Ruhanie Ahmad
Penggubalan dua akta baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan baru-baru ini