pilihan raya dan menerima lantikan parti sebagai seorang calon.

6.2.4 Ahli-ahli yang sedang di dalam cadangan atau dipecat tidaklah hilang hak keahlinnya.

6.2.5 Ahli-ahli yang tidak menjadi wakil ke mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Perhimpunan Agung boleh dicalonkan dan bertanding di peringkat yang berkenaan sekiranya memenuhi syarat di bawah Fasal 9.5 dan Fasal 15.5.

6.2.6 Ahli-ahli yang tidak hadir di Persidangan Cawangan boleh dicalonkan dan bertanding sebarang jawatan atau sebagai wakil ke Perwakilan Bahagian dengan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

6.3 Seseorang ahli itu tidak berhak

6.3.1 Menjadi ahli lebih daripada satu Cawangan.

6.3.2 Mewakilkan hak mengundinya kepada sesiapa jua pun.

6.3.3 Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 sekiranya ia tidak menjelaskan yuran mengikut peruntukan dalam Perlembagaan.

6.3.4 Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 jika dilarang di bawah akta Pertubuhan 1966 atau setakat mana ia dikenakan hukuman disiplin di bawah Fasal 20.9 dan 20.10.

6.3.5 Menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-Kira atau Ahli Jawatankauasa lebih daripada satu Cawangan atau Bahagian melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Majlis Tertinggi.

6.3.6 Menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat yang sama di mana ia telah dipilih menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Pemeriksa Kira-kira dan sebaliknya.

6.3.7 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam Persidangan Cawangan dan Perwakilan Bahagian selain daripada Cawangan dan Bahagian di mana ia menjadi ahli.

6.3.8 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam mana-mana Cawangan atau Bahagian baru yang dimasukinya, kiranya ahli telah menggunakan haknya itu dalam Cawangan atau Bahagian asalnya bagi tahun berkenaan.

Tiada Larangan Yang Jelas

Dari penelitian yang saya buat, tidak terdapat satu pun fasal yang jelas yang melarang ahli-ahli UMNO mengheret masalah parti ke mahkamah.

Kalau ada pun beberapa fasal mengenainya, fasal-fasal itu hanya samar-samar. Contohnya adalah Fasal 6.1.4 yang menuntut ahli-ahli UMNO ‘menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti.”

Fsal ini bermaksud bahawa mana-mana anggota UMNO tidak boleh melanggar “tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti.” Bagaimanapun ia tidak menyebut secara khusus bahawa ahli-ahli UMNO dilarang membawa mnasalah parti ke mahkamah.

Sesudah itu, saya rujuk pula peruntukan mengenai disiplin dalam UMNO seperti berikut:

Fasal 20: Disiplin

20.1 Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan Lembaga Disiplin dan menentukan peraturan-peraturan, kuasa-kuasanya dan mengenakan hukuman kerana melanggar peruntukan perlembagaan ini dan kesalahan lain yang disenaraikan di dalam Tataetika Ahli UMNO atau mana-mana peraturan lain.

20.2 Ahli-ahli Lembaga Disiplin hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi yang terdiri dari ahli-ahli yang tidak berjawatan dalam parti dan tidak mempunyai kepentingan dalam pemilihan.

20.3 Majlis Tertinggi boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana Jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri atau Bahagian.

20.4 Tanpa menyentuh hak Majlis Tertinggi, Lembaga Disiplin di peringkat Badan Perhubungan Negeri atau Bahagian, setelah mendengar dan berpuas hati terhadap pelanggaran peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO, bolehlah mengenakan mana-mana hukuman setakat yang diperturunkan kuasa oleh Majlis Tertinggi.

20.5 Tiap-tiap peringkat parti hendaklah melaporkan kepada Lembaga Disiplin mengenai kegiatan mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin parti untuk tindakan selanjutnya.

20.6 Seseorang ahli atau pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan keatasnya boleh merayu kepada Majlis Tetinggi.

20.7 Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.

20.8 Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:

(a) Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;

(b) Mengikut perintah-perintah parti;

(c) Menjalankan dasar-dasar parti;

(d) Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;

(e) Menjaga rahsia-rahsia parti;

(f) Memelihara nama baik dan maruah parti;

(g) Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.


20.9 Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:

(a) Diberi amaran;

(b) Digantung hak-haknya dalam parti;

(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;

(d) Dipecat daripada parti;

(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.

20.10 Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.

20.11 Ahli-ahli yang telah dikenakan hukuman, kecuali yang dikenakan hukuman dibawah Fasal 20.10 boleh membuat rayaun supaya:

20.11.1 Menarik balik penggantungan keahliannya selepas 2 tahun daripada tarikh ia dihukum.

20.11.2 Menarik balik pemecatan keahliannya selepas 3 tahun daripada tarikh ia dihukum.

20.12 Majlis Tertinggi berkuasa penuh membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berkaitan dengan Tataetika Ahli UMNO, yang di antara lain melarang penyalahgunaan kuasa dan wang dengan tujuan mendapat undi atau sokongan atau untuk mempengaruhi mana-mana pemilihan bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain atau supaya jangan mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan parti.

Tidak Spesifik

Seluruh peruntukan dalam Fasal 32 ini juga tidak menyebut secara spesifik bahawa mana-mana ahli UMNO adalah dilarang mengheret parti ke mahkamah.

Oleh itu, adakah tindakan yang akan dilakukan pada 7 November 2007 ini tidak melanggar perlembagaan, tataetika, atau peraturan-peraturan UMNO?

Atau, mungkinkah tindakan itu disifatkan sebagai perbuatan “tidak cintakan parti, tidak patuh kepada Perlembagaan parti dan tataetika ahli; mengengkari perintah-perintah parti; mengengkari dasar-dasar parti; tidak patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti; tidak menjaga rahsia-rahsia parti; tidak memelihara nama baik dan maruah parti; dan tidak menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib” sebagaimana dimaktubkan dalam Fasal 20.8 (a) hingga (g)?

Oleh kerana seluruh fasal-fasal di atas tidak memberikan jawapan yang sejelas-jelasnya, mungkinkah tindakan melarang mana-mana ahli UMNO mengheret parti ke mahkamah, terkandung dalam tataetika UMNO yang sukar dicari dokumennya secara on-line?

Apa pun, ada juga pemerhati politik yang menegaskan bahawa Perlembagaan UMNO tidak boleh mengatasi Perlembagaan Malaysia.

Jadi, walaupun Fasal 32 perlembagaan parti itu menegaskan bahawa “jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan” atau “Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO yang dibuat di bawah kuatkuasanya, maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Tertinggi adalah muktamad”, adakah fasal ini membolehkah UMNO mengatasi undang-undang negara?

Kalau perlembagaan UMNO tidak boleh mengatasi undang-undang negara, pastinya tataetika atau peraturan-peraturan yang dibuat oleh UMNO juga tidak boleh mengatasi undang-undang negara.

Jika beginilah hakikatnya, akan gawatkah UMNO di bawah kepimpinan Abdullah? Mengapakah ini boleh terjadi? Semata-mata kerana mahu menyekat Mahathir menang sebagai perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu, Kedah, dan sekaligus berpeluang berucap dalam PAU 2006?

Imbasan Sejarah

Pokoknya di sini, apakah implikasi saman sivil yang akan dilakukan ke atas UMNO mutakhir? Walaupun sebab dan senarionya berbeza, sama-samalah kita imbas kembali sejarah yang saya petik daripada Laman Rasmi UMNO seperti berikut:

24 April 1987: Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 1987, di mana Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 43 undi bagi jawatan Presiden. YAB Encik Ghaffar Baba pula menewaskan Dato’ Musa Hitam dengan majoriti 40 undi bagi jawatan Timbalan Presiden.

25 Julai 1987: Kumpulan 12 ahli UMNO (kemudian seorang menarik diri) mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi supaya mengisytiharkan pemilihan UMNO pada 24 April 1982 batal dan tidak sah.

4 Februari 1988: Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan tidak sah kerana menerima wakil dari cawangan-cawangan yang tidak berdaftar semasa pemilihan Jawatankuasa Bahagian sehingga membawa kepada pengharaman UMNO.

13 Februari 1988: Permohonan bagi mendaftarkan UMNO (Baru) dikemukakan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

16 Februari 1988: UMNO secara rasmi diterima untuk menganggotai semula Barisan Nasional.

Akhir sekali, apakah imbasan sejarah di atas akan berulang? Atau, adakah Abdullah mahu secara ikhlas dan jujur mengakui kesilapannya, memohon maaf kepada seluruh ahli UMNO di seluruh pelusuk tanah air, tindakan sivil berkenaan ditarik balik, dan diikuti dengan Abdullah mengambil suatu tindakan yang sewajar-wajarnya demi parti tercinta? – Ruhanie Ahmad

Saturday, November 3, 2007


Ciri-Ciri Kekuatan Dan Kelemahan
Pimpinan Abdullah Ahmad Badawi

Persepsi umum mutakhir ini menyatakan, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Abdullah Ahmad adalah “lembik, kaki tidur, kurang gemar membaca, kurang articulate, sering dilanda sindrom tidak tahu, out of control, mengeluarkan beberapa kenyataan berdolak-dalik, mudah dipengaruhi dan dimanipulasikan oleh kalangan yang rapat dengannya, intim dengan Singapura, Australia dan Amerika Syarikat, terlalu memberi muka kepada bukan Bumiputera, prinsip hadhari dalam Islam yang diperjuangkan dicanggahi oleh gaya hidupnya sendiri, dan kebelakangan ini, terperangkap dengan keghairahan projek-projek mega, khususnya koridor pembangunan.”

Seluruh aspek positif peribadi Abdullah, termasuk kejujuran, keikhlasan dan ketulusan hati beliau, kini dikatakan tenggelam dan luntur akibat persepsi seperti di atas.

Sindrom Abdullah

Inilah apa yang disifatkan sebagai sindrom yang sedang melanda kepimpinan dan peribadi Abdullah yang pada peringkat awalnya mempromosikan diri sebagai seorang Mr. Clean dan insan waraq.

