Monday, February 23, 2009

ABDULLAH PEMIMPIN AGUNG?

Di bawah ini adalah kenyataan Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengenai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pastinya Mukhriz membuat kenyataan ini secara ikhlas kerana beliau amat mengetahui betapa remuknya perasaan Tun Mahathir yang sentiasa diperlekehkan oleh segelintir budak-budak Abdullah selama ini. – Ruhanie Ahmad

HORMATI ABDULLAH SEBAGAI PEMIMPIN AGUNG - MUKHRIZ

KOTA BHARU 22 Feb. - Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta semua rakyat terutamanya anggota Umno menghormati Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin agung selepas era kepimpinannya, apabila berakhir Perhimpunan Agung Umno, Mac ini.

Beliau berkata apa yang berlaku terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menyerahkan jawatan pemimpin nombor satu negara kepada Abdullah tidak seharusnya berlaku lagi sebaliknya semua pihak perlu meletakkan mereka di tempat sewajarnya.

“Jangan lagi perlakukan Pak Lah seperti mana yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir kerana akhirnya Umno akan dibenci rakyat kerana tidak menghormati pemimpin.

“Kita mesti memberikan penghormatan tinggi kepada Pak Lah kerana dia adalah Perdana Menteri dan pemimpin kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenal calon-calon kepada perwakilan Pemuda Umno Kelantan di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga calon Ketua Pemuda Umno berkata adalah menjadi adat bangsa Melayu mengenang budi bekas pemimpin mereka terutama kepada pemimpin yang sangat berjasa untuk bangsa dan negara.

Beliau berkata apa yang berlaku kepada Dr Mahathir sebelum ini perlu dielakkan kerana ada dakwaan yang mengatakan Kedah tewas di tangan pembangkang pada pilihan raya umum disebabkan anggota Umno tidak mengenang budi bapanya.

“Semua rakyat di Kedah marah dan kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir dan diterjemahkan melalui undi pada pilihan raya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai saranan agar Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat sama ada di dalam kerajaan atau parti, Mukhriz berkata sebagai anak adalah tidak wajar untuk beliau memberikan pendapat.

“Terpulanglah kepada parti untuk berbuat demikian seperti mana yang dilakukan oleh parti lain apabila bekas pemimpin mereka dilantik sebagai penasihat parti selepas tidak lagi menjadi presiden,” katanya.

Mukhriz juga berharap proses peralihan kuasa itu nanti akan berjalan dengan baik dan berharap kepimpinan baru nanti akan meneruskan kesinambungan pemimpin sedia ada bagi memperbaiki parti dan memakmurkan negara. – BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

Tuesday, February 10, 2009

WASPADA: TEMASEK TUKAR CEO

Semoga rakyat Malaysia waspada akan berita di bawah ini – Temasek Holdings, syarikat pelaburan global milik Kerajaan Singapura , tukar CEO. – Ruhanie Ahmad

SINGAPORE'S TEMASEK HOLDINGS ANNOUNCES LEADERSHIP CHANGE

SINGAPORE, Feb 6 (Bernama) - Temasek Holdings, Singapore's government global investment firm, today announced that its chief executive officer (CEO) Ho Ching will step down this October.

Ho, 55, who is the wife of Prime Minister Lee Hsien Loong, will be replaced by former CEO of BHP Billiton, Charles W. Goodyear, 51, an American who joined the Temasek board on Feb 1.

Goodyear will assume the position of CEO-designate on March 1 and succeed Ho on Oct 1 to run Temasek which manages a diversified US$134 billion portfolio. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsworld.php?id=388167

Sunday, February 8, 2009

KENYATAAN KARPAL SINGH: APA REAKSI PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA DAN PAKATAN MUDA PKR?

Bernama hari ini memetik dua kenyataan Karpal Singh yang seolah-olah memprovokasi Pergerakan Pemuda UMNO Tanjong dan Balik Pulau serta Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam kenyataan pertamanya, Bernama menetik Karpal sebagai “mengingatkan mana-mana pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakannya mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, supaya bersedia dengan apa juga akibatnya.” Katanya: “jangan main-main dengan saya.” Kenyataan ini merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Tanjong dan Balik Pulau.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

Dalam kenyataan keduanya, Bernama memetik Karpal sebagai "menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.” Karpal juga mengecam Anwar kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm

Lantaran itu, apakah agaknya tindak balas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pakatan Muda PKR terhadap kenyataan Karpal ini? – Ruhanie Ahmad

Saturday, February 7, 2009

ZAMBRY: TAHNIAH DAN WASPADALAH SELALU!

