UMNO AKAR UMBI TENTUKAN NASIB ABDULLAH
Ruhanie Ahmad
Perkembangan dalam siasah UMNO kian menarik. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih belum memberikan tarikh khusus untuk menyerahkan kuasa parti kepada Datuk Seri Najib Tun Razak; Abdullah juga tetap akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO; Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan proses peralihan kuasa tidak termaktub dalam perlembagaan parti; Razaleigh juga sedang aktif menawarkan diri untuk jawatan Presiden UMNO; Najib mungkin turut mencabar Abdullah selaku pembesar nombor satu UMNO; jika Najib menghadapi rintangan yang amat besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mungkin diketengahkan oleh warga UMNO akar umbi untuk menandingi Abdullah.
Ini bermakna jika Abdullah tidak mengosongkan kerusi Presiden UMNO dalam tempoh terdekat ini, kemungkinan besar beliau ditentang oleh Razaleigh dan Najib. Syaratnya, Razaleigh dan Najib mestilah memperolehi pencalonan yang cukup untuk memenuhi kuota ditetapkan oleh perlembagaan parti.
Jadi, siapakah yang akan menerima pencalonan yang besar bagi jawatan Presiden UMNO ini? Abdullah selaku penyandang atau Razaleigh dan Najib selaku pencabar?
Berdasarkan senario hari ini, pastinya Abdullah yang akan menerima pencalonan yang besar. Ini kerana sesudah Abdullah disanggah rakyat jelata menerusi PRU12, majoriti ketua perhubungan UMNO negeri dan ketua bahagian UMNO masih terus menyokong Abdullah selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Mereka segan silu untuk meminta Abdullah berundur secara terhormat dan dengan segera.
Strategi
Lantaran itulah Abdullah pernah berkata bahawa beliau tidak akan mengundurkan diri daripada parti dan kerajaan sesudah PRU12 kerana tiada desakan untuk beliau berbuat demikian. Kata Abdullah, majoriti pemimpin UMNO terus memberikan sokongan padu kepada dirinya.
Bagaimanapun, desakan-desakan ke atas Abdullah yang dilakukan secara senyap dikatakan memang cukup serius. Seluruh desakan ini menuntut perubahan pucuk pimpinan untuk menyelamat dan memperkasakan semula UMNO sesudah PRU12.
Desakan-desakan ini pernah disuarakan di peringkat Majlis Tertinggi UMNO dalam tempoh pasca PRU12. Ia juga pernah diulangi sewaktu kepimpinan tertinggi UMNO mengadakan proses penjanaan, penggeloraan dan penggabungan minda dalam satu retreat kira-kira sebulan lalu.
Jika seluruh desakan tersebut diterjemahkan ke dalam bentuk pencalonan bagi jawatan Presiden UMNO oleh bahagian-bahagian UMNO, bagaimanakah peluang Abdullah? Mampukah beliau memperolehi pencalonan yang besar? Adakah Abdullah akan tergugat? Atau mampukah Abdullah terus berada dalam keadaan yang selamat untuk terus mempertahankan jawatan berkenaan?
Tercemar
Betapa malu dan betapa terhinanya Abdullah jika majoriti pencalonan peringkat bahagian kelak tidak memihak kepada beliau. Dalam keadaan sebegini, apakah pilihan yang ada padanya? Nama baik Abdullah tetap akan tercemar walaupun beliau menarik diri daripada pertandingan berasaskan senario ini.
Oleh itu, sewajarnyalah Abdullah bimbang akan kemungkinan seperti ini. Beliau perlu memikirkan sama ada sokongan para pemimpin UMNO kepada beliau pada hari ini adalah suatu strategi supaya beliau berasa selesa dan tidak mencurigai sebarang kemungkinan untuk menyingkirkan beliau menerusi proses pemilihan kepimpinan parti.
Jadi, apakah pilihan yang ada pada Abdullah sekarang? Untuk mengambil risiko besar dan tetap berusaha mengekalkan kerusi Presiden UMNO? Atau melepaskan jawatan tersebut dalam tempoh terdekat supaya dapat ditandingi oleh Najib dan Razaleigh secara demokratik?