Inilah juga ironi diri Abdullah yang telah mengumumkan mission statement kepimpinan yang positif menerusi puisi Ku Cari Damai Abadi yang beliau deklamasikan pada 9 Mei 2003.

Puisi adalah cetusan minda seseorang yang dijana menerusi proses crystallization rasa, jiwa, hati, nurani, kalbu, sanubari, jasad dan makrifat seseorang insan. Sesuatu puisi lazimnya mencerminkan ketulenan jiwa dan ketulusan nurani penulisnya.

Oleh itu, tidak hairanlah kalau ramai rakyat Malaysia yang terpukau dengan puisi Ku Cari Damai Abadi karya Abdullah seperti di bawah ini:

Ku Cari Damai Abadi

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Kenyataan Misi

Rakyat jelata Malaysia menganggap puisi di atas mencerminkan misi kehidupan dan perjuangan Abdullah yang bersih, tulus dan ikhlas.

Kata-kata “aku cari bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya, aku cari bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya, aku cari bukan kawan-kawan untuk hidup sekadar berfoya-foya” adalah bukti kepada imej Abdullah sebagai Mr. Clean.

Kata-kata “aku cari mana dia Al-Ghazali, aku cari mana dia Al-Shafie, kita bongkar rahsia kitab suci cari pedoman, kita bongkar rahsia sunnah nabi cari panduan” pula mengukuhkan persepsi umum bahawa Abdullah adalah insan yang waraq.

Maka, puisi di atas pun dijadikan benchmark oleh sebilangan besar rakyat Malaysia untuk mengukur keikhlasan perjuangan Abdullah sebagai PM.

Ia juga mendorong persepsi umum yang menggambarkan Abdullah sebgai Mr. Clean dan insan waraq disifatkan sebagai realiti yang hakiki.

Demikianlah persepsi umum dan paparan imej Abdullah sewaktu dinobatkan sebagai PM Kelima. Kedua-duanya jadi antara faktor yang memungkinkan kepimpinan beliau memperolehi kejayaan besar dalam PRU-11.

Sokongan Merosot

Kini, sudah empat tahun Abdullah menjadi PM. Persepsi umum dan imej positif beliau seperti di atas kini dikatakan merosot. Persepsi umum yang negatif seperti yang dihuraikan dalam perenggan pertama posting ini pula dikatakan mendominasikan peribadi dan kepimpinan beliau pada hari ini.

Perkara ini dibayangkan oleh satu survey Merdeka Center (MC) yang dijalankan dari 14 Jun 2007 hingga 20 Jun 2007. Survey berkenaan memunculkan kesimpulan berikut:

Satu: Peratusan rasa puas hati masyarakat Melayu terhadap kepimpinan Abdullah menurun daripada 75 peratus pada November 2006 kepada 74 peratus pada Jun 2007.

Dua: Sokongan masyarakat Cina kepada Abdullah merosot daripada 68 peratus pada April 2007 kepada 47 pratus pada Jun 2007.

Tiga: Sokongan masyarakat India kepada Abdullah sentiasa terumbang-ambing daripada 75 peratus pada November 2006 kepada 73 peratus pada April 2007 dan 74 peratus pada Jun 2007.

Empat: Purata nasional atau national average sokongan rakyat terhadap Abdullah kian menurun. Kedudukan 64 peratus pada Oktober 2006, meningkat semula kepada 72 peratus pada November 2006, tetapi menurun kepada 73 peratus pada April 2007, dan meredum kepada 64 peratus pada Jun 2007.

Kajian Umum

Oleh itu, sempena empat tahun Abdullah menjadi PM, blog ini bercadang mengkaji ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kepimpinan beliau selaku PM, Presiden UMNO Malaysia dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Kajian ini bukan sepenuhnya secara ilmiah. Ia lebih menggunakan pendekatan journalistik. Oleh itu, berhujjahlah secara bebas, ikhlas, kritikal dan berani. Kerahsiaan identiti anda akan tetap dipelihara.

Anda dipersilakan menyumbangkan buah fikiran masing-masing terhadap topik ini. Sila nyatakan siapakah anda dan di manakah lokasi anda. Maksudnya, kalau anda menggunakan nama samaran, sila nyatakan status kerjaya anda dan di negeri manakah anda berada.

Sila nyatakan pendapat anda mengenai kelamahan Abdullah yang paling ketara, kekuatan beliau yang paling menonjol dan apa pula cadangan untuk mengatasi kelemahan Abdullah atau memperkasakan lagi kepimpinan beliau.

Sila poskan pendapat anda ke blog ini atau menerusi e-mail puteramaya@gmail.com dalam tempoh sebulan mulai hari ini. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad

Friday, November 2, 2007

Ladang Khinzir Di Melaka
Tanah Majlis Agama Islam?

Ini fakta agak menggemparkan. Tapi, orang Melaka tahu kisah ini dari dulu lagi. Ladang khinzir milik pemodal Singapura di Paya Mengkuang, Melaka, adalah di atas tanah yang disewa daripada Majlis Agama Islam dan juga Yayasan Melaka.

Saya tidak ada apa-apa komen mengenai hal ini. Tetapi, siapa pun akan terkejut mengetahui hakikat ini. Mana mungkin tanah milik Majlis Agama Islam dan Yayasan Melaka disewakan untuk ladang babi?

Rasanya, rakyat jelata Melaka perlu tahu, berapakan sewa tanah itu dan berapa tahunkah tempoh sewaannya. – Ruhanie Ahmad

Thursday, November 1, 2007

Reaksi Kamal:
Menantu PM Nak Jadi PM Pada Umur 40

Ahli-ahli UMNO ada dua puak. Satu puak menyokong KJ dan satu puak lagi menentang. Puak yang menyokong adalah kerana hendak menumpang tuah menantu PM. Ada kalangan mereka yang telah mendapat hasilnya. Asalkan jangan membantah cakap KJ. Ada juga yang terhutang budi kerana KJ banyak membantu terutama di kalangan Ketua-ketua Pemuda Bahagian.

Puak yang menentang pula kerana kehadiran KJ hampir-hampir menutup periok nasi mereka. Namun hari ini puak yang menyokong lebih banyak dari yang menentang. Dalam hal ini KJ amat pandai memainkan peranannya sebagai Naib Ketua Pemuda.

Begitu juga peranan proxy-proxy beliau yang cukup hebat, termasuklah Datuk Norza. Peranan tingkat empat JPM juga banyak membantu KJ dalam kariernya.

Tiket yang beliau ada amat berharga. Kesempatan ini beliau gunakan sebaik mungkin dan tak mustahil beliau akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Kalau beliau bertanding di Rembau...tentu seluruh jenteranya akan membantu...orang berbudi kita berbahasa...Inilah orang Melayu!!! – Kamalkamal

Friday, October 26, 2007

Menantu PM nak jadi PM pada umur 40 (5)

Anti-Khairy

Menantu PM Bakal MB Baru Negeri Sembilan?

Anda terkejut mendengar berita ini? Tetapi tidak di dalam UMNO. Khabar angin ini telah tersebar dengan meluas. Semua orang UMNO tahu bahawa Mohamad Hassan adalah proxy menantu PM untuk menjaga kepentingan beliau di Negeri Sembilan.

Malahan semenjak menjadi Menteri Besar N.S pada tahun 2004, Mohamad Hassan lebih banyak menyerahkan kuasanya kepada abangnya sepertimana Pak Lah menyerahkan kuasanya kepada menantunya.

Mohamad Hassan dikatakan sudah tidak tahan lagi dengan tekanan dalaman oleh ramai orang didalam UMNO dan tidak akan meneruskan menggepalai N.S selepas pilihanraya umum ke 12 ini.

Sebenarnya khabar angin tentang Mohamad Hassan sudah tertekan untuk meneruskan untuk menjadi Menteri Besar ini telah dirancang oleh Menantu PM, Konco-konconya dan Mohamad Hassan sendiri.

Apabila Mohamad Hassan bersetuju untuk mengambil alih tempat Tan Sri Isa Samad sebelum pilihanraya umum ke 11 yang lalu, beliau juga telah bersetuju untuk duduk disitu selama satu penggal sahaja. Ertinya, selepas PRU ke 12, Menantu PM akan mengambil alih jawatan itu selepas bertanding dalam mana-mana DUN di Negeri Sembilan.

Mengapa menantu PM mahukan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan?

Dalam artkel "Menantu PM nak jadi PM pada umur 40 (Bahagian 4)" kami telah mendedahkan rancangannya untuk melatakkan Wan Farid sebagai Menteri Besar Terengganu. Jadi untuk dirinya sendiri, Negeri Sembilan adalah tapak terbaik kerana asal-usul keluarganya disitu.

Beliau tahu bahawa kelemahan utama dirinya ialah kerana beliau seringkali dikaitkan sebagai Menantu PM dan oleh kerana itu apa sahaja yang dia buat tidak akan dilihat sebagai kebijaksanaannya tetapi oleh kerana beliau mempunyai kelebihan oleh kerana mempunyai Sijil Nikah dengan anak Pak Lah.

Jadi apabila beliau telah dinobatkan secara rasmi sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, maka mudahlah untuk menarik peruntukkan daripada Kerajaan Pusat untuk membangunkan Negeri Sembilan dengan pesat. Selain daripada itu, undi daripada Perwakilan UMNO Negeri Sembilan sudah berada ditangannya. Maka makin kuatlah dia. Di Terangganu Wan Farid yang sudah terhutang budi dengannya sudah pasti akan memberikan undi daripada Perwakilan UMNO Terangganu.

Dua negeri sudah berada ditangannya. Negeri mana lagi? Dapatkah beliau menyingkirkan musuh ketatnya Khir Toyo di Selangor? Nanti tulisan akan datang.

http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=9413

Monday, October 15, 2007

Polis Edar Fotofit Kes Rompakan
Kedai Jam Tangan Mewah Di KLCC

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Polis hari ini mengedarkan fotofit seorang suspek yang dipercayai boleh membantu siasatan kes samun sebuah kedai jam tangan mewah di pusat membeli-belah Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC) Jumaat lepas.

