Friday, August 31, 2007

Mimpi Besar Di ambang Dewasa

Limapuluh tahun adalah usia emas, matang dan dewasa. Lantas sambutan ulangtahun ke-50 kemerdekaan negara juga bukannya satu upacara biasa yang cukup sekadar diraikan dengan dendangan lagu-lagu patriotik dan kibar-kibaran jalur gemilang. Atau pun, sempurna sudah sambutan jubli emas kemerdekaan negara bila bunga api berdentam-dentum merona angkasa dengan keindahan yang amat singkat dan terlalu sementara.

Kedewasaan usia ini sebenarnya mempunyai tuntutan lebih besar dan lebih syahadu daripada itu. Ia menuntut satu upacara sambutan yang memancarkan kebanggaan bangsa serta keunggulan tamadunnya di bumi merdeka. Ia menuntut siri ucapan segar penuh tenaga dari para pembesar untuk memperkasa dan menyemarakkan lagi tekad, azam, cita-cita dan daya juang anak-anak bangsa dalam perjuangan mecipta kegemilangan di hari muka.

Maka, malang sekali kalau kita hanya menerima hamburan retorika kosong yang diluahkan secara cempelung-cempelung bagaikan madah si Lebai Malang yang amat pemurah kepada pedagang biarpun anak di rumah mati kebuluran. Lebih malang lagi kita kalau jeritan merdeka yang dilaungkan di usia dewasa ini adalah hambar seperti gegak gempita sorak-sorainya si Pak Kadok yang sentiasa lalai bahawa kampung halamannya telah lingkup digolok-gadai.

Maka, apa harus kita lakukan? Adakah kita mahu terus-terusan membalut jiwa kita yang terluka akibat warna dan suasana yang cacamarba? Adakah kita hanya mahu terus berdiam diri, berpeluk tubuh jadi pemerhati, dengan rasa hampa campur kecewa yang amat pilu menusuk kalbu? Adakah kita mahu izinkan terus supaya diusia merdeka sedewasa limapuluhan ini pun masih wujud segolongan pembesar warga yang berjiwa hamba dengan pemikiran kelas ketiga?

Lantaran itu, tidakkah perlu kita bersama-sama menyusun gerak satu perjuangan berjuta langkah? Tidakkah wajar sama-sama kita bangkitkan suatu gagasan perjuangan sejati membela pertiwi? Tidakkah bijaksana kalau sama-sama kita isi kemerdekaan bumi tercinta ini dengan program dan dasar yang berilhamkan kegemilangan silam, sejarah silam dan tamadun silam, di mana paksinya adalah kegemilangan Melayu dan kecemerlangan Islam?

Sama-samalah kita doakan semoga angan-angan gerak kebangkitan seperti ini bisa jadi satu kenyataan untuk memusnahkan segala bentuk kemungkaran dan kebejatan yang sedang bermaharajalela di sekeliling kita pada hari ini. Mudah-mudahan juga, gagasan perjuangan seperti ini menjelma jadi satu realiti untuk memulihkan semula kesepaduan dan keserasian ssistem kenegaraan Malaysia mutakhir ini, iaitu sistem Raja Berperlembagaan yang disendikan oleh prinsip Demokrasi Berparlimen.

Pada waktu yang sama, teruskanlah usaha kita untuk memanjatkan doa kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya dilindungilah bumi tercinta ini dari kepura-puraan, dihindarkanlah bumi tercinta ini dari kemusnahan, supaya barisan pimpinan warga tanpa nama yang mungkin muncul suatu ketika nanti, diberikan petunjuk Allah SWT untuk menuju ke arah jalan perjuangan yang lurus dan benar.

Demikianlah gagasan mimpi besar dikala usia kemerdekaan negara kita kian mendewasa seperti pada hari ini. Moga-moga agama kita terus mulia syiarnya, bangsa kita sentiasa unggul darjatnya, negara kita tetap mantap kedaulatannya, dulu, kini dan selamanya.

Daulat Tuanku!!! Merdeka!!! – Ruhanie Ahmad

Thursday, August 30, 2007

Mayaputera Dimansuhkan
Puteramaya Jadi Gantinya


Paada 24 Ogos 2007 http://www.mayaputera.blogspot.com dan alamat e-mailnya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Akibatnya, saya tidak dapat membuat apa-apa posting seminggu lamanya.

Hari ini, dengan rasminya Mayaputera dimansuh dan disemadikan buat selama-lamanya. Sebagai gantinya saya munculkan blog Puteramaya.

Bagaimanapun, sebilangan besar posting dalam Mayaputera telah berjaya saya selamatkan dan saya poskan semula – tanpa komen anda - ke blog Puteramaya.

Mudah-mudahan Puteramaya sebagai jelmaan kepada Mayaputera, akan terus menjadi ruang siber di mana kita dapat membicarakan isu-isu Melayu dan Bumiputera dengan jujur dan seikhlas-ikhlasnya. – Ruhanie Ahmad
Wednesday, August 22, 2007

Pemimpin Cemerlang Berfikiran Panjang

Salah satu sifat pemimpin yang CEMERLANG ialah berfikir panjang sebelum berkata apa-apa kepada khalayak. Sekiranya beliau berkata-kata, kata-kata itu berpandukan hujah yang kukuh atau mencerminkan keperibadiannya dan diungkapkan dengan cara yang terhormat serta dapat memberikan inspirasi kepada pendengarnya.

Pemimpin berkenaan dikatakan GEMILANG apabila beliau dilihat sentiasa berjaya mengotakan apa yang dikata meskipun terpaksa berhadapan dengan berbagai rintangan. Kejayaan ini, biarpun mengambil masa untuk dicapai, ditempa menerusi penggemblengan usaha bukan bermusim yang diiringi dengan sokongan tulen daripada mereka yang terlibat.

Pemimpin tersebut menjadi TERBILANG apabila berupaya memastikan apa yang dikotanya terus dipertahankan serta diperbaiki tanpa perlu menunggu sebarang maklumbalas dari mereka yang dipimpin kerana semuanya dilakukan bukan untuk kepentingan peribadi tetapi demi kepentingan umum. Pemimpin ini sentiasa mengingati dirinya bahawa beliau memikul amanah yang amat berat dan sehubungan itu, tidak pernah mengizinkan dirinya atau ahli-ahli keluarganya dipuji atau disanjung sewaktu masih di tampuk kuasa.

Malangnya, komponen paling utama dalam parti pemerintah tidak dilihat mempunyai pemimpin yang CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG dalam ertikata yang luhur. Cukup dengan memerhatikan gelagat semasa pucuk pimpinan tertinggi dari barisan utama dan sayap-sayap yang ada, dada ini terasa amat sesak dengan pilihan telah yang dibuat oleh para perwakilan.

Yang ada cuma pemimpin yang CURANG (kepada bangsa, agama dan negara), GIRANG (dengan kehidupan peribadi dan illusi yang dicipta) dan TEMBERANG (kerana bersikap talam dua muka dan hanya tahu berjanji). Itulah persepsi yang diberikan selepas mengamati tindak-tanduk mereka selama bertahun-tahun.

Cemerlang, Gemilang, Terbilang – Malaysiaku Gemilang!
Curang, Girang, Temberang – Malaysiaku Goyang …… - DASA, 9.45 pagi, 22 Ogos 2007.

Nota:

Posting di atas adalah kiriman blogger DASA sebagai reaksi kepada posting saya berjodol Abdullah Badawi Petriot Sejati? dalam www.kuda-kepang.blogspot.com semalam. Saya paparkan reaksi tersebut dalam blog ini buat renungan kita bersama menjelang sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-50 tidak lama lagi. – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 1:07 PM
Friday, August 17, 2007

Kemerdekaan Dijadikan
Lesen Halalkan Tindakan?

Di bawah ini saya paparkan satu posting yang dikirimkan oleh Blogger DASA kepada www.kuda-penang.blogspot.com. Saya posting ini di sini sebagai cermin diri kepada anda semua. Saya harap anda akan menghayati maksud dan kata-kata Dasa seperti berikut:

Mengenangkan apa yang berlaku sejak pertengahan dekad 80an, setiap kali kemerdekaan disambut hanya mengecamukkan fikiran dan mengguris hati ini dengan lebih mendalam. Rasa bangga sebagai anak di bumi merdeka dalam ertikata yang sebenar mulai pudar apabila melihat berbagai peristiwa tidak menyenangkan silih berganti.

Walaupun orang-orang British telah lama pergi, pengisian kemerdekaan masih tidak menampakkan sebarang perubahan yang nyata. Kemerdekaan yang diperolehi telah digunakan sebagai lesen oleh segelintir kecil rakyat Malaysia yang berada di persada kuasa untuk menghalalkan apa sahaja yang dilakukan ke atas rakyat Malaysia lain, kononnya atas nama kepentingan negara. Rakyat yang menuntut kebenaran dan hak, dilayan dengan sedemikian rupa supaya mereka tidak lagi berani bersuara. Semuanya atas nama menjaga ketenteraman awam.

Perkembangan beberapa tahun kebelakangan ini hanya menjadikan fikiran dan hati ini semakin kacau. Entah apa yang bakal menimpa sebahagian besar anak-cucu kita. Nilai-nilai kehidupan yang murni hanya menjadi mainan bibir. Bersandarkan kepada tahap kesetiaan yang boleh membuatkan Hang Tuah merasa malu, kekayaan begitu mudah dikumpul sehingga cukup untuk membiayai kehidupan beberapa keturunan.

Masing-masing berebut-rebut menyanjung pemimpin, ahli-ahli keluarga dan orang suruhan mereka, semata-mata untuk mendapatkan perhatian meskipun jasa dan sumbangan mereka masih terhad dan terlalu awal untuk dinilai. Anugerah dan gelaran kebesaran diberikan begitu mudah sehingga membuatkan sesetengah kita tersenyum sinis dan menggeleng kepala. Apa yang lebih memualkan, menara gading yang dikatakan penjunjung nilai-nilai luhur turut serta dalam perlumbaan yang tidak menampakkan sebarang kesudahan ini.

Integriti dan moral tidak lagi dijadikan kriteria utama untuk pemilihan pemimpin dalam organisasi-organisasi utama yang menjadi tunggak kepada pentadbiran negara. Pemimpin-pemimpin palsu sama ada dari segi kata-kata, sikap, tindakan dan kelulusan akademik, terus diberikan ruang dan dimartabatkan oleh kelompok tertentu.

Kedudukan hanya menjadi alat untuk menjaga kepentingan diri dan bukannya platform untuk membantu memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Lihatlah sahaja perbezaan kekayaan fizikal mereka yang dipamerkan terang-terangan kepada rakyat sebelum dan selepas menjadi pemimpin. Dan perhatikan nasib rakyat kebanyakan yang terus hidup dalam kesukaran walaupun negara telahpun merdeka selama 50 tahun.

Ingin dijulang sebagai wira, mereka berucap penuh berkobar-kobar di hadapan perhimpunan tertentu bahawa mereka akan bertindak sebagai pembela bangsa, agama, negara serta institusi diraja. Mereka ini gemar menuduh pihak yang tidak sependapat dengan mereka dengan perkataan yang begitu negatif seperti iblis dan pengkhianat. Namun secara realitinya, mereka ini mengikut resmi ayam – kokok berdera-derai tetapi ekor bergelumang tahi.

Mengisi kemerdekaan kini menjadi tugas yang lebih sukar bagi kita semua. Apatah lagi untuk generasi akan datang. Untuk itu, terima kasih wahai para pemimpin.- DASA


Posted by mayaputera at 5:54 PM

Friday, July 20, 2007

Tanggal 20072007 Hanya Wujud
Sekali Dalam Seumur Hidup Kita

Hari ini, Jumaat, 20 Julai Jumaat 2007. Secara numerical, hari ini adalah 20-07-2007, atau lebih mudah untuk diingat kalau di sebut 20072007.

Ini bermakna hari ini adalah sangat istimewa kerana tarikh ini hanya sekali sahaja kita lalui dalam seumur hidup kita.

Memang tiada apa-apa signifiken kepada nombor 20072007. Tetapi, tarikh ini adalah cukup istimewa kepada sejarah hidup kita bersama.

Marilah kita ambil sempena tarikh ini untuk kita baiki lagi diri kita, baik dari segi iman, aqidah, ibadah, iktisad atau pun siasah.

Mudah-mudahan Allah SWT akan terus memandu hidup kita ke arah jalan yang sentiasa lurus dan benar demi agama, diri, keluarga, bangsa dan negara. - Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 3:57 PM


Thursday, July 19, 2007
Thursday, July 19, 2007

Salam Takzim Khas Buat
Jeneral Husainay Hashim

Saya difahamkan ibu pejabat UMNO Malaysia akan mengadakan satu pertemuan dengan bloggers politik Melayu pada Jumaat, 20 Julai 2007.

Saya dapat tau, nama Datuk A Kadir Jasin dan saya telah dimasukkan ke dalam senarai bloggers yang akan dijemput ke pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, saya juga difahamkan oleh bberapa sahabat daripada ibu pejabat UMNO bahawa penyenaraian nama Kadir dan saya sendiri ke dalam senarai jemputan itu dikatakan telah menyebabkan Setiausaha Kerja UMNO, Jeneral (B) Datuk Husainay Hashim, marah-marah.