Tahniah kepada Datuk Dr Zambry Abdul Kadir kerana jadi Menteri Besar Perak yang baru menerusi episod yang amat historic. Waspadalah selalu dan jangan lupakan Celdes, Abang Din, ISA dan sahabat-sahabat lama. Semoga anda kembalikan semula maruah BN dan UMNO di Perak. – Ruhanie Ahmad

BN Rasmi Ambil Alih Kerajaan Perak

KUALA KANGSAR, 6 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) hari ini secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat apabila Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar yang baru.

Majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini, berlangsung dalam keadaan Pakatan Rakyat masih enggan menerima hakikat bahawa ia tidak lagi berkuasa di Perak. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=388116

Saturday, January 31, 2009

UMNO ROAD SHOW: MATLAMAT HAHALKAN CARA!

Mulai awal Februari ni berduyun-duyunlah calon-calon UMNO ikut road show Mike Tyson ke negeri-negeri untuk menemui para perwakilan yang akan ke Perhimpunan UMNO Mac 2009. Dan mulai waktu yang sama juga berbonbdong-bondonglah para perwakilan negeri menemui calon-calon berkenaan.

Maka, terbuanglah waktu pejabat para calon terbabit. Maka, ratusan ribulah duit dibazirkan untuk minyak kenderaan dan tiket pesawat ke Sabah. Maka Mike Tyson pun berjayalah memenuhi matlamatnya untuk berkempen. Maka, beliau pun berjayalah mengenepikan arahan parti bahawa calon-calon dilarang berkempen. Inilah yang dikatakan matlamat menghalan cara! – Ruhanie Ahmad

Pertemuan Calon Dengan Perwakilan Umno Pada Februari

SEPANG, 30 Jan (Bernama) -- Pertemuan antara calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno Mac ini dengan para perwakilan peringkat negeri akan dimulakan bulan depan, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Beliau berkata pihak ibu pejabat parti sedang menyediakan jadual pertemuan para calon dengan perwakilan dari 13 badan perhubungan negeri.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa ada pihak dengan sewenang-wenangnya turun padang menemui ahli parti untuk mendapatkan sokongan sementara pada masa yang sama ada calon termasuk beliau sendiri yang tidak berbuat demikian kerana mematuhi larangan berkempen yang telah dikeluarkan.

Ditanya sama ada calon akan dilarang daripada menghadiri sebarang majlis selain yang diatur oleh Badan Perhubungan Negeri selepas ini, Muhammad berkata peraturan itu sepatutnya dipatuhi, tetapi menghadiri majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan dan kematian adalah dikecualikan.

Calon masih tertakluk kepada larangan berkempen yang ditegaskan dalam tataetika parti termasuk ditegah mengadakan jamuan, memberi hadiah dan menganjurkan rombongan lawatan, katanya.

Muhammad juga menegaskan bahawa hal dan masalah parti seperti politik wang perlu disalurkan kepada parti untuk membuat keputusan.

Beliau mengulas kenyataaan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bahawa politik wang adalah ditakrifkan sebagai rasuah dan badan itu akan melakukan siasatan. - BERNAMA

Tuesday, January 27, 2009

PAKEJ RANGSANGAN KE-2: NAJIB PERLUKAN PENDAPAT RAKYAT

Kerajaan bercadang umumkan pakej rangsangan ekonomi kedua tidak lama lagi untuk bantera krisis global yang sedang melanda negara. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, minta rakyat jelata berikan pandangan dan cadangan mengenainya. Beliau minta kita kirimkan komen ke blog www.1malaysia.com.my. – Ruhanie Ahmad

NAJIB: MALAYSIA PERLU PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA

PEKAN, 24 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah progresif Malaysia dalam memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi kedua adalah perlu dalam ketidaktentuan ekonomi global pada masa ini.

