Thursday, June 12, 2008

EKONOMI MALAYSIA MEREDUM SEPTEMBER 2008?

Info di bawah ini adalah daripada seorang pelayar blog ini yang enggan disiarkan namanya. Info sepenuhnya adalah seperti berikut:

Satu sumber memberitahu saya bahawa selepas Olympic Games di China, ekonomi dunia akan terjun menjunam. Sebuah negara Barat pula menjangkakan Malaysia akan mengalami krisis ekonomi yang paling teruk mulai September 2008.

Saya yakin pengirim info di atas adalah seorang yang prihatin terhadap bangsa dan tanahairnya. Sebab itulah beliau meminta blog ini menyiarkan info kirimannya. Beliau juga meminta bloggers Malaysia supaya mulai prihatin terhadap berita-berita kemelesetan ekonomi global, serantau dan di Malaysia.

Di bawah ini pula adalah berita mengenai ramalan kemelesetan ekonomi yang teruk di Britain dan AS yang saya petik daripada:

http://www.telegraph.co.uk/money/main.jhtml?view=DETAILS&grid=A1YourView&xml=/money/2008/05/26/ccsoros126.xml

http://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp?ID=8672

Antaranya, berita tersebut menyatakan bahawa “the United States and Britain are facing a recession of a scale greater than the early-1990s, greater even than the 1970s” atau AS dan Britain sedang mengalami zaman meleset yang teruk daripada yang berlaku pada awal 1990-an dan lebih teruk daripada yang berlaku pada awal 1970-an. [untuk membaca berita ini sepenuhnya sila akses links di atas.]

Oleh itu, dengan kemelut kenaikan harga minyak yang sedang kita alami pada hari ini, kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah-langkah pro-aktif, menyeluruh dan berkesan mengenai seluruh ramalan di atas demi kesejahteraan seluruh rakyat jelata.

Jika kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak prihatin dan tidak serius terhadap seluruh kemungkinan ini, seperti apa yang telah disuarakan oleh banyak warga siber Malaysia menerusi blog-blog tempatan, lebih wajar jika beliau dengan hormatnya mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri secara serta-merta.

Wednesday, June 11, 2008

KEPALSUAN TERANCANG
DAN BERKESINAMBUNGAN?

Kiriman Hakimie

Ketika berucap dalam suatu kempen pra pilihan raya umum (PRU12) di Terengganu, pada 1 Mac 2008, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan oleh media massa sebagai berkata bahawa beliau berhasrat membanteras kemiskinan di Malaysia.

Prime Minister Badawi: 'My Goal is to Completely Eradicate Hardcore Poverty From Malaysia'

Kuala Lumpur, Malaysia: (ots/PRNewswire) - Radical Anti-Poverty Programme Is Key Part Of Prime Minister Badawi's Plans For 'Prosperity For All'

Prime Minister Abdullah Badawi, campaigning today in Terengganu, in northern Malaysia, spoke about his "ambitious but achievable" programme to eradicate all hardcore poverty from Malaysia.

Speaking as he campaigned ahead of the March 8th general elections, Mr. Badawi said that tackling poverty and sharing the benefits of wealth creation had been a key priority of his government over the last four years.

"It is time now to up the pace in our anti-poverty drive, with a renewed mandate, renewed vigour and a tougher goal," he said.

Since 2004 Mr Badawi's government has succeeded in reducing hardcore poverty from 1.2% to 0.7% of the population.

"I can confidently pledge that, with a renewed mandate, we will eradicate hardcore poverty from our country completely. That is my
goal.

http://www.ad-hoc-news.de/Marktberichte/en/15723676/Prime+Minister+Badawi+'My+Goal+is+to+Completely+Eradicate

Bagaimanapun, tiga bulan selepas itu, dilaporkan pula bahawa kerajaan pusat pimpinan Abdullah menaikkan harga runcit petrol dan disel di seluruh Malaysia.

KUALA LUMPUR, Malaysia: Malaysia's government will not revise this week's drastic fuel price hikes despite opposition protests, a Cabinet minister said Friday, but he assured consumers that prices won't be raised again in the near term.

Domestic Trade Minister Shahrir Samad defended the government's move to end decades of heavy subsidies that have kept fuel prices among the lowest in Southeast Asia and strained government coffers.

"I don't personally think it has been a mistake to raise fuel prices by a substantial amount," Shahrir told reporters. "I think it's wise. It's the first time ever we can come to grip with the subsidy system."

The pump price of gasoline rose Thursday by a whopping 41 percent to 2.70 ringgit (US$0.87) a liter, or 10.23 ringgit (US$3.30) a gallon. Diesel prices shot up 63 percent to 2.58 ringgit (US$0.80) per liter.

Like other Asian countries, Malaysia had faced a spiraling fuel subsidy bill that could have been more than 56 billion ringgit (US$17 billion) this year due to rising world oil prices.