Jangan bimbang Jeneral. Tak payah marah-marah. Saya tak hairan kalau tidak diundang ke pertemuan itu. Kalau diundang pun saya tak akan hadir.

Buat makluman Jeneral, saya jadi ahli UMNO sejak 1976. Nombor keahlian saya yang mutakhir adalah 00003472. Sewaktu UMNO diharamkan pada 1987, saya adalah antara ahli yang lintang pukang membantu pucuk kepimpinan parti untuk memulihkannya.

Tanyalah orang-orang Parlimen Johor Bahru sewaktu Datuk Shahrir Samad bertanding atas lambang kunci. Tanyalah orang DUN Parit Raja sewaktu Saudara Hamdan Yahya bertanding atas lambang ikan. Dan, tanyalah orang DUN Tambatan sewaktu BN diserang oleh Parti Semangat 46.

Lebih lanjut lagi, Cawangan saya adalah Danasari. Bahagian saya adalah Parit Sulong. Saya mula menjalin hubungan yang rapat dengan beberapa individu tertentu di ibu pejabat UMNO sejak 1972 hingga ke hari ini. Ini bermakna, saya lebih lama mengenali sejarah, falsafah, perjuangan, hati dan budi UMNO berbanding anda.

Oleh itu, teruskanlah sikap apartheid anda terhadap blogger politik seperti Kadir dan saya. Yang pastinya, tiada siapa boleh menyekat saya daripada bersuara. Salam takzim khas daripada saya buat anda. – Ruhanie Ahmad


Posted by mayaputera at 3:02 AM
Wednesday, July 4, 2007
Jadi Jawapan Kepada Kuan Yew?
Elegent Silence Dan Muka Sardin


Para pembesar UMNO nampaknya memang sangat-sangat menghayati istilah “elegent silence” yang diperkenalkan oleh Tun Musa Hitam. Sebab itulah mereka terus buat muka lawa (atau muka sardin) dan terus membisu seribu bahasa terhadap tuduhan LKY bahawa kini ada percubaan oleh sestengah pemimpin UMNO, khususnya UMNO Johor, untuk menyingkirkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Rakyat Malaysia dan ahli UMNO memahami Abdullah bila beliau terlupa memakai tali leher merah yang sama coraknya dengan lain-lain keluarga JPM Isnin lalu. Tetapi, adakah Abdullah juga mahu rakyat dan ahli UMNO juga memahami sebab-sebab beliau memilih “elegent silence” terhadap dakwaan LKY tempohari?

Untuk mereka yang terlupa, mudah lupa dan pura-pura lupa, beginilah kata-kata tuduhan atau dakwaan LKY:

“Adalah satu perkara bagi parti Pas cuba menjatuhkan Perdana Menteri, tetapi apabila pemimpin UMNO, terutama dari Johor, turut bertindak serupa, pelabur dari Singapura mesti bertanya secara serius bila sikap itu akan berubah, dan sama ada mereka mengalu-alukan kita di IDR."

Memang dakwaan LKY dibuat dalam konteks WPI. Tetapi, tidakkah pembesar-pembesar UMNO sedar bahawa kata-kata “adalah satu perkara bagi parti Pas cuba menjatuhkan Perdana Menteri, tetapi apabila pemimpin Umno, terutama dari Johor, turut bertindak serupa” yang disebut secara sekali lalu adalah intisari kepada kenyataan LKY itu?

Sehingga hari ini, kata-kata tuduhan di atas dibiarkan tanpa reaksi. Sebab apa? Sebab yang mengeluarkan dakwaan adalah LKY? Siapa LKY? Orang kata, dia tu “maharaja” di pulau sekangkang kera. Jadi, apa pasal kita takut?

Kepentingan siapakah yang akan terjejas kalau pembesar-pembesar kita bersuara? Tidakkah rakyat, khususnya ahli-ahli UMNO, akan mengambil kesimpulan bahawa ada pembesar UMNO yang kecut perut untuk memperbetulkan kenyataan LKY yang sangat melulu?

Tidakkah strategi “elegent silnce” ini hanya akan mengesahkan persepsi umum bahawa ada di kalangan sesetengah pembesar Malaysia/UMNO kini seolah-olah dah jadi “lembu cocok hidung” kepada LKY atau Singapura?

Adakah dengan berdiam diri terhadap dakwaan LKY ini ada sesetengah pembesar kita yang nak menguji reaksi rakyat jelata? Kalau begitu, blogger Hamizi berkata: “betulkanlah apa yang tak betul. Kalau kalau Pak Lah nak test reaksi rakyat, saya dengan bangganya menjadi rakyat Malaysia yang pertama declare persetujuan dengan usaha menyingkirkan ……”

Blogger Md. Kamel pula berkata: “ Sayang seribu kali sayang yang membuat kenyataan tersebut adalah LKY. Bukannya TDM. Kalaulah komen umpama itu keluar dari mulut TDM, sudah pasti para pengampu dalam UMNO akan tidak berlengah-lengah untuk menghentam TDM, umpama sang harimau yang sedang kelaparan. Dah tentu UMNO memilih untuk senyap kerana kita tahu LKY tu siapa.”

Blogger Aliff Rahman pula berkata: “Bagus rasanya kenyataan LKY dan WPI yang diharap boleh mennyebelahi pihak yang tertentu. Tetapi, secara tidak langsung juga akan menguatkan lagi api perjuangan di kalangan rakyat yang prihatin. Menunggu-nunggu juga satu agenda besar yang mungkin terjadi dan melonjakan semangat cinta pada tanah air di kalangan rakyat membara. Kata orang, "sepandai-pandai tupai melompat.." Itu bagi orang yang membuat kerosakan. Tapi, Firman Allah bermaksud jika kita bersyukur Tuhan akan tambah nikmat. Sama-samalah kita fikir wahai para pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia.”

Oleh itu, teruskanlah “elegent silence” terhadap dakwaan LKY ini. Dengan cara ini, orang UMNO khususnya, mungkin akan bersuara seperti blogger Hamizi dan blogger Md. Kamel seperti di atas. Mereka akan mengatakan bahawa bila LKY kritik UMNO, orang diam. Bila TDM (Tun Dr Mahathir Mohamad) tegur UMNO atau kerajaan, riuhnya merata kampung!!

Teruskanlah “elegent silence” terhadap LKY ini kerana rakyat dan ahli UMNO mungkin akan jadi seperti blogger Aliff Rahman yang tertunggu-tunggu akan munculnya “satu agenda besar” yang boleh melonjak serta membarakan semangat cinta kepada tanah air tercinta. – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 1:04
Tuesday, July 3, 2007

Komen Lamandau Mengenai LKY
Dan Elegent Silence Oleh UMNO



“Apabila orang luar membuat kenyataan mengenai percubaan menyingkir Pak Lah, Tingkat 4 melihatnya sebagai perbuatan dalam usaha meyokong Pak Lah dan bukan sebagai campur tangan dalam hal ehwal politik kita. Perkara seperti ini di galakkan!

Mengapa harus menggunakan menteri mentor negara jiran untuk menyatakan sedemikian. Mungkin Tingkat 4 tidak tergamak mencetuskan polemik percubaan menyingkir Pak Lah. Kalau orang luar cakap, agak senang untuk menepisnya nanti.

Saya melihat kenyataan LKY mempunyai implikasi tertentu dalam arena politik tanahair. Memandangkan LKY mempunyai akses yang begitu baik dengan semua komuniti perisikan di rantau ini, maka kenyataannya itu mempunyai kredibiliti yang tinggi.

Maka sahlah bahawa wujud usaha untuk menyingkirkan Pak Lah dari kalangan Umno sendiri. Bila Pak Lah sendiri tak respon, menunjukkan beliau mahu membiarkan isu ini diperdebatkan umum dengan harapan meraih maklumbalas yang tepat sebelum membuat apa jua kenyataan.

Kenyataan LKY ini juga mejelaskan kepada kita usaha Singapura memantapkan pengaruhnya dalam WPI setelah kita bersetuju diwujudkan JK bersama peringkat menteri.

Amat kesihan melihat gelagat Syed Hamid di Parlimen semalam (2 Julai 2007) cuba memberi penerangan dalam isu ini. Katanya kenyataan LKY bukan pendirian kerajaan Singapura. So naive! Syed Hamid fikir orang Malaysia bodoh macam unta ke? Apa jua keluar dari mulut LKY adalah official kerana beliau mantan PM, Senor Minister dan sekarang Menteri Mentor!

My final analysis : the statement issued by LKY is consonent with Pak Lah's stand to fathom UMNO's reactions!”

Nota: Adakah pandangan Lamandau seperti di atas dikongsikan oleh ramai rakyat Malaysia? Adakah pandangan itu juga mencerminkan hakikat yang sedang berlaku di Malaysia hari ini? – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 1:17 PM


UMNO Pilih Elegent Silence
Kepada Tuduhan Kuan Yew?



Sudah tiga hari LKY menuduh adanya pemimpin UMNO, khususnya UMNO Johor, cuba menyingkirkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Anehnya, reaksi UMNO hanya sunyi dan sepi.

Kenapa jadi begini? Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang mengulas kenyataan LKY dua hari yang lalu hanya menjawab dalam konteks WPI sahaja.

Kedua-duanya tidak langsung menjawab tuduhan mengenai percubaan menyingkirkan Abdullah. Hakikat seperti ini sungguh menghairankan.

Rakyat terus ternanti-nanti reaksi kepimpinan negara terhadap tuduhan LKY itu. Jadi, janganlah sampai strategi ‘elegent silence’ ini menyebabkan lebih ramai rakyat dicengkam dilemma dan keresahan. – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 2:35 AM
Sunday, July 1, 2007

Apa Motif Lee Kuan Yew?

Lee Kuan Yew sekali lagi masuk campur hal ehwal dalaman Malaysia. Bernama 30 Jun 2007 telah memetik beliau sebagai berkata bahawa pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya UMNO Johor, cuba menggulingkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia.

Apakah motif LKY di sebalik tuduhan sedemikian? Apa hak beliau masuk campur urusan dalaman Malaysia? Sejak bilakah UMNO melantik beliau sebagai jurucakapnya? Bagaimanakah reaksi LKY kalau umpamanya ada pemimpin Malaysia yang menuduh wujudnya pemimpin-pemimpin PAP cuba menggulingkan Lee Hsien Loong, atau pun menuduh PAP sebagai parti racist yang meminggirkan Melayu Singapura secara sistematik?

Mungkinkah ada sesetengah pihak di Malaysia yang telah melantik LKY untuk mengeluarkan tuduhan sedemikian serius sebagai satu cara untuk memperkukuhkan kedudukan Abdullah mutakhir ini? Siapakah pihak-pihak ini?

Apabila LKY menuduh, “terutamanya pemimpin UMNO Johor” yang cuba menggulingkan Abdullah, adakah beliau mahu menghasut Abdullah supaya menyingkirkan Menteri Besar, Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, yang dipercayai disifatkan oleh Singapura sebagai “duri dalam daging” kepada kemaharajalelaan Singapura di Johor atau di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)?

LKY kini nampaknya sudah melampaui batasan. Dulu, semasa Singapura berada dalam Malaysia, PAP pimpinan LKY cuba berbaik-baik dengan UMNO. Ini kerana LKY dikatakan mahu UMNO mengiktiraf PAP sebagai parti yang sewajarnya mewakili keturunan Cina Malaysia, dan bukannya MCA. Bila tidak dilayan, maka UMNO pun dipersenda-sendakan.

Jadi, bila hari ini LKY mengeluarkan tuduhan kepada sesetengah pemimpin UMNO, khususnya UMNO Johor, apakah motif sebenar beliau? Mahu menangguk di air keruh dan melukut di tepi gantang?

Apakah reaksi pentadbiran Abdullah dan UMNO? Mahu terus berbaik-baik dengan Singapura walau pun pemimpinnya seperti LKY semakin seolah-olah nak pijak-pijak kepala kita semua?

Atau, mahu mengkaji semula dasar berbaik-baik Malaysia dengan Singapura dalam semua aspek - politik, sosial, pertahanan dan ekonomi – sebagai cara menginsafkan Singapura bahawa Malaysia adalah negara yang merdeka dan berdaulat dan UMNO pula adalah sebuah parti yang berwibawa dan bermaruah?

Abdullah kena bertegas dengan LKY dan Singapura. Abdullah juga terpaksa menerima hakikat bahawa sebilangan rakyat Malaysia kini kecil hati dengan kerajaan yang seolah-olah terlalu memberi muka kepada Singapura.

Insaflah. Tahun ini sahaja sudah berapa kali LKY mengeluarkan kenyataan yang melukakan hati rakyat Malaysia dan orang Melayu? Insaflah. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Tetapi, apalah faedahnya kita melepaskan anjing yang tersepit? – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 4:37 AM

Saturday, June 30, 2007

Kalau Ku Li Ditakdirkan Jadi PM
Teori RAHMAN Jadi RAHMAT?