"Adalah baik bagi kita melakukannya secara progresif kerana kita tidak tahu saiz masalah global itu tetapi menurut penilaian kita, pakej kedua itu amat perlu.

"Sebaik sahaja kita memenuhi penilaian itu, maka, bermulakan proses pembentukan pakej kedua itu," katanya. - BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=385888

Sunday, January 25, 2009

INILAH LEGASI TDM YANG AMAT DIBANGGAKAN!

Bila Datuk Shahrir Samad berkata, AS dan Eropah “kini mencontohi Malaysia dalam menghadapi kegawatan ekonomi dengan tidak lagi mengamalkan sistem pasaran bebas,” sebenarnya beliau mengiktiraf legasi Tun Dr Mahathir Mohamad kerana inilah satu daripada legasi Mahathir yang menerima pengiktirafan internasional mutakhir ini. Anehnya, kenapakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus berasa berat hati untuk wujudkan task force menangani kegawatan ekonomi semasa menerusi sistem Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang juga merupakan legasi Mahathir? - Ruhanie Ahmad

BARAT MULA CONTOHI MALAYSIA TANGANI KRISIS EKONOMI

SIPITANG 24 Jan. - Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kini mencontohi Malaysia dalam menghadapi kegawatan ekonomi dengan tidak lagi mengamalkan sistem pasaran bebas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, mereka terpaksa berbuat demikian bagi menyelamatkan ekonomi masing-masing selain meringankan beban rakyat.

"Sebelum ini AS dan Eropah marah dan tidak setuju dengan cara kita, mereka kata kerajaan tidak boleh campur tangan dalam hal ekonomi dan perlu amalkan pasaran bebas.

"Tidak cukup dengan itu, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) turut mengutuk tindakan kita, sekarang mereka akui langkah kita dan ikut apa yang kerajaan telah lakukan," katanya. – Utusan Malaysia.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm

Thursday, January 22, 2009

INFLASI MENYERDAHANA, PEKERJA ASING DIHANTAR PULANG, TAPI FIRMA JEPUN AMBIL PEKERJA BARU…

Krisis ekonomi global bukan pilihan kita. Tetapi, kerana kita bukannya memencilkan diri di sebuah pulau, pastinya kita terbabit. Jadi, kerajaan kenalah bertindak bijaksana dan rakyat kenalah segera susun semula keutamaan masing-masing. Selain itu, kerajaan kena berterus terang akan kedudukan ekonomi kita yang sebenar dan rakyat juga wajar pintar mencari peluang daripada suasana dharurat ini. – Ruhanie Ahmad

Inflasi Dijangka Sederhana, Kata Shahrir

PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama) -- Kadar inflasi dijangka menyederhana lagi pada bulan ini berikutan harga bahan api yang rendah, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.

Katanya harga bahan api merupakan faktor paling ketara yang menyumbang kepada penurunan itu dengan pengurangan terbaru harga petrol dan diesel.- BERNAMA (komen: macam mana harga gula naik?)

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=385264

Hentikan Pekerja Asing

PUTRAJAYA 21 Jan. – Sudah tiba masanya pengambilan pekerja asing terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dihentikan segera, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Langkah itu katanya, selaras dengan keadaan ekonomi semasa negara yang turut merasai kesan kemelesetan ekonomi global.

“Majikan patut memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu, hantar mereka balik ke negara asal dan jangan ambil lagi. Mereka sepatutnya menggunakan sumber tenaga tempatan,” katanya. – UTUSAN (komen: alangkah eloknya jika KDN keluarkan arahan!)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Syarikat Jepun Masih Agresif Ambil Pekerja

JOHOR BAHARU, 21 Jan (Bernama) -- Syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di negara ini masih agresif mengambil pekerja baharu walaupun berlaku kelembapan ekonomi semasa akibat krisis kewangan global.

Naib Pengerusi Hal Ehwal Pengurusan Dewan Perdagangan dan Industri Jepun (Jactim), Akira Hashimoto berkata sekurang-kurangnya 10 syarikat multinasional terkemuka di sini masih menawarkan pekerjaan di pelbagai peringkat, termasuk graduan baharu. – BERNAMA (komen: jangan pula eksploitasi pekerja dalam keadaan krisis ekonomi!)

