Sunday, June 15, 2008

ABDULLAH PERLU SEGERA BERUNDUR
SEBELUM UMNO JADI PEMBANGKANG?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menglengah-lengahkan lagi proses peralihan kuasa Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana pada hakikatnya Abdullah sudah dipersarakan oleh rakyat jelata Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) 12.

Lantaran itu, kenyataan Abdullah yang tersiar dalam akhbar pada 14 Jun 2008, bahawa “beliau dan Najib telah muafakat dan telah setuju” bilakah beliau akan bersara dan bila pula Najib akan jadi Perdana Menteri, adalah akademik.

Najib pula tidak perlu lagi bertindak secara budiman. Fahamilah tuntutan dan kehendak rakyat jelata. Bertindaklah secara decisive dan segera sebelum Abdullah disingkirkan oleh pihak pembangkang menerusi satu revolusi sikatak lompat yang dijangka menjadi realiti dalam tempoh terdekat ini.

Seandainya revolusi sikatak lompat ini tidak menjadi kenyataan, jangan pula Najib terus berdiam diri. Insaflah bahawa kini sudah wujud satu konspirasi bahawa Abdullah mungkin melantik seorang yang penuh misteri untuk menjadi Perdana Menteri.

Untuk mengartikulasikan rumusan di atas, baca dan analisalah sendiri maklumat-maklumat yang dikirimkan kepada blog ini sebagai respons kepada posting bertajuk ISU PERALIHAN KUASA CUMA SATU MUSLIHAT?, seperti berikut:

Abdullah mungkin nak serah jawatannya kepada “PM in waiting” and that is not Najib. Najib/Muhyiddin will have to act fast, or that “PM in waiting” is no longer waiting comes September 2008. - MMcrossings.

Abdullah tidak akan menyerahkan kepimpinan kepada Najib atau pun Muhyiddin, sumber terkini memberitahu saya sebentar tadi. Kredibiliti sumber ini diakui oleh peringkat antarabangsa. Najib dan Muhyiddin perlu bangkit segera sekira ingin teruskan perjuangan agenda Melayu. Mohon maaf kerana saya terpaksa dedahkan pekara ini kepada umum demi maruah perjuangan bangsa dan negara. – Pemerhati.

Bulan lalu Abdullah kata nak serah kuasa negara dan UMNO kepada Najib. Hari ni dah ada desas-desus Abdullah nak lantik Syed Hamid Albar jadi penggantinya. - Politica

Amat sukar bagi Abdullah berundur dalam masa terdekat kerana faktor 'keselamatan' ahli keluarga dan kroninya harus di ambil kira. Bagaimanapun, pengunduran Abdullah secara mendadak hanya akan berlaku sekiranya ada tekanan jitu dari dalaman UMNO. - Lamandau.

Apa kata kalau seluruh warga UMNO yang melebihi tiga juta berdemontrasi meminta Abdullah turun taktha sebelum lebih banyak kerosakan yang akan beliau lakukan di bumi Malaysia ini. - Kamal-Kamal

Peralihan kuasa perlu dilakukan dengan segera memandangkan rakyat Malaysia sudah tiada keyakinan lagi dengan kepimpinan Abdullah. - Ainul AB

Tidaklah semudah itu Abdullah meletakkan jawatan. Melakukan peralihan kuasa dalam jangkamasa terdekat ini bagi Abdullah bermakna membunuh karier politik sendiri, menimbus pasir ke periuk nasi KJ dan Kamaluddin. - Fikir Tajam

Saya rasa peralihan kuasa tidak akan berjalan lancar seperti yang dikatakan oleh Abdullah. Kesediaan Najib menanti hanyalah ibarat menunggu buah yang dah tua tetapi belum pasti gugurnya kerana masak ranum atau pun perlu dijolok. Ada kemungkinan Abdullah akan meletakkan jawatan secara drastik bila terlalu banyak desakan yang dihadapi. Ada juga kemungkinan Abdullah akan menyerahkan kuasa kepada orang lain, bukannya Najib. – Pak Yeop

Andainya Abdullah terus mengamalkan tabiat bercakap dusta, alamat Najib akan terus berendam air mata kerana impiannya untuk menyandang gelaran Perdana Menteri Malaysia tidak akan jadi kenyataan. - Asalbayu

Saya amat yakin Abdullah tidak akan menyerahka kuasa kepada Najib selagi Khairy tidak mendapat jaminan untuk menjadi PM. - Kerajaan Rakyat

Demikianlah hakikatnya soal peralihan kuasa. Intisari daripada seluruh pandangan di atas sangat berbagai-bagai. Ada yang mahukan Abdullah melaksanakan penyerahan kuasa dengan segera. Ada yang meramalkan Abdullah melaksanakan apa-apa penyerahan kuasa. Ada yang menjangka Abdullah tidak akan menyerahkan kuasa kepada Najib. Ada yang mendesak Najib bertindak sewajarnya. Ada yang membayangkan Abdullah hanya akan berundur bila warga UMNO seluruhnya mendesak beliau berbuat demikian.