Angan-angan yang dicetuskan oleh blogger Hamizi, supaya Tengku Razaleigh Hamzah diberi peluang menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti, kini mendapat sambutan yang semakin hangat dan menarik.

Bagaimanapun, ramai di kalangan warga maya Malaysia yang turut berangan-angan seperti Hamizi masih yakin bahawa ‘teori’ R.A.H.M.A.N yang sering dikaitkan dengan susunan keperdanamenterian Malaysia tetap akan jadi kenyataan.

‘Teori’ R.A.H.M.A.N wujud daripada singkatan nama-nama perdana menteri Malaysia sejak 1957 hingga sekarang, termasuk nama bakal perdana menteri yang dijangka menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, suatu hari kelak.

Inilah huraian ‘teori’ tersebut: R (Tunku Abdul Rahman Putra) A (Tun Abdul Razak Hussein) H (Tun Hussein Onn) M (Tun Dr Mahathir Mohamad) A (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan N (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) yang dijangka menggantikan Abdullah bila tiba waktu dan ketikanya.

Banyak pihak yakin ‘teori’ R.A.H.M.A.N ini, jika dimakbulkan oleh Allah SWT, akan jadi kenyataan. Lantaran itu, teori inilah yang sering diulas dan dipolemikkan bila soal pengganti Abdullah dibicarakan secara terbuka.

Biarpun begitu hakikatnya, hari ini ada pula blogger Malaysia yang menggelarkan dirinya sebagai Harlim, memperkenalkan satu ‘teori’ baru – ‘teori’ R.A.H.M.A.T.

Harlim membuat beberapa posting mengenai ‘teori’ baru ini di dalam portal berita www.malaysia-today-net, sebagai reaksi kepada tulisan saya berjodol Ku Li Sebagai PM, Mahyuddin DPM? Menurut Harlim, bezanya R.A.H.M.A.N dengan R.AH.MA.T adalah pada huruf N dan T.

Beginilah kata Harlim ketika memperkenalkan ‘teori’ R.A.H.M.A.T:

“Teori R.A.H.M.A.N kini bertukar jadi teori R.A.H.M.A.T, di mana T adalah PM kita yang terkhir bagi pusingan pertama sejarah Malaysia. T tersebut adalah Tengku Razaleigh Hamzah. Memang kurniaan Allah kepada rakyat Malaysia melimpahkan RAHMAT NYA sentiasa. T juga merupakan kelompok pertama negarawan ulung yang telah sama-sama banyak menaburkan jasa kepada bangsa Malaysia selama ini. Jadi, sudah sewajarnyalah beliau dinobatkan sebagai PM tanpa soal jawab. Kerana itu, N ataupun Najib, tidak wajar berada dalam kelompok pertama PM Malaysia. Seterusnya teori N.A.J.I.B akan menyusul pula dalam era pusingan kedua PM Malaysia. Yang ini semua orang boleh memasang angan-angan.”

Sebagai respons kepada komen seorang blogger lain, Harlim pula menyatakan seperti berikut:

“Malaysia memerlukan Tengku Razleigh sebagai kuasa pengimbang dan memperbetulkan apa yang telah disongsangkan sekian lama. Kerana itu juga Ku Li tidak perlu bertanding bagi merebut jawatan tersebut kerana beliau adalah layak dan merupakan pewaris jawatan tersebut. Dalam tempoh peralihan ini, Ku Li diperlukan bagi memperbetulkan semula susunan pentadbiran politik dan kerajaan yang nampaknya semakin terumbang-ambing hilang pedoman dan tenggelam punca.”

Begitulah perkembangan angan-angan yang mula-mulanya dicetuskan oleh blogger Hamizi. Saya akan terus memantau reaksi ini untuk dikongsikan oleh seluruh warga maya Malaysia. Dalam posting akan datang, saya akan muatkan reaksi rakyat Sabah mengenai kemungkinan Ku Li jadi Perdana Menteri.

Sebagai penutup kali ini, ikutilah komen anonymous yang diposkan kepada blogs kelolaan saya, seperti berikut:

“Melihat keadaan sekarang ini, saya amat bersetuju Ku Li tampil menerajui negara. Saya juga sangat-sangat bersetuju TS Mahyuddin jadi TPM. TS Mahyuddin akhirnya akan jadi PM. He is the right material. Evidently, look at the ministeries he headed, all became successful. He got brain. A very sober person dan tidak suka diampu. He measures a person by his merit.”

Oleh itu, teruskanlah angan-angan anda semua. Kepada pemantau blog tajaan UMNO, jangan panik dan jangan gelabah. Apa yang sedang dipolemikkan di sini hanya angan-angan blogger Hamizi. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Jadi, anggaplah ini sebagai angan-angan Mat Jenin, mengenai seekor burung yang sedang terbang, tetapi sudah dipipiskan lada! – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 12:35 AM
Friday, June 29, 2007

Siapa Sebenarnya Yang Sedang
Diserang Sindrom Lupa Sejarah?

Kenyataan Perdana Menteri di bawah ini sangat menarik perhatian saya kerana beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan melupakan sejarah.

Maksudnya, kita mesti ingat dan insafi sejarah kita. Sejarah kejatuhan Empayer Melayu Melaka. Sejarah Stamford Raffels meminggirkan kesultanan Melayu di Singapura. Sejarah Panglima Salleh Selempang Merah mengamankan Batu Pahat, Muar dan Pontian daripada serangan gerombolan gerila bintang tiga. Sejarah jeritan slogan “Hidup Melayu” yang pertama sekali bergema di bumi Batu Pahat pada awal 1946. Sejarah UMNO ditubuhkan pada 1946. Sejarah UMNO dirasmikan penubuhannya di Istana Besar Johor Bahru. Sejarah Ibu Pejabat UMNO yang pertama adalah di Johor Bahru. Sejarah Tunku Abdul Rahman Putra memerdekakan negara. Sejarah 13 Mei 1969. Sejarah DEB. Sejarah Rukun Negara. Sejarah Wawasan 2020. Sejarah Proton. Dan segala bentuk sejarah yang membentuk kelahiran Malaysia moden.

Abdullah juga dipetik oleh media perdana sebagai berkata bahawa orang yang lupa sejarah tidak mempunyai rupa bangsa kerana dia akan membiarkan dirinya hanyut dengan segala pergolakan dan arus yang sentiasa melanda dirinya serta negara.

Apa yang ditegaskan oleh PM sangat baik untuk kita semua. Oleh itu, bacalah ucapan di bawah ini secara rinci. Selepas itu kita pastikanlah sendiri, siapakah sebenarnya yang kini sedang diserang sindrom lupa sejarah yang kronik sehingga dia “membiarkan dirinya hanyut dengan segala pergolakan dan arus yang sentiasa melanda dirinya serta negara.”? – Ruhanie Ahmad
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan rakyat supaya jangan menjadi manusia yang lupa pada sejarah bagi menentukan identiti bangsa serta kedaulatan negara dapat terus dipertahankan sampai bila-bila.

Perdana Menteri berkata manusia yang lupa sejarah satu hari nanti akan kehilangan identitinya kerana dia tidak pernah membentuk dan menjaga peribadi serta jati dirinya daripada dipengaruhi oleh desakan dan cabaran.

Beliau berkata sejarah banyak memberi pengajaran kepada manusia tentang kehidupan lampau di samping membuka jalan dalam mencari kehidupan masa depan yang lebih baik.

Abdullah berkata sebaliknya mereka yang lupa sejarah tidak lagi peduli tentang asal usul mereka dan tidak lagi mementingkan bahasa dan budaya asalnya.

"Dia tidak dikenali lagi kerana pada dirinya tidak ada lagi ciri-ciri yang ada hubungkait dengan yang apa dipanggil kebudayaan dan kesenian bangsa," kata Perdana Menteri ketika merasmikan persidangan Media Massa 2007 anjuran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di sini.

Abdullah juga berkata orang yang lupa sejarah juga tidak mempunyai rupa bangsa kerana dia akan membiarkan dirinya hanyut dengan segala pergolakan dan arus yang sentiasa melanda dirinya serta negara.

Katanya manusia yang lupa sejarah juga akan bersikap materialistik, mementingkan dirinya sendiri dan tidak peduli apa yang berlaku pada orang lain asalkan dirinya sendiri selamat.

Abdullah berkata sejarah juga banyak memberi pedoman serta panduan untuk menerokai jalan-jalan baru sedangkan mereka mereka yang lupa sejarah akan hilang pedoman serta arah tuju.

Perdana Menteri berkata mereka juga akan menuntut kebebasan mutlak pada diri serta golongannya sahaja tanpa mengambil kira hak serta kebebasan orang lain.

Sebagai contoh, katanya, setiap orang bebas berbuat sesuatu dalam rumah sendiri tetapi kebebasan itu tidaklah sampai mengganggu ketenteraman orang lain yang tinggal bersebelahan.

Abdullah berkata kebebasan mempunyai sekatan tertentu dan tidak ada kebebasan yang mutlak kerana kita bukan hidup dalam alam haiwan yang bertindak semata-mata kerana berasa hendak bertindak.

"Manusia yang berbeza dengan haiwan, boleh fikir apa yang baik atau tidak baik. Boleh fikir untuk diri sendiri dan orang lain.

"Kita adalah satu bangsa yang ingin maju dan berjaya. Kita ada peranan kita masing-masing...yang penting utamakan musyawarah kerana itu amalan demokrasi, kesusilaan, ketertiban di mana akhirnya perpaduan yang ditegakkan di atas prinsip-prinsip inilah yang akan menjamin masa depan yang baik," katanya.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=270109


Posted by mayaputera at 12:54 AM
Wednesday, June 27, 2007

Update (2):
Ku Li Sebagai PM
Mahyuddin DPM?

Polemik antara bloggers dan surfers menerusi blog ini mengenai siapakah yang layak menjadi PM dan TPM di masa akan datang, kini semakin rancak. Terbaru sekali, blogger Hamizi (yang baru-baru ini mencetuskan angan-angan supaya Ku Li jadi PM) pula mencadangkan agar Tan Sri Mahyuddin Mohd Yassin dipertimbangkan sebagai TPM.

Angan-angan Hamizi mengenai jawatan TPM ini adalah seperti berikut:

Ku Li tidak perlu diperjelaskan. Semua orang tahu tentang ketokohan beliau. Cuma tiada 'rezeki' beliau kerana yang ditentang dahulu adalah tokoh negarawan yang hebat, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di sini saya hanya ingin menjelaskan kenapa Muhyiddin Yassin tidak harus diketepikan. Di sepanjang karier beliau sebagai menteri kabinet, tidak kira di mana kementerian yang beliau ditugaskan, pasti kita nampak hasil kerjanya dan kesungguhan beliau menyelesaikan masalah. Beliau seorang menteri 'pekerja' yang baik. Mungkin PRnya yang sedikit lemah menyebabkan kurang sokongan dari akar umbi. Rakyat tidak mahu pemimpin yang gila populariti tetapi tidak tahu kerja dan mudah pula diperbodohkan oleh orang luar/bawahan. Kita mahu tindakan. Muhyiddin ada kelebihan tersebut. Beliau selalu bertindak.

Jika ada yang mengatakan Muhyiddin tiada karisma sebagai pemimpin atau tiada PR, saya tidak bersetuju jika ini dijadikan kayu ukur. Bak kata bos saya dahulu (seorang berbangsa Cina), "ada satu lagi PR yang orang tak mahu buat. Iaitu buat kerja dengan betul dan bertanggungjawab."

Setelah TDM, kita ketandusan 'hero' yang boleh menjamin masa depan agama, bangsa dan negara. Saya sangat berharap Ku Li menjadi PM manakala Muhyiddin sebagi TPM. Dan Ku Li pula wajar menyediakan Muhyiddin sebagai pengganti. (Saya masih berangan agaknya...)

Sementara itu, angan-angan blogger Hamizi yang disokong penuh oleh blogger Haji, disokong pula oleh blogger Gojira. Katanya: “Sokong...” Gojira adalah bekas mahasiswa yang pernah menyokong aliran Semangat 46.

Pendapat lain-lain bloggers mengenai angan-angan blogger Hamizi adalah seperti berikut:

Salwa: Di mana-mana orang sibuk memperkatakan siapa yang layak menjadi next PM. Termasuk orang UMNO sendiri. That says a lot about the current PM. Masa zaman TDM orang tak buat spekulasi sebegini.

MY KU LI: Samada Ku Li layak atau pun tidak, biarlah masa yang menentukan…

Noriday: Ku Li tu sama era dengan Tun M, sudah lanjut usia. Kita rakyat Malaysia memerlukan seorang PM yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran negara dan mesti smart, penuh dengan ideologi yang bernas dan tidak terlalu tua atau muda. I prefer someone who can think like Dr M, kalau boleh.

Demikianlan update terbaru terhadap angan-angan blogger Hamizi semoga Ku Li jadi PM Malaysia.