Fotofit tersebut menunjukkan wajah seorang lelaki berbangsa Cina, ketinggian antara 152 dan 182 sentimeter, berbadan kurus, kulit cerah serta berkedut dan memakai baju kemeja berwarna biru gelap dan berseluar jeans putih.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah berkata lelaki tersebut berumur dalam lingkungan lewat 30-an dan fotofit itu dapat dikeluarkan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di KLCC.

"Keputusan ujian cap jari suspek sedang dianalisa dan dapat diketahui beberapa hari lagi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Ku juga berkata pengawal keselamatan yang cedera di bahagian perut akibat terkena tembakan pistol suspek kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau berkata kereta jenis Hyundai Sonata yang digunakan suspek untuk melarikan diri mempunyai nombor pendaftaran Singapura, dan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa republik itu.

Terdahulu itu, pihak media dipertontonkan rakaman CCTV yang diambil ketika suspek dilihat berlegar-legar berhampiran kedai jam tersebut.

Dalam rakaman tersebut, suspek kelihatan memantau kedudukan kedai jam itu dari eskalator di tingkat satu, di mana kedai tersebut terletak, sebelum turun ke tingkat bawah.

Kemudian lelaki berkenaan dilihat menaiki eskalator ke tingkat satu dan memasuki kedai jam tersebut. Rakaman itu juga menunjukkan lelaki berkenaan berjalan cepat sambil membawa sebuah beg plastik yang mengandungi 31 utas jam tangan yang dirompak.

Turut kelihatan seorang pekerja wanita kedai jam itu mengejar suspek.

Dalam kejadian pukul 7.30 petang itu, suspek melarikan 31 utas jam tangan mewah yang bernilai RM20,000 hingga RM30,000 seutas. Namun kesemua jam tersebut berjaya ditemui semula setelah suspek tercicir beg berisi jam itu berhampiran taman KLCC.

Suspek turut melepaskan tembakan ke arah pegawai keselamatan yang cuba mengejarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2070-2222 atau Pegawai Penyiasat ASP R. Anandan di talian 03-2076-6299 atau 019-322-7766 atau SMS kepada Ketua JSJ Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah di talian 012-836-2224.

-- BERNAMA

Komen:

Tahniah Datuk Christopher Wan. Untuk makluman anda, www.kuda-kepang.blogspot.com dah scooped kisah di atas dua hari lalu.

Soalan saya kepada anda, kenapakah kali ini tak ada kenyataan polis yang mengesyakki lelaki Cina itu sebagai warganegara Singapura walau pun dia melepaskan diri dengan sebuah kereta menggunakan nombor plet Singapura?

Masa seorang wanita tanpa identiti yang disyakki terlibat dengan kes pembunuhan Nurin ditahan baru-baru ini, kenapa cepat sangat polis kata wanita itu warganegara Indonesia? – Ruhanie Ahmad

Tun Dr Mahathir Dijangka
Keluar IJN Tak Lama Lagi

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2997: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merayakan Aidilfitri di IJN terus pulih dan dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat, kata Datuk Mukhriz Mahathir.

Tambahnya, doktor akan mengawasi keadaan bapanya sepanjang masa bagi memastikan keadaan Tun Mahathir stabil serta mendapat rehat yang mencukupi.

"Saya fikir dengan rawatan rapi doktor pakar, Insya Allah beliau dapat pulang tidak lama lagi," katanya.

Dipetik daripada Bernama
Tun Mahathir Sekeluarga
Juga Anjur Jamuan Raya

Tetamunya tidaklah seramai 200,000(?) orang. Kos juadahnya juga tidak sampai RM1.5 juta. Tetapi, jamuan Aidilfitri anjuran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sekeluarga di IJN hari ini tetap meriah dan bermakna.

Tun Mahathir yang pertama kali menyambut Aidilfitri IJN, dialporkan oleh Bernama sebagai kelihatan amat ceria bersama-sama isteri, anak-anak dan cucunya.

Beliau dan Tun Hasmah sekeluarga turut menjamu seluruh warga kerja IJN, dan pesakit lain mulai 10 pagi hingga 2 petang dengan juadah soto dan laksa Johor.

Untuk berita sepenuhnya sila akses link di bawah ini:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=289934

Sementara itu, Tun Mahathir dan Tun Hasmah juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada yang beragama Islam.

Mereka berdua memohon maaf kerana tahun ini tidak dapat mengadakan rumah terbuka seperti biasa. Mereka juga meminta maaf kerana tidak dapat menerima pelawat sepanjang berada di IJN atas nasihat doktor.

Seterusnya, mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan Tun Mahathir agar cepat pulih.

Kenyataan penuh Tun Mahathir dan Tun Hasmah disiarkan sepenuhnya dalam blog Datin Paduka Marina Mahathir.

Sila akses salah satu links di bawah ini untuk membaca kenyataan sepenuhnya:

www.rantingsbymm.blogspot.com
http://rantingsbymm.blogspot.com/2007/10/hari-raya-present-for-you.html

- Ruhanie Ahmad

Thursday, October 11, 2007

Sambutan Aidilfitri Bukan Lagi Ibadat?

Cetusan hati Halem FD yang disiarkan dalam ruangan forum Utusan Malaysia 10 Oktober 2007, seperti di bawah ini amat menjentik pemikiran saya. Lantas saya cedok ke dalam blog ini sebagai renungan bersama sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini. – Ruhanie Ahmad

Apa itu Hari Raya? Pada loghat atau pada bahasa, raya ertinya besar atau utama. Jalan raya ialah jalan yang besar atau utama. Pasar raya ialah pasar yang besar. Bandar raya pula ialah bandar yang besar dan utama.

Apakah hakikat Hari Raya yang sebenar sehingga ia dianggap sebagai hari yang besar? Kalaulah benar Hari Raya itu hari yang besar, bagaimana patut kita menyambutnya. Apakah yang patut kita buat pada hari itu? Bagaimana patut kita mengisinya?

Adakah pada setiap Hari Raya kita perlu tukar langsir, perabot dan permaidani? Adakah sempena Hari Raya, kita perlu beli pakaian dan kasut baru? Kita menjamu selera dengan bermacam-macam kuih-muih dan juadah yang enak dan lazat.

Atau adakah pada Hari Raya patut kita berseronok dan bersuka ria dengan majlis hiburan lengkap dengan muzik, nyanyian, joget dan tari menari. Kita adakan atau kita tonton pertunjukan hiburan Hari Raya. Atau kita bermain mercun, bunga api dan meriam buluh.
Atau adakah cukup Hari Raya itu disambut hanya dengan bersembahyang Hari Raya, mengirim kad Hari Raya, berziarah, menjamu selera dan bermaaf-maafan.

Bagi orang Melayu, Eid Fitr dinamakan Hari Raya Puasa. Perkiraan dan kira bicara dalam hal ini sangat senang dan mudah. Ia dinamakan Hari Raya Puasa kerana ia disambut selepas bulan puasa. Ini sebenarnya mudah yang sudah terlebih. Cara mudah memberi nama seperti ini tidak memberi gambaran atau maksud yang sebenar.

Maksudnya tersimpang dan lari daripada apa yang dikehendaki oleh agama dan syariat. Ia menimbulkan kekeliruan dan salah faham. Lama-kelamaan orang Melayu terutama yang tidak mengaji agama, tidak tahu kenapa dan mengapa mereka menyambut Hari Raya Puasa. Mereka juga tidak tahu bagaimana Hari Raya Puasa patut disambut.

Mereka kira Hari Raya Puasa itu ialah hari untuk berseronok, berpesta dan bersuka ria. Hari untuk berbelanja, membazir dan bermewah-mewah. Hari untuk melepaskan geram setelah sekian lama disekat dan dikongkong nafsu mereka.

Mereka sedih kalau tidak dapat baju raya dan kasut raya. Sedih kalau tidak dapat tukar langsir baru, perabot baru atau permaidani baru. Bagi yang lebih tua, Hari Raya Puasa jadi hari nostalgia dan hari melayan perasaan. Ingat anak, ingat cucu yang tidak balik pada Hari Raya.

Sambutan Hari Raya Puasa sudah tidak lagi menjadi suatu ibadat. Ia sudah bertukar menjadi adat dan istiadat. Dengan rumah terbuka, Hari Raya to get together dan berbagai-bagai lagi cara sambutan pada masa ini. Para artis dan penghibur pula sibuk dengan show Hari Raya dan album Hari Raya.

Dalam Islam tidak ada Hari Raya dalam konteks yang difahami oleh orang Melayu. Tidak ada hari untuk tukar langsir, perabot dan permaidani. Tidak ada hari untuk membeli baju atau kasut baru. Tidak ada hari untuk membazir dan bermewah-mewah.

Lebih-lebih lagi tidak ada hari untuk berhibur, berseronok, berpesta dan bersuka ria dengan muzik, nyanyian, joget, tari-menari, album dan sebagainya. Yang ada hanyalah hari untuk bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Tuhan.

Hari Raya Puasa dalam Islam ialah Eid Fitr. Eid itu maksudnya mengembalikan, Fitr itu fitrah. Jadi Eidil Fitri itu ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni. Dalam erti kata yang lain, Eidil Fitri bermaksud hari menyambut kejayaan mengembalikan fitrah kepada keadaan asalnya yang suci dan bersih.

Kalau fitrah sudah rosak dan kotor, manusia akan lupa Tuhan. Apabila Tuhan sudah dilupakan, jiwa manusia akan mati. Jiwa manusia tidak boleh hidup tanpa Tuhan dan tanpa berasa bertuhan.

Manusia yang telah mati jiwanya tidak boleh lagi berperanan sebagai insan. Keinsanannya akan rosak. Nafsunya akan bermaharajalela. Dia akan terangsang hanya dengan dunia dan akan benci akhirat. Dia akan suka dengan apa yang Tuhan benci dan akan benci dengan apa yang Tuhan suka. Dia akan mengangkat nafsunya menjadi Tuhan.