Although the government wants to ensure pump prices are close to market rates, it isn't likely to review prices again in the short run, Shahrir said.

"Unless the global oil price rise is so apparent, I don't think (domestic fuel prices) will go up. It's more likely that the government will absorb (any further increases)," he said. "It will remain at 2.70 ringgit for a while."

In addition to the fuel hike, Malaysia also increased electricity tariffs from July by as much as 26 percent for some consumers.

The opposition Democratic Action Party staged small protests Thursday to denounce the sudden price hikes as excessive and a burden for the poor.

PROTES, an anti-inflation coalition of opposition parties and non-governmental groups, has called for rallies nationwide that will peak in a mass demonstration in Kuala Lumpur on July 12 to force the government to back down from the plan.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has urged the people to remain calm and not take to the streets.

Shahrir accused opposition parties of exploiting the issue but said Abdullah's administration — which has been weakened after shock election losses in March — is ready to face any possible backlash.

"Situations like these are opportunities for our political enemies. We are prepared to face the consequences," he said.

Analysts have said that Abdullah, who has resisted calls to step down, may face renewed pressure to quit as the price hike will hit his main supporters — low-income rural ethnic Malays — the hardest.

His National Front coalition, which has governed since independence in 1957, suffered its worst setback after losing a third of Parliament seats and five of 13 states to the opposition in March polls.

Abdullah has said the revised energy prices would save the government 13.7 billion ringgit (US$4.4 billion; €2.9 billion), part of which will be used to help subsidize rising food prices.

http://www.iht.com/articles/ap/2008/06/06/business/AS-FIN-Malaysia-Fuel-Hike.php

Tindakan di atas amat memilukan. Ini kerana tindakan adhok yang baru dilaksanakan ini tidak mengambilkira akan konsekuensi dan reperkusi yang berpanjangan.

Ia juga tidak mengambilkira unjuran resesi dan inflasi (recession and inflation) sepertimana yang pernah dikaji oleh pakar-pakar Federal Reserve Banks of Cleveland & San Francico) di Amerika Syarikat.

http://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=1025502

http://www.frbsf.org/publications/economics/letter/2005/el2005-28.html

Di samping itu, bukankah Abdullah pernah dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau tidak akan merancang atau mengambil apa-apa pun dasar mahupun tindakan adhok sebagai jalan penyelesaian?

Bukankah kenaikan harga-harga komoditi petroleum ini dalam pasaran tempatan akan menyebabkan kenaikan kos di pelbagai sektor termasuklah dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan secara rambang?

Bukankah faktor ini akan menyebabkan berlakunya pengurangan kuasa belian (purchasing power) rakyat jelata?

Dan, tidakkah tindakan ini juga akan memesatkan lagi kadar pengangguran dan kemiskinan dalam negara yang pernah diakui oleh Abdullah dalam ucapannya di Pusat Konvensyen Putrajaya pada 21/12/2003, telah berjaya dikurangkan oleh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad?

Oleh: DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Tempat: PUSAT KONVENSYEN PUTRAJAYA

Tarikh: 21/12/2003
Tajuk: MAJLIS JASAMU DIKENANG SEMPENA PERSARAAN YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita dapat menghadiri majlis yang penuh bermakna pada malam ini. Malam ini, kita berkumpul untuk memberi penghormatan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Malam ini, secara rasminya, Kerajaan Malaysia raikan beliau sebagai seorang negarawan yang ulung, seorang pemimpin yang telah mengabadikan dirinya demi kemajuan bangsa, agama dan negara.

Dalam perjuangan untuk memartabatkan rakyat dan negara, beliau tidak pernah kenal erti letih. Beliau tidak pula kenal erti kecewa atau putus asa. Berkhidmat, berkorban dan berbakti telah menjadi darah daging dalam hidup beliau.

Malam ini kita juga ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, seorang wanita, isteri dan ibu yang turut berkorban demi kepentingan rakyat dan negara. Terima kasih kerana sepanjang 22 tahun, Kak Hasmah tidak pernah merungut atau mengeluh kerana meminjamkan suaminya kepada negara. Kesetiaan, sokongan dan kasih sayang beliau telah membolehkan YABhg Tun Dr Mahathir untuk menumpukan segala daya usaha memimpin negara ke arah kecemerlangan.

Kepimpinan Dr. Mahathir telah banyak menukar wajah dan lanskap negara ini. Apabila beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 16 Julai 1981, Malaysia baru sahaja menikmati status sebagai negara merdeka selama 23 tahun. Pada waktu itu, Malaysia merupakan sebuah ekonomi dunia ketiga yang masih bergantung kepada harga komoditi yang terumbang-ambing. Pada waktu itu juga, ramai yang mempersoalkan sejauh mana perpaduan nasional dapat dikekalkan, bagaimana masyarakat majmuk di negara ini dapat menjamin keamanan dan kestabilan.