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=385223

Pengecualian Enam Bulan Kepada Majikan Bayar Levi

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Para majikan di dalam industri tekstil and elektrik akan dikecualikan dari membayar levi pembangunan sumber manusia bagi tempoh enam bulan ke atas sektor itu berkuat kuasa 1 Februari. – BERNAMA (komen: hati-hatilah waktu tentukan siapa yang layak.)

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=385312


Singapura Semak Semula KDNK Setelah Ekonomi Mengecil

SINGAPURA, 21 Jan (Bernama) -- Singapura terus menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu bagi 2009, kini kepada -5.0 hingga -2.0 peratus, setelah kelembapan ekonomi yang melanda dunia sekarang ini terus mengheretnya ke dalam kemelesetan.

Awal bulan ini, kerajaan telah mengunjurkan pertumbuhan KDNK republik itu bagi tahun ini akan berada dalam jajaran antara -0.2 dan 1.0 peratus. - BERNAMA (komen: ini contoh tindakan berterus terang.)

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=385092

Wednesday, January 21, 2009

200000 DIBUANG KERJA, BERATUS RIBU LULUSAN IPTA-IPTS AKAN MENGANGGUR: SIAPAKAH PEMBELA NASIB MEREKA?

Dalam krisis global mutakhir ini, 200000 dijangka hilang sumber rezeki. Sewaktu krisis mata wang 1997, 85000 hadapi nasib yang sama. Pada waktu yang sama, pastinya berapa ratus ribu lagi lulusan IPTA dan IPTS yang akan sukar cari kerja. Siapakah pembela nasib mereka ini? – Ruhanie Ahmad

200,000 PEKERJA HILANG KERJA?

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 200,000 pekerja di negara ini terpaksa diberhentikan berikutan merudumnya ekonomi global berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998.

Menurut MEF yang dianggotai 4,500 majikan itu, kemelesetan ekonomi global 1998 hanya membabitkan peringkat Asia berbanding krisis semasa yang lebih meluas kesannya.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, sektor yang terjejas teruk pada masa ini ialah industri komponen elektronik dan elektrikal apabila ada di antaranya tidak menerima tempahan produk untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Monday, January 19, 2009

45,000 MUNGKIN HILANG SUMBER REZEKI: APA TINDAKAN BIRO BURUH UMNO?

Ramalan di bawah ini adalah lazim dalam keadaan kita dilanda krisis ekonomi global. Tetapi, apa agaknya reaksi dan tindakan biro buruh yang wujud dalam UMNO dan sayap-sayap kanan dan kirinya? – Ruhanie Ahmad

45,000 PEKERJA KILANG DIBERHENTI

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam berkata, perkara itu berlaku kerana pengurusan kilang akan menutup operasi selama dua atau tiga minggu dan pekerja diminta mengambil cuti sama ada diberi cuti bergaji atau tanpa gaji.

“Ini kerana permintaan terhadap pengeluaran kilang yang berkurangan pada masa itu menyebabkan langkah ini (pemberhentian sementara) dilakukan,” katanya.

Friday, January 16, 2009

RAZALEIGH LAYAK JADI PENASIHAT EKONOMI KERAJAAN MALAYSIA

Tengku Razaleigh Hamzah berpengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan perdagangan antarabangsa. Lantaran itu, kerajaan Malaysia wajar memandang serius pandangan Razaleigh di bawah ini. Kerajaan juga seharusnya sudi menimbangkan Razaleigh ke jawatan penasihat ekonomi untuk membantu negara dalam usaha memulihkan ekonominya yang dilanda krisis global mutakhir ini! – Ruhanie Ahmad

Razaleigh:Negara Perlukan Projek Pelaburan Awam Yang Mantap

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Negara memerlukan projek-projek pelaburan awam yang dipandu oleh wawasan, yang direka secara berstrategi dan ditadbir dengan integriti yang kebal, dalam usaha untuk keluar daripada kemelut kelembapan ekonomi global pada masa ini, kata bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.