Inilah dilemma Abdullah ketika ini. Beliau pasti akan dihalang oleh individu-individu yang rapat dengannya supaya tidak mengundurkan diri daripada kerajaan dan parti. Individu-individu ini pasti akan bertindak demikian kerana banyak kepentingan mereka akan tergugat jika Abdullah bersara.
Senjata
Perkembangan geopolitik serantau, khususnya yang membabitkan Malaysia-Singapura, mungkin juga tidak akan memudahkan Abdullah meninggalkan persada kekuasaan negara dan parti dalam tempoh terdekat. Ini kerana Najib atau Razaleigh adalah tokoh yang sukar untuk dominasikan oleh mana-mana kuasa asing.
Lantas, apakah langkah Abdullah selanjutnya? Berusaha bermati-matian untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO? Jika ini terjadi, apakah senjata rahsia Abdullah untuk mematahkan sebarang usaha pihak-pihak yang akan menentang beliau. Adakah Abdullah mempunyai senjata ajaib untuk menundukkan Najib? Apakah senjata istimewa Abdullah untuk menyekat kemaraan Razaleigh?
Benarkah kini sudah ada pihak-pihak berkepentingan yang sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit semata-mata untuk membantu Abdullah mengekalkan kerusi Presiden UMNO? Jika ini terjadi, tidakkah amalan politik wang akan menghakis kredibiliti UMNO? Apa akan jadi kepada UMNO jika politik wang skala besar ini melanda pemilihan parti tahun ini?
Oleh itu, seluruh warga UMNO, khususnya yang di peringkat cawangan dan bahagian, wajar meneliti kemungkinan di atas secara halus dan mendalam. Kebijaksanaan mereka akan menyelamatkan UMNO.
PRU13
Hakikatnya demikian kerana keputusan merekalah yang akan mencorak-warnakan pemilihan pucuk pimpinan UMNO kali ini. Jika mereka memutuskan untuk mengekalkan Abdullah, maka nama baik Abdullah tidak akan tercemar atau terhina.
Tetapi, keputusan ini pastinya tidak akan menyelamatkan UMNO dalam era pasca PRU12. Keputusan ini hanya akan mengekalkan UMNO pada keadaan hari ini – terus menyebabkan segolongan orang Melayu berkelana jauh daripada parti ini kerana mereka kecewa dengan kepimpinan Abdullah.
Hakikat ini boleh menjejaskan peluang serta kedudukan UMNO dan BN dalam PRU13. Hakikat ini juga akan menyukarkan UMNO dan BN menawan semula kerajaan-kerajaan negeri yang sudah ditawan oleh Pakatan Rakyat menerusi PRU12.
Bagaimanapun, jika warga UMNO di peringkat cawangan dan bahagian berazam untuk menyelamatkan UMNO, pastinya Abdullah akan tersingkir menerusi pemilihan pucuk pimpinan parti tahun ini. Pastinya, walau digoda dengan wang berjuta-juta ringgit jumlahnya, warga UMNO di peringkat cawangan dan bahagian ini tetap akan melakukan perubahan pucuk pimpinan tertinggi parti demi agama, bangsa dan tanahair.
Khairy
Lantaran itu, siapakah pilihan warga UMNO akar umbi untuk menggantikan Abdullah? Najib, Razaleigh, Tan Sri Muhyiddin Yassin? Atau, mungkinkah mereka mahukan Khairy Jamaluddin, pemuda pintar yang selama empat tahun kebelakangan ini melatarbelakangi kepimpinan Abdullah?
Razaleigh sudah menyatakan hasrat dan kesanggupannya memimpin UMNO jika diberikan peluang oleh warga UMNO akar umbi. Beliau berpengalaman dan sudah melalui badai siasah Melayu yang mendewasakan beliau selama ini. Beliau juga mempunyai pengalaman luas di bidang pegurusan ekonomi dan kewangan negara. Hakikat ini mungkin bermanfaat besar dalam keadaan ekonomi dunia yang sedang menempuh zaman meleset ketika ini.