Namun, dalam tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Ekonomi negara telah dipelbagai dan berkembang secara mampan. Perdagangan antarabangsa telah diperluaskan dan pasaran baru untuk keluaran negara telah diterokai. Malaysia mampu mencari jalan penyelesaian sendiri apabila rantau ini diancam krisis kewangan tidak lama dahulu. Negara kini berada dalam keadaan yang aman dan stabil. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebagai negara Islam telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir berada di mana sahaja kita melihat.

Pembangunan dan pembinaan infrastruktur negara telah berlaku dengan pesat, sehingga banyak kemudahan awam di Malaysia setanding dengan kemudahan yang disediakan di negara yang lebih maju. Kerajaan telah membina jalinan jalanraya yang menjalar ke seluruh negara, rangkaian komunikasi yang moden dan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang diiktiraf antara terbaik di dunia. Kini, terdapat pelbagai bangunan mencakar langit yang menonjolkan kesenian dan kehalusan budaya tempatan. Ini semua telah menjadi simbol kemampuan dan kemakmuran Malaysia.

Dari segi pembangunan mental, Malaysia juga telah mencatatkan perubahan yang mendadak di bawah pimpinan Dr. Mahathir. Kewibawaan dan keberanian beliau untuk menyuarakan idea dan pendapatnya, untuk berkongsi wawasannya dengan orang ramai telah menyuntik keyakinan diri pada rakyat Malaysia. Dengan berbekalkan semangat Malaysia Boleh, kita kini percaya bahawa kita mampu menangani segala cabaran dan melepasi segala rintangan yang dihadapi. Kita yakin bahawa kita boleh bersaing dengan mana-mana bangsa di dunia. Pembangunan sumber manusia telah melahirkan barisan muda yang mempunyai kebangaan nasional dan nilai maruah yang tinggi, sebuah barisan yang berpelajaran, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis - barisan yang bakal membawa negara ke tahap kegemilangan. Mentaliti inilah yang perlu terus dipupuk dan diperkuat - agar Malaysia dapat membina di atas tapak kejayaan yang telah disediakan oleh Dr. Mahathir.

Purata pendapatan dan kualiti hidup rakyat telah bertambah baik jika dibandingkan dengan 22 tahun yang lalu.. Kadar kemiskinan telah diturunkan dan lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang mengecapi kemakmuran negara. Bilangan rakyat yang mahir dan berpelajaran telah bertambah. Formula perkongsian kuasa telah mengukuhkan perpaduan antara kaum, menjurus kepada persefahaman antara rakyat yang semakin ketara, toleransi agama yang semakin baik.

In the international arena, Dr. Mahathir realised that being a developing nation need not mean that we have to accept being marginalised. He has shown that being a developing nation does not mean that we cannot conduct ourselves with pride and dignity. His statesmanship has given Malaysia a reputation as a country that holds firmly to principle and campaigns tirelessly for justice. We speak with enough clarity to be heard and we speak with enough conviction to be taken seriously. Our engagement in multilateral initiatives and organisations, whether in ASEAN, APEC, NAM, the OIC or the UN is well documented. Our involvement in South-South cooperation through events such as the Langkawi International Dialogue is testament to our commitment to the "Prosper Thy Neighbour" philosophy. Malaysia is now truly a full and active participant in the global race.

There is ample evidence that Dr. Mahathir is a man of great foresight and vision. Few people would have imagined 22 years ago that oil palm plantations could be transformed into a gleaming new government administrative centre. And yet here we are, gathered together in the Putrajaya Convention Centre, in the middle of a grand design turned into reality. Few people would have conceived of a developing nation's plan to build a Multimedia Supercorridor - an area where the latest developments and innovations in information and communications technology could be conducted. And yet the MSC has purposefully spearheaded Malaysia's push towards a 21st century economy.

There are numerous other examples where Dr. Mahathir has implemented bold initiatives that naysayers were sure would result in failure - the national car project , the Petronas Twin Towers, the Formula One circuit in Sepang come to mind. All of these projects have been successfully implemented and stand as a testament to the courage and farsightedness of an enduring leader.

It has been said that Dr. Mahathir is a man ahead of his time - a man whose thinking is frequently 5 or 10 years ahead of his fellow Malaysians. This quality has propelled Malaysia to great prosperity and laid the foundations for future growth. The challenge that is now faced by his successors, starting with myself, is to consolidate the gains and great leaps that we have taken as a nation under his leadership. It is my privilege to carry on his efforts to take Malaysia to greater heights. We must manage our success properly for the sake of future generations - that is the best way to preserve his legacy and to ensure that his efforts and sacrifices have not been in vain.

