tag:blogger.com,1999:blog-6568425422837631111.post6100730809356143135..comments2023-08-29T23:56:09.943+08:00Comments on puteramaya: puteramayahttp://www.blogger.com/profile/13018701950968099176noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-6568425422837631111.post-72821790681876825582008-07-04T03:34:00.000+08:002008-07-04T03:34:00.000+08:00Salam Datuk Ron,Marilah kita letakkan UMNO dalam b...Salam Datuk Ron,

Marilah kita letakkan UMNO dalam bahasa yang mudah

1. Budaya UMNO
a) wang - beli undi dan pengaruh
b) kuasa - ugut ahli

selebihnya untuk masing-masing huraikan

oleh itu aku yakin selagi tidak ada pemimpin yang berani, maka pak lah akan kekal disitu. Jeritlah, melalaklah pak lah tetap disitu kerana pak lah tahu kelemahan orang umno, pak lah hanya perlu bertahan sedikit dan tebal muka ,itu sahaja.

keputusan pak lah terus kekal atau tidak adalah setelah pengumuman undian dibuat disember ini.

teruslah terjun dengan labu labunya luncai UMNOmanggishttps://www.blogger.com/profile/14863445080384220098noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6568425422837631111.post-41100436695293709802008-06-30T23:55:00.000+08:002008-06-30T23:55:00.000+08:00Salam datuk,Dari keseluruhan catatan menunjukkan P...Salam datuk,

Dari keseluruhan catatan menunjukkan Pak Lah seharusnya diganti dan tiada ruang lagi untuk dibaiki. Jika diganti, teka-teki pemilihan pengganti pula menjadi pemasalahan. Adakah benar UMNO ingin memulihkan persepsi dan kredibilitinya.

Bagi saya, hanya Ku LI sahaja yang menampakkan keseriusan dan penuh bertanggungjawab. Yang lain menampakkan kesangsian demi kepentingan diri.
Bagaimana Najib boleh berfikir untuk kesejahteraan rakyat melebihi dakwaan masyarakat yang berhadapan dengan tuduhan yang memperjudikan hidup mati bukan sekadar karier politik sahaja tetapi melangkaui kemungkinan keputusan mahkamah.
Bagaimana Shahrir yang terpaksa akur dengan penafian kenyataannya berkaitan kenaikan harga minyak dalam tempoh 17 jam selepas jaminan yang dibuat.
Jika tiada ketetapan yang jelas dan nyata dibuat dalam tempoh terdekat oleh setiap pemimpin ini, saya risau, satu lagi alternatif yang sedia menunggu di luar sana akan mendapat kelebihan. Jangan nanti bila tiba Disember, UMNO akan mengadakan mesyuarat agung berstatus sebagai sebuah parti pembangkang.Rafidihttps://www.blogger.com/profile/02491713935474437704noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6568425422837631111.post-27266609600789298752008-06-30T16:37:00.000+08:002008-06-30T16:37:00.000+08:00Salam Datuk,Pencaturan politik UMNO kali ini antar...Salam Datuk,

Pencaturan politik UMNO kali ini antara yang menarik bakal diterjemahkan oleh ahli-ahli UMNO dalam memberikan impak kepada politik Malaysia keseluruhannya kini dan masa akan datang. Pemilihan Disember ini dianggap pemerhati sebagai hidup mati hala tujuan pertubuhan UMNO kancah politik tanahair sama ada terus subur atau akan berkubur.

Gandingan antara Ku Li-Muhyiddin bakal mempunyai impak yang menyeluruh dalam politik UMNO. Gandingan ini sebenarnya mewakili suara akar umbi gandingan Timur-Selatan, gandingan pemimpin yang bebas dari sebarang desas desus skandal yang boleh mengganggu gugat pentadbiran masa depan UMNO dan kerajaan Malaysia. Pemimpin bersih lahir daripada kombinasi semangat memperjuangkan sesuatu perjuangan melebihi kepenteingan dan keperluan peribadi.

Politik itu tidak kotor andai di pimpin oleh pemimpin yang bersih, namun politik akan bergelumang dengan segala jenis keburukan andai kepimpinan diterajui oleh pemimpin yang rosak dan anasir yang mencemarkan.

Kepakaran serta pengalaman luas Ku Li amat diperlukan memulihkan ekomoni negara serta merawat pentadbiran UMNO seluruhannya. Andai kata Ku Li terpilih menerajui kepimpinan UMNO dan Malaysia walaupun untuk jangka masa setahun ke tiga tahun sekalipun kerana faktor usia beliau, maka sudah lengkap pemulihan-pembaikan-peralihan UMNO untuk di pikul tugas seterusnya pula oleh kepimpinan Muhyiddin.