Sebagai penutup kali ini, saya difahamkan blog ini sukar diakses oleh banyak pihak yang cuba mengirimkan reaksi. Kepada mereka saya katakan, blog saya, khususnya yang disifatkan oleh pemantau UMNO sebagai panas, memang sering kena godam. Setiap dua hari sekali juruteknik terpaksa membersihkan komputer saya daripada berpuluh-puluh serangan trojan horse yang dihantar untuk mensabotaj blog-blog berkenaan. Siapa mereka? Saya tak tau! Anda teka dan anda jawablah sendiri! – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 4:18 PM
Monday, June 25, 2007

Update:
Ku Li Layak Jadi PM?

Posting saya tengahari tadi yang memaparkan angan-angan blogger Hamizi mengenai pemimpin tertinggi negara, mendapat reaksi positif yang pertama daripada seorang blogger yang menggelarkan dirinya sebagai Haji – seorang bekas pegawai kerajaan. Sedutan komen beliau adalah seperti berikut:

Terus terang saya katakan, kalau saya ditanya soalan, siapa yang layak untuk menjadi Perdana Menteri, jika sekiranya Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak layak mengambil alih jawatan tersebut atas sebab-sebab tertentu, maka saya akan menjawab, Ku Li lah yang paling layak.

Saya bukan orang Kelantan atau Pantai Timur. Saya bukan ahli politik. Saya juga tidak pernah mengenali Ku Li. Namun, sebagai seorang pegawai yang sudah bersara dan pernah bekerja dalam era Ku Li, saya begitu yakin dengan kemampuan, kebolehan, kematangan kebijaksanaan, keterbukaan, semangat bangsa, dan ciri-ciri kepimpinannya yang menyamai TDM.

Hamizi, your dream is my dream!! Kita berdoalah semoga Ku Li mendapat sokongan majoriti rakyat dan bangsa Melayu, termasuk PAS. Beliau adalah jurutera perindustrian dan perdagangan Malaysia.

Saya bukan angan-angan. Tetapi, berilah peluang pada Ku Li memimpin satu penggal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Demikianlah sedutan komen Haji. Mungkinkah pendapat beliau ini juga dipersetujui oleh sebilangan besar rakyat Malaysia, ahli dan pemimpin UMNO, serta para penyokong BN? – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 11:29 PM


Razaleigh Atau Muhyiddin
Layak Jadi PM Malaysia?

Seorang blogger baru-baru ini mengirimkan kepada saya tentang angan-angannya mengenai kepimpinan tertinggi negara. Menerusi angan-angan itu, blogger berkenaan mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah atau Tan Sri Muhyiddin Yassin “mengambilalih jawatan” Perdana Menteri Malaysia.

Komen berkenaan, daripada blogger Hamizi, Kuala Lumpur, adalah seperti berikut:

“Saya mengharapkan salah seorang daripada dua tokoh ini untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri (angan-angan)... Pertama, Ku Li. Kedua, Muhyiddin Yassin. Insya-Allah.”

Komen di atas mengusik perasaan saya. Lantas, saya jawab: “Banyak perkara bermula dengan angan-angan. Macam mana agaknya jika angan-angan anda jadi kenyataan? Boleh diterima oleh rakyat Malaysia?”

Hamizi menjawab: “Bagi masa sekarang, saya rasa rakyat Malaysia boleh menerima mereka. Cuma persoalan besarnya, adakah UMNO boleh menerimanya kerana ada orang lain yang sudah lama mengintai kedudukan nombor satu dan dua ini akan mula menggunakan taktik cantas-mencantas.”

Saya belum memberikan reaksi lanjut kepada komen terbaru Hamizi. Ini kerana saya tidak termampu untuk menjawab pertanyaan beliau sama ada angan-angan beliau itu akan diterima oleh orang-orang UMNO.

Lantaran itulah saya poskan angan-angan tersebut ke blog ini untuk dikongsikan oleh seluruh warga maya Malaysia. Moga-moga anda dapat membantu untuk menjawab kemusykilan hati kecil Hamizi seperti di atas.

Untuk makluman anda, komen Hamizi adalah berikutan posting saya pada 23 Jun 2007 dalam www.mayaputera.blogspot.com dengan jodol Kekuatan Bangsa Melayu Adalah Pada Sejarahnya.

Posting itu bukan tulisan saya. Tetapi, sebahagian ucapan YB Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) di Seminar Legasi Tun Razak, anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, yang saya poskan untuk renungan bersama.

Bila posting itu disiarkan oleh portal berita www.malaysiatoday-net. ianya diberi byline saya. Ini memberikan gambaran seolah-olah posting itu adalah tulisan saya sendiri. Maka, adalah beberapa komen yang memperkecilkan saya.

Kepada saya, ini tidak jadi masalah kerana ia sekadar membuktikan bahawa ada sesetengah daripada kita kelihatannya gemar menghamburkan kata-kata tanpa usul periksa secermat-cermatnya. – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 2:02 PM
Saturday, June 23, 2007

KEKUATAN BANGSA MELAYU
ADALAH PADA SEJARAHNYA

Tengku Razaleigh Hamzah

Pembangunan negara atau bangsa harus berlaku dan dilakukan dalam konteks tertentu. Konteks paling penting ialah sejarah bangsa kita. Antara lain, ini bererti kita mesti mengetahui apakah kekuatan yang sudah lama ada pada bangsa Melayu di rantau ini – rantau besar yang disebut oleh orang Barat sebagai The Malay Archipelago, dan menggunakan kekuatan itu sebagai asas pembangunan semula bangsa dan negara kita selepas kemerdekaan.

Stamford Raffles menggunakan istilah the Malay nation, tidak ‘the Malay tribes’, apabila dia bercakap tentang tamadun Melayu. Apabila kita mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, kita bukan merupakan bangsa baru. Negeri kita bukan negeri atau negara baru [a new nation] yang baru lahir setelah kita mencapai kemerdekaan.

Kita sebenarnya sudah mempunyai negeri atau negara dan kerajaan sejak abad ke-13. Sepanjang kehadiran dan penjajahan kuasa-kuasa Barat [Portugis, Inggeris dan Belanda] di kawasan kita, baik di Tanah Melayu, mahupun di kawasan yang sekarang disebut Indonesia, negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu tidak hapus dan tidak hilang. Tetapi kekal sampai sekarang.

Kekuatan apakah yang ada pada bangsa Melayu sehingga tiga kuasa Barat itu tidak berjaya memusnahkan negeri-negeri Melayu dan memecahkan bangsa Melayu menjadi suku-suku kaum atau ‘tribes’ yang tidak bernegeri seperti yang berlaku pada penduduk pribumi di Amerika, di Australia dan di New Zealand?

Kekuatan yang ada pada bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah perpaduan. Ini timbul daripada adanya kesedaran di kalangan orang Melayu, di mana pun mereka berada, bahawa mereka adalah anggota dalam satu kesatuan sosiobudaya dan sosiopolitik yang disebut bangsa Melayu atau the Malay nation, kata Raffles.

Empat faktor yang membentuk perpaduan Melayu dan yang berjaya mengekalkan identiti bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah: Bahasa Melayu, budaya Melayu, Islam, dan keterbukaan minda bangsa Melayu.

Kita tahu bahawa di rantau kita ini terdapat banyak sekali dialek Bahasa Melayu – dialek negeri dan dialek daerah. Tetapi, di atas segala dialek ini telah muncul satu ragam Bahasa Melayu yang kita sebut bahasa persuratan atau sekarang kita sebut Bahasa Melayu kebangsaan. Bahasa inilah yang menyatukan bangsa Melayu, tidak kira di manakah mereka berada, sama ada di Kelantan, di Kedah, di Johor atau di Negeri Sembilan.

Bahasa Melayu kebangsaan inilah yang menjadi bahasa kerajaan Melayu sejak zaman kerajaan Melayu-Islam yang pertama di abad ke-12-13, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di daerah Aceh sekarang. Sampai ke zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu; Bahasa Melayu tetap kekal sebagai bahasa kerajaan Melayu di samping Bahasa Inggeris.

Faktor lain yang cukup penting dan berpengaruh sebagai pembentuk tamadun dan perpaduan bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah agama Islam. Kita bernasib baik kerana Islam yang diterima dan diamalkan oleh orang Melayu ialah Islam menurut Sunnah Nabi.

Orang Melayu tidak dipecahkan oleh pelbagai mazhab, khususnya antara mazhab sunni dan ‘mazhab Syiah’, atau mazhab-mazhab lain seperti yang terdapat di beberapa negara Arab, misalnya di Lubnan, di Iraq, di Iran, bahkan juga di Pakistan yang menyebabkan negara-negara itu sentiasa menghadapi masalah berpecahan antara kaum berdasarkan mazhab; mereka berperang dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Akibatnya, pembangunan negara mereka terjejas. Kemajuan mereka dalam bidang apa pun terjejas. Negara mereka menjadi lemah dan mudah dijajah oleh kuasa luar.

Bangsa Melayu tidak mengalami masalah ini sepanjang sejarahnya. Walaupun mereka pernah dijajah namun perpaduan mereka, ‘solidarity’ mereka, tidak pecah – pepatah Melayu berkata, ‘bercerai roboh bersatu teguh’. Inilah semangat kebangsaan Melayu yang menyebabkan mereka dapat bersatu dalam satu gerakan kebangsaan di seluruh Tanah Melayu untuk menentang gagasan atau muslihat Malayan Union dalam tahun 1946.

Orang Melayu juga terkenal sebagai bangsa yang berminda terbuka dan kreatif. Mereka sangat toleran terhadap kaum-kaum lain yang datang dari kawasan di luar ‘Dunia Melayu’. Ini merupakan ciri penting budaya Melayu. Pengalaman Melayu dalam sejarahnya bertembung dan berinteraksi secara kreatif, tidak secara pasif sahaja dengan tamadun luar dari India, dari dunia Arab-Islam, dari kawasan-kawasan di luar Tanah Melayu dan akhirnya dari Barat, membuktikan hakikat ini.

Itulah kekuatan yang ada pada bangsa Melayu dalam sejarahnya, iaitu perpaduan. Mereka bersatu melalui bahasa dan budaya yang sama dan melalui agama Islam. Kerana inilah orang Melayu berjaya membentuk diri mereka sebagai suatu bangsa atau nation, dan tidak berpecah kepada suku-suku kaum atau tribes yang mudah dipinggirkan sehingga akhirnya identiti mereka akan mudah dimusnahkan oleh kuasa-kuasa luar. Dato Onn Jaafar membangkitkan semangat Melayu seluruh Semenanjung, termasuk Singapura, berdasarkan seruan Alif, Ba, Ta. Alif bererti Agama Islam, ba bererti Budaya dan Bahasa Melayu, dan ta bererti Tanah Air Melayu. Inilah tiga alat yang ada pada bangsa untuk menentang gagasan dan muslihat Malayan Union.

Jadi, bagi saya usaha untuk membetulkan kesalahan dan kerosakan yang telah dilakukan oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu terhadap minda bangsa Melayu dan terhadap keadaan ekonomi, pendidikan, sosial dan politik atau kuasa mereka di Tanah Air mereka sendiri dan usaha untuk membina perpaduan kebangsaan sebagai asas kemajuan negara tidak akan berkesan jikalau usaha itu tidak didasarkan atas kekuatan bangsa Melayu yang telah ada pada mereka sejak dahulu. Pembangunan bangsa Melayu selepas merdeka tidak berguna kepada bangsa Melayu dan kepada negara jikalau pembangunan itu tidak dapat mengekalkan perpaduan Melayu atau jika pembangunan itu boleh membawa kepada perpecahan kaum Melayu. – Dipetik daripada ucapan Legasi Tun Razak Kepada Pembangunan Negara pada 15 Jun 2006.

Nota: Saya siarkan ucapan di atas untuk mendorong kita menilai semula semangat kebangsaan kita dalam konteks perjuangan memelihara serta mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara tercinta mutakhir ini. – Ruhanie Ahmad


Posted by mayaputera at 3:33 AM
Thursday, June 14, 2007

Eksport Batu Ke S’pura:

Persetankanlah Semangat
Kemerdekaan Yang Lapuk

Mohamad Alimin Othman

[Di bawah ini adalah respon Blogger Mohamad Alimin Othman kepada posting saya mengenai eksport batu pejal dan debu kauri ke Singapura yang menjadi-jadi kebelakangan ini. Kalau dibaca sekali imbas, kenyataan ini seolah-olah membidas saya. Tetapi, bila dibaca berkali-kali, anda maklum sendirilah maksud suara hati beliau yang tersirat dengan sebenar-benarnya. – Ruhanie Ahmad.]

Sebagaimana saya hampir percaya bahawa segala fakta berkaitan penjualan debu dan batu kuari ini 100 peratus benar, saya juga ingin sekali untuk mempercayai bahawa Pak Lah tidak pernah terlibat dalam isu ini. Jadi, jangan sekali-kali menyalahkan Pak Lah atas isu ini sebab saya pernah percaya bahawa PM kita tak tau apa-apa. Apatah lagi menyalahkan kerajaan yang diterajui oleh Pak Lah! Dalam Islam pun kita dilarang menghukum mereka yang tak tahu (untuk makluman semua "tak tahu" dalam bahasa arabnya jahil).