– HALEMFD, Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Monday, October 8, 2007

Reaksi (1)
Gerakan Dan Tsu Koon
Nak Hapuskan Melayu?

Melayu Terpinggir

Dalam posting saya di blog ini, dengan promonya di blog http://www.kuda-kepang.blogspot.com/, saya telah kemukakan pertanyaan: kenapakah Ketua Pergerakan Pemuda Gerakan minta wujudkan satu parti multi-keturunan gantikan BN? Apa motif cadangan ini? Untuk hapuskan Melayu jadi tonggak BN? Untuk hapuskan kerajaan Malaysia berpaksikan UMNO? Tidakkah ini cadangan anti-Melayu?

Berikut adalah antara reaksi awal yang saya terima menerusi http://www.kuda-kepang.blogspot.com/. Saya paparkan reaksi ini di sini untuk membolehkan kita mengambil iktibar daripadanya.

Kamalkamal: Parti Gerakan sejak dari Lim Chong Eu lagi mengatur strategi mengusir Melayu keluar dari bahagian pulau (Pulau Pinang). Sebab itu dimajukan Seberang Jaya. Projek perumahan di bahagian pulau amat pesat dengan penghuni keturunan orang Cina. Orang Melayu tak sampai pun 10 peratus. Terutama sekali di kawasan Paya Terubung dan pembangunan di kaki-kaki bukit.

Melalui Tan Sri Koh Tsi Koon, strategi ini diteruskan. Lebih ramai orang Melayu berhijrah ke Juru, Kulim dan Sungai Petani, selain daripada Seberang Jaya. Mereka ini masih berkerja di bahagian pulau. Maka sesaklah jambatan tiap-tiap hari.

Mungkin tak lama lagi Pulau Pinang akan berwajah seperti Singapura. Kawasan Melayu hanya tinggal di sekitar Parlimen Balik Pulau sahaja. Kalau Dato' Dr. Helmi pun masih dibuai mimpi, Melayu Balik Pulau pun nanti kena pindah ke tanah besar.

Kalau Gerakan, MCA dan DAP bersatu di Pulau Pinang, kedudukan Melayu akan terancam. Ini adalah kerana kekuatan Melayu hanya di bahagian tanah besar.

Perkembangan ekonomi dan industri semakin pesat di bahagian pulau. Sekali lagi Melayu terpinggir. Inlah nasib Melayu Pulau Pinang. Pemimpin Melayu…. tentu Perdana Menteri lebih mengetahui kerana beliau orang Penang!!!
- Ruhanie Ahmad

Sunday, October 7, 2007

Ingatkan Ketua Pemuda Gerakan
Lain Kali Jangan Mengada-ngada

Berita di bawah ini adalah ingatan supaya Ketua Pergerakan Pemuda Gerakan lain kali jangan mengada-ngada. Kalau BN disifatkan tidak lagi relevan dengan Gerakan, apa nak tunggu lagi?

Cadangan Parti Komponen BN Gabung Tidak Praktikal, Kata PM

KEPALA BATAS, 7 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi berkata cadangan supaya kesemua 14 buah parti komponen Barisan Nasional (BN) bergabung sebagai satu parti sahaja adalah sesuatu yang tidak pratikal dan tidak perlu dilaksanakan buat masa sekarang.

Perdana Menteri berkata kaedah sekarang iaitu permuafakatan parti-parti komponen dalam BN adalah baik, pratikal dan telah berjaya.

"Kaedah sekarang iaitu permuafakatan adalah sesuatu yang telah berhasil dan berjaya dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada fakir miskin anjuran Umno Bahagian Kepala Batas.

Untuk membaca berita sepenuhnya sila akses link di bawah ini:
Gerakan Dan Tsu Koon
Nak Hapuskan Melayu?

Parti Gerakan adalah komponen Barisan Nasional (BN) sejak tahun 70-an. Lebih tepat lagi, selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Gerakan mendakwa sebagai parti berbilang keturunan. Tapi, di bawah kepimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon, Gerakan nampaknya seolah-olah kurang sensitif terhadap Islam dan keunggulan Melayu.

Kalau tidak, kenapakah adakan perhimpunan agung parti pada bulan Puasa? Bukankah ini menyukarkan ahli-ahlinya yang beragama Islam? Tidakkah ini menyebabkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi serba salah?

Kalau tidak, kenapakah Ketua Pergerakan Pemuda Gerakan minta wujudkan satu parti multi-keturunan gantikan BN?

Apa motif cadangan ini? Untuk hapuskan Melayu jadi tonggak BN? Untuk hapuskan kerajaan Malaysia berpaksikan UMNO? Tidakkah ini cadangan anti-Melayu?

Perkembangan ini perlu dipandang serius oleh semua pihak, khususnya Melayu/Islam. Atau, mungkinkah hakikat ini yang sebenarnya mendasari pemerintahan Gerakan di Pulau Pinang selama ini?

Sesiapa yang mengikuti nasib Melayu/Islam di Pulau Pinang selama ini pasti akan menyedari apa yang terhurai di sebalik persoalan-persoalan di atas.

Jadi, salahkah kalau hakikat tempang seperti ini ditegur, dikritik dan mesti diperbetulkan sejajar dengan semangat setiakawan dalam BN?

Selama mana lagikah pembesar BN, UMNO dan PAS akan mendiamkan diri terhadap perkembangan seperti ini? Fikir-fikirkanlah seikhlas-ikhlasnya! – Ruhanie Ahmad

Wednesday, October 3, 2007

Pembangunan WPI Jadi Falsafah UMNO
Atau Falsafah UMNO Jadi Paksi WPI?

Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan satu hasrat yang abstrak di Johor Bahru semalam. Hasrat itu tersirat di sebalik kenyataannya supaya “pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) turut menjadi falsafah perjuangan UMNO.”

Kata Najib, usaha tersebut “perlu dijadikan paksi supaya apa yang diperjuangkan parti itu kekal. Perkara ini penting supaya jati diri tidak terhakis dalam meralisasi dan mengolah pembangunan itu dengan jiwa dan naluri kita kekal sebagai ahli UMNO.”

Kenyataan Najib ini terkandung di dalam satu berita kecil sepanjang empat perenggan yang disiarkan di muka surat 4, Utusan Malaysia, Selasa 2 Oktober 2007. Berita itu hanya terdapat dalam versi harcopy sahaja.

Sukar untuk sesiapa mentakrif maksud sebenar kenyataan Najib seperti di atas. Bagaimanapun, “falsafah perjuangan UMNO” yang dimaksudkan oleh Najib adalah termaktub di dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO yang menghuraikan asas dan tujuan parti.

Antara intisari falsafah perjuangan UMNO dalam Fasal 3 yang relevan dengan konteks kenyataan Najib dan WPI adalah seperti berikut:

Berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Berasaskan hakikat di atas, adalah sukar untuk merasionalkan hasrat Najib supaya pembangunan di WPI “turut menjadi falsafah perjuangan UMNO.”

Sebaliknya, adalah relevan kalau falsafah perjuangan UMNO seperti di atas pula dijadikan paksi kepada WPI supaya cita-cita “mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara” serta perjuangan “mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara” dicerminkan keunggulannya di WPI.

Apa pun, kenyataan ringkas Najib amat dalam maksudnya dan cukup luas implikasinya. Ia adalah peringatan kepada mastermind WPI, khususnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bahawa falsafah UMNO penting diterapkan ke dalam apa jua bentuk program dan perjuangan kerajaan demi kemajuan rakyat dan negara.

Kenyataan itu juga jadi indikator kepada isi hati segolongan pemimpin UMNO yang kurang senang terhadap WPI kerana ia mengabaikan ciri-ciri bumiputera dan kedaulatan negara dalam pelaksanaannya.

Kenyataan Najib perlu dirincikan supaya usaha pendukungan cita-cita “mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara” serta perjuangan “mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara” sentiasa ditonjolkan di WPI tanpa apa-apa apologi kepada mana-mana pihak.

UMNO Johor wajar memainkan peranan terkedepan dalam usaha mengartikulasi dan mentafsirkan kenyataan Najib ini. Ia penting kerana selama ini pun majoriti rakyat Johor yang kesal dengan ketiadaan input pendukungan cita-cita “mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara” serta perjuangan “mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara” di dalam WPI.

Kalau sebelum ini kalangan pembesar UMNO Johor agak ragu-ragu untuk bersuara lantang mengenai kepincangan dalam WPI, sekarang apa lagi nak ditunggu?

Perjuangkanlah segera langkah-langkah korektif yang perlu dijalankan secara strategik supaya WPI jadi kebanggan bersama, tidak meruntuhkan martabat bangsa dan tidak menggadaikan kedaulatan negara! - Ruhanie Ahmad

Monday, October 1, 2007

Menantu PM Nak Jadi PM Pada Umur 40 (1)
Anti-Khairy

Untuk menjayakan misinya untuk menjadi PM pada umur 40, menantu PM telah menyusun orang-orangnya didalam UMNO untuk memastikan cita-citanya tercapai. Realiti politik Malaysia selama 50 tahun telah membuktikan bahawa hanya UMNO yang mempu untuk menjadi parti yang memenangi majoriti kerusi parlimen sekaligus melayakkan Presiden UMNO untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebab itulah menantu PM menyusun orang-orangnya didalam UMNO terlebih dahulu. Diantara orang-orang kuat menantu PM ialah DATUK PADUKA MOHAMAD NORZA ZAKARIA.

Semua orang didalam UMNO tahu bahawa Norza bekerja keras untuk memastikan menantu PM akan naik setapak demi setapak ke puncak kekuasaan UMNO.

Didalam UMNO, yang menjadi penghalang kepada cita-cita menantu PM ialah Najib Tun Razak dan saki-baki penyokong Dr. Mahathir didalam UMNO. Untuk mencapai cita-citanya, menantu PM, Norza dan beberapa orang-orangnya didalam UMNO berusaha untuk memBERSIHkan terlebih dahulu penghalang-penghalang didalam UMNO sebelum penghalang-penghalang di luar UMNO.