Dalam percaturan ini, tidak dinafikan kelayakan Najib untuk mengisi posisi paling tertinggi politik UMNO dari segi pengalaman kepimpinan, namun faktor dan anasir kitaran Najib yang membataskan pentadbiran sebenar beliau. Najib seharusnya menyah hapuskan segala anasir yang boleh mencampuri pentadbiran ala Najib. Tengok sahaja kecelaruan kepimpinan Pak Lah apabila anasir kitaran yang banyak mempengaruhi corak kepimpinan beliau. Pemimpin yang bijak memimpin mampu membuat keputusan yang sebaik-baiknya dan segala keputusan adalah tanggungjawab beliau sepenuhnya kerana itulah perbezaan antara yang memimpin atau yang di pimpin.

Wasalamzemehttps://www.blogger.com/profile/09559523447523522095noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6568425422837631111.post-59552318633763290092008-06-30T09:29:00.000+08:002008-06-30T09:29:00.000+08:00Saya berasakan gandingan Najib & Muhyiddin serta K...Saya berasakan gandingan Najib & Muhyiddin serta Kuli & Rais Yatim merupakan alternatif yang terbaik bagi melawan kerusi Pak Lah dan kaum kerabatnya yang menguasai UM'YES' (Bukan lagi UMNO). Saya doakan agar Najib sahut cabaran, kerana beliau merupakan seorang yang paling diharap untuk mengepalai cabaran sehingga 2020. Beliau juga sangat berjaya dari segi pentadbiran, meskipun beliau terpalit dengan tempias skandal. Namun, apa yang penting di sini ialah sumbangan yang beliau boleh berikan kepada bangsa Melayu, tanah air dan negara! Kita perlu pemimpin tegas dalam misi menyelamatkan negara Malaysia dari dijajah kuasa asing!Syahirhttps://www.blogger.com/profile/06540338600860515148noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6568425422837631111.post-60233691231385643142008-06-30T08:18:00.000+08:002008-06-30T08:18:00.000+08:00Salam Datuk RonKalau mengikut kelayakan kuota penc...Salam Datuk Ron

Kalau mengikut kelayakan kuota pencalonan, paling ramai calon yang boleh layak bertanding presiden ialah 3 orang. Jika terdapat lebih daripada 3 orang dicalonkan, besar kemungkinan, hanya dua sahaja yang mampu memperoleh bilangan pencalonan yang memenuhi kuota. Ada kemungkinan juga, hanya seorang sahaja yang memperolehi pencalonan yang mencukupi jika empat nama dikemukakan semasa pencalonan.

Walau bagaimanapun, dalam situasi sekarang, kelebihan berada pada pihak penyandang yang juga pucuk pimpinan kerajaan. Kalau nak diharapkan pimpinan bahagian yang ada pada hari ini untuk mencalonkan orang lain, seolah-olah jauh panggang daripada api. Pimpinan bahagian hanyalah pemimpin peringkat pertengahan, bukan akar umbi. Pimpinan cawangan lebih tepat dikatakan sebagai pimpinan akar umbi. Masalahnya pimpinan cawangan tidak mempunyai landasan untuk terlibat dalam pencalonan peringkat tertinggi sekiranya tidak terlibat di peringkat bahagian. Mekanisme usul oleh cawangan juga bukanlah sesuatu yang harus dipatuhi oleh pimpinan bahagian dalam membuat pencalonan. Yang idealnya, rombakan kepimpinan Umno hendaklah dilakukan di peringkat pertengahan dahulu, kemudian barulah berharap akan berlaku rombakan di peringkat pimpinan tertinggi. Kelantan, Kedah dan Selangor yang kalah kepada pembangkang mungkin boleh dijadikan landasan untuk gerakan menukar pimpinan bahagian. Perak, walaupun BN kalah, secara relatif, Umno masih kukuh. Begitu juga Pulau Pinang kerana negeri asal pucuk pimpinan. Pahang, negeri Najib dan Johor yang menjadi antara paling lantang mendesak pertukaran pucuk pimpinan mungkin boleh bersama-sama dengan Kelantan, Kedah dan Selangor untuk mencipta sejarah baru Umno.berasiamhttps://www.blogger.com/profile/17950701750759198204noreply@blogger.com