Tuesday, December 16, 2008

MESEJ KEPADA ABDULLAH: RAKYAT JB MAHUKAN JAMBATAN GANTI TAMBAK JOHOR

Rakyat Johor Bahru mahukan sebuah jambatan baru dibina menggantikan Tambak Johor yang sentiasa penuh sesak. Demikianlah intipati sebuah laporan Bernama yang disiarkan oleh Utusan On-line hari ini.

Oleh itu, berita yang saya siarkan di bawah ini perlulah dikaji sehalus-halusnya oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ini kerana beliau adalah pemimpin yang telah membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok untuk menggantikan Tambak Johor di Johor Bahru. Maka, beliaulah juga yang semestinya mengkaji semula permintaan semasa rakyat di Johor Bahru.

HIDUPKAN KEMBALI PROJEK JAMBATAN BARU GANTI TAMBAK JOHOR, KATA PENDUDUK DAN PEMIMPIN POLITIK JB

JOHOR BAHRU 15 Dis. — Bangunan Sultan Iskandar bernilai RM1.3 bilion yang dirasmikan oleh Sultan Johor pada 2 Dis lepas akan beroperasi sepenuhnya sebagai pintu masuk dan keluar negara mulai tengah malam ini.

Bagaimanapun, bagi penduduk dan pemimpin politik tempatan di Johor Bahru, mereka tetap menaruh harapan agar kerajaan dapat menghidupkan kembali projek pembinaan jambatan baru, sama ada bengkok atau lurus, untuk menggantikan Tambak Johor.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, kebanyakan rakyat Johor masih mahukan sebuah jambatan baru yang menyeberangi Selat Johor, menggantikan Tambak Johor yang dibina pada 1923.

“Anda tanya sendiri rakyat Johor sama ada mereka mahukan jambatan baru atau tidak, dan kebanyakan akan mengatakan yang mereka mahukan sebuah jambatan yang baru untuk menggantikan Tambak Johor,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata, kesesakan trafik yang berlaku setiap hari di pusat bandar raya hanya dapat diatasi menerusi pembinaan jambatan baru di selat terbabit.

Menurut Abdul Halim, jambatan baru yang lebih besar dan memenuhi keselesaan pengguna juga dapat meningkatkan kemasukan pelabur dan pelancong asing ke Iskandar Malaysia.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

Di bawah ini saya siarkan dua kenyataan Abdullah yang bercanggah mengenai projek Jambatan Bengkok.

Kenyataan Abdullah pada 10 Februari 2006: “Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita hendak jambatan baru, sama ada bengkok, lurus atau herot,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tegas Perdana Menteri, Malaysia memerlukan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Sehubungan itu, Perdana Menteri menyerahkan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, untuk mengadakan rundingan dengan Singapura.

Kenyataan Abdullah pada 12 April 2006: Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan Kerajaan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit dengan jambatan tersebut.

Maka, berasaskan maklumat terbaru yang dipetik oleh Bernama hari ini, benarkah Abdullah membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok di JB pada 12 April 2006 berasaskan suara dan sentiment rakyat jelata? Fikir-fikirkanlah sendiri, siapa membohongi siapa? – Ruhanie Ahmad

4 comments:

Kama Irahsa said...

bagus benar kalau dimulakan sekarang datuk..

harga barang binaan pun dah jatuh banyak..

patut ambil kesempatan dalam keadaan sekarang..

-azhar-

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Apa yang ingin dikatakan kepada perwakilan yang akan menentukan kedudukan Datuk Seri dan calon lain bagi pelbagai jawatan pada pemilihan 24 hingga 28 Mac ini?

Pemilihan pada Mac ini adalah peluang kepada semua perwakilan untuk memilih pemimpin yang dianggap terbaik. Saya menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan semangat ingin menyumbang kepada parti, agama, bangsa dan tanah air. Saya berasa yakin berdasarkan sumbangan sebelum ini kepada parti dan kerajaan, akan mendapat sokongan bermakna dari perwakilan. Saya juga berasa yakin akan bekerjasama baik dengan bakal Presiden baru kita, Datuk Seri Najib Razak bagi masa depan parti, agama dan negara kita. Saya mampu memikul tanggungjawab yang besar dan berat ini berkat sokongan semua pihak, khususnya ahli parti kita dalam Umno

mesejnya:

tak mengapalah kalau kalah pun janji jangan hilang kerusi ketua menteri...


terim kasih.

a book signing on the 18th - tun's!
i wanted another book - so, that is a pass!

MUFAKIRALAM said...

teruskan memblog datuk. untuk agama, bangsa dan negara

puteramaya said...

Sabahat-sahabat budiman

Terima kasih atas komen dan galakan

Salam perjuangan - Ruhanie Ahmad