Penghalang-penghalang di dalam UMNO lebih sukar untuk dibunuh oleh kerana Dr. Mahathir telah menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun dan penyokong-penyokongnya telah berakar umbi didalam UMNO. Menantu PM tahu, didalam Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein bukanlah terlalu sukar untuk dicantas yang lebih sukar dan mempu untuk menjadi pencabar ialah Datuk Mukhriz Mahathir.

Norza bertugas untuk memastikan pengaruh Mukhriz didalam Pemuda UMNO disekat. Pendek kata, jika Mukhriz berjaya di"check-mate", maka Pemuda UMNO sudah menjadi milik menantu PM. Norzalah yang bertanggungjawab untuk memastikan Mukhriz tidak boleh melebarkan pengaruhnya. Kita dapat saksikan, sewaktu kedatangan Condoleezza Rice ke Kuala Lumpur, Norza`telah mengatur pemuda-pemuda yang menyokong menantu PM untuk bersama-sama dalam protes menentang kedatangan Condoleezza ke Kuala Lumpur.

Apabila menantu PM yang menggepalai demonstrasi itu, maka tengelamlah imej Mukhriz sebagai Biro Antarabangsa dan NGO serta penggerak AMAN Malaysia. Bersambung....

Posted by: Raja Petra
http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=8702


Friday, September 28, 2007

Tabung Haji Jual Saham LKT Bhd
Kepada Syarikat Temasek-Linked?

Ini berita terbaru mengenai aktiviti korporat Malaysia-Singapura yang wajar kita ketahui. Tabung Haji menjual sahamnya dalam LKT Industrial Bhd di Pulau Pinang kepada sebuah syarikat Temasek-linked di Singapura.

Tabung Haji - pelabur kedua terbesar - mempunyai 19.52 peratus saham dalam LKT Industrial Bhd. Pelabur utama syarikat tersebut - dengan 23.54 peratus saham - adalah Datuk Loh Khee Lian.

Temasek Holdings (Pte) Ltd yang memiliki banyak syarikat dalam pelbagai bidang adalah sayap pelaburan milik kerajaan Singapura. Ini bermakna bahawa Tabung Haji, walaupun dengan secara tidak langsung, telah menjual sahamnya dalam LKT Industrial Bhd kepada kerajaan Singapura.

Berita-berita mengenai penjualan saham Tabung Haji ini boleh dibaca sepenuhnya menerusi link berikut:

1. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/9/26/business/18995491&sec=business
2. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/9/27/business/19009138&sec=business
3. http://www.cnbc.com/id/20988477/for/cnbc
4. http://www.forbes.com/markets/feeds/afx/2007/09/26/afx4157254.html

Maklumat sepenuhnya mengenai LKT, termasuk LKT Industrial Bhd boleh diakses menerusi link berikut:

1. http://www.lkt.com.my/index5.html
2. http://www.lkt.com.my/contact.html
3. http://wrightreports.ecnext.com/coms2/reportdesc_COMPANY_C45889460
4. http://sg.finance.yahoo.com/q?s=9822.KL&d=t
5. http://biz.thestar.com.my/marketwatch/charts/l.asp?code=9822~LKT&p1=3.28&p2=3.42&p3=3.42&p4=3.2&p5=3.26&p6=-0.02&p7=-0.61&p8=23748&p9=8.451

Profile Temasek-linked company yang dikatakan membeli saham Tabung Haji dan Datuk Loh dalam LKT Industrial Bhd boleh dibaca menerusi link berikut:

1. http://www.singaporemirror.com.sg/co_singaero.htm
2. http://sg.pagenation.com/sin/Singapore%20Aerospace%20Manufacturing%20Factory_103.7151_1.3416.map
3. http://www.sam.sg/aboutus/glance.html

Apa yang diberitakan seperti di atas adalah satu urusan korporat yang biasa. Tetapi, bila Tabung Haji adalah milik kerajaan Malaysia, pastinya penjualan sahamnya dalam LKT Industrial Bhd kepada Temasik-linked company menimbulkan tandatanya yang bukan kecil. Ini kerana LKT Industrial Bhd adalah sebuah syarikat yang strategik.

Jadi, siapakah yang membenarkan Tabung Haji menjual sahamnya GLC Singapura? Adakah ianya dirstui oleh Menteri Kewangan I? Apakah rasional dan motif saham itu dijual? Sudahkah penjualan itu dikaji daripada seluruh aspek akan kesan dan implikasinya?

Kebelakangan ini berapa banyak lagikah saham-saham GLCs Malaysia yang telah dijual atau akan dijual kepada Temasek-linked companies atau GLCs Singapura? Yang kita tau adalah Telekom Malaysia. Lagi?

Pada waktu yang sama, adakah kita pernah terdengar berita di mana GLCs Malaysia membeli saham GLCs Singapura? Adakah Singapura pernah termimpi untuk menjualkan saham GLCs miliknya kepada GLCs Malaysia? Mungkinkah Singapura akan berhati baik dan berbuat demikian tidak lama lagi? Atau, mungkinkah kita tunggu sehingga kucing bertanduk pun mimpi sebegini tidak akan jadi realiti? – Ruhanie Ahmad

Sunday, September 16, 2007

Satu Demonstrasi Besar Kaum India
Di Hadapan Pejabat PM Di Putrajaya?

Di bawah ini saya siarkan kisah bergambar yang berlaku berhampiran Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Saya tidak mahu komen atau tokok tambah kepada kisah tersebut. Anda layari dan bacalah sendiri. Sesudah itu, buatlah analisa perbandingan dengan apa yang terjadi di Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu, seminggu yang lalu. – Ruhanie Ahmad

Layarilah links berikut:

http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_pelbagai682.html

http://my.opera.com/marhaen/albums/show.dml?id=360846

FRU Mesra Penternak Babi & Kaum India
Berbanding Orang Melayu dan Islam?

Satu perhimpunan besar kaum India telah diadakan di Putrajaya menuntut pelbagai perkara. Perkara ini tidak pun dilapokan dalam media arus perdana. Ironisnya, perhimpunan sebesar itu di halaman Pejabat PM tidak pun diganggu-gugat oleh makhluk bertopi merah.

Tidak ada juga wujudnya agent provocateur untuk 'mencipta dan menjadikan keadaan tidak terkawal' seperti mana yang berlaku di Batu Burok, baru-baru ini.

Lebih banyak gambar dapat dilihat di e-album M@RHAEN (gambar-gambar dipanjangkan oleh Jingoza)

Keadaan yang hampir sama dapat kita lihat ketika mereka berhadapan dengan para penternak babi di Melaka.

Mahaguru58: Peluru hidup untuk warga PAS, Babi Melaka masih hidup bebas
Mahaguru58: Malaccan Pigs Fare better than Opposition Parties
HarakahDaily: FRU takut babi Melaka?

Tapi, bila saja berhadapan dengan orang Melayu dan umat Islam, polis dan FRU bukan main lagi hebat menyembur air bercampur asid, memukul dan mencederakan para peserta perhimpunan. Dan peluru hidup adalah ramuan terbaru yang telah digunakan oleh pihak polis untuk menyuraikan perhimunan aman orang Melayu dan Islam.

- Laman Marhaen

Saturday, September 15, 2007

Ong Tee Kiat Dan Melayu

Berita di bawah ini kecil sahaja. Tapi, bacalah betul-betul, pastinya anda memahami maksudnya yang tersirat.

Soalnya, mengapakah baru sekarang wujud suara-suara seperti ini kononnya kerana “a racially balanced number of lecturers in public universities would enable the country to have a better pool of quality staff”? – Ruhanie Ahmad

More Non-bumi Lecturers Needed

MORE Chinese and Indian lecturers are needed to ensure a balanced representation of all ethnic groups in public universities, reported China Press.

Deputy Higher Education Minister Datuk Ong Tee Keat was quoted as saying that a racially balanced number of lecturers in public universities would enable the country to have a better pool of quality staff.

He said the ministry was keen to recruit more non-bumiputra lecturers.

It held recruitment exercises in Britain, Australia and New Zealand earlier this year to lure back Malaysian talent based in foreign countries, he said

- Nation, Friday September 14, 2007

Friday, September 14, 2007

Satu Renungan Di awal Ramadhan

Berita di bawah ini dikirimkan kepada saya oleh seorang blogger yang menggunakan nama Pemerhati. Ia adalah mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah telah dipetik oleh Channel News Asia – sebuah agensi berita berpangkalan di Singapura – sebagai berkata pada 12 Sptember 2007, bahawa umat Islam Malaysia yang berhasrat meninggalkan agama tersebut perlu diberikan kaunseling oleh pihak-pihak berkuasa agama, dan, sekiranya mereka terus memilih untuk keluar daripada agama Islam, mereka perlu diizinkan berbuat demikian.

Menurut agensi berita itu, Abdullah kemudiannya menjelaskan bahawa kenyataan beliau dibuat atas kapasiti peribadinya sendiri.

Agensi itu juga mendakwa Abdullah membuat kenyataan di atas kepada para pemberita sesudah beliau merasmikan satu persidangan Islam di Putrajaya. Anehnya, kenyataan itu tidak pula dilaporkan oleh Bernama, agensi berita nasional Malaysia. Bagaimanapun, saya tidak pasti kalau kenyataan itu disiarkan oleh mana-mana akhbar perdana.

Kenyataan Abdullah sepenuhnya, dalam bahasa Inggeris, adalah seperti berikut:

KUALA LUMPUR — Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has said that those who want to leave Islam should be counselled by the religious authorities, and, if they still choose to convert, they should be allowed to do so.

Mr Abdullah made it clear later that he was making these comments in his personal capacity.

"Religious officials should be ready to listen to the problems of those people who want to leave the religion. They should not torture them but they should counsel them," said Mr Abdullah, speaking to reporters after opening an Islamic conference in Putrajaya.