I had the honour of working alongside Dr. Mahathir in the Cabinet for 19 and a half years, including serving as his deputy for almost 5 years. I have cherished the opportunity of observing the man at close quarters and have been inspired by his vision, dedication, discipline and tenacity. I know that he is averse to being idolised. He is uncomfortable with adulation and excessive praise and that he accepts accolades with shyness and reluctance. However, I hope that he will allow us this opportunity to express our appreciation and gratitude for his contributions to the nation.

Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YABhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Bapa Pemodenan Malaysia. Kami berdoa agar beliau, Tun Dr. Siti Hasmah serta keluarga mereka akan tetap dilimpahkan rahmat dan berkat oleh Allah s.w.t. Kami berdoa supaya mereka sentiasa akan dilindungi Allah dan berada dalam keadaan sihat walafiat dan sejahtera. Semoga hari - hari persaraan akan diisi dengan kebahagiaan dan kegembiraan. Jasamu tidak terbalas tetapi akan sentiasa dikenang. Terima kasih.

http://paklahmudahtipu.blogspot.com/2003_12_01_archive.html

Oleh yang demikian, adakah janji-janji yang ditaburkan oleh Abdullah pada 1 Mac 2008, hanya suatu kepalsuan yang terancang dan berkesinambungan?

Monday, June 2, 2008

CATUR POLITIK UMNO MUTAKHIR:
TROJAN HORSE DAN BOM JANGKA

Ruhanie Ahmad

Perkembangan politik UMNO mutakhir ini amat ironik dan menarik. Kini ada kisah “bom jangka.” Kini juga ada kisah “trojan horse.”

Kisah “bom jangka” membabitkan pihak yang baru keluar daripada UMNO. Kisah “trojan horse” membabitkan kelompok yang baru kembali ke pangkuan UMNO.

Kedua-dua perkembangan ini juga adalah mengenai percaturan kuasa. Ia membabitkan pihak yang membangkang kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia juga membabitkan pihak yang kononnya mahu membantu memperkukuhkan kedudukan Abdullah.

Ledakan “bom jangka” adalah untuk menekan Abdullah supaya mengosongkan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.

Kehadiran “trojan horse” pula untuk merintis kepulangan segelintir pemimpin besar parti pembangkang kembali ke pangkuan UMNO sebelum mendapat tempat dalam pentadbiran Abdullah.

Kedua-dua perkembangan di atas mungkin jadi hakikat kerana politik adalah seni yang penuh dengan seribu satu kemungkinan atau pun seni yang penuh dengan seribu satu kemustahilan.
Ledakan “bom jangka” yang dimksudkan adalah dalam bentuk sokongan warga UMNO akar umbi kepada tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 kerana parti tersebut tidak lagi berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Kini memang banyak pihak musykil mengapakah tidak ramai ahli UMNO mengikuti jejak langkah Mahathir untuk keluar daripada parti secara beramai-ramai.

Kemusykilan ini menyebabkan sesetengah pihak jadi sinis dan terus membuat kesimpulan rambang kononnya Mahathir sudah kehilangan aura serta pengaruh.

Kesimpulan di atas tidak berasaskan denyut nadi masyarakat akar umbi. Ini kerana tidak banyak pihak menyedari wujudnya “bom jangka” yang mungkin meledak di Johor, Perak dan di mana-mana sahaja dalam tempoh terdekat ini.

Ledakan ini mungkin jadi realiti kerana tindakan Mahathir - mantan ahli UMNO No. 1, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO yang mula menganggotai UMNO sejak 1946 - keluar daripada UMNO dipercayai sedang mengumpulkan momentum di peringkat akar umbi.

Kisah “trojan horse” pula dikatakan lahir daripada persepsi umum setelah Mohamad Ezam Mohd. Noor kembali semula ke pangkuan UMNO pada 28 Mei 2008.


Kisah ini sentiasa diselubungi misteri. Ini kerana dalam “trojan horse” tersebut kononnya tersembunyi sekumpulan “pejuang” Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipercayai menantikan saat dan ketika terbaik untuk keluar ke dunia realiti.

Barisan “pejuang” PKR ini dijangka kembali ke pangkuan UMNO. Sesudah itu, mereka dipercayai akan mendapat kedudukan tinggi di dalam parti dan kerajaan.

Kemungkinannya begitu kerana banyak pihak mengesyakki Ezam sebagai wajah kepada satu konspirasi membabitkan kuasa dan kepimpinan negara. Konspirasi ini dikatakan dirangka oleh segelintir pihak yang berkepentingan di dalam UMNO dan juga PKR.

Ezam yang merupakan mantan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan Ketua Angkatan Muda PKR, dikatakan meninggalkan PKR setelah berbalah dan bersengketa dengan pucuk kepimpinannya.