Oleh itu, terserahlah kepada Abdullah, Najib, Muhyiddin dan seluruh warga UMNO untuk bertindak sewajarnya. Bagaimanapun, insaflah bahawa jika Abdullah, Najib dan UMNO gagal bertindak segera, jangan salahkan sesiapa jika UMNO akan jadi sebuah parti pembangkang dalam tempoh terdekat ini. – Ruhanie Ahmad

5 comments:

Bisnes EMAS916 said...

Apa salahnya kalau UMNO jadi pembangkang, Dato?

Pakatan Rakyat pun bukannya akan jadi pemerintah selamanya.

Sekurang-kurangnya jadi pengajaran bahawa tidak ada yang kekal didunia ini. Juga sebagai muhasabah bahawa jika memerintah semula kelak, rakyat jadi keutamaan.

UMNO ni tak serik-serik ke nak penuhkan tembolok sendiri je...

Patutlah Allah beri bala...

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Tuan Ruhanie yang dikasihi,

Berat ke jika DSAI je yang ambil alih semua ni. Pak Lah dengan teka-tekinya yang tidak berpenghujung. Tngkah laku tak dapat dibaca ke arah negatifnya..Zaman Tun Mahathir dulu ada juga tak dapat dijangka positif dan negatifnya. Zaman Pak Lah kalau dah buat keputusan pun, bukan boleh pasti lagi. Selang beberapa ketika diubah lagi, kata tak akan buat pasti dibuat sebaliknya pun sama lah. Inilah fasa ketua turus tidak menentu, lalu usahlah ramal banyak-banyak pasti lagi tak menentu juga lah ramalan tersebut.

Minta tolong rakan-rakan blog agar buat persiapan dan kempen-kempen peralihan Tampok Pemerintahan dari UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat (PR) pula agar ianya berbeza bentuknya. BN dah nampak tak dapat urus kemelut meruncing ini dengan latar belakang timbunan isu-isu lama yang banyak tertangguh.

Rakyat dah tahu, siapa pun naik kultur UMNO/BN tak mungkin akan berubah. Melainkan jika Paksi Pemerintahan itu beralih dari tempatnya. Susun dengan baik golongan yang benar-benar mahu menyelamatkan negara ni (termasuk golongan patriotik UMNO). Buat suatu saff yang jitu dan bentuk satu kaedah permuafakatan UMMAH (PR) - antara kaum di Malaysia, Letakkan Paksi Keadilan Islam yang dibuktikan akan mampu menjaga kebajikan Masyarakat "Multi-Racial" di Malaysia. Model bukan Islam di Singapura nampak tidak harmoni dan tidak berjaya dengan latar ethnik dan budaya di Malaysia.

Saya setujulah dengan andaian penulis jika Pak Lah lambat, UMNO/BN akan jadi pembangkang pula lah...

BUAT RENUNGAN BERSAMA

Arau


PERLIS DARUS SUNNAH

mantra-indeeptots said...

Salam Puteramaya
Kalau boleh dibaca hati semua orang melayu.. siapa yang inginkan hilangnye UMNO di muka bumi ini?

Kami dah tak larat Datuk.. Take a break datuk.. we need UMNO to reform...

http://mantra-indeeptots.blogspot.com/

Unknown said...

saya rasa rakyat malaysia dan ahli UMNO tak payah harapkan najib, najib adalah seorang pemimpin yang pengecut, saya sokong kenyataan TDMM suatu ketika dulu. malahan kebanyakan ahli UMNO adalah pengecut sepertimana kata TDMM , janganlah harapkan ku li akan mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding kerusi presiden.

Unknown said...

Salam Dato,

UMNO patut bersyukur walaupun satu hari nanti ditakdirkan menjadi pembangkang. Itu jauh lebih baik berbanding jika UMNO pupus dan lenyap dari muka bumi.

Kalau UMNO jadi pembangkang, waktu itulah kita akan nampak siapa yang benar-benar tokoh pemimpin dalam UMNO. Bukan semua pemimpin dapat memimpin di waktu susah dan sesak.