Kita semua tahu bahawa debu dan batu kuari tidak termasuk dalam kategori "hydraulic fill" maka sekali lagi saya ingin mempercayai bahawa apa yang dilakukan tauke-tauke cina (atau siapa saja!) ini adalah tidak salah sama sekali. Jika kita merasakan kita diperbodohkan oleh Singapura, kita kena terimalah hakikat yang kita sememangnya bodoh-bodoh belaka. Itu sebab saya konsisten bahawa idea menjual negara kepada Singapura, idea lebih baik dan rasional. Siapa boleh bagi jaminan, yang kita akan maju pada tahun 2020 sekiranya Malaysia tidak dijual kepada Singapura. (Mungkin Tun Dr. Mahathir sorang kot). Persetankanlah semangat kemerdekaan yang dah lapuk tu. Semangat kemerdekaan ni hanya untuk orang-orang macam Datuk je. Zaman sekarang mana ada orang nak fikir semua tu. Kita perlu fikir maca mana nak cari duit. Kabel telefon pun orang dok jual, apa nak kecoh sangat dengan debu dan batu!

Kerajaan (atau sesiapa saja yang terlibat dalam penjualan ini) tidak melakukan sebarang kesalahan. Jangan disalahkan kerajaan. Jika ada pun kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin kita, bukanlah dari sudut undang-undang. Tetapi dari sudut etika dan mungkin rukun negara kedua (kesetiaan kepada raja dan negara). Benda etika ni bukan boleh masuk mahkamah pun. So peduli apa!

Datuk kata kita perlu gubal undang-undang! Jangan mengarut Datuk. Jangan mengharap bulan jatuh ke riba. Berpijaklah di bumi yang nyata. Dato lebih arif dari saya berkaitan hal ini. Takkanlah orang-orang ini begitu bodoh untuk tabur debu dan batu kuari ke dalam periuk nasi mereka. Dari masuk dalam periuk, lebih baik jual kat Singapura. Dapatlah juga duit buat beli lauk makan tengahari. Bukankah begitu, lebih cerdik!

Sebagaimana Datuk, sebagai warga Malaysia yang merdeka saya tidak suka kepada Singapura. (Tetapi saya begitu berat hati, terpaksa mempercayai bahawa saya bukan lagi anak merdeka). Tetapi sebagai seorang manusia, kita perlu kesian dengan Singapura yang begitu memerlukan tanah untuk terus hidup. Rakyatnya semakin bertambah. Kalau tidak ditambak laut, dimana mereka nak tinggal? Nak tambak laut, kena ada pasir. Mana nak cari pasir? Kalau kita tak jual, siapa lagi nak kesiankan mereka? Rakyat Singapura pun manusia juga. Kalau kita jual pasir pun bukan habis pun pasir kita. Rakyat Johor je yang tak nak jual pasir ni. Rakyat negeri lain nak! Jadi kalau orang Malaysia jual pasir kat Singapura tu patut kita bersyukurlah, masih ada lagi orang yang berhati mulia di zaman hadhari ini. Bukan macam TDM yang tak nak bagi air dan pasir kat singapura!

Sebelum mengundur diri, saya nak minta maaf kat Datuk. Bukan niat saya untuk suruh Datuk berhenti dari membuat sebarang pendedahan. Teruskanlah usaha Datuk untuk membuat pendedahan. Namun ingatlah nasihat saya, zaman Datuk, zaman TDM dah pun berakhir. Datuk tunaikan tanggungjawab Datuk, dan saya juga akan menunaikan tanggungjawab sebagai warga dijajah untuk mempertahankan kerajaan Singapura pimpinan Pak Lah! (maaf tersasul! Kerajaan Malaysia! Orang muda pun selalu gak tersasul.) – Khamis, 14 Jun, 2007, 3:24 PM


Posted by mayaputera at 4:33 PM



“Kalau Pak Lah Jual Johor
Pun Saya Sokong” - Blogger

“Kalau Pak Lah kata nak jual Johor kat Singapura pun saya sokong.” Begitulah kenyataan blogger Mohamad Alimin Othman sebagai respon kepada posting saya dalam blog www.kuda-kepang.blogspot.com mengenai ura-ura tanah kampus Universiti Malaysia di Petaling Jaya akan diambilalih oleh sebuah syarikat gergasi tidak lama lagi.

Di bawah ini saya paparkan suara hati blogger tersebut seperti berikut:

Maklumat ini (ura-ura tanah kampus UM diambilalih oleh korporat) hanyalah ura-ura. Jika benar sekalipun, apa salahnya? Di Sepang kan lebih aman dan damai - sesuai untuk golongan akademik. Golongan akademik ni duduk kat kotaraya buat dia orang sakit otak je.

Hartanah kat PJ tu bernilai. Rugi kalau just guna untuk aktiviti subsidi. Kalau buat projek boleh untung. Walaupun Tan Sri Quek Leng Chan untung, dia bagi jugak nanti kat orang Melayu sikit (tak kiralah sapa dapat nanti. Kalaulah dapat kat KJ ke, PM ke, TPM ke, ahli MT (UMNO) ke, mereka ni bukankah Melayu jugak!).

Saya sentiasa berdoa agar Pak Lah menjadikan ura-ura ni jadi kenyataan. Betul! Kalau Pak Lah kata nak jual Johor kat Singapura pun saya sokong. Apa salahnya? Tak payah lagi kita dok pening kepala pasal jambatan. Banyak masalah boleh settle. Itu punya bisness lagi banyak untung. (Meniaga negeri lagi untung dari meniaga unta!!) Kalau Johor jadi Singapura, kita tak payah pakai jambatan lagi untuk ke Singapura. Sultan Lagi pun nak tunggu Malaysia maju lambat lagi. Rakyat Malaysia ni bodoh-bodoh belaka. Maca mana nak maju?

Suara hati blogger Alimin seperti di atas dijawab oleh blogger Hamizi dengan kata-kata berikut:

“Alimin... reverse pschycology betul... Tapi itu adalah salah satu ucapan Tun Dr Mahathir (TDM) di Johor... Malah TDM syorkan juallah Kedah juga satu Malaysia, kalau nak cepat maju...”

Saya memberikan respon yang agak panjang kepada Alimin. Antaranya, saya katakan bahawa saya akur dengan saranannya supaya kita biarkanlah semuanya menjadi realiti. Biarkan, biarkan!!!

Saya faham mengapakah Alimin bersuara sedemikian. Setelah melawati blognya, saya dapati beliau adalah golongan rakyat yang prihatin dan sensitif kepada apa yang berlaku di Malaysia hari ini.

Jadi, bila Alimin mengatakan “kalau Pak Lah kata nak jual Johor kat Singapura pun saya sokong”, suara itu sebenarnya mencerminkan kekecewaan yang amat sangat terhadap apa yang sedang terjadi masa ini. Berapa ramai lagikah agaknya rakyat Malaysia yang kini bersikap seperti Alimin? Adakah pembesar negara insaf akan hakikat seperti ini? Atau, adakah beliau akan terus didodoikan dengan suara-suara yang lunak dan merdu sementara agama, negara dan bangsa tercinta ini menjunam ke arah kehancuran? – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 1:36 PM
Tuesday, June 12, 2007

Tengku Razaleigh Hamzah
Muncul Sesudah Gerhana?
[Siri Kedua]

Posting saya dalam blog ini semalam, bertajuk Tengku Razaleigh Hamzah Muncul Sesudah Gerhana?, adalah suatu cetusan hati saya sendiri. Cetusan itu meledak secara spontan daripada jiwa saya yang terusik selepas saya menganalisa beberapa maklumat sensitif, spesifik, explosif, dan kontroversial yang saya terima sepanjang minggu lalu.

Sehingga hari ini saya masih lagi menilai, meneliti, menjalankan siasatan lanjutan serta menganalisa seluruh maklumat berkenaan. Proses ini saya lakukan untuk memperincikan apakah implikasinya kalau saya hamburkan seluruh maklumat itu ke intrnet secara total. Proses ini juga saya lakukan untuk membantu saya membuat keputusan sama ada saya akan mengongsikan info berkenaan dengan seluruh masyarakat internet Malaysia atau pun biarkan sahaja maklumat-maklumat itu reput ditelan kerahsiaan.

Lantaran itulah saya berusaha mendapatkan maklum balas menerusi saluran internet untuk mengukur kesediaan anda menerima maklumat-maklumat seperti di atas. Sebab itulah saya mencari jalan mengukur kebijaksanaan anda menilai dan menterjemah mesej yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Antara intisari posting saya semalam adalah: Mengapakah sewaktu menghadapi kecelaruan, saya memetik caption Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh? Adakah kerana saya tertawan dengan kata-kata Pak Ya bahawa Tengku Razaleigh “mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM.”? Atau, adakah kerana Pak Ya mengatakan bahawa “kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.”?

Mungkinkah saya memetik kata-kata Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh kerana naluri saya didorong oleh satu persepsi bahawa Tengku Razaleigh memang tokoh terbaik untuk mengembalikan semula cahaya ria yang akan ditenggelamkan oleh gerhana yang mungkin tiba? Mungkinkah kini sampai giliran Tengku Razaleigh untuk mewarnakan semula landskap siasah Malaysia selepas gerhana muncul di tanahair tercinta ini tidak lama lagi?

Dan, antara sedutan reaksi kepada posting saya semalam, yang dikirimkan ke blog ini dan menerusi laman berita Malaysia Today, adalah seperti berikut:

Hamizi: Perlu diakui, tiada tokoh yang layak dalam BN untuk mengambil alih kepimpinan negara. Saya harap Tun Dr Mahathir Mohamad akan membantu Ku Li untuk menjadi PM. Beliau harus menebus kesilapan menamakan Pak Lah sebagai penggantinya.

Cakapsiang: Selagi politik menjaga periuk nasi berleluasa dalam diri orang Melayu, selagi itulah bangsa Melayu tidak berani berfikiran dan bertindak rasional. Ku Li dan Dr M tidak akan berjaya mempengaruhi majoriti dalam UMNO kerana mereka berdua bukan lagi 'penjaga periok dan nasi'. Kita boleh berfantasi dan berilusi, namun realiti tetap PERIUK NASI!

Dzulman: Apa yang sedang berlaku di kalangan masyarakat Melayu, khususnya dalam UMNO, adalah satu cabaran besar oleh Allah SWT. Saya tak salahkan UMNO sebuah parti politik yang punyai tujuan murni. Tetapi, sayangnya ramai dari orang kuat-kuat hanya mementingkan perut sendiri.

Saya ingat masa TDM jadi PM dia jarang mengabaikan surat-surat dari rakyat. Kita hantar kad raya pun dia jawab walau pun kita tahu itu kerja pembantunya. Sekarang lain cerita.

Apa jua perubahan mesti di lakukan oleh UMNO dari dalam. Dengan keadaan sekarang nampaknya rakyat Melayu terpaksa tunggu kerana tak mungkin ada yang berani membuat sesuatu yang boleh menggemparkan.

Kami turut merasa terganggu dengan apa yang sedang dan akan berlaku. Berdoalah kita kepada Allah SWT semoga keadaan jadi baik.

A Voice (blogger): Petikan dari posting saya, Filem dan Mentera: Seniman Agong dan Pelakun Palsu. ....Adakah antara mereka tahu menyesal seperti Aduka? Sanggupkah bertaubat dan merelakan hukuman? Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran dan jiwa ku.

Borek dengan kuncu-kuncunya sudah menghuru-harakan negara. Kita bertelagah perkara remeh hingga lupa dan lalai ancaman yang sudah menjelma. Musuh sudah di dalam pagar!

Tanahair dilanggar "todak"! Dimanakah kau "Hang Nadim"? Sanggupkah anak muda ke hadapan, walaupun kamu mungkin terkorban atas pengorbananmu?

Keluarlah "Mat Kilau" dari sembunyian! Berani lagikah "Tok Janggut", walaupun berakhir di tali gantung? "Si Bongkok", jangan semangat mu hanya ingatan dalam "tajuk"!

Renegix: Datuk, apa sebenarnya gerhana tu? Buatkan saya juga gundah gulana. Jika tidak keberatan, sila beritahu saya.

Harry: Gerhana dalam apa bentuk pun tidak akan berlaku di negara ini, andaikata PAS atau parti pembangkang tidak membuat "kerja rumah" mengenai dasar politik mereka.

Silhoute: Masa Ku Li sudah terlepas… Gerhana telah lama melanda Malaysia dan Malaysia akan terus dilanda gerhana selagi pemimpinnya tidak insaf dan mementingkan kekayaan semata-mata.

Zed: Change is good and badly needed in this country. I for one will support Tengku Razaleigh should he decide to contest for the top post.

Geligeleman: You mengharapkan Ku Li melakukan sesuatu untuk menyaingi Pak Lah. Kenapa? UMNO kurang/tak mempunyai sebuah institutsi pewaris kepimpinan yg benar-benar jitu? Apa kekuatan yang ada pada Ku Li? UMNO sendiri tidak mahu mengubah gaya pemikiran dan tanggapan terhadap waris kepimpinan mereka. UMNO sendiri pun kelabu dengan arah tuju mereka.