Asked about the growing number of religious disputes dominating news headlines, the Prime Minister proposed that Muslims who want to convert to other faiths should be allowed to do so.

"This is not something that cannot be done. For those who don't want to be Muslims anymore, what can you do? If they want to leave the religion, what are you going to do? You might as well let them go."

Under Sharia or Islamic law in Malaysia, it is the duty of religious authorities to determine whether a Muslim can leave the religion or not. - Channel NewsAsia

Setelah anda membaca kenyataan Abdullah seperti di atas, cuba kita rasionalkan sendiri, mengapakah agensi berita terbabit menyatakan yang Abdullah membuat kenyataan itu atas kapasiti peribadinya sendiri? Apakah ini bermaksud bahawa pendirian rasmi Abdullah adalah berbeza daripada pendirian peribadinya? Mengapakah Abdullah membuat kenyataan itu sempena awal Ramadhan? Mengapakah jadi begini? Apa sudah jadi? – Ruhanie Ahmad

Thursday, September 13, 2007

DAULAT TUANKU!!!
SELAMATKANLAH MALAYSIA

Di bawah ini saya poskan rayuan Raja Petra Kamaruddin (RPK) daripada Malaysia Today supaya kita semua menghantarkan satu petisyen khas kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk menyelamatkan negara kita dari kekucar-kaciran yang sedang berlaku sekarang.

Saya menyokong penuh petisyen ini. Kalau apa yang sedang bergolak hari ini tidak segera direntikan, saya bimbang rakyat Malaysia akan dilanda bencana dan perbalahan yang panjang dan parah.

Saya harap semoga dalam petisyen itu kelak akan dimasukkan juga kehendak rakyat jelata supaya seluruh pasukan keselamatan Malaysia – PDRM dan ATM – diletakkan di bawah kuasa Agong.

Nota: Jika anda mendukung perjuangan ini, sila daftarkan sokongan anda menerusi
www.malaysia-today.net . Kalau susah sangat, poskan sahaja tandatangan sokongan anda seperti yang dihekendaki oleh Malaysoia Today, menerusi blog ini. Kemudiannya, saya akan fowardkan pula tandatangan sokongan anda kepada MT. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad

Petition to The Agong

Malaysia Today is going to send a Peoples’ Petition (Petisyen Rakyat) to His Highness The Yang di-Pertuan Agong. I really do not need to go into the host of reasons for the dire need of this Peoples’ Petition. Amongst some of the issues which are of concern to the Malaysian people are:

1) The recent shooting of two people in Kuala Terengganu.

2) The reported gang clashes in Kuala Lumpur, Penang and Johore over the 50th Merdeka celebration holiday that resulted in a few deaths.

3) The Auditor-General’s report that revealed gross and blatant abuses and transgressions in the management of the peoples’ money involving billions of Ringgit.

4) The state of affairs in the Royal Malaysian Police where even the former IGP Tun Hanif Omar admitted that corruption is a serious problem.

5) The state of affairs in the judiciary where senior judges have been bypassed in many promotion exercises in favour of candidates with blemished records.

6) The breakdown of law and order and allegations by serving police officers, who have signed Statutory Declarations or Affidavits, that the organised crime syndicate is running the police force.

7) The dangerous and alarming racial and religious divide.

8) Abdullah Ahmad Badawi’s implication in the Oil-for Food scandal.

9) The need for electoral reforms as proven by the incidences of gerrymandering and phantom voters in the many general elections before this and which will continue and prevail in the next general election.

Our concern is not confined to just these nine issues above but suffice that these nine demonstrate the urgent need for this petition. The actual text of the petition will be properly worded to meet the protocol requirements of a letter that is addressed to The Agong but the spirit of the petition will encompass the above.

If you support this Peoples’ Petition, please sign it in the blog below. You need not add any comments. In fact, we do not need your comments. Just add your name to it. If you do not support it then no need to do anything.

(Those not registered in Malaysia Today but would like to sign the petition just send me an e-mailed at raja.petra.kamarudin@gmail.com with the message "Signed" and your name.)

Friday, September 7, 2007

Raja Berkedudukan Amat Istimewa
Di hati Rakyat Dahagakan Pembelaan

Blogger DASA

Di bawah ini saya siarkan komen Blogger Dasa terhadap posting dalam blog ini bertajuk Raja-Raja Adalah Bahagian Penting Negara, Tegas Raja Nazrin. – Ruhanie Ahmad

Kelangsungan institusi raja sesebuah negara amat berkait-rapat dengan kemampuannya untuk “membaca” suasana semasa dan seterusnya menyesuaikan diri menerusi tindakan-tindakan yang perlu. Peneraju institusi raja yang prihatin kepada apa jua perkembangan yang berlaku kepada negara dan rakyat tidak akan teragak-agak menzahirkan pandangannya kepada pihak yang terlibat secara langsung tetapi terhormat.

Di bumi bernama Malaysia, institusi raja mempunyai ruang untuk memastikan negara benar-benar ditadbir secara sewajarnya dari masa ke semasa kerana rakyat hanya berpeluang “menghakimi” kerajaan selepas beberapa tahun iaitu menerusi pilihanraya umum. Kenyataan sesetengah pihak bahawa institusi raja di negara ini adalah simbol semata-mata merupakan satu penghinaan kepada raja-raja. Ianya umpama menyamakan institusi raja dengan objek yang tidak bernyawa seperti bendera dan tugu.

Raja-raja sesungguhnya berada di kedudukan yang amat istimewa bukan sahaja dari segi Perlembagaan malah di hati sanubari rakyat yang dahagakan keadilan dan pembelaan. Apatah lagi sekiranya raja-raja terdiri daripada insan-insan berkeperibadian mulia, berpendidikan tinggi, berpandangan jauh dan yang sentiasa memahami jiwa serta hasrat rakyat kebanyakan.

Dalam keadaan di mana negara ditadbir secara lemah dan diserapi unsur-unsur tidak sihat, hanya satu tempat yang ada untuk rakyat mengadu dan menyandarkan harapan mereka iaitu institusi raja sebagai pemulih keadaan. Tanpa institusi raja yang berfungsi dengan berkesan, masa depan negara dan rakyat umum akan mempunyai laluan yang kelam dan berduri.

Daulat Tuanku!

– Dasa, 7.47 PM, 6 September 2007 7:47 PM
Abdullah Dan Khairy
Integriti Dan Harakiri (2)

Di bawah ini saya sedut daripada Utusan Malaysia 7 September 2007, sebahagian kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengenai intgriti, sebagai tambahan kepada apa yang telah saya petik daripada Bernama dalam posting seblum ini. Juga saya paparkan adalah komen daripada Blogger Dasa yang dikirimkan kepada www.kuda-kepang.blogspor.com – Ruhanie Ahmad

Betulkan Integriti Diri:
Rakyat Perlu Tanam Tekad
Agar Setiap Rancangan Bawa Kebaikan

PUTRAJAYA 6 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak rakyat agar menanam tekad untuk membetulkan integriti diri masing-masing supaya setiap yang dirancang akan membawa kebaikan.

Menurut Perdana Menteri, ini termasuk melakukan muhasabah diri dengan bertanyakan soalan mengenai apa yang betul dan apa yang salah dalam setiap perkara yang dilakukan.

‘‘Dulu saya bercakap mengenai sistem penyampaian awam, berkaitan rasuah, disiplin dan peraturan. Banyak kali dah cakap, jadi hari ini saya ingin cakap pasal diri.

‘‘Yang bantah dan yang menyeleweng semuanya berpunca dari diri kita sendiri, sedangkan peraturan yang banyak itu adalah untuk memperkuat dan memperbetulkan manusia, semua itu termasuk pindaan undang-undang dan peraturan adalah untuk menjadikan kita orang baik,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Integriti 2007 di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Komen daripada Dasa:

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak ramai pemimpin tertinggi negara mempunyai kelayakan moral untuk bercakap mengenai integriti. Tidak bersikap jujur kepada rakyat dan tidak menunaikan janji yang dibuat sewaktu pilihanraya umum lalu adalah bukti nyata bahawa mereka amat jahil dengan konsep integriti yang dilaung-laungkan.

Penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) dilihat tidak mempunyai sebarang kesan besar ke atas tahap integriti tinggi yang ingin diterapkan kepada masyarakat umum. Ini adalah kerana kelompok-kelompok berpengaruh di negara ini menganggap integriti sebagai satu slogan yang hanya layak dibincangkan di IIM sahaja dan bukan sebagai nilai yang mesti diamalkan dalam kehidupan.

Kita sebenarnya lebih memerlukan IIM untuk memupuk integriti di kalangan pemimpin dan bukannya rakyat. Malah IIM mungkin tidak diperlukan sekiranya kita benar-benar menghayati ajaran agama Islam yang telah sedia bersifat hadhari. Selagi kita tidak memahami konsep mudah “Kepimpinan Melalui Teladan”, usahlah membuang masa berbicara sesuatu yang muluk-muluk kerana ianya akan cuma menjadi jenaka sinis dikongsi sesama rakyat.

Tanpa integriti tinggi tersemat di jiwa pemimpin, slogan-slogan popular masa kini seperti “Cemerlang, Gemilang, Terbilang”, “Mentaliti Kelas Pertama” dan “Modal Insan” pada masa hadapan mungkin akan hanya kekal dalam ingatan kita semua sebagai kata-kata bombastic yang pernah diungkapkan secara berulang-kali tetapi tidak pernah difahami, dihayati dan dizahirkan secara konsisten oleh pemimpin itu sendiri. – Dasa, 10:45 AM, 7 September 2007.
Abdullah Dan Khairy
Integriti Dan Harakiri

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini mengeluarkan satu kenyataan yang cukup hebat, iaitu mengenai soal integriti dan harakiri.

Kenyataan ini seharusnya menggembirakan seluruh rakyat jelata Malaysia yang segolongannya mempunyai persepsi bahawa kepimpinan negara kini sedang dilanda krisis integriti dan kredibiliti.