Najib pula mempunyai rangkai penyokong akar umbi UMNO yang bukan kecil. Beliau mempunyai pendedahan luas dalam politik dan pengurusan negara. Beliau pernah jadi Menteri Besar Pahang. Beliau juga pernah jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Generasi pemuda sezaman dengan Najib kini amat berpengaruh di peringkat bahagian dan cawangan UMNO.
Malangnya, Najib kini dikatakan sedang digerhanai persepsi negatif berkaitan kes Altantuya. Kebelakangan ini, Najib juga disifatkan seolah-olah amat pasif terhadap krisis keyakinan dan krisis kepimpinan yang melanda UMNO. Beliau dituduh oleh segolongan pihak sebagai enggan bertegas dengan Abdullah. Hakikat ini menyebabkan segolongan warga UMNO agak terkilan dengan Najib. Tetapi, tidak mungkinkah segala-galanya akan dimaafkan jika Najib berkata dengan tegas bahawa beliau akan bertanding untuk jawatan Presiden UMNO?
Suara Ramai
Sebenarnya Najib sudah pun bersuara mengenai hal ini. Tetapi, kenyataan beliau amat berlapik dan samar-samar. Contohnya, pada 3 April 2008, Najib ditanya oleh para wartawan sama ada “UMNO kini memerlukan perubahan besar-besaran.” Jawab Najib: “sebarang tindakan bergantung kepada kehendak dan suara ahli. Suara ramai dalam parti yang akan menentukan hala tuju dan masa depan parti.”
Pada 27 Jun 2008, Najib pula dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa beliau “belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini. Saya akan buat ketetapan apabila sampai masanya.”
Kedua-dua kenyataan di atas membuktikan Najib memang tidak menutup opsyen dirinya untuk menandingi Abdullah bagi jawatan Presiden UMNO. Hakikat ini sewajarnya sudah disedari oleh Abdullah. Hakikat ini juga sewajarnya sudah diteliti oleh seluruh warga UMNO akar umbi.
Pada ketika ini, persepsi umum meramalkan bahawa Najib akan berganding kekuatan dengan Muhyiddin yang dijangka mengisi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Jika gandingan Najib-Muhyiddin ini jadi kenyataan, siapa pula regu Abdullah? Datuk Seri Syed Hamid Albar? Dan siapa pula regu Razaleigh? Datuk Shahrir Abdul Samad atau Datuk Seri Dr. Rais Yatim?
Terunggul
Tetapi, senandainya persepsi negatif terhadap Najib pada ketika ini amat sukar untuk dihapuskan dan terus menggerhanai peluang Najib mara ke jawatan Presiden UMNO, adakah beliau akan tetap bertanding untuk jawatan berkenaan?
Kalau Najib terus bertanding, mungkinkah ada sesetengah warga UMNO akar umbi yang akan mencalonkan Muhyiddin sebagai pencabar Abdullah yang paling berwibawa? Jika ini terjadi, apakah akan terjadi pertandingan empat penjuru untuk jawatan Presiden UMNO kali ini di antara Abdullah, Razaleigh, Najib dan Muhyiddin?
Tetapi, jika ditakdirkan Najib tidak bertanding, tidakkah Muhyiddin antara pilihan terunggul untuk memimpin UMNO? Dalam situasi seperti ini, siapa pula yang akan jadi regu Muhyiddin? Datuk Seri Mustapha Mohammad atau pun siapa?
Begitulah perkembangan yang mungkin terjadi kepada siasah UMNO mutakhir ini. Segala-galanya penuh tanda tanya. Tetapi, segala-galanya adalah bergantung kepada ketegasan warga UMNO cawangan dan bahagian untuk membuat keputusan muktamad mengenai wajarkah Abdullah diizinkan terus mengekalkan jawatan Presiden UMNO, wajarkah Razaleigh diberi peluang bertanding, wajarkah Najib disokong untuk mencabar Abdullah, dan sekiranya Najib menghadapi jalan yang sukar, wajarkah Muhyiddin mereka ketengahkan untuk menggantikan Abdullah?
