CATUR POLITIK UMNO MUTAKHIR:
TROJAN HORSE DAN BOM JANGKA
Ruhanie Ahmad
Perkembangan politik UMNO mutakhir ini amat ironik dan menarik. Kini ada kisah “bom jangka.” Kini juga ada kisah “trojan horse.”
Kisah “bom jangka” membabitkan pihak yang baru keluar daripada UMNO. Kisah “trojan horse” membabitkan kelompok yang baru kembali ke pangkuan UMNO.
Kedua-dua perkembangan ini juga adalah mengenai percaturan kuasa. Ia membabitkan pihak yang membangkang kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia juga membabitkan pihak yang kononnya mahu membantu memperkukuhkan kedudukan Abdullah.
Ledakan “bom jangka” adalah untuk menekan Abdullah supaya mengosongkan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.
Kehadiran “trojan horse” pula untuk merintis kepulangan segelintir pemimpin besar parti pembangkang kembali ke pangkuan UMNO sebelum mendapat tempat dalam pentadbiran Abdullah.
Kedua-dua perkembangan di atas mungkin jadi hakikat kerana politik adalah seni yang penuh dengan seribu satu kemungkinan atau pun seni yang penuh dengan seribu satu kemustahilan.
Ledakan “bom jangka” yang dimksudkan adalah dalam bentuk sokongan warga UMNO akar umbi kepada tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 kerana parti tersebut tidak lagi berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan tanahair.
Kini memang banyak pihak musykil mengapakah tidak ramai ahli UMNO mengikuti jejak langkah Mahathir untuk keluar daripada parti secara beramai-ramai.
Kemusykilan ini menyebabkan sesetengah pihak jadi sinis dan terus membuat kesimpulan rambang kononnya Mahathir sudah kehilangan aura serta pengaruh.
Kesimpulan di atas tidak berasaskan denyut nadi masyarakat akar umbi. Ini kerana tidak banyak pihak menyedari wujudnya “bom jangka” yang mungkin meledak di Johor, Perak dan di mana-mana sahaja dalam tempoh terdekat ini.
Ledakan ini mungkin jadi realiti kerana tindakan Mahathir - mantan ahli UMNO No. 1, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO yang mula menganggotai UMNO sejak 1946 - keluar daripada UMNO dipercayai sedang mengumpulkan momentum di peringkat akar umbi.
Kisah “trojan horse” pula dikatakan lahir daripada persepsi umum setelah Mohamad Ezam Mohd. Noor kembali semula ke pangkuan UMNO pada 28 Mei 2008.
Kisah ini sentiasa diselubungi misteri. Ini kerana dalam “trojan horse” tersebut kononnya tersembunyi sekumpulan “pejuang” Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipercayai menantikan saat dan ketika terbaik untuk keluar ke dunia realiti.
Barisan “pejuang” PKR ini dijangka kembali ke pangkuan UMNO. Sesudah itu, mereka dipercayai akan mendapat kedudukan tinggi di dalam parti dan kerajaan.
Kemungkinannya begitu kerana banyak pihak mengesyakki Ezam sebagai wajah kepada satu konspirasi membabitkan kuasa dan kepimpinan negara. Konspirasi ini dikatakan dirangka oleh segelintir pihak yang berkepentingan di dalam UMNO dan juga PKR.
Ezam yang merupakan mantan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan Ketua Angkatan Muda PKR, dikatakan meninggalkan PKR setelah berbalah dan bersengketa dengan pucuk kepimpinannya.
Ezam menganggotai UMNO pada tahun 1990-an. Beliau dipecat daripada UMNO pada akhir 1990-an. Kini beliau kembali kepada UMNO kerana kononnya beliau yakin dengan kepimpinan Abdullah.
Lantaran itulah kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO menerima penghormatan daripada Abdullah selaku Presiden UMNO.
Kata Abdullah, Ezam kembali ke pangkuan UMNO tanpa sebarang syarat atau keistimewaan setelah “tiada bantahan” oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
“Dia hanya mahu berkhidmat dan berjuang dalam parti. Ezam ikhlas. Kemasukannya boleh memberi ruang kepada orang lain menyokong UMNO,” kata Abdullah lagi.
Tetapi, benarkah MT UMNO tidak membantah kemasukan Ezam? Jika benar, mengapakah Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata di Kangar pada 29 Mei 2008, bahawa “penyertaan semula Ezam ke dalam UMNO perlu dibincang dan dipertimbangkan oleh Majlis Tertinggi parti.”?