"Kita tidak memerlukan satu lagi pakej rangsangan untuk dibelanjakan di sana sini.

"Apa yang kita perlukan dan apa yang krisis itu berikan kepada kita peluang untuk laksanakan ialah satu set projek yang berani dengan berlatar belakangkan ekonomi untuk membantu Malaysia merealisasikan pembangungan yang kita telah hilang," kata beliau pada majlis makan tengah hari di Persidangan Tinjauan Strategik Malaysia Institut Kajian Strategik Kepimpinan Asia yang ke-11 hari ini.

"Kejayaan ialah satu pencapaian kompleks atau rumit yang sebaliknya bergantung kepada penambahbaikan transformatif dalam tadbir urus dan kejayaan memperbaharui sistem politik kita, kata beliau sambil menambah yang seseorang itu kini mesti mengambil langkah-langkah yang berani dan berimaginasi.

"Kita mesti berusaha untuk menghasilkan penambahbaikan transformatif dalam dasar dan politik tadbir urus. Ia juga memerlukan kerajaan berbelanja dengan berani ke atas perkara yang betul dengan cara yang sesuai bagi merangsang permintaan," kata beliau.

Oleh itu, langkah yang betul ialah pelaburan awam dengan pelbagai kesan yang meluas dalam tempoh jangka pendek dan panjang. - BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=384010

Monday, January 12, 2009

EKONOMI SURAM: JANGAN PANIK?

Ketua Jabatan Ekonomi London School of Economics and Political Science, Profesor Danny Quah, meminta pemimpin dan rakyat Malaysia “jangan panik” kerana “dunia belum kiamat” dan “Asia dijangka tidak mengalami kemelesetan drastik walaupun terdapat jangkaan akan menerima tempias krisis kewangan di Amerika Syarikat.”

Ekonomi Malaysia Mampu Pulih Dalam Tempoh Enam Bulan

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia mampu pulih daripada kelembapan semasa dalam tempoh antara tiga dan enam bulan, menerusi sokongan kerajaan serta dasar yang kukuh.

Ketua Jabatan Ekonomi London School of Economics and Political Science, Profesor Danny Quah berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai keupayaan untuk membawa Malaysia ke tahap pembangunan ekonomi selanjutnya.

"Kerajaan tidak wajar terlalu memberi penekanan terhadap defisit bajet, sebaliknya memberi tumpuan terhadap malaksanakan dasar-dasar yang mampu meningkatkan daya saingan negara bagi menampung pertumbuhan dan pergerakan ekonomi," kata Quah pada ceramah Persatuan Alumni London School of Economics and Political Science (LSE) Malaysia.

Meskipun unjuran ekonomi global yang suram, Quah memberi mesej jaminan yang kukuh.

"Jangan panik. Dunia belum kiamat. Asia dijangka tidak mengalami kemelesetan drastik walaupun terdapat jangkaan akan menerima tempias krisis kewangan di Amerika Syarikat," kata Quah. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=382775

Apa yang diramalkan oleh Quah mungkin benar. Tetapi, kerajaan Malaysia wajar meramalkan keadaan yang eksrim, yang terburuk. Indikator kesuraman ekonomi dunia berada di depan mata kita. Jadi, jangan terlalu bergantung kepada ramalan seperti ini. – Ruhanie Ahmad

Wednesday, January 7, 2009

PEMAIN GLOBAL: PENDEKATAN MALAYSIA DAN SINGAPURA BERBEZA

Rakyat Malaysia wajar berbangga dan ucapkan syabas kepada 99 kontrakor Malaysia yang sudah menjadi pemain global dalam bidang pembinaan di 43 negara dengan projek bernilai RM90.3 billion.

Soalnya di sini, berapa banyakkah antara syarikat ini yang keluar negara secara konsortium seperti syarikat-syarikat Singapura?

Untuk mendalami persoalan ini, bacalah dua item berita Bernama seperti berikut:

Kontraktor Tempatan Tawar Khidmat Bernilai RM90.2 Bilion Di Luar Negara

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Sejumlah 99 kontraktor tempatan telah menawarkan perkhidmatan di 43 negara, melibatkan 456 projek bernilai RM90.2 bilion setakat September 2008, kata Kementerian Kerja Raya hari ini.