MM2007: Gerhana itu adalah kejadian alam ikut design Tuhan atau sunnatullah. Jangan kita takut gerhana.

Nasigoreng: Ku Li satu-satunya 'PM material' tetapi takdir Allah mengatasi kehendak manusia. Ku Li sepatutnya jadi PM sekarang jika Mahathir berfikiran lebih waras dalam menentukan pengganti. Keberanian Ku Li mencabar Mahathir dalam tahun 1987 sudah cukup bukti bahwa selepas Mahathir, Ku Li mengambil alih pemerintahan negara ini. Apa boleh buat, orang Melayu sungguh malang, Begitu juga rakyat Malaysia seluruhnya. Ku Li seorang yang cerdas dan dinamis. Sangat meyakinkan bila berucap, orang tidak mengantuk. Beliau tidak pernah tertangkap tertidur dalam mesyuarat. Alahai, nasi sudah menjadi bubur basi.

Begitulah reaksi kepada cetusan hati saya semalam. Reaksi itu diberikan walaupun gerhana sebenarnya masih belum tiba. Bagi pihak yang ingin mengetahui apakah gerhana itu sebenarnya, ikutilah blog ini dari sehari ke sehari berikutnya.

Saya katakan begitu kerana hari ini saya sudah dapat bayang-bayang tentang gerhana berkenaan. Ada beberapa “ahli falak” yang mahu mengetahui ramalan gerhana ini dengan lebih lanjut telah menghubungi saya hari ini.

Mereka bertanya di mana saya dapat info pasal gerhana berkenaan. Saya katakan kepada mereka, gerhana hanyalah perkataan yang saya pilih untuk menggambarkan apa yang mungkin berlaku. Mereka bertanya kepada saya, apa pasal saya agak akan ada gerhana? Saya jawab, saya ramalkan satu gerhana mungkin berlaku berasaskan seluruh maklumat yang saya terima sejak seminggu yang lalu. “Ahli-ahli falak” tersebut mendesak saya menyenaraikan maklumat-maklumat berkenaan. Saya jawab dengan ringkas, tunggu dulu, saya sedang siasat dan siasat secara rapi dan terperinci. Dan, kalau nak tau intisarinya, ikutilah blog saya dari semasa ke semasa.

Demi kesetiaan anda melayari blog ini dan membaca posting saya di Malaysia Today, dengan ini saya senaraikan bahawa antara topik utama kepada maklumat yang sedang saya kaji, siasat dan analisa pada ketika ini adalah seperti berikut:

Benarkah dakwaan kononnya kepimpinan tertinggi Malaysia kini sedang dimanipulasikan oleh sebuah negara jiran menerusi pendekatan ekonomi dan perdagangan yang dibiayai oleh anasir zionis dan neo-imperialis?

Benarkah dakwaan kononnya ada satu entiti korporat asing akan berperanan besar dalam menentukan tarikh dan senarai calon PRU ke-12?

Benarkah dakwaan kononnya pembesar negara baru sahaja menerima nasihat daripada entiti korporat ini supaya PRU ke-12 diadakan dalam tempoh terdekat, mungkin minggu kedua Ogos 2007?

Benarkah dakwaan kononnya entiti korporat yang sama juga akan mencurah wang beratus juta ringgit dalam PRU-12 akan datang ini?

Benarkah dakwaan kononnya Timbalan Perdana Menteri akan disingkir dan dipinggirkan menerusi beberapa pendekatan politik dan lain-lainnya tidak lama lagi?

Benarkan dakwaan kononnya beberapa individu sangat berpengaruh dan sangat berkuasa kini terlibat dalam amalan seks sejenis sesama mereka?

Apakah aktiviti meragukan yang kononnya telah dan sedang terjadi di sebuah rumah di sekitar kejiranan Istana Negara, Kuala Lumpur, kebelakangan ini?

Intisari di atas saya kemukakan dalam bentuk soalan. Kepada pasukan petugas UMNO Malaysia yang baru sahaja mengeluarkan satu analisa mengenai bloggers politik Malaysia baru-baru ini, saya harap analisalah intisari di atas secara cermat dan terperinci.

Pada waktu yang sama, saya juga harap pasukan pemantau ini bertanya kepada individu-individu di Aras Empat, apakah yang telah terjadi di pejabat berkenaan, pada suatu malam, tiga atau empat hari yang lalu? Benarkah pejabat itu pun bocor? Bukan bocor atap, bocor siling atau pun bocor paip. Tapi, bocor keselamatannya?

Setelah saya berikan serba sedikit intisari kepada maklumat yang sedang saya siasat dan terus siasat ini, apakah pendapat anda kalau info ini diletupkan ke tengah-tengah khalayak ramai, oleh pihak yang mengetahuinya, tidak lama lagi?

Gerhana akan terjadi? Kalau terjadi gerhana, mungkinkah pembesar-pembesar terbabit akan mempunyai kekuatan moral untuk terus memberikan semula sinar perjuangan kepada rakyat dan negara tercinta ini? Kalau tidak, di manakah relevannya Tengku Razaleigh Hamzah dalam keadaan sebegini? – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 1:49 AM

Monday, June 11, 2007

Tengku Razaleigh Hamzah
Muncul Sesudah Gerhana?

Hujung minggu ini fikiran saya tambah bercelaru. Bukannya pasal apa-apa yang peribadi. Tetapi perihal tanahair tercinta yang kini dikatakan sedang di ambang gerhana.

Sama ada gerhana bulan, gerhana suria, gerhana siasah atau gerhana iktisad, saya tidak tahu. Saya hanya mendapat maklumat bahawa satu episod gerhana akan mnjelma di Malaysia. Jadi, harap anda semua bersabar, tunggu dan lihat, sama ada gerhana itu benar-benar berlaku.

Bagaimanapun, dalam kecelaruan ini, saya pun baca semula buku Apa Agenda Anwar Ibrahim Dengan Khairy Jamaluddin karya sahabat saya, Saudara Yahya Ismail atau Pak Ya. Kalau apa yang dinukilkan oleh Pak Ya di dalam buku itu adalah hakikat, kata suara hati saya, ke manakah akhirnya kita semua?

Pak Ya juga memaparkan banyak gambar pemimpin UMNO dari semua lapisan di dalam buku tersebut. Tetapi, saya sendiri tidak tahu, mengapakah perhatian saya terpaku kepada foto yang dipaparkan di muka surat 266 di mana Pak Ya memaparkan wajah Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen BN Gua Musang, Kelantan, dengan caption seperti berikut:

Kalau beliau (Tengku Razaleigh) menumpas Mahathir pada tahun 1987, jawatan PM akan disandang oleh beliau. Malangnya, dia gagal. Tapi beliau tidak mudah berputus asa dalam perjuangan dan tidak pernah kalah dalam setiap pilihan raya yang disertainya hingga sekarang. Beliau mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM. Kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.

Begitulah kata-kata Pak Ya dalam bukunya yang diterbitkan pada Ogos 2006. Saya tidak pasti mengapa Pak Ya memilih caption di atas untuk gambar Tengku Razaleigh yang berpakaian casual. Tetapi, dalam gambar itu, Tengku Razaleigh jelas memberikan satu renungan yang tajam dan penuh bermakna.

Soalnya di sini, mengapakah sewaktu menghadapi kecelaruan ini saya memetik caption Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh?

Adakah kerana saya tertawan dengan kata-kata Pak Ya bahawa Tengku Razaleigh “mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM.”?

Atau, adakah kerana Pak Ya mengatakan bahawa “kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.”?

Saya tidak dapat menjawab persoalan di atas kerana soalan itu menjelma dalam kecelaruan fikiran saya terhadap tanahair.

Tetapi, mungkinkah saya memetik kata-kata Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh kerana naluri saya yang sedang dalam kecelaruan ini didorong oleh satu persepsi bahawa Tengku Razaleigh memang tokoh terbaik untuk mengembalikan semula cahaya ria yang akan ditenggelamkan oleh gerhana yang mungkin tiba?

Mungkinkah kini sampai giliran Tengku Razaleigh, putera raja berjiwa rakyat, untuk mewarnakan semula landskap siasah Malaysia selepas gerhana muncul di tanahair tercinta ini tidak lama lagi? – Ruhanie Ahmad

Posted by mayaputera at 3:13 AM
Thursday, June 7, 2007

Allah Peliharakan Sultan

Hari ini fikiran saya terganggu dengan beberapa perkembangan mutakhir di tanahair, terutamanya di Negeri Johor Darul Takzim, dan khusus sekali mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Oleh kerana saya hanya seorang warga biasa, maka saya hanya termampu untuk menulis sekadar mana yang “politically correct” dan merdu nadanya di telinga pembesar di Kuala Lumpur.

Apapun, di bawah ini saya paparkan lirik Lagu Bangsa Johor. Mudah-mudahan lirik ini menambahkan lagi kesetiaan anak-anak Johor kepada DYMM Baginda Sultan Johor. Moga-moga DYMM Baginda Sultan Johor akan terus menjadi sumber inspirasi kepada perjuangan bersama mempertahankan kedaulatan setiap inci bumi Johor di Malaysia yang merdeka ini. Kepada Allah Brserah. – Ruhanie Ahmad


Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan

'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor

Allah selamatkan Sultan.

Nota: Lagu Bangsa Johor Dari Wikipedia Bahasa Melayu

Lagu Bangsa Johor adalah lagu kebesaran negeri Johor Darul Takzim. Lagu ini digubah oleh konduktor pancaragam Armenia, Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah) dan liriknya dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955).

Dipadankan pada tahun 1897 daripada "dondang sayang", sebuah lagu Melayu yang masyhur, dan dipersetujui oleh Sultan Ibrahim, ianya tidak mempunyai lirik sehingga 1914. Semasa itu, Hubert Allen Courtney (1878-1959), seorang kakitangan daripada Hong Kong Bank di Johor Bahru, mengarangkan liriknya dalam Bahasa Inggeris dan ianya diterjemahkan oleh Kapt. Hj Mohamed Said dalam

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lagu_Bangsa_Johor


Posted by mayaputera at 8:35 PM
Monday, June 4, 2007

May 13 Tragedy
A Coup D’etat?

Ruhanie Ahmad

The May 13 - a new book being written based on information purportedly obtained from the British Public Records Office, at the Kew Garden, London, is a gross misrepresentation of history.

Therefore, it is important for us to find out why such a book is being written at this very point of time and what are the motives behind it.

We have to ask these questions because Malaysia currently seems to be facing several onslaughts from certain quarters especially concerning the fact that Islam is the official religion of the country and also about the status, rights and privileges of the bumiputera as being instituted in the Federal Constitution.

The emergence of this new book - May 13 - in the market should therefore be examined whether or not it forms as part and parcel of such onslaughts. Or, is it just an isolated and uncoordinated move, but could still be construed as part of the same game?

More significantly, why is this book being published now - in the year when we are celebrating our 50th Independence celebration? Any specific reasons for this? Why is it not being written and published in 1999, soon after the public records which form the basis of the book were being declassified by the British authorities?

Why does the book claim that the May 13 riots of 1969 “were carefully planned and organized” by a group of people categorized as “the then emergent Malay capitalist class” to enable “a coup d’etat” and a regime change in Malaysia because the Prime Minister at that time, Tunku Abdul Rahman Putra, “represented the outdated Malay aristocracy”? Does it mean to imply that the bloody incidence was created to justify the formulation and the implementation of the New Economic Policy?

Subvert Solidarity

Why publish the book now when several super powers are seen to be most active in their efforts to establish hegemony and dominance in south east Asia since they launched the so-called war on terror against the Muslims and several Muslim countries in central and west Asia beginning 2001?

Is the book aimed at subverting the unity, solidarity and resilience of the multi-ethnic Malaysians in the face of the mounting subtle pressures from some neo-imperialist powers and its staunch allies in the region?

Is the book aimed at instigating certain quarters in Malaysia to revolt against the government through the general elections which is about one year away from now?

Does the writer intend to revive the old provocative slogan of “blood for blood” as being propagated by elements of the Communist United Front (CUF) on the polling day of the May 1969 general elections?

I know the writer of May 13. He was a one-term Malaysian member of parliament (DAP-Petaling Jaya) - from 1990 to 1995. I am familiar with his prejudices, political bias, attitude towards the government of Malaysia, perceptions about the west, statements about the New Economic Policy and remarks about the Malays and Bumiputera in general.

But, I am not sure if he is a friend of the imperialists, neo-imperialists or even their allies in this region. Neither do I know whether he is a communist sympathizer or not. But, how do we describe a writer who attempts to re-write the May 13 history in Malaysia purely and solely based on the perceptions of British diplomats in Malaysia who claimed to have put their ears “close to the ground” during the May 13 incidence; based on the accounts of a British journalist who claimed to be an eyewitness during the curfew; based on intelligence gathered by diplomats from Australia and New Zealand; based on the observations of white man diplomats stationed in Singapore and Indonesia; based on remarks by a Singapore leader who propagated the Malaysian Malaysia concept; as well as based on reports by a foreign magazine which was widely believed to have intimate association with the CIA?