Abdullah dipetik oleh Bernama 6 September 2007 sebagai berkata bahawa “integriti bukan hanya satu nilai atau amalan yang perlu diamalkan setiap masa bahkan nilai murni itu mesti lahir dari sanubari setiap insan.”

Beliau juga berkata bahawa “integriti perlu dipupuk dalam diri seseorang insan sejak dari kecil lagi supaya negara dapat melahirkan sebuah masyarakat yang mempunyai nilai integriti yang tinggi dan ini akan membantu Malaysia berjaya dalam semua bidang.”

Katanya lagi, di negara Jepun contohnya, orang sangat takut dimalukan dan dengan itu mereka akan mengambil segala langkah agar tidak dimalukan oleh sesiapa.

"Malah di Jepun mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya tidak malu atau gagal melakukan sesuatu tugas dengan betul. Jika malu, mereka tidak berfikir dua kali untuk melakukan 'harakiri' (bunuh diri).

.
Abdullah berkata demikian dalam ucaptamanya pada Konvensyen Integriti Nasional 2007 di Putrajaya. Kenyataan penuh beliau boleh diakses menerusi link berikut: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=283421

Saya yakin Abdullah memahami dan menghayati sedalam-dalamnya maksud ucapan beliau sendiri. Pada waktu yang sama, saya harap suatu hari nanti Abdullah dapat pula memberitahu rakyat jelata, pada tahap intgriti manakah Malaysia dan kepimpinannya pada hari ini.

Begitu juga dengan menantu beliau, Khairy Jamaluddin. Harap-harap anak muda yang bijak, pandai, berpengaruh dan ambitious ini meninsafi apa yang disuarakan oleh Abdullah.

Kepada rakyat Malaysia, cuba fahamkan maksud kenyataan Abdullah seperti di atas dan tanya diri masing-masing, kalau ikut amalan Jepun, siapakah yang layak melakukan harakiri (ini dilarang oleh Islam) akibat krisis integriti di negara kita pada masa ini? – Ruhanie Ahmad

Thursday, September 6, 2007

Desas-Desus Wang RM840 Juta
Dari Singapura Kepada UMNO?

Di bawah ini adalah satu desas-desus politik yang menggemparkan. Ia membabitkan kisah kononnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memperolehi “wang pendahuluan” sebanyak RM840 juta daripada Singapura untuk “membeli sokongan” anggota Kabinet Malaysia dan ahli Majlis Tertinggi UMNO supaya tidak memujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menukar keputusannya bersara daripada politik dan kerajaan pada akhir 2002.

Desas-desus ini saya cedok daripada tulisan Raja Petra Kamarudin (RPK), dalam ruangan The Corridors Of Power, Malaysia Today, 3 September 2007. Dengan tajuk Fact Or Fancy?, RPK menghuraikan desas-desus yang mendakwa kononnya pada suku akhir 2002, Singapura telah memberikan wang sejumlah RM840 juta kepada Khairy Jamaluddin.

Kata desas-desus itu, Khairy kemudiannya dikatakan menyerahkan wang RM840 juta itu kepada Tun Khalil Yaacob selaku Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu. Kononnya, wang itu adalah untuk “membeli” seluruh anggota kabinet Malaysia dan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Menurut RPK, tidak terdapat sebarang dokumen untuk membuktikan transaksi wang tersebut. Yang ada hanya kenyataan “one high level Umno official” atau seorang pegawai tinggi UMNO yang dikatakan memperolehi maklumat berkenaan daripada seorang pegawai perisikan asing yang memantau pergerakan wang itu daripada Singapura ke Australia dan akhirnya di Malaysia.

Antara intisari desas-desus itu adalah, selepas Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya di Perhimpunan Agung UMNO 2002, beliau pun bercuti di luar negara. Percutian itu kononnya membimbangkan sesetengah pihak. Mereka khuatir kalau-kalau sekembalinya daripada percutian, Mahathir mungkin menarik balik keputusannya untuk bersara.

Untuk mengelakkan kebimbangan di atas jadi kenyataan, anggota Majlis Tertinggi UMNO dan anggota Kabinet Malaysia perlu “dibeli”.

Kononnya, ketika itu Abdullah tidak mempunyai wang untuk tujuan tersebut. Lantas, Khairy pun dikatakan dikerahkan ke Singapura untuk berunding dan mendapatkan “advance” sejumlah RM840 juta daripada pihak berkuasa di republik berkenaan untuk membiayai “pembelian” di atas.

Sebagai balasannya, Malaysia kononnya akan membantu Singapura mengatasi masalah tanah yang dihadapinya. Pertama sekali, Malaysia akan menjual pasir yang diperlukan untuk kerja-kerja tebusguna laut supaya pulau itu membesarkan saiznya dua setengah kali ganda daripada sekarang.

Keduanya, Singapura akan “annex” atau “memajak” sebahagian daripada Johor, walaupun tidak sama seperti pemajakan Province Wellesley kepada Pulau Pinang, tetapi secara tidak langsung menerusi kewujudan Wilayah Pembangunan Iskandar yang sebenarnya adalah Wilayah Ekonomi Utara Singapura.

Wang sebanyak RM840 juta itu kemudiannya dikatakan telah dibahagi-bahagikan kepada pihak yang tersebut di atas. Dengan itu, sekiranya Mahathir menarik balik keputusan persaraannya, maka penerima habuan tersebut hendaklah melakukan ssuatu supaya Mahathir terus bersara.

Adakah berita angin yang liar seperti di atas sahih dan benar? Tidak mungkinkah kisah di atas sengaja diada-adakan? Kata RPK, adalah sudah jadi lumrah di Malaysia di mana desas-desus akhirnya menjadi kenyataan. Contohnya, Abdullah pernah menyatakan di satu sidang media bahawa perkahwinan beliau dengan isterinya yang baru adalah hanya desas-desus atau berita angina. Tetapi, bukankah Abdullah kini berkahwin dengan wanita yang didesas-desuskan sebelum ini?

Untuk kisah sepenuhnya sila layari link: http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=7793

Tuesday, September 4, 2007


Raja-Raja Adalah
Bahagian Penting Negara
Tegas Raja Nazrin

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Monarki, atau institusi raja di Malaysia adalah bahagian penting negara dan juga lambang identiti, kesinambungan, perpaduan dan kekuatan dan, bertentangan dengan pendapat sesetengah pihak, ia bukan setakat bentuk yang tidak mempunyai fungsi, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Raja-raja lambang identiti kerana ia adalah institusi nasional, sesuatu yang membezakan negara ini dari negara-negara lain, dan ia lambang kesinambungan kerana raja-raja di Malaysia adalah institusi tua yang memberikan kesedaran tentang signifikan sejarah kepada rakyat, titah baginda.

"Ia simbol perpaduan kerana ia menjadi titik tumpuan rakyat dari semua kaum, agama dan anutan politik untuk bersatu. Dan ia lambang kekuatan kerana ia mempamerkan sifat adil, timbang rasa dan kemuliaan," titah baginda pada syarahan umum bertajuk "50 Tahun Pembangunan dan Kematangan Negara" pada Seminar Pembangunan Khazanah Nasional, di sini.

Raja Nazrin bertitah dalam tempoh lima abad, banyak institusi raja di dunia hapus kerana Raja-raja menganggap status itu sebagai hak cukup mulia dan bukan sebagai satu tanggungjawab.

"Mereka tidak kisah untuk menilai dan membina kembali peranan mereka sebagai pelindung kebajikan rakyat jelata dengan itu, tidak menghairankan, mereka tidak dapat mengekalkan pengiktirafan dan kepercayaan rakyat," tambah baginda.

Raja Nazrin bertitah monarki dikait rapat dengan autokrasi, megalomania, tiranni, kezaliman dan feudalisme walaupun hakikatnya dalam tempoh 100 tahun lepas, pemimpin dari pelbagai bentuk, komunis, sosialis, demokratik, republikan, ketenteraan, malahan haluan agama, muncul dan mempamerkan sifat-sifat ini malah lebih dari itu.

Beliau berkata monarki yang telah dapat meneruskan kelangsungannya, termasuk monarki di Malaysia, kerana mereka berkembang selaras dengan kemajuan sosial dan dan menyumbang dalam kehidupan awam.

"Mereka telah berkembang dengan menerima realiti, dan meletakkan diri mereka di atas, politik partisan. Mereka menyumbang kepada kehidupan awam dengan mentakrif semula peranan mereka untuk membantu menegakkan keadilan, mengekalkan keamanan dan menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak yang berbalah, sebagaimana hakim-hakim berkhidmat kepada masyarakat," ujar baginda.

Baginda bertitah monarki berfungsi sebagai "suara kemunasabahan, kesederhanaan dan tadbir urus yang baik," terutama bila wujud sikap ekstrem dan chauvinis.

Dengan cara ini, monarki memperkukuh institusi tadbir urus dan mempertingkat proses demokratik, tegas baginda.

Raja Nazrin bertitah untuk mempastikan monarki di Malaysia terus berfungsi dengan berkesan sebagai satu daripada cabang utama negara, tempat masyarakat berlegar, ia mesti kekal segar dan penting dengan memenuhi peranan yang diharapkan padanya.

"Fakta yang sering terlepas pandang dan kurang dihargai ialah monarki di Malaysia sewajarnya memainkan peranan produktif dengan menjadi penyemak dan pengimbang sihat dalam sistem tadbir urus," titah baginda.

Raja Nazrin menegaskan Perlembagaan Persekutuan memberi mandat kepada monarki menjadi pelindung perjalanan undang-undang yang adil, penimbang tara saksama dalam proses demokrasi dan penyelia tunggak negara.

"Sesetengahnya berpendapat bahawa Raja-raja harus melakukan demikian semata-mata dari segi istiadat, tetapi beta berhujah bahawa ini bertentangan dengan semangat sebenar, jika tidak maksud tersurat, Perlembagaan Persekutuan," ujar baginda.

Baginda menegaskan sementara monarki diperlukan bertindak atas nasihat eksekutif, ia mesti juga menegakkan prinsip tadbir urus yang baik dan keluruhan undang-undang, dengan kewibawaan dan kesaksamaan.