Ezam menganggotai UMNO pada tahun 1990-an. Beliau dipecat daripada UMNO pada akhir 1990-an. Kini beliau kembali kepada UMNO kerana kononnya beliau yakin dengan kepimpinan Abdullah.

Lantaran itulah kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO menerima penghormatan daripada Abdullah selaku Presiden UMNO.

Kata Abdullah, Ezam kembali ke pangkuan UMNO tanpa sebarang syarat atau keistimewaan setelah “tiada bantahan” oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

“Dia hanya mahu berkhidmat dan berjuang dalam parti. Ezam ikhlas. Kemasukannya boleh memberi ruang kepada orang lain menyokong UMNO,” kata Abdullah lagi.

Tetapi, benarkah MT UMNO tidak membantah kemasukan Ezam? Jika benar, mengapakah Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata di Kangar pada 29 Mei 2008, bahawa “penyertaan semula Ezam ke dalam UMNO perlu dibincang dan dipertimbangkan oleh Majlis Tertinggi parti.”?

Muhyiddin berpendapat demikian kerana katanya, Ezam pernah meninggalkan parti dan menyertai parti pembangkang.

Lantaran itulah Muhyiddin berkata: “Beliau tidak boleh diterima secara automatik sebagai anggota parti kerana MT perlu melihat rekod politiknya. Kalau dia orang baru dan tidak ada rekod, MT tiada masalah untuk menerimanya. Tetapi, kalau seseorang itu ada rekod atau misalnya pernah meninggalkan parti atau dipecat daripada parti lawan, selepas itu nak masuk semula UMNO, itu kena bawa kepada MT.”

Kata Muhyiddin lagi, Perlembagaan UMNO memberikan kuasa kepada MT untuk menerima atau menolak permohonan Ezam.

Apa yang dimaksudkan oleh Muhyiddin ialah Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO. Fasal memaktubkan bahawa seseorang ahli (UMNO) yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.

Jadi, begitulah kisahnya “bom jangka” yang mungkin menggemparkan UMNO tidak lama lagi. Jika ini jadi kenyataan, pastinya banyak pihak akan menginsafi maksud sebenar bahawa Mahathir keluar daripada UMNO bukannya kerana beliau membenci UMNO. Hingga ke hari ini UMNO tetap berada di lubuk kalbu Mahathir.

Jadi begitulah juga hakikatnya mengenai Ezam yang kini disifatkan sebagai “trojan horse” yang dijangka menggemparkan politik UMNO. Dua hari sesudah majlis dengan Abdullah, Ezam membayangkan kesediaannya bertanding sesuatu jawatan dalam UMNO, jika mendapat sokongan.

Soalnya, bagaimanakah reaksi majoriti pemimpin UMNO bila “bom jangka” meledak dan “trojan horse” pula mula mengganas? Adakah pada ketika itu para pemimpin UMNO yang kini seolah-olah menjaga kepentingan diri lebih daripada kepentingan parti, akan insaf bahawa UMNO tidak memerlukan “bom jangka” atau pun “trojan horse” jika mereka bertegas dan berani memberitahu Abdullah bahawa UMNO adalah untuk memperjuangkan bangsa, agama dan tanahair, bukannya untuk mempertahankan Abdullah yang sudah disanggah rakyat jelata menerusi PRU 12?

Tuesday, May 27, 2008

BATALKAN ISKANDAR MALAYSIA (WPI)?

Majoriti komen berkaitan kehilangan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih yang dikirimkan ke blog kudakepang sejak Jumaat 23 Mei 2008, mendesak pemerintah kita mengkaji semula Iskandar Malaysia supaya projek mega itu dibatalkan buat selama-lamanya.

Iskandar Malaysia diumumkan kewujudannya oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Johor Bahru, Johor, pada 30 Julai 2006.

Pada mulanya, projek mega ini hanya seluas 1,970 kilometer persegi dan dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Selatan Johor (SJER). Kemudiannya, ia dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), merangkumi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi - tiga kali ganda saiz Singapura atau 48 kali ganda keluasan Putrajaya. Selepas PRU12, projek ini dikenali sebagai Iskandar Malaysia

Sewaktu mengumumkan projek mega ini Abdullah berkata: ‘‘Ini cadangan saya. Bukan orang lain yang beri idea ini. Idea ini idea saya untuk memperkasakan pembangunan.. pembangunan yang boleh menjadi pemacu pembangunan negara kita supaya kita dapat mencapai matlamat Wawasan 2020.”


Kata Abdullah lagi, wilayah ini “memberi tanah yang begitu luas. Kawasan ini ada kelebihan. Kawasan ini mempunyai harga tanah yang tidak begitu tinggi berbanding tempat yang lain.”

Bagaimanapun, tidak lama selepas pengumuman Abdullah, satu demi satu kisah kontroversi mengenai projek mega ini mula menjelma.