Jumlah tersebut merangkumi 363 projek yang telah siap, bernilai RM27.9 bilion, dan 93 projek dalam pembinaan bernilai RM62.3 bilion. - BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=381968

Syarikat Singapura Bersatu Untuk Dapatkan Projek Antarabangsa

SINGAPURA, 6 Jan (Bernama) -- Beberapa syarikat Singapura bersatu dalam usaha strategik dan berkesan bagi mendapatkan projek antarabangsa yang kompetitif.

International Enterprise (IE) Singapura hari ini berkata syarikat-syarikat berkenaan membentuk empat konsortium menerusi program usaha sama yang membolehkan mereka menggabung sumber, menyediakan penyelesaian holistik, mencapai keuntungan dari segi kos dan mendapat peluang yang lebih baik dalam memperoleh projek luar.

Konsortium itu melibatkan 16 syarikat elektronik dan kejuruteraan persisan (EPE) yang menyasarkan sektor elektonik pengguna dan elektonik industri, automotif dan teknologi perubatan, katanya. - BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=381966

- Ruhanie Ahmad

Friday, January 2, 2009

ANTARA KUALA LUMPUR DAN KOTA SINGA: SETULEN MANAKAH PERSAHABATAN MEREKA?

Di bawah ini saya paparkan dua item berita mengenai krisis ekonomi global. Kedua-dua berita ini menjuruskan kepada soal kepimpinan dan strategi perjuangan mereka.

Berita Utusan Malaysia memetik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berikrar bahawa “kerajaan berazam mengambil langkah-langkah berkesan untuk memelihara kekuatan ekonomi negara dan melindungi kepentingan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang mencabar” mulai 2009.

Berita Bernama pula memetik Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong sebagai berkata bahawa “Singaporeans must be prepared for a difficult year ahead, especially the first half of 2009 in which its economy would probably contract further.”

PM: LINDUNGI KEPENTINGAN RAKYAT

PUTRAJAYA 31 Dis. – Kerajaan berazam mengambil langkah-langkah berkesan untuk memelihara kekuatan ekonomi negara dan melindungi kepentingan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang mencabar tahun depan.

Dalam amanatnya sempena Tahun Baru 2009, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan terus bertindak secara bertanggungjawab dengan memantau perkembangan krisis ekonomi itu serta mengambil langkah-langkah wajar mendepaninya.

Tegas Perdana Menteri, dasar kerajaan bagi menghadapi krisis ekonomi global mempunyai dua matlamat iaitu mengekalkan daya saing serta keutuhan ekonomi dan memelihara kesejahteraan rakyat terutama golongan miskin.

‘‘Saya yakin dan percaya bahawa dengan niat suci dan semangat gigih, tiada gunung yang terlalu tinggi untuk kita daki dan tiada laut yang terlalu dalam untuk kita selami.

‘‘Dalam saat-saat yang menduga dan mencabar ini, kita perlu mengamalkan semangat bersatu demi memastikan masa depan anak cucu kita bersama,” kata beliau dalam amanat yang disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan malam ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

SINGAPORE'S 2009 ECONOMIC OUTLOOK IS HIGHLY UNCERTAIN

SINGAPORE, Dec 31 (Bernama) - Singaporeans have been urged to be psychologically prepared as the republic's economic outlook next year "is highly uncertain".

Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong said although the economic growth for the year was still positive at 1.5 percent, an open economy like Singapore could not avoid being hit by the global slowdown.

In his New Year message today, Lee said Singaporeans must be prepared for a difficult year ahead, especially the first half of 2009 in which its economy would probably contract further.

Singapore which has already gone into recession is currently experiencing a sharp fall in world-wide demand for its exports, tourist arrivals and its broader economy.

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsworld.php?id=381092

Setelah membaca kedua-dua berita di atas, rakyat Malaysia wajar menghayati mesej yang tersirat di sebaliknya. Sesudah itu, fikirkanlah persoalan ini: antara Kuala Lumpur dan Kota Singa, setulen manakah persahabatan mereka? – Ruhanie Ahmad