"Melakukan sebaliknya akan menjejas integritinya, dan juga integriti Perlembagaan Persekutuan," titah baginda, dan menambah bagi mempastikan monarki menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan, ia perlu mempunyai laluan bagi perundingan tulen dan mendalam dengan eksekutif.

Raja Nazrin bertitah ini, bagaimanapun, tidak harus menimbulkan masalah, berdasarkan matlamat biasa dan murni untuk memenuhi kepentingan negara.

"Kesatuan matlamat ini akan membantu menjamin bahawa hubungan itu bersifat bekerjasama dan tidak dihalang oleh konfrontasi terbuka," tambah baginda.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=282832

Monday, September 3, 2007

Anak Merdeka Berjiwa Hamba (3)

Di bawah ini saya sedut artikel Datuk Rejal Arbee yang disiarkan oleh Mykmu dengan tajuk Terkuburnya Kelantan Delights di Suria KLCC, untuk membuktikan wujudnya anak-anak merdeka yang berjiwa hamba di kalangan kita pada hari ini.

Tulisan Datuk Rejal sepenuhnya boleh diakses menerusi link berikut:
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5988

Restoran Kelantan Delights, satu-satunya restoran masakan Melayu yang telah beroperasi selama 10 tahun di Suria KLCC, Kuala Lumpur, terpaksa menamatkan riwayat perniagaannya mulai 23hb Ogos 2007.

Keputusan penutupan itu dipercayai dibuat oleh Pengurusi Eksekutif Suria KLCC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, seorang warga Australia bernama Brian Andrew.

Pengurusan Suria KLCC tidak telus kerana merahsiakan kadar sewa yang dikenakan kepada premis lain yang bersebelahan. Misalnya Chakri Palace (masakan Thai), Spice of India atau Madame Kwan dan Shan Village (masakan Cina). Apakah kadar sewa yang dikenakan kepada mereka itu sama dengan yang dikenakan kepada Kelantan Delights? Mereka menjadikan kadar sewa yang dikenakan seperti satu rahsia negara yang amat besar sekali.

Kini premis yang telah dipopularkan oleh Kelantan Delights itu akan diberikan kepada suatu restaurant Korea. Dengan ini berbagai masakan negeri asing boleh dinikmati di Suria KLCC. Tetapi, jangan kita harapkan mendapat masakan Melayu di situ.

Apakah gambaran yang hendak diberikan oleh pengurusan Suria KLCC? Salahkah kalau disimpulkan bahawa mereka berpandangan bahawa masakan Melayu tidak layak disajikan kepada pengunjung Menara Kembar Petronas?

Kini tiggal 10 buah sahaja kedai yang diusahakan Melayu daripada 325 buah kedai di KLCC. Apakah ini tidak menimbulkan keresahan di kalangan orang Melayu? Apakah pihak berkuasa tidak langsung prihatin dengan perkembangan ini dan sikap pengurusan Suria KLCC?

Kabarnya keadaan di Alamanda Putrajaya yang juga diuruskan Suria KLCC, tidak banyak berbeza dengan apa yang sedang berlaku di Menara Kembar Petronas. Ini kerana Ketua Pegawai Eksekutif Alamanda adalah isteri kepada Brian Andrew, iaitu Lisa Words. Apakah tidak aneh isteri boleh dilantik sebagai boss anak syarikat di mana suaminya menjadi ketua?

Perkembangan ini sebenarnya memberi implikasi besar terhadap kedudukan perniagaan Melayu di kompleks beli belah yang bertaraf antarabangsa. Orang Melayu sendiri tidak mengharapkan pembelaan dari komplek yang dikuasai bukan Melayu seperti Mega Mall atau One Utama. Tetapi kompleks membeli belah yang dikuasai sebuah Syarikat Kaitan Kerajaan (GLC) tentunya perlu ada sedikit pertimbangan untuk menggalakan peniaga Melayu.

Komen:

Saya difahamkan bahawa Suria KLCC diuruskan oleh sebuah syarikat pengurusan daripada Singapura. Adakah ini benar? Mengapa jadi begini? Inikah satu daripada bukti bahawa di era merdeka ini pun masih ada orang Melayu yang berjiwa hamba di mana dagang lalu ditanakkan, kera di hutan disusukan, ayam di kepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan sedangkan anak di rumah sendiri mati kebuluran?

Apa akan kerajaan lakukan untuk membetulkan keadaan ini dan untuk mengikis jiwa abdi seperti yang berlaku di Suria KLCC ini? Mengapakah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak tunjuk keprihatinan terhadap kes-kes seperti ini? Atau, mungkinkah rakyat jelata sendiri yang terpaksa memilih cara terbaik untuk melaksanakan sesuatu corrective measures terhadap kepincangan seperti ini? – Ruhanie Ahmad

Sunday, September 2, 2007

Tahniah Temasek Holdings

Saya petik di bawah ini satu berita Bernama pada 31 Ogos 2007 mengenai, Ho Ching, Ketua Eksekutif Temasek Holdings, syarikat milik kerajaan Singapura yang juga isteri kepada Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura, seperti berikut:

Isteri PM Singapura, Ho Ching
Wanita Ketiga
Paling Berkuasa Di Dunia

SINGAPURA, 31 Ogos (Bernama) - Ketua Eksekutif Temasek Holdings, syarikat milik kerajaan Singapura, Ho Ching, kini merupakan wanita ketiga paling berkuasa di dunia selepas Canselor wanita pertama Jerman Angela Merkel dan Naib Perdana Menteri China Wu Yi.

Ho Ching, isteri Perdana Menteri Lee Hsien Loong, meningkat naik dari tangga ke-36 tahun lepas kepada tangga ketiga dalam senarai tahunan "100 Wanita Paling Berkuasa" yang dikeluarkan Forbes hari ini.

Forbes berkata Ho Ching kini menjadi "pengaruh yang mesti diambil kira, kerana rundingan urusniaga yang dilakukannya merentasi dunia."

"Ho Ching telah berjaya mengubah Temasek daripada sebuah syarikat yang menumpukan pelaburan di Singapura kepada sebuah badan pelaburan yang berjaya melebarkan sayap ke Asia, melakukan pelaburan dalam syarikat-syarikat India dan China, khususnya dalam sektor telekomunikasi dan perbankan,” kata Forbes.

Nilai bersih portfolio Temasek kini meningkat 27 peratus kepada US$108 bilion daripada US$80 bilion pada tahun sebelumnya.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rice menduduki tangga keempat, selepas Ho Ching.

- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=282408

Komen:

Sejak dua-tiga tahun kebelakangan ini nama Temasek Holdings sering kedengaran di Malaysia. Nama syarikat ini jadi antara buat mulut yang meniti dari bibir ke bibir. Ia juga pernah dikaitkan dengan beberapa transaksi perniagaan.

Agak sukar untuk kita mengukur pembabitan Temasek di Malaysia ketika ini. Apa pun, saya ucapkan selamat maju jaya dan tahniah kepada Ho Ching di atas prestasi cemerlang beliau menguruskan perniagaan Temasek.

Forbes mengatakan Ho Ching kini menjadi "pengaruh yang mesti diambil kira, kerana rundingan urusniaga yang dilakukannya merentasi dunia."

Oleh itu, wajarlah kita mengingati nama Ho Ching - isteri Perdana Menteri Singapura, wanita ketiga berpengaruh di dunia dan Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings, syarikat milik kerajaan Singapura! – Ruhanie Ahmad

Saturday, September 1, 2007

Anak Merdeka Berjiwa Hamba (2)

Hanya beberapa jam setelah saya mengirimkan posting Anak Merdeka Berjiwa Hamba?, saya menerima SMS yang membawa mesej berikut:

Kementerian Kewangan Indonesia menarik balik lesen stock broking PT Bank DBS, anak syarikat DBS Bank Singapura di Indonsia. Ini bukti Presiden SBY dan Timbalannya, Yusof Kalla, bukan sahaja mahu memprtahankan kedaulatan negaranya, tetapi juga tidak rela negaranya di‘rompak’ oleh Singapura.

Pemimpin Malaysia lain ceritanya. Bukan sahaja mereka membiarkan bank-bank Singapura beroperasi dengan senang di tanahair kita, tetapi memberikan juga kebenaran kepada bank-bank Singapura seperti OUB dan OCBC untuk membuka lebih banyak lagi cawangan di Malaysia.

Sementara itu, kerajaan Singapura pula menolak permohonan bank-bank Malaysia seperti CIMB dan Affin Bank untuk mendapatkan lesen membuka cawangannya di Singapura. - Ziza

Komen:
SMS kiriman Ziza seperti di atas wajar membuka minda dan keninsafan pemimpin kita dalam mengharungi fasa kedua perjuangan memperkasakan Malaysia dan kedaulatannya.

Mereka perlu tegas seperti SBY dan Jusuf Kalla. Mereka perlu tegas seperti Singapura. Sikap ketegasan seperti ini amat penting kerana kita insaf bahawa sebuah syarikat milik kerajaan Singapura kini dikatakan sedang berusaha keras untuk menjajahi dunia ekonomi dan perniagaan kita dengan skala yang lebih menyeluruh.

Pemimpin kita mesti insaf, kalau bank Malaysia tak boleh diizinkan beroperasi di Singapura, kenapakah kita terlalu sangat bermurah hati izinkan bank Singapura mengaut keuntungan di negara kita.

Kenapakah kita sahaja yang sentiasa memberi kepada Singapura? Dan, kenapakah kita juga yang sentiasa meminta-minta kepada Singapura? Kenapakah hubungan ekonomi dan perniagaan Malaysia-Singapura sentiasa lebih menguntungkan Singapura?

Inikah ertinya kata-kata: dagang lalu ditanakkan, kera di hutan disusukan, ayak di kepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan, anak di rumah mati kebuluran? Inikah ertinya kita yang sudah merdeka memang masih lagi mmpunyai kelompok warga yang berjiwa hamba? – Ruhanie Ahmad