Pertama sekali adalah mengenai zon akses bebas yang membolehkan sesiapa sahaja daripada Singapura masuk ke wilayah projek mega ini tanpa menggunakan apa-apa dokumen perjalanan. Perkara ini dibantah sekeras-kerasnya oleh rakyat Malaysia. Akhirnya kerajaan pun membatalkan keistimewaan berkenaan.

Seterusnya adalah mengenai penyertaan usahawan Bumiputera atas dasar merit. Maksudnya, semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diterapkan ke dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN) tidak relevan di Iskandar Malaysia. Kontroversi ini berlarutan hingga ke hari ini.

Kemudian wujud pula kisah sebidang tanah yang dipercayai sudah digazetkan oleh kerajaan untuk dijadikan pusat pemerintah pertahanan selatan oleh Kementerian Pertahanan. Gazet ke atas tanah ini dikatakan telah dibatalkan supaya tanah berkenaan dijadikan kawasan pembangunan komersil. Tiada sesiapa memberikan komen mengenai hal ini sehingga sekarang.

Terbaru sekali adalah ura-ura pembinaan sebuah jambatan raya atau super bridge daripada Singapura ke Iskandar Malaysia. Sebuah syarikat perunding dikatakan telah mengenalpasti lokasi paling sesuai untuk super bridge ini. Salah satu lokasi yang dicadangkan adalah daripada Singapura menuju betul-betul ke arah Nusajaya - pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang baru. Satu kertas kerja mengenai jambatan raya ini sudah pun dibentangkan di persidangan “North of the Border” di Ritz Carlton Hotel, Singapura, pada 27 Jun 2007.

Apa yang menarik mengenai jambatan raya adalah ciri-ciri strukturnya yang kalis bom. Setiap hala lorongnya pula adalah lebih lebar daripada jambatan biasa. Ini kerana jambatan seperti ini lazimnya dibina berasaskan keperluan ketenteraan dan lain-lain perkiraan strategik berkaitan dengannya.

Oleh itu, segolongan rakyat Malaysia prihatin pun berasa cuak dan prasangka akan matlamat sebenar di sebalik ura-ura pembinaan jambatan berkenaan yang kononnya didayausahakan oleh pihak Singapura.

Satu lagi maklumat mengenai Iskandar Malaysia yang tidak dihuraikan oleh Abdullah dan kurang diketahui oleh rakyat jelata adalah kisah di sebalik penubuhannya. Seorang blogger di Johor mendakwa bahawa penubuhan Iskandar Malaysia adalah idea Setiausaha Politik Abdullah bernama Dr. Vincent Lim, bekas anak didik Singapura dan graduan Universiti Oxford.

Sejak di peringkat gagasan, Singapura dikatakan dilibatkan sepenuhnya dalam merangka projek mega ini. Blogger yang sama mendakwa bahawa matlamat akhir Iskandar Malaysia adalah mewujudkan wilayah yang dikenali sebagai The Greater Singapore atau Singapura Raya!

Demikianlah antara profil ringkas Iskandar Malaysia. Kini majoriti rakyat Malaysia, terutamanya warga Johor, bimbang projek mega ini akan menjadi satu malapetaka di hari muka. Mereka bimbang, Iskandar Malaysia mungkin suatu hari kelak dituntut kedaulatannya oleh pihak asing.

Adakah kebimbangan seperti di atas munasabah dan perlu diartikulasikan dengan lebih tuntas dan rinci? Adakah pemerintah kita sensitif terhadap kebimbangan seperti ini? Bolehkah Iskandar Malaysia dibatalkan demi kedaulatan negara di hari muka?

Fikir-fikirkanlah dan sampaikan pandangan ikhlas anda menerusi blog ini. Salam perjuangan. – Ruhanie Ahmad

Monday, May 26, 2008

AKAN ADA PRU MENGEJUT?

mStar semalam melaporkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memberitahu para pegawainya bersiap sedia menghadapi kemungkinan adanya Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.

Berita tersebut oleh akhbar The Star hari ini. Berita selanjutnya adalah seperti berikut:

BE PREPARED FOR SNAP POLLS, OFFICERS TOLD

PUTRAJAYA: The Election Commission (EC) has informed its officers to be prepared for a snap election, said chairman Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Stressing that he was not one to speculate, Abdul Rashid said the EC was prepared “for anything” and was capable of handling a snap election as it had all necessary infrastructure in place.

In an interview with mStar Online yesterday, he revealed that after the post-mortem of the 12th General Election, he had instructed all returning officers (RO) to be prepared for any eventuality.

Similarly, the 140,000 people involved in the general election have also been advised to not refuse when called upon again for duty in the event of a snap election.

