Thursday, June 19, 2008

ABDULLAH HADAPI TSUNAMI POLITIK FASA DUA?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kena segera bangkit daripada sindrom penafiannya dan bertindak decisive mulai sekarang. Beliau wajar membuat keputusan muktamad terhadap pelbagai persoalan berikut:

1. Adakah Abdullah insaf bahawa PRU12 telah memberikan isyarat bahawa rakyat jelata Malaysia sudah hilang keyakinan kepada beliau?

2. Jika insaf, syukur alhamdulillah. Jika tidak, bilakah proses peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilaksanakan oleh Abdullah? Akhir bulan ini? Tahun depan? Atau peralihan kuasa yang sudah diwar-warkan kebelakangan ini tidak akan jadi kenyataan sama sekali?

3. Adakah hasrat Abdullah untuk mengekalkan jawatan Presiden UMNO Malaysia akan diteruskan? Atau, adakah Abdullah akan dengan sukarela mengundurkan diri daripada persada politik tanahair dengan seberapa segera?

4. Benarkah desas-desus bahawa sebuah kuasa asing tertentu telah berjaya mempengaruhi Abdullah supaya tidak memilih Najib atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pewaris tampuk kekuasaan negara dan UMNO? Benarkah ura-ura yang mengatakan bahawa kuasa asing berkenaan, demi menjaga kepentingannya di Malaysia, mahukan Datuk Seri Syed Hamid Albar dijadikan pengganti Abdullah? Kalau benar, harap sahkan ura-ura ini. Jika tidak, harap nafikannya dengan seberapa segera.

Saya senaraikan soalan-soalan di atas sebagai reaksi kepada ura-ura komponen BN – SAPP – akan membawa satu usul undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat Isnin depan. Ura-ura ini adalah satu daripada manifestasi kehilangan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Abdullah mutakhir ini.

Lantas, banyak pihak pun mula tertanya-tanya, kenapakah Abdullah seolah-olah tidak langsung sensitif terhadap perasaan rakyat jelata di era pasca PRU12 ini? Kenapakah Abdullah langsung tidak memikirkan kesejahteraan UMNO mutakhir ini? Adakah Abdullah masih menunggu ketibaan Tsunami Politik Fasa Dua untuk melanda beliau sehingga tersingkir daripada persada kekuasaan negara secara hina? - Ruhanie Ahmad

1 comment:

* ainul AB * said...

Assalamualaikum Datuk Ron,

Pak Lah nak kita pegi Putrajaya, kemudian:

(1) Angkat beliau dari kerusi PM & campakkan ke bawah.
(2) Kemaskan semua barang2 beliau di ofis & Seri Perdana.
(3) Bakar barang2 tersebut di perkarangan Seri Perdana, manakala dokumen2 penting dihantar ke BPR.
(4) Mengiringi Pak Lah & konco2nya ke KLIA.
(5) Bagi tiket flight percuma, hantar beliau & konco2nya ke Pulau Seychelles macam sejarah dolu2 (buang negeri).
(6) Sebelum berlepas, mintak beliau pulangkan balik duit rakyat yg beliau sebat.
(7) oo..lagi satu sebelum berlepas jugak, mintak beliau mohon ampun & maaf kepada rakyat Malaysia kerana menjadi Bapa Kejatuhan Malaysia.

sebab... Pak Lah tak sanggup buat benda2 ni semua dgn sukarela melainkan diPAKSA.

Mari kita PAKSA beliau!!!

Wassalam.