Historical Data

If the writer is dead serious to write about his allegation that the 13 May 1969 incidence purportedly aimed at deposing Tunku Abdul Rahman as the prime minister in the early era of independent Malaysia, why only now he writes about it? Why does he totally ignore historical data, facts and figures found in Malaysia?

We may say that the writer wants to wait for the secret records about the May 13 in the British Public Records Office to be declassified so that he can have a full access to them. But, aren’t the records already being declassified in 1999? Then, why does he wait until eight years after the records were being declassified? Because the writer thinks now is the most opportune time to launch a pro-Chinese propaganda aimed at evoking a fresh anti-Malay feeling to a new height in Malaysia? Why, to eradicate what the writer believes as the dominance of the Malay power in this country?

So, what actually is the true and ultimate objective behind the publication of this book? To ridicule the wisdom of Malay leaders in handling a crisis like the May 13, 1969? To blame the Malaysian Armed Forces for allegedly being anti-Chinese? To amplify the prejudice of the British colonialists and neo-colonialists on the independent and sovereign Malaysia? To belittle Malaysis’s 50th Merdeka celebration? To further the interest of certain foreign powers, especially those who are allegedly buying into some Malaysian GLCs through proxies?

I tend to agree with the writer on one thing - the May 13 riots “were by no means a spontaneous outburst of racial violence in a multi-racial society.” However, I am in total disagreement with him that the riots “were carefully planned and organized and that they were an excuse for the new regime to declare an emergency to effect the regime change.”

Malaysian leaders are not like US President, J W Bush, who needed a 911 tragedy to launch pre-emptive wars on Afghanistan and Iraq which had blatantly killed hundreds of thousands of civilians and destroying the heritage of independent nations. As such, Malaysian leaders did not need to plan a bloodshed to formulate the New Economic Policy.

Violence

In the context of the May 13 1969 incidence in Malaysia, no democratic Malaysian leaders had ever chosen to resort to violence in order to obtain absolute powers in this country.

But, according to a white paper - The Path Of Violence To Absolute Power - being tabled in Parliament by Tun Abdul Razak Hussein, on 8 November, 1968, it was elements of the CUF which had planned to resort to violence in order to achieve an absolute power in Malaysia in 1970s.

That was why several elements of the CUF had decided to boycott the 1969 general elections. And, it was during the 1969 general elections that the CUF elements played its central roles to disrupt the parliamentary democracy in this country.

The National Operations Council cited one example of such disruption on May 10, 1969 - the polling day for the 1969 general elections. The disruption came in the form of a mass funeral procession. The police had earlier permitted the procession to be held on May 9, 1969. But, the CUF elements illegally held the procession on May 10, 1969, to coincide with the polling day.

The report said: “These (CUF) elements defied Police instruction and organized a large parade in which an estimated number of ten thousand persons took part and marched through the centre of Kuala Lumpur, flouting every Police instruction. They chanted Maoist slogans, sang “the East is Red”, and displayed portraits of Mao Tse-Tong and the Red Flag. The parade passed through the heart of Kuala Lumpur and tied up traffic in almost every major street in the city, and provoked Malay bystanders with shouts of “Malai si!” (Death to the Malays!) and “Hutang Darah bayar darah (Blood debt will be repaid with blood).”

I am very sure the writer of the May 13 knows about the above procession. But, I wonder if any records about the same procession are being kept by the British Public Records Office. I also wonder if the British Public Records Office keeps newspaper reports about the same procession and its related background information.

Instigation

Well, if the records are there, why does the writer choose to write that the May 13 riots “were carefully planned” coup d’etat? If the records are there, why does the writer put the blame on the Malaysian government for what had happened? Why does he put the blame on Tun Razak for being “in complete control from the start of the riots and with the emergency in place, had a free hand in planning the post-1969 political makeup with the backing of the armed forces”? Does he expect the Malaysian government to just keep quiet and see that the country being torn to pieces?

Anyway, this game of blaming the Malaysian government for what had happened in May 1969, as being voiced out by the writer of The May 13, is actually almost similar in tone to the voice of the Communist Party of Malaya (CPM) in June 1969.

A white paper - The Resurgence Of Armed Communist In West Malaysia - being tabled by Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, in the Dewan Rakyat on October 1, 1971, stated that in June 1969, the CPM had issued one statement accusing “the Rahman-Razak complot to blatantly killing the people of Malaysia, especially the Chinese” to enable them enforce a “fascist military rule” in Malaysia. The CPM statement also urged Malaysians not to forget the “blood for blood” slogan and those responsible for the bloodshed, i.e. the so-called (Rahman-Razak complot).

So, do we trace any similarity about what is being stated in the above white paper with this book May 13 book? If you don’t, please refer to page 65 of the book and read this statement: “The 1969 riots were the works of Malay thugs orchestrated by politicians behind the coup d’etat.”

When the CPM accused that it was the so-called “Rahman-Razak complot” which was responsible for the 1969 bloodshed, the CPM said it with an intention to instigate Malaysians, especially the Chinese, to go on with its struggle against the Malaysian government.

So, when the writer of May 13 says that it was the so-called Malay thugs being backed by Malay politicians who started the bloodshed in 1969, what does he have in mind? Does he want to instigate another ethnic riot in Malaysia?

Historical Amnesia

At the same time, why writer does not say about the activities of the CUF, about the subversive activities of the communist elements in some of the opposition parties in 1969, about the provocations “death to the Malays” on May 10, 1969, and about the maoist elements who held illegal procession on the polling day of May 1969 general elections?

Yes, what about all those facts Mr. Kua Kia Soong? Don’t tell us that you are suffering from a very acute historical amnesia syndrome? Or, have you forgotten the meaning of a Malay saying that you learnt in Batu Pahat that “terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap parah padahnya”?

Mr. Kua Kia Soong, the May 13 incidence is not as what you have said - a coup d’etat. Neither it is as what you want to portray - being started by Malay thugs backed by politicians behind the so-called coup d’etat. The May 13 incidence is the end game of neo-imperialism, chauvinism, extremism and communism - all in one, one in all.

Posted by mayaputera at 3:15 AM
Saturday, May 26, 2007

Pahlawanku

Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
Sebagai askar berjuang

Lirik lagu di atas dikirimkan oleh Staf Sarjan Serikandi, Kementah, Kuala Lumpur kepada www.kuda-kepang.blogspot.com awal pagi tadi. Inilah nota beliau sebagai reaksi kepada puisi Melayu Mudah Lupa dan lagu Bahtera Merdeka:

“Tanpa sedar, mata terkelip gugurkan mutiara dari hati yang sedih bila terbaca puisi TDM dan lirik lagu Datuk Ahmad Jais. Sukar bagi saya menerima apa yang berlaku. Tulisan Datuk banyak membina diri saya menjiwai erti "kemerdekaan. Kepada Saudara Pemerhati, saya tabik hormat atas kebijaksaan Saudara menyentuh perasaan Serikandi. Saya berharap Datuk dapat memberi ruang untuk siarkan lirik lagu ini kepada semua pembaca laman ini. Sekian, terima kasih.- Staf Sarjan Serikandi, Kementah 4.28 am.”

Lantaran itu, hayatilah puisi Melayu Mudah Lupa, lagu Bahtera Merdeka dan lagu Pahlawanku ini untuk menginsafkan kita kepada perlunya kemerdekaan dan kedaulatan negara tercinta ini sentiasa dijaga, dipelihara dan dipertahankan pada setiap masa. – Ruhanie Ahmad


Posted by mayaputera at 3:24 PM


Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
Perhimpunan Agung UMNO Jun 2001
PWTC, Kuala Lumpur


Bahtera Merdeka

Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

[Lagu Datuk Ahmad Jais]

Sajak dan lirik lagu Datuk Ahmad Jais seperti di atas diposkan ke blog www.kuda-kepang.blogspot.com oleh Pemerhati sebagai reaksi kepada tulisan saya berjodol Hsien Loong’s Misdemaenour, Abdullah Does The Cleaning?

Kata Pemerhati di akhir postingnya: “perjuanganmu [Tun Dr Mahathir?] memang belum selesai selagi Melayu mudah lupa daratan.”

Lantaran itu, bacalah sajak dan lirik lagu di atas. Moga-moga ia melahirkan satu keinsafan yang abadi untuk kita sama-sama terus berjuang mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara tercinta ini. – Ruhanie Ahmad


Posted by mayaputera at 2:02 AM
Friday, May 11, 2007

Suara Hati Anak Buah Panglima Salleh
Sempena Harijadi Umno ke-61 Tahun

Hari ini usia Umno genap 61 tahun. Ramai sahabat meminta saya menulis sesuatu untuk memperingati hari ini. Tetapi, saya masih gagal melakarkan sesuatu untuk parti yang saya kasihi.

Saya gagal menulis sesuatu bukan kerana saya jauh hati. Tetapi, kerana saya agak kecewa dengan apa yang sedang terjadi di negara ini.

Mengapa? Mengapa?? Banyak sebabnya. Tapi, anda gunakanlah akal dan kebijaksanaan sendiri untuk menyenaraikan sebab-sebannya secara satu persatu.

Kepada saya, Umno parti yang didukung oleh majoriti marhaein ini sudah agak melupakan sejarahnya sendiri. Sebab itu Pemuda Umno dah jadi elitis.

Keris diangkat, keris dijulang dan keris dicium di atas pentas dengan kata-kata semangat dihamburkan berdera-derai, kononnya untuk membuktikan kejantanan Pemuda Umno. Cisss takkan Melayu hilang di dunia!!! Tetapi itu cuma untuk PR semata-mata – untuk dapat coverage dalam akhbar dan TV. Dan, untuk mendapatkan backlash yang berpanjangan daripada masyarakat multi-etnik di negara ini.

Umno mutakhir ini juga seolah-olah dah jadi seperti sebuah entiti korporat. Seolah-olah terlalu market-oriented. Nilai-nilai murni kelihatan dikesampingkan. Walaupun jadi tulangbelakang parti pemerintah, segolongan individu Umno seolah-olah sedang hanyut dalam kedahagaan dan kerakusan material yang amat ketara.

Apa sahaja, asalkan ada motivasi material, halal!!. Jual batu dan debu kauri untuk besarkan saiz Singapura, halal!! Jual saham GLCs kepada pihak asing yang mempunyai motif politik tersembunyi, halal!! Jadi proksi asing yang nak bolot kekayaan kerajaan, halal!!!

Memang cetusan rasa ini agak emosi. Tetapi, inilah hakikatnya. Orang Umno yang di kampung-kampung terus setia dengan Umno tanpa dorongan material. Ini kerana Umno memperjuangkan nasib datuk nenek mereka ketika Gagasan Malayan Union dan Mac Michael cuba menghapuskan bangsa Melayu, kesultanan Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam pada 1946. Mereka juga begitu setia kerana Umno memerdekakan bangsa dan negara ini dari penjajahan.

Tapi, hari ini, fokus terhadap semangat perjuangan kuno ini sudah jadi agak kelabu asap. Nak tunjuk sayangnya kita kepada negara kononnya, maka segelintir Putera Umno pun digereng pergi terjun di Khutub Utara. Hebat bunyinya. Tapi ini kerja membazir dan tidak bijak.

Kalau Umno asalnya dari ceruk kampung dan desa, apa pasal tak balik ke ceruk kampung dan desa untuk tunjuk kehebatan Pemuda Umno dan Putera Umno? Duit berpuluh juta yang dibelanjakan untuk pergi ke Khutub Utara itu alangkah baik kalau dicurahkan ke kampung tempat asal pendukung setia Umno?

Hishamuddin Tun Hussein apa pasal tak minta Pemuda Umno dan Putera Umno pergi ke Kelab Melayu Batu yang jadi tempat perhimpunan rasaksa pada 1946, di bawah pimpinan Datuk Onn Jaffar, di mana slogan Hidup Melayu diteriakkan buat pertama kalinya dengan spontan dan penuh semangat?

Tahukah Hishamuddin atau Khairy Jamaluddin bahawa jeritan slogan Hidup Melayu pertama kali itu membelah angkasa pada suatu hari Jumaat?

Tahukah mereka bahawa slogan itu amat keramat kerana ianya tidak direka dan tidak dibentuk, malahn hanya meluncur keluar dari rongga ribuan Melayu marhein yang miskin dan baru sahaja tamat daripada keganasan dan kezaliman gerombolan komunis bintang tiga?

Tahukah mereka bahawa slogan Hidup Melayu dijeritkan oleh Melayu-Jawa-Banjar-Arab di Batu Pahat pada 1946 kerana pada ketika itu memang Melayu sudah hampir terkubur maruah dan kedaulatannya?

Tahukah mereka bahawa Melayu Batu Pahatlah yang merangka wadah politik yang diberi nama United Malays Organisation (UMO)? Tahukah mereka bahawa UMO inilah yang kemudiannya jadi UMNO?

Tahukah mereka bahawa marhein dan elit Batu Pahat dan seluruh Johor adalah orang yang pertama sekali mendukung semangat perjuangan 46 yang kemudiannya diterapkan jadi semangat perjuangan UMNO?