Oleh itu, seluruh kepimpinan serta warga UMNO cawangan dan bahagian di seluruh negara harus insaf bahawa proses merobah pucuk pimpinan tertinggi UMNO kali ini adalah amat penting untuk dimuktamadkan secara serius, tegas, bijaksana dan berhati-hati. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya!

5 comments:
Salam Datuk Ron
Kalau mengikut kelayakan kuota pencalonan, paling ramai calon yang boleh layak bertanding presiden ialah 3 orang. Jika terdapat lebih daripada 3 orang dicalonkan, besar kemungkinan, hanya dua sahaja yang mampu memperoleh bilangan pencalonan yang memenuhi kuota. Ada kemungkinan juga, hanya seorang sahaja yang memperolehi pencalonan yang mencukupi jika empat nama dikemukakan semasa pencalonan.
Walau bagaimanapun, dalam situasi sekarang, kelebihan berada pada pihak penyandang yang juga pucuk pimpinan kerajaan. Kalau nak diharapkan pimpinan bahagian yang ada pada hari ini untuk mencalonkan orang lain, seolah-olah jauh panggang daripada api. Pimpinan bahagian hanyalah pemimpin peringkat pertengahan, bukan akar umbi. Pimpinan cawangan lebih tepat dikatakan sebagai pimpinan akar umbi. Masalahnya pimpinan cawangan tidak mempunyai landasan untuk terlibat dalam pencalonan peringkat tertinggi sekiranya tidak terlibat di peringkat bahagian. Mekanisme usul oleh cawangan juga bukanlah sesuatu yang harus dipatuhi oleh pimpinan bahagian dalam membuat pencalonan. Yang idealnya, rombakan kepimpinan Umno hendaklah dilakukan di peringkat pertengahan dahulu, kemudian barulah berharap akan berlaku rombakan di peringkat pimpinan tertinggi. Kelantan, Kedah dan Selangor yang kalah kepada pembangkang mungkin boleh dijadikan landasan untuk gerakan menukar pimpinan bahagian. Perak, walaupun BN kalah, secara relatif, Umno masih kukuh. Begitu juga Pulau Pinang kerana negeri asal pucuk pimpinan. Pahang, negeri Najib dan Johor yang menjadi antara paling lantang mendesak pertukaran pucuk pimpinan mungkin boleh bersama-sama dengan Kelantan, Kedah dan Selangor untuk mencipta sejarah baru Umno.
Saya berasakan gandingan Najib & Muhyiddin serta Kuli & Rais Yatim merupakan alternatif yang terbaik bagi melawan kerusi Pak Lah dan kaum kerabatnya yang menguasai UM'YES' (Bukan lagi UMNO). Saya doakan agar Najib sahut cabaran, kerana beliau merupakan seorang yang paling diharap untuk mengepalai cabaran sehingga 2020. Beliau juga sangat berjaya dari segi pentadbiran, meskipun beliau terpalit dengan tempias skandal. Namun, apa yang penting di sini ialah sumbangan yang beliau boleh berikan kepada bangsa Melayu, tanah air dan negara! Kita perlu pemimpin tegas dalam misi menyelamatkan negara Malaysia dari dijajah kuasa asing!
Salam Datuk,
Pencaturan politik UMNO kali ini antara yang menarik bakal diterjemahkan oleh ahli-ahli UMNO dalam memberikan impak kepada politik Malaysia keseluruhannya kini dan masa akan datang. Pemilihan Disember ini dianggap pemerhati sebagai hidup mati hala tujuan pertubuhan UMNO kancah politik tanahair sama ada terus subur atau akan berkubur.
