Friday, September 14, 2007

Satu Renungan Di awal Ramadhan

Berita di bawah ini dikirimkan kepada saya oleh seorang blogger yang menggunakan nama Pemerhati. Ia adalah mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah telah dipetik oleh Channel News Asia – sebuah agensi berita berpangkalan di Singapura – sebagai berkata pada 12 Sptember 2007, bahawa umat Islam Malaysia yang berhasrat meninggalkan agama tersebut perlu diberikan kaunseling oleh pihak-pihak berkuasa agama, dan, sekiranya mereka terus memilih untuk keluar daripada agama Islam, mereka perlu diizinkan berbuat demikian.

Menurut agensi berita itu, Abdullah kemudiannya menjelaskan bahawa kenyataan beliau dibuat atas kapasiti peribadinya sendiri.

Agensi itu juga mendakwa Abdullah membuat kenyataan di atas kepada para pemberita sesudah beliau merasmikan satu persidangan Islam di Putrajaya. Anehnya, kenyataan itu tidak pula dilaporkan oleh Bernama, agensi berita nasional Malaysia. Bagaimanapun, saya tidak pasti kalau kenyataan itu disiarkan oleh mana-mana akhbar perdana.

Kenyataan Abdullah sepenuhnya, dalam bahasa Inggeris, adalah seperti berikut:

KUALA LUMPUR — Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has said that those who want to leave Islam should be counselled by the religious authorities, and, if they still choose to convert, they should be allowed to do so.

Mr Abdullah made it clear later that he was making these comments in his personal capacity.

"Religious officials should be ready to listen to the problems of those people who want to leave the religion. They should not torture them but they should counsel them," said Mr Abdullah, speaking to reporters after opening an Islamic conference in Putrajaya.

Asked about the growing number of religious disputes dominating news headlines, the Prime Minister proposed that Muslims who want to convert to other faiths should be allowed to do so.

"This is not something that cannot be done. For those who don't want to be Muslims anymore, what can you do? If they want to leave the religion, what are you going to do? You might as well let them go."

Under Sharia or Islamic law in Malaysia, it is the duty of religious authorities to determine whether a Muslim can leave the religion or not. - Channel NewsAsia

Setelah anda membaca kenyataan Abdullah seperti di atas, cuba kita rasionalkan sendiri, mengapakah agensi berita terbabit menyatakan yang Abdullah membuat kenyataan itu atas kapasiti peribadinya sendiri? Apakah ini bermaksud bahawa pendirian rasmi Abdullah adalah berbeza daripada pendirian peribadinya? Mengapakah Abdullah membuat kenyataan itu sempena awal Ramadhan? Mengapakah jadi begini? Apa sudah jadi? – Ruhanie Ahmad

2 comments:

Dr. Hamizi said...

bila dah jadi pemimpin, semuanya bukan dalam kapasiti peribadi lagi...

inilah masalahnya dapat pemimpin dungu...

bila ada 2 standard yang digunakan iaitu: pertama sebagai PM kedua sebagai individu (peribadi) bagi mengulas isu ini, bolehkah kita gelar dia MUNAFIK...

kejam sangat bunyinya... hanya ALLAH yang maha mengetahui...

puteramaya said...

Saudara Hamizi, terima kasih.

Di hari baik dan bulan baik ini, mungkin PM mempunyai kebijaksanaannya yang sendiri bila beliau memilih untuk buat kenyataan dalam kapasiti peribadinya sendiri.

Saya faham ini amat mengelirukan. Tapi, mungkin kurang eloklah kita mengata PM dengan kata-kata yang keras walau pun kata-kata itu mungkin yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan sebenarnya.

Salam takzim..