Abdullah Dan Khairy
Integriti Dan Harakiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini mengeluarkan satu kenyataan yang cukup hebat, iaitu mengenai soal integriti dan harakiri.
Kenyataan ini seharusnya menggembirakan seluruh rakyat jelata Malaysia yang segolongannya mempunyai persepsi bahawa kepimpinan negara kini sedang dilanda krisis integriti dan kredibiliti.
Abdullah dipetik oleh Bernama 6 September 2007 sebagai berkata bahawa “integriti bukan hanya satu nilai atau amalan yang perlu diamalkan setiap masa bahkan nilai murni itu mesti lahir dari sanubari setiap insan.”
Beliau juga berkata bahawa “integriti perlu dipupuk dalam diri seseorang insan sejak dari kecil lagi supaya negara dapat melahirkan sebuah masyarakat yang mempunyai nilai integriti yang tinggi dan ini akan membantu Malaysia berjaya dalam semua bidang.”
Katanya lagi, di negara Jepun contohnya, orang sangat takut dimalukan dan dengan itu mereka akan mengambil segala langkah agar tidak dimalukan oleh sesiapa.
"Malah di Jepun mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya tidak malu atau gagal melakukan sesuatu tugas dengan betul. Jika malu, mereka tidak berfikir dua kali untuk melakukan 'harakiri' (bunuh diri).
.
Abdullah berkata demikian dalam ucaptamanya pada Konvensyen Integriti Nasional 2007 di Putrajaya. Kenyataan penuh beliau boleh diakses menerusi link berikut: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=283421
Saya yakin Abdullah memahami dan menghayati sedalam-dalamnya maksud ucapan beliau sendiri. Pada waktu yang sama, saya harap suatu hari nanti Abdullah dapat pula memberitahu rakyat jelata, pada tahap intgriti manakah Malaysia dan kepimpinannya pada hari ini.
Begitu juga dengan menantu beliau, Khairy Jamaluddin. Harap-harap anak muda yang bijak, pandai, berpengaruh dan ambitious ini meninsafi apa yang disuarakan oleh Abdullah.
Kepada rakyat Malaysia, cuba fahamkan maksud kenyataan Abdullah seperti di atas dan tanya diri masing-masing, kalau ikut amalan Jepun, siapakah yang layak melakukan harakiri (ini dilarang oleh Islam) akibat krisis integriti di negara kita pada masa ini? – Ruhanie Ahmad

3 comments:
tak payah minta buat harakiri...
kita suruh dengan segala hormatnya letak jawatan... satu "hantu" pun tak nak resign...
dari dolah, samy vellu, rafidah (sekadar menyebut beberapa nama yang punya isu besar)... semua gila kuasa...
mana ada rasa tanggungjawab... samy vellu paling teruk, tai chi je dia tahu...
sebenarnya negara malaysia paling teruk secara relatifnya tentang sikap bertanggungjawab berbanding negara komunis, negara barat dll...
p/s: so, kepada nazri (botak head yang kurang ajar), kau jangan banyak cerita pasal tanggung jawab, sedangkan dolah yang kau bela pun 2x5, 5x2...
Datuk,
Kita tidak melihat siapakah yang berkata itu tetapi kita melihat apa yang dikatakannya. Itu betul. Namun, jika orang yang berkata itu adalah PM sendiri, persoalannya adakah kita perlu menerimanya bulat-bulat? walaupun kita maklum perkara yang dikatakannya itu adalah benar.
Pandangan saya, kita sekarang berada ditahap yang kritikal dalam sejarah ketamadunan bangsa kita sendiri. Lemahnya sesuatu bangsa akan menyebabkan bangsa itu dijajah . Manakala cemerlang, gemilang dan terbilangnya sesuatu bangsa juga boleh menyebabkan bangsa itu runtuh dan binasa. Maka kita perlu menilai kembali falsafah yang kita guna pakai moga kita tidak terjebak dalam jurang kemiskinan dan tidak pula terlena dalam ketamakkan harta dan kemahsyuran semata-mata. Bukankah keserdahanaan menjamin kelangsungan hidup yang lebih baik dan berpanjangan. Persoalannya adakah rakyat Malaysia hari ini, hidup dalam keserdahanaan? jika masih ramai yang terpaksa meminta-minta dibumi sendiri. Nampaknya jauh lagi. Nilai keserdahanaan pun belum tercapai dan teruji benar dinegeri ini bagaimana boleh lahirnya idea cermelang, gemilang dan terbilang!! Maka hari ini jika bangsa kita jatuh adalah kerana kita berada dijurang kemiskinan dan segolongannya pula leka dan haloba berada disungai wang.
