Desas-Desus Wang RM840 Juta
Dari Singapura Kepada UMNO?
Di bawah ini adalah satu desas-desus politik yang menggemparkan. Ia membabitkan kisah kononnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memperolehi “wang pendahuluan” sebanyak RM840 juta daripada Singapura untuk “membeli sokongan” anggota Kabinet Malaysia dan ahli Majlis Tertinggi UMNO supaya tidak memujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menukar keputusannya bersara daripada politik dan kerajaan pada akhir 2002.
Desas-desus ini saya cedok daripada tulisan Raja Petra Kamarudin (RPK), dalam ruangan The Corridors Of Power, Malaysia Today, 3 September 2007. Dengan tajuk Fact Or Fancy?, RPK menghuraikan desas-desus yang mendakwa kononnya pada suku akhir 2002, Singapura telah memberikan wang sejumlah RM840 juta kepada Khairy Jamaluddin.
Kata desas-desus itu, Khairy kemudiannya dikatakan menyerahkan wang RM840 juta itu kepada Tun Khalil Yaacob selaku Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu. Kononnya, wang itu adalah untuk “membeli” seluruh anggota kabinet Malaysia dan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Menurut RPK, tidak terdapat sebarang dokumen untuk membuktikan transaksi wang tersebut. Yang ada hanya kenyataan “one high level Umno official” atau seorang pegawai tinggi UMNO yang dikatakan memperolehi maklumat berkenaan daripada seorang pegawai perisikan asing yang memantau pergerakan wang itu daripada Singapura ke Australia dan akhirnya di Malaysia.
Antara intisari desas-desus itu adalah, selepas Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya di Perhimpunan Agung UMNO 2002, beliau pun bercuti di luar negara. Percutian itu kononnya membimbangkan sesetengah pihak. Mereka khuatir kalau-kalau sekembalinya daripada percutian, Mahathir mungkin menarik balik keputusannya untuk bersara.
Untuk mengelakkan kebimbangan di atas jadi kenyataan, anggota Majlis Tertinggi UMNO dan anggota Kabinet Malaysia perlu “dibeli”.
Kononnya, ketika itu Abdullah tidak mempunyai wang untuk tujuan tersebut. Lantas, Khairy pun dikatakan dikerahkan ke Singapura untuk berunding dan mendapatkan “advance” sejumlah RM840 juta daripada pihak berkuasa di republik berkenaan untuk membiayai “pembelian” di atas.
Sebagai balasannya, Malaysia kononnya akan membantu Singapura mengatasi masalah tanah yang dihadapinya. Pertama sekali, Malaysia akan menjual pasir yang diperlukan untuk kerja-kerja tebusguna laut supaya pulau itu membesarkan saiznya dua setengah kali ganda daripada sekarang.
Keduanya, Singapura akan “annex” atau “memajak” sebahagian daripada Johor, walaupun tidak sama seperti pemajakan Province Wellesley kepada Pulau Pinang, tetapi secara tidak langsung menerusi kewujudan Wilayah Pembangunan Iskandar yang sebenarnya adalah Wilayah Ekonomi Utara Singapura.
Wang sebanyak RM840 juta itu kemudiannya dikatakan telah dibahagi-bahagikan kepada pihak yang tersebut di atas. Dengan itu, sekiranya Mahathir menarik balik keputusan persaraannya, maka penerima habuan tersebut hendaklah melakukan ssuatu supaya Mahathir terus bersara.
Adakah berita angin yang liar seperti di atas sahih dan benar? Tidak mungkinkah kisah di atas sengaja diada-adakan? Kata RPK, adalah sudah jadi lumrah di Malaysia di mana desas-desus akhirnya menjadi kenyataan. Contohnya, Abdullah pernah menyatakan di satu sidang media bahawa perkahwinan beliau dengan isterinya yang baru adalah hanya desas-desus atau berita angina. Tetapi, bukankah Abdullah kini berkahwin dengan wanita yang didesas-desuskan sebelum ini?
Untuk kisah sepenuhnya sila layari link: http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=7793

5 comments:
banyak sangat khabar angin...
kalau ada bukti bagus juga...
saya harap UMNO akan menyaman RPK jadi boleh lah RPK buktikan di mahkamah...
tapi KJ akan cakap dia tak "mahu buang masa turun naik mahkamah"...
Saudara Hamizi, terima kasih.
Terserahlah. Saya cuba cedok tulisan RPK untuk cari kepastian. Manalah tau ada pihak-pihak yang tau!!
Apa pun, memang khabar sedemikian rupa perlu disanggah atau disahkan. Saya juga harap KJ yang disebut namanya dengan jelas akan buat kenyataan. Kalau tidak... trserahlah kepada kita semua untuk ambil kesimpulannya.
Salam takzim dan selamat maju jaya dalam pelajaran.
walaupun khabar angin, tuduhan sebegini agak berat kerana melibatkan peringkat tertinggi UMNO namun begitu bak kata saudara hamizi "kalau ada bukti bagus juga"
Bagaimana agaknya reaksi orang berkenaan dalam hal ini??!!
Azriey, terima kasih.
Sehingga kini sunyi sepi tak ada reaksi. Saya yakin RPK yang menulis versi asal yang saya terjemahkan dalam blog ini mempunyai sumber yang berwibawa. Sepatah kata orang tua-tua, kalau tak angin takkan pohon bergoyang.
Buat makluman anda, desas-desus ni dah tersebar sejak sekian lama. Tapi baru kali ini RPK menulisnya.
Salam takzim.
Saudara,
Memang sifat duit begitu. Wang digunakan untuk membeli.
Bila sesuatu itu telah dibeli, ia disifatkan sebagai telah pun terjual. Jika desas desus ini betul, sekadar melanjutkan persepsi minda, apakah yang terjual?
Mungkin integriti.
Mungkin kredibiliti.
Mungkin harga diri.
Mungkin juga ibu pertiwi.
Tapi, apalah nak heran sangat. Semua benda dalam dunia ini boleh jadi komoditi. Pepatah lama pun boleh dijadikan panduan, "menang sorak, kampung tergadai".
Isu ini sangat-sangat difahami oleh pemimpin dunia lain seperti General Musharaf dan Hamid Karzai.
Kalau dikecilkan sedikit aras dan skop, kita pun pernah dengar bagaimana orang dan undi boleh dibeli dengan rokok sekotak dua, kopi seteko dua, bilik hotel semalam dua, rombongan ke Jakarta sekali dua atau envelop cokelat dan jingga.
Maafkan saya andai terserung persepsi.
Post a Comment