Gandingan antara Ku Li-Muhyiddin bakal mempunyai impak yang menyeluruh dalam politik UMNO. Gandingan ini sebenarnya mewakili suara akar umbi gandingan Timur-Selatan, gandingan pemimpin yang bebas dari sebarang desas desus skandal yang boleh mengganggu gugat pentadbiran masa depan UMNO dan kerajaan Malaysia. Pemimpin bersih lahir daripada kombinasi semangat memperjuangkan sesuatu perjuangan melebihi kepenteingan dan keperluan peribadi.
Politik itu tidak kotor andai di pimpin oleh pemimpin yang bersih, namun politik akan bergelumang dengan segala jenis keburukan andai kepimpinan diterajui oleh pemimpin yang rosak dan anasir yang mencemarkan.
Kepakaran serta pengalaman luas Ku Li amat diperlukan memulihkan ekomoni negara serta merawat pentadbiran UMNO seluruhannya. Andai kata Ku Li terpilih menerajui kepimpinan UMNO dan Malaysia walaupun untuk jangka masa setahun ke tiga tahun sekalipun kerana faktor usia beliau, maka sudah lengkap pemulihan-pembaikan-peralihan UMNO untuk di pikul tugas seterusnya pula oleh kepimpinan Muhyiddin.
Dalam percaturan ini, tidak dinafikan kelayakan Najib untuk mengisi posisi paling tertinggi politik UMNO dari segi pengalaman kepimpinan, namun faktor dan anasir kitaran Najib yang membataskan pentadbiran sebenar beliau. Najib seharusnya menyah hapuskan segala anasir yang boleh mencampuri pentadbiran ala Najib. Tengok sahaja kecelaruan kepimpinan Pak Lah apabila anasir kitaran yang banyak mempengaruhi corak kepimpinan beliau. Pemimpin yang bijak memimpin mampu membuat keputusan yang sebaik-baiknya dan segala keputusan adalah tanggungjawab beliau sepenuhnya kerana itulah perbezaan antara yang memimpin atau yang di pimpin.
Wasalam
Salam datuk,
Dari keseluruhan catatan menunjukkan Pak Lah seharusnya diganti dan tiada ruang lagi untuk dibaiki. Jika diganti, teka-teki pemilihan pengganti pula menjadi pemasalahan. Adakah benar UMNO ingin memulihkan persepsi dan kredibilitinya.
Bagi saya, hanya Ku LI sahaja yang menampakkan keseriusan dan penuh bertanggungjawab. Yang lain menampakkan kesangsian demi kepentingan diri.
Bagaimana Najib boleh berfikir untuk kesejahteraan rakyat melebihi dakwaan masyarakat yang berhadapan dengan tuduhan yang memperjudikan hidup mati bukan sekadar karier politik sahaja tetapi melangkaui kemungkinan keputusan mahkamah.
Bagaimana Shahrir yang terpaksa akur dengan penafian kenyataannya berkaitan kenaikan harga minyak dalam tempoh 17 jam selepas jaminan yang dibuat.
Jika tiada ketetapan yang jelas dan nyata dibuat dalam tempoh terdekat oleh setiap pemimpin ini, saya risau, satu lagi alternatif yang sedia menunggu di luar sana akan mendapat kelebihan. Jangan nanti bila tiba Disember, UMNO akan mengadakan mesyuarat agung berstatus sebagai sebuah parti pembangkang.
Salam Datuk Ron,
Marilah kita letakkan UMNO dalam bahasa yang mudah
1. Budaya UMNO
a) wang - beli undi dan pengaruh
b) kuasa - ugut ahli
selebihnya untuk masing-masing huraikan
oleh itu aku yakin selagi tidak ada pemimpin yang berani, maka pak lah akan kekal disitu. Jeritlah, melalaklah pak lah tetap disitu kerana pak lah tahu kelemahan orang umno, pak lah hanya perlu bertahan sedikit dan tebal muka ,itu sahaja.
keputusan pak lah terus kekal atau tidak adalah setelah pengumuman undian dibuat disember ini.
teruslah terjun dengan labu labunya luncai UMNO
Post a Comment