Kita berada pada keadaan yang agak kritikal sekarang atas beberapa sebab.
pertama,
jika para pejuang bangsa dahulu masih hidup pada masa ini, tentu mereka juga sukar menilai dengan tepat samada mereka sedang dijajah atau sebaliknya. Saya sendiri mengaku agak keliru dan sukar menentukan adakah pemimpin kita kini berlaku benar dalam niat dan perbuatannya.
Jika pemimpin itu dilihat seorang yang sekular atau berperwatakan seperti kuku besi, mungkin mudah bagi kita menilai hati dan budinya. Tetapi yang menjadi bahayanya apabila pemimpin itu berpakaian dengan akhlak budi yang tinggi dan luhur. Andai ia berpaling darpada watak yang dizahirkannya? maka kerosakkan yang akan dilakukannya adalah lebih teruk lagi kerana lambatnya kesedaran rakyat mengetahui tentang hal itu.
Hairannya!! bagaimanakah budaya "anak babi" ini boleh melekat dan begitu mesra dengan hati dan pemikiran bangsa kita!!
Jika orang cina membela khinzir di Melaka dan menyebabkan kerosakkan alam sekitar adakah kita pula umat melayu ingin meniru lagak anak haiwan tersebut yang sedar bahawa emaknya adalah seekor babi tetapi apakan dayanya kerana itu adalah emaknya sendiri maka diikut jua emaknya walaupun ia tahu emaknya siapa.
Kedua,
Kritikal kerana bangsa kita lemah dalam menimbang atau menyukat. Kelemahan dalam aspek pengiraan atau metematik ini memang diakui sejak dahulu lagi. Namun Tuhan mengajar kita agar tidak boros dalam berbelanja dan tidak keterlaluan dalam memberi sedekah agar kita tidak ditimpa musibah meminta-minta kelak. Adakah kita menyedari apakah yang kita kongsikan dan apakah yang telah kita berikan selama ini kepada orang lain dibumi melayu ini? jika kita berserdahana dalam memberikan hak kita kepada mereka itu adalah baik. Namun jika kita berikan lebih daripada apa yang kita ada kepada orang-orang ini maka kelak apa yang tinggal untuk kita. Meminta-minta di tanah air sendirilah jadinya. Bukan kita tidak suka kehadiran mereka disini dan menidakkan sumbangan mereka dibumi ini. Namun kewajiban menjaga hak dan tanah air sendiri merupakan tuntutan agama. Masakan dalam ikrar kedua rukun negara disebut kesetiaan kepada raja dan tanah air. Apakah singapura tidak cukup untuk menjadi pengajaran buat kita??
Datuk,
rasanya cukup disini dulu.
Saya sebut "kritikal" agar kita sentiasa bersiap sedia walau dalam aman.
Hidup hak dan kebenaran!!!
Daulat Tuanku!
Hamizi dan Azlan, terima kasih.
Pepatah Melayu ada mengatakan, kalau guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari; ketam menyuruh anaknya berjalan betul?
Fikirkanlah sendiri maksud kdua-duanya dalam konteks posting ini. Saya sengaja memprovok minda semua kerana apa yang PM kata, walaupun benar pada prinsipnya, tapi kelihatanya tak serupa dengan amalannya. Inilah ironinya...
Dan ironi inilah yang mnjadikan thinking Malaysians marah, keliru, meluat dan menyampah. Kalau hal macam ini berterusan, kita juga yang malu. Yang cakap, pemimpin kita. Yang marahkan dia, kita. Tapi, kalau tak ditegur, sapa yang akan dipersalahkan kalau keadaan jadi lebih berleluasa??
Selamat berjuang dan salam takzim.
Post a Comment