“But I don’t want to speculate, and it is not for us to speculate, but we are prepared for anything. In the past two months of meeting with the ROs, I’ve already told them to be prepared as it may be called anytime,” he said.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/5/26/nation/21359051&sec=nation

Friday, May 9, 2008

UMNO BERUSIA 62 TAHUN
DALAM SITUASI DARURAT

Ruhanie Ahmad

Pada Ahad, 11 Mei 2008, UMNO menjangkau usia 62 tahun. Senario siasah yang melatarbelakangi kedewasaan ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Kali ini UMNO dalam keadaan rapuh. Ia baru sahaja ditimpa bala yang dimanifestasikan menerusi keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 12 kira-kira dua bulan lalu.

Hakikatnya begitu kerana dalam PRU12, UMNO yang jadi induk Barisan Nasional (BN), kehilangan kuasa pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Ia gagal menebus maruahnya di Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990. Majoriti undi calon-calon BN di Johor – bumi kelahiran UMNO – merosot dengan amat ketara sekali. BN juga hanya memperolehi majoriti tipis di peringkat kerajaan pusat.

Sehingga hari ini belum ada satu post-mortem secara serius dan menyeluruh dilakukan oleh UMNO. Agak sukar untuk memastikan mengapa begini realitinya. Segelintir kecil pemimpin UMNO yang lantang ke arah usaha menghapuskan musibah yang menimpa UMNO dan BN cuma disifatkan sebagai sinar dalam gerhana – kelihatan kelam, suram dan berbalam-balam.

Gagasan dan pandangan kelompok ini selaras dengan aspirasi warga UMNO dan rakyat Melayu yang jadi simpatisan UMNO di peringkat akar umbi. Malangnya, suara dan usaha kelompok ini seolah-olah dipersenda-senda dan diperkecil-kecilkan. Lebih serius lagi, suara dan usaha ini juga disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai penentangan kepada pucuk pimpinan parti.

Keadaan seperti ini amat ironis. Setelah ditimpa musibah sehingga kehilangan kuasa di empat buah negeri, majoriti pembesar UMNO seolah-olah masih beranggapan bahawa UMNO hari ini adalah serupa dengan yang semalam.

Walau dalam situasi darurat, mindset pemimpin besarnya masih terus berada dalam zon selesa. Walau sudah diberikan “kad merah” menerusi PRU12, pemain yang perlu dibuang padang masih terus bermain seperti sediakala. Mungkinkah ini petanda awal bahawa UMNO sedang menuju kehancuran?

Lantaran itu, 11 Mei 2008 wajar dijadikan tarikh asas permulaan UMNO membuat muhasabah diri secara ikhlas, jujur, serius dan menyeluruh. Pelbagai aspek mengenai UMNO, termasuk matlamat, falsafah, roh dan jiwa perjuangannya perlu dituntasi secara rinci.

Usaha di atas wajar dihalusi secara makro dan mikro. Antara lainnya, usaha ini wajar merangkumi aspek-aspek berikut:

Satu: Halusi semula seluruh Fasal 3 Perlembagaan UMNO untuk memastikan sama ada parti ini masih lagi “berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.”

Dua: Adakah matlamat UMNO dalam Fasal 3.1 perlembagaannya yang memaktubkan bahawa parti ini “mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara” memang benar-benar satu realiti pada saat dan ketika ini. Jika matlamat ini sudah tergelincir atau menyimpang, bukankah ianya mesti segera diperbetulkan seperti sediakala?

Tiga: Aspek insaniah di dalam UMNO perlu dirungkai dan dikaji sedalam-dalamnya. Ini penting untuk memastikan bahawa sesiapa sahaja yang dimandatkan menjunjung obor perjuangan parti di seluruh peringkat adalah pihak yang benar-benar memberikan sinar pembelaan demi rakyat jelata dan bukan diri sendiri.

Empat: Aspek insaniah ini juga perlu dikaji dan dirungkai sedalam-dalamnya supaya soal kepimpinan, kesetiaan dan kesetiakawanan dalam UMNO adalah benar-benar demi agama, bangsa dan tanahair dan bukannya demi sesuatu kelompok tertentu, lebih-lebih lagi elemen asing tertentu yang sedang berusaha mewujudkan hegemoni politik, sosial, ekonomi dan ketenteraan mengikut agenda geopolitik global dan serantau.

Lima: Berkaitan aspek insaniah ini juga, fikirkanlah keperluan mendesak supaya penerapan, pengukuhan dan penyemarakan daya juang dan jiwa perjuangan di kalangan seluruh warga UMNO, khususnya kelompok pemimpinnya, adalah keutamaan semasa yang wajar dilaksanakan secara terancang, konsisten dan berkesan menerusi satu blueprint yang mengandungi perincian etika, disiplin, prosidur dan gerak kerja yang standard.

Enam: Usaha-usaha sosialisasi siasah atau kerja-kerja memasyarakatkan UMNO wajar dilaksanakan pada setiap masa, di semua peringkat dan merangkumi pelbagai kegiatan, khususnya di sektor akar umbi.

