Saturday, September 1, 2007

Abdullah Sahabat Baik Bush?

Sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50, sama-samalah kita ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana kepimpinannya disifatkan oleh Presiden Bush “sebagai satu tenaga yang sangat konstruktif bagi Asia Tenggara.”

Hakikat ini wajar membanggakan kita. Apatah lagi bila Bernama hari ini melaporkan bahawa keakraban antara Abdullah dan Bush terserlah sewaktu Bush berkata: "Apabila isteri beliau (Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood) meninggal dunia, saya cuba menghubunginya awal untuk menyatakan keprihatinan saya terhadap beliau."

Apabila dimaklumkan bahawa Abdullah telah berkahwin lain, Bush seolah-olah terperanjat lalu bertanya: "Ia ke? Baguslah tu. Saya ucapkan tahniah kepada beliau. Terima kasih kerana memberitahu saya berita ini. Saya akan ucapkan tahniah keada beliau. Ini sungguh baik."

Apabila diberitahu oleh seorang pembantunya bahawa beliau telahpun menghantar perutusan tahniah, Bush ketawa kerana dia terlupa mengenainya dan berkata: "Ya. Saya akan mengucapkan tahniah sekali lagi kepada beliau. Biarlah saya ucap tahniah dua kali."

Bush kemudiannya mengakui bahawa beliau terlupa mengenai perkara itu dan bertanya kepada pembantunya sama ada beliau telah menelefon Abdullah atau menghantar perutusan tahniah kepadanya. Beliau diberitahu bahawa beliau telah menghantar perutusan tahniah.

"Betul tu, ya. (Saya juga) telah mengirim sejambak bunga," kata Bush.

Komen:

Kisah di atas sangat lucu. Ia membuktikan kedolak-dalikan Bush memang sentiasa terserlah dalam apa jua keadaan. Soalnya di sini ialah: kalau Bernama mengatakan Bush dan Abdullah adalah akrab, macam mana Bush boleh terlupa yang dia telah mengirimkan ucapan tahniah di atas perkahwinan semula Abdullah baru-baru ini?

Oleh itu, kalau hakikat keakraban Bush dengan Abdullah ini diragui kebenarannya, kita perlulah pastikan sama ada Bush benar-benar ikhlas bila dia menyifatkan kepimpinan Abdullah “sebagai satu tenaga yang sangat konstruktif bagi Asia Tenggara”?

Tidak mungkinkah kenyataan itu cuma satu perbuatan menanam tebu di bibir untuk melebutkan hati rakyat Malaysia yang sebilangannya menyumpah seranah Bush akibat kezaliman dan keganasannya terhadap rakyat Iraq dan Afghanistan menerusi peperangan anti-keganasan di kedua-dua negara tersebut? – Ruhanie Ahmad

3 comments:

politica said...

Saya tak marah PM kita baik dengan Bush. Tapi, jangan dia rapat sangat dengan pembunuh nombor satu dunia ni.

PM kita pengerusi OIC. Iraq dan Afghanistan anggota OIC. Jadi, PM kita kena hati-hati, jangan sampai nanti orang tuduh dia jadi talibarut Bush yang digelar pembunuh Islam.

Unknown said...

Ass wmwb Datuk.

Saya menyambut hari kemerdekaan negara kita di Jakarta. Malangnya ada rusuhan di pejabat kedutaan, kerana salahlaku polis negara kita terhadap jurulatih rakyat indonesia. Mereka marah sangat. Nasib baik ramai anggota kepolisian menjaga keamanan. Kalau betullah datuk, apa dah jadi dengan polis kita ni! Saya juga akan fwdkan emel kisah polis kita berlaku kasar terhadap sepasang pelancong indonesia yg melawat negara kita smpena tahun melawat malaysia. Datuk tolong berikan emel datuk, krn emel datuk mayaputra@yahoo.com tak dapat dikirim.
Ada byk cerita lagi utk renungan datuk.
Wassalam.

Haji

puteramaya said...

Politica dan Haji

Saya setuju dengan politica semoga PM kita berpada-pada dan berwaspada dengan Bush.

Haji: email saya yang lalu dah kena godam. Yang baru adalah puteramaya@gmail.com. Saya akan nanti email anda.

Kebelakangan ini saya pun hairan kenapa terdapat kisah-kisah seperti yang anda akan 4wardkan kepada saya.

Salam takzim