Tahukah mereka bahawa perlembagaan UMO yang ditulis tangan dalam Jawi masih tersimpan di sebuah perpustakaan kecil di Bandar Penggaram, Batu Pahat?

Tahukah mereka bahawa marhaein Melayu-Jawa-Banjar-Arab yang mendukung cita-cita perjuangan UMNO ini adalah golongan pejuang Melayu pimpinan Panglima Salleh yang telah mengamankan Batu Pahat, Muar dan Pontian daripada keganasan dan kekejaman gerombolan komunis bintang tiga?

Saya pasti mereka tidak tahu dan tidak akan tergerak untuk ambil tahu. Sebab itu mereka terjun di Khutub Utara. Entah terjun entah tidak pun siapalah yang tau!!!!

Saya bangkit dan ungkitkan hakikat di atas bukan untuk glorify Melayu Johor atau menafikan perjuangan seluruh pertubuhan Melayu yang akhirnya merestui kelahiran Umno. Saya ungkit dan bangkitkan hakikat ini kerana saya tau sejarah dan tak rela mana-mana pihak melupakan sejarah awal Umno ini.

Saya huraikan hakikat di atas bukan kerana saya dah benci dengan Umno. Tetapi, saya kecewa bahawa prominennya Umno di Johor dan signifikennya komitmen awal Melayu Johor dan kesultanan Johor terhadap Umno seolah-olah sedang diperlekehkan oleh kepimpinan Umno tertinggi mutakhir ini.

Kalau tidak, kenapa usia 60 tahun Umno dirayakan di Istana Besar Johor, tetapi pembinaan Jambatan Bengkok di Johor Bahru dibatalkan sehingga seolah-olah pemerintahan kita tunduk kepada kuasa asing?

Mengapakah projek itu dibatalkan sehingga maruah dan kedaulatan kita seolah-olah redha kita sendiri cemari?

Mengapakah titah DYMM Sultan Johor yang menyarankan supaya jambatan itu diteruskan pelaksanaannya hanya disifatkan sebagai kata-kata yang kosong?

Kenapakah perlu diwujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar kalau semata-mata hanya untuk menimbulkan persepsi bahawa selatan Johor akan jadi wilayah extension kepada Singapura yang telah sekian kalinya melukai jiwa warga Johor?

Saya terpaksa berhenti di sini sebelum melarat lebih jauh. Saya faham cetusan rasa ini tidak politically correct. Bukan kerana ia tidak correct, tetapi kerana menjentik jiwa sesetengah pihak yang merasakan pedasnya. Tetapi, saya yakin ramai juga warga Umno yang merasakan cetusan ini wajar.

Kepada pucuk pimpinan Umno, sayangilah parti ini. Janganlah dibiarkan semakin ramai orang Melayu meluat dengan Umno dan marah dengan Umno akibat karenah dan gelagat segelintir orang-orang Umno. Janganlah diizinkan Umno retak dari dalam. Jangan redhakan Umno diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak, walaupun kecil, tetapi amat materialistik, hipokrit dan munafik. – Ruhanie Ahmad


Posted by mayaputera at 2:43 AM
Friday, May 4, 2007

Pertahankan Tanah Pusaka

Datuk Hassan Ahmad

KITA menjadi rakyat negara ini kerana antara lain kita mempunyai kawasan atau tanah - tanah pusaka nenek moyang kita. Dengan kata lain, kita mempunyai tanah, tempat tumpah darah kita, yang di atasnya kita mempunyai hak mendirikan rumah kita, bercucuk tanam, dan sebagainya.

Inilah salah satu kriteria penting yang mentakrifkan kedaulatan sesebuah negara atau sesuatu bangsa, iaitu kebebasan atau kemerdekaannya di tanah airnya sendiri.

Kedaulatan negara dan bangsa bukanlah ‘benda’ yang abstrak, bukan konsep yang diciptakan oleh imaginasi dan perasaan cinta tanah air semata-mata, tetapi ia merupakan konsep atau entiti yang nyata, yang konkrit.

Tanpa tanah, tanpa kawasan yang kita miliki sejak zaman nenek moyang kita sebagai pusaka kita, tidak bolehlah kita dikatakan bangsa yang ‘berdaulat’.

Jikalau kita hanya menumpang atas tanah milik orang asing di tanah air sendiri disebabkan tanah kita sudah berikan kepada pelabur asing, itu bererti kita sudah kehilangan suatu hak harta, iaitu tanah, yang mentakrifkan kita sebagai ‘rakyat’ tanah melayu atau Malaysia ini.

Tanah Air

Taraf kita samalah seperti warga asing yang ‘menumpang’ di Malaysia (misalnya sebagai pekerja asing).

Perhatikan bahawa orang Melayu menggunakan istilah tanah air. Gabungan dua kata ini, ‘tanah’ dan ‘air’ tidak terdapat dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa-bahasa lain.

Berdasarkan istilah ini kita dapati bahawa orang Melayu mementingkan tanah dan air bukan sahaja sebagai syarat untuk membentuk konsep ‘negeri’ tetapi juga sebagai sumber ekonomi dan sumber hidup yang asas bagi rakyat di negeri ini.

Tanpa tanah dan tanpa air, manusia sukar hidup di dunia ini. Kerana inilah sejak dahulu hingga hari ini, tanah - dan air - sering menjadi punca peperangan. Rakyat Palestin, misalnya, sanggup mati untuk mempertahankan tanah mereka, walaupun seinci, atau untuk mendapatkan semula tanah yang telah dirampas oleh Israel, sama ada melalui peperangan ataupun melalui taktik dan muslihat lain yang lebih halus.

Singapura

Maka hairanlah kita sekiranya ada negara yang sanggup menjual tanah, air dan sebagainya kepada orang asing atau kepada negara asing kononnya demi kemajuan, demi pembangunan ekonomi - yang selalunya hasilnya atau kesannya tidak sampai kepada rakyat yang miskin dan terpinggir.

Barangkali bangsa Melayu patut belajar daripada sejarah, tentang bagaimana Singapura, misalnya, akhirnya jatuh ke tangan orang lain, melalui syarikat asing, iaitu Syarikat East India Company atau syarikat Hindia Timur Inggeris (SHT). Stamford Raffles bertugas sebagai wakil Syarikat ini yang ditubuhkan oleh kerajaan Inggeris untuk mencari kawasan perdagangan dan ekonomi di luar England, dan akhirnya untuk menjajah negeri orang lain.

Apabila penjajah Belanda menguasai Melaka hingga awal abad ke-19 (setelah mereka mengalahkan bangsa Portugis di situ dengan bantuan askar-askar Melayu dari Johor), Syarikat Hindia Timur Inggeris mulai mencari kawasan lain untuk menjadi kawasan atau pusat perdagangannya untuk menyaingi Melaka.

Kawasan yang dianggap sesuai ialah Singapura. Pulau ini ialah milik bangsa Melayu atau merupakan tanah takluk kerajaan Johor-Riau, bukan merupakan pulau kosong seperti “Pulau Robinson Crusoe” yang boleh diduduki, dicuri atau dimiliki oleh bangsa lain.

Raffles cepat-cepat mempengaruhi Temenggung Abdul Rahman, waris kerabat diraja Johor yang berada di pulau itu. Abdul Rahman dianugerahi gelaran ‘Temenggong’ oleh kerajaan Johor-Riau dan Singapura diberikan kepadanya sebagai hak warisnya. Raffles mengadakan perjanjian (pada 30 Januari 1819) dengan Temenggung Abdul Rahman, membenarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris membina loji atau kilang di Singapura. Sebagai balasannya, SHTI bersetuju memberi semacam sagu hati atau elaun sebanyak ‘3000 rial setahun’ kepada Temenggung.

Sultan Hussain

Pada 6 Februari 1819 suatu perjanjian lain telah ditandatangani antara Raffles bagi pihak SHT dengan Sultan Hussain Muhammad Syah, Sultan Johor-Riau, dan Temenggung Abdul Rahman untuk mengesahkan perjanjian yang terdahulu. Salah satu fasal baru, iaitu Fasal Kelima, yang terkandung dalam Perjanjian baharu itu ialah, Sultan Hussain dan Temenggung Abdul Rahman tidak dibenarkan membuat apa-apa perjanjian perniagaan dengan mana-mana pihak lain, baik dengan orang putih dari Eropah, baik dari AS, di Singapura selama ‘kompeni Inggeris ada duduk di dalamnya’.

Perjanjian ini juga menetapkan pembahagian hasil negeri: Temenggong mendapat dua bahagian daripada ‘hasil cukai segala perahu kapal orang hitam dan laka oleh kompeni Inggeris membayar segala belanja atas menjaga bendera (iaitu bendera Inggeris) terima hasil cukai itu’.

Melalui Perjanjian itu SHII tidak sahaja diberi hak untuk mendirikan kemudahan perniagaan di pulau Singapura tetapi juga hak menempatkan angkatan tenteranya di pulau itu dan hak untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan Inggeris ke atas penduduk pulau, khususnya di kawasan yang dikuasai oleh syarikat Inggeris itu.

Warisannya

Pada 2 Ogos 1824 pihak Inggeris yang diwakili oleh John Crawford, Residen Singapura, dan Sultan Hussain serta Temenggong Abdul Rahman menandatangani satu perjanjian lagi. Melalui perjanjian ini kedua-dua pembesar Melayu itu bersetuju menyerahkan pulau Singapura ‘dengan laut dan selat dan pulau kecil-kecil iaitu sepuluh batu jauhnya berkeliling Pulau Singapura itu menjadi hak milik kerajaan Kompeni Inggeris sampai kepada warisnya yang akan menggantikan dia selama-lamanya’

Sebagai gantinya, SHT bersetuju membayar kepada Sultan Hussain tiga puluh tiga ribu dua ratus ringgit sekali bayaran dan pada tiap-tiap bulan seribu tiga ratus ringgit seumur hidup Sultan itu. Temenggong Abdul Rahman dibayar dua puluh enam ribu delapan ratus ringgit sekali bayaran dan sebanyak tujuh ratus ringgit sebulan seumur hidup. Perjanjian ini juga menyebut bahawa sekiranya Sultan Hussain dan Temenggong atau waris mereka berhajat untuk berpindah dari Singapura dan tinggal di mana-mana tanah lain milik mereka (yakni, di luar pulau Singapura) maka SHT akan membayar sebanyak dua puluh ribu ringgit lagi kepada Sultan Hussain atau warisnya dan sebanyak lima belas ribu ringgit lagi kepada Temenggong atau warisnya.

Peminggiran

Segala hak milik mereka yang tidak dipindahkan, seperti tanah, rumah, kebun dan segala jenis kayu yang terdapat di pulau Singapura dan di semua pulau takluk Singapura diserahkan kepada SHT sampai kepada warisnya selama-lamanya. Tetapi selama kedua-dua pembesar Melayu itu menerima bayaran bulanan daripada SHT mereka tidak dibenarkan mengadakan apa-apa perjanjian dengan mana-mana bangsa lain tanpa pengetahuan SHT atau warisnya yang akan menggantikannya selama-lamanya.

Abdullah Munsyi, dalam karyanya yang terkenal, Hikayat Abdullah, menceritakan bagaimana Sultan Hussain dan Temenggung terpaksa mengemis meminta wang tambahan daripada Raffles atau dari SHT kerana mereka sentiasa kehabisan wang untuk membiayai perbelanjaan para pengikut mereka yang berfoya-foya di pulau itu, dan sering melakukan pergaduhan dan kekacauan.

Akhirnya mereka ‘dinasihatkan’ oleh Raffles supaya berpindah dari kawasan Melayu di Kampung Gelam ke kawasan tidak maju, jauh dari pusat bandar, iaitu ke Teluk Belanga. Memang itulah rancangan jangka panjang SHT, iaitu untuk mengusir mereka dari Singapura atau untuk meminggirkan mereka daripada ‘proses pembangunan’ yang sedang dilakukan oleh SHT. Abdullah Munsyi menjelaskan bagaimana pembesar Melayu itu tertipu oleh muslihat dan ‘mulut manis’ Raffles memujuk orang Melayu supaya berpindah ke kawasan lain.

Dijual

Raffles menggunakan wang untuk mempengaruhi pembesar Melayu supaya menyerahkan tanah mereka kepada syarikat asing, iaitu Syarikat East India Company atau Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Demikianlah kisah bagaimana tanah milik kerajaan Melayu, milik nenek moyang Melayu, akhirnya dijual atau berpindah milik kepada orang asing melalui sebuah syarikat yang disebut Syarikat East-India Company.

Diharap kisah ini tidak berulang lagi. Tandanya sudah ada dan nampaknya makin hari makin jelas. Bangsa yang pandai, yang cemerlang akal, yang bijak, tidak akan menjual ‘tanah airnya’ kepada kuasa asing melalui pelaburan asing, atau pun melalui diplomasi tolak ansur’.

Datuk Dr. Hassan Ahamd ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Karyawan.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana

Posted by mayaputera at 2:46 AM