Demikianlah antara pandangan saya selaku ahli akar umbi parti yang berusia hanya setahun lebih muda daripada UMNO. Saya mengemukakan pandangan ini demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Pendek kata, seluruh matlamat, asas dan falsafah perjuangan UMNO yang termaktub di dalam perlembagaan parti wajar dikaji dinamismenya supaya boleh dijadikan program dan aktiviti.

Aspek-aspek perjuangan yang strategik pula wajar dijajarkan semula dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara dan Wawasan 2020. Ini mungkin boleh membentengi apa jua usaha untuk mempolemik dan mempolitikkan kontrak sosial supaya ia tidak melunturkan seluruh ciri-ciri keindukan Islam dan Melayu-Bumiputera dalam negara yang multi-etnik.

Lantaran itu, alangkah murninya jika “amanat khas” yang akan disampaikan oleh pembesar UMNO kepada seluruh warga parti di Kuala Lumpur Ahad ini sudi menimbangkan suara akar umbi yang cetek seperti di atas.

Lantaran itu juga, amat meleset sekali jika sambutan UMNO 62 tahun tersebut hanya untuk “mengingati perjuangan para pemimpin terdahulu yang berjaya membangunkan negara sehingga rakyat pelbagai kaum menikmati kemajuan dalam pelbagai bidang.”

Akhir kata, sekali lagi insafilah bahawa UMNO kini bukannya UMNO semalam. UMNO hari ini adalah UMNO yang dalam darurat. UMNO hari ini adalah UMNO yang wajar direkayasan serta diperkasakan semula. UMNO hari ini adalah parti yang dituduh sudah tidak relevan dengan zaman. UMNO ketika ini mestilah dipimpin oleh pembesar-pembesar yang berani mengakui bahawa PRU12 akan menjadi musibah yang lebih parah di hari muka jika tuntutan, hasrat dan aspirasi warga akar umbinya mutakhir ini hanya diperlekeh dan diperkecil-kecilkan.
SELAMATKAN NEGARA-BANGSA
SEMPENA HARIJADI UMNO KE-62

Putera Bentan

Ikut senario politik hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin tergolong sebagai salah seorang pemimpin UMNO yang serius untuk selesaikan nasib malang yang menimpa partinya, BN, kerajaan dan masa depan rakyat jelata. Beliau berani ambil risiko menyatakan kebenaran. Beliau mengenepikan soal kedudukan demi kepentingan negara-bangsa.

Tapi agak aneh bila suara dan tindakan Muhyiddin, sama seperti suara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, nampaknya macam tidak diterima baik oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO, BN dan kerajaan. Lain-lain personaliti di peringkat pusat, negeri dan bahagian juga seolah-olah dirasuk sindrom pak turut belaka.

Jika inilah corak dan rentaknya wadah perjuangan utama negara-bangsa Malaysia, alamat haru-birulah destini kita bersama. Ini mesti dielakkan dari berlaku. Keputusan segelintir minoriti yang berkuasa tidak seharusnya dipaksakan ke atas rakyat jelata yang jadi sumber kekuasaan dan mempunyai aspirasi yang berbeza.

Saya cadangkan Mahathir, Razaleigh dan Muhyiddin gemblengkan minda dan tenaga dengan segera demi agama, bangsa, negara. Pemimpin peringkat negeri, bahagian dan akar umbi wajar berikan sokongan penuh kepada gabungan ini untuk menyelamatkan negara-bangsa.

Ketepikanlah polemik siapa akan jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri selepas Abdullah. Semua ini hanya diversion untuk alihkan fokus kita kepada masalah yang sebenar, mendesak, strategik dan utama.

Apa kata kalau kita mulakan misi menyelamatkan negara-bangsa ini secara serius, terancang, menyeluruh dan berkesan mulai 11 Mei 2008 – harijadi UMNO 62 tahun? Mulai tarikh ini, seluruh cawangan, bahagian dan badan perhubungan UMNO di seluruh negara perlu adakan sesi muhasabah diri. Sesudah itu, kita salurkan hasilnya kepada Mahathir, Razaleigh dan Muhyiddin. Moga-moga gerakan penuh sopan dan santun ini menghasilkan manfaat yang kita mahukan. Mudah-mudahan kita diberkati Allah dalam usaha ini. Mudah-mudahan kita berjaya.

Nota: Pandangan di atas adalah reaksi kepada posting Suara Muhyiddin (4). Cadangan ini amat menarik kerana UMNO berusia 62 tahun pada Ahad, 11 Mei 2008. Soalnya, berapa ramai warga UMNO sanggup dan sedia bertindak seperti yang disarankan oleh Putera Bentan? – Ruhanie Ahmad