Muhyiddin berpendapat demikian kerana katanya, Ezam pernah meninggalkan parti dan menyertai parti pembangkang.
Lantaran itulah Muhyiddin berkata: “Beliau tidak boleh diterima secara automatik sebagai anggota parti kerana MT perlu melihat rekod politiknya. Kalau dia orang baru dan tidak ada rekod, MT tiada masalah untuk menerimanya. Tetapi, kalau seseorang itu ada rekod atau misalnya pernah meninggalkan parti atau dipecat daripada parti lawan, selepas itu nak masuk semula UMNO, itu kena bawa kepada MT.”
Kata Muhyiddin lagi, Perlembagaan UMNO memberikan kuasa kepada MT untuk menerima atau menolak permohonan Ezam.
Apa yang dimaksudkan oleh Muhyiddin ialah Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO. Fasal memaktubkan bahawa seseorang ahli (UMNO) yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.
Jadi, begitulah kisahnya “bom jangka” yang mungkin menggemparkan UMNO tidak lama lagi. Jika ini jadi kenyataan, pastinya banyak pihak akan menginsafi maksud sebenar bahawa Mahathir keluar daripada UMNO bukannya kerana beliau membenci UMNO. Hingga ke hari ini UMNO tetap berada di lubuk kalbu Mahathir.
Jadi begitulah juga hakikatnya mengenai Ezam yang kini disifatkan sebagai “trojan horse” yang dijangka menggemparkan politik UMNO. Dua hari sesudah majlis dengan Abdullah, Ezam membayangkan kesediaannya bertanding sesuatu jawatan dalam UMNO, jika mendapat sokongan.
Soalnya, bagaimanakah reaksi majoriti pemimpin UMNO bila “bom jangka” meledak dan “trojan horse” pula mula mengganas? Adakah pada ketika itu para pemimpin UMNO yang kini seolah-olah menjaga kepentingan diri lebih daripada kepentingan parti, akan insaf bahawa UMNO tidak memerlukan “bom jangka” atau pun “trojan horse” jika mereka bertegas dan berani memberitahu Abdullah bahawa UMNO adalah untuk memperjuangkan bangsa, agama dan tanahair, bukannya untuk mempertahankan Abdullah yang sudah disanggah rakyat jelata menerusi PRU 12?

3 comments:
Salam Dato Ruhanie yang bijak,
Saya bukan ahli UMNO. Dan tiada gunanya saya menjadi ahli dalam situasi sekarang ini kerana saya tahu kemahuan saya tidak mungkin tercapai.
Pun begitu, kebelakangan ini terdengar cadangan tertentu dari kalangan MP untuk:-
1. Membuat kajiselidik peringat akar umbi tentang pandangan mereka tentang kepimpinan parti dan negara;
2. Membuka kuasa pemilihan presiden parti melalui undi dari peringkat akar umbi.
Nah, sekiranya perkara di atas menjadi kenyataan sayalah orang pertama yang akan masuk UMNO. Pada masa itu mungkin akan jadi kisah 'trojan horse' bertukar jadi 'bom ledak' pula.
Apa pandangan Dato?
Assalamualaikum Datuk,
Politikus memang pandai main wayang.Susah nak buat andaian la, Datuk. Datuk sendiri pun orang lama politik.Tapi Datuk, the bottom line nya,ini suma ada kena mengena dengan Khairi punya survival.
Khairi tengah tersepit sebab 2 musuh ketat dia sepakat nak tanding Ketua Pemuda.Jadi dia kena cari partner yang boleh 'over power' Mukhriz dan Khir Toyo.Siapa lagi yang dalam UMNO yang setanding mereka.
Bila Ezam disambut AAB masuk UMNO, itu sudah 'carry weight'.Dah tentu KJ yang consult AAB pasal Ezam ni.Sekarang Khairi tunggu masa untuk 'counter attack' menjelang Perhimpunan Agung.
http://rainwonder.blogspot.com/2008_04_04_archive.html
Salam Dato Rohanie,
saya turut mengikuti perkembangan politik M'sia secara halus dan teliti, saya turut menilai pandangan pelbagai pihak. amat takut sekiranya pihak yang menang adalah pihak yang tidak bertanggungjawab, yang berpolitik semata-mata berkepentingan individu dan kroni nya sahaja. saya ahli BN yang tidak aktif namun saya tetap menyokong perjuang pihak yang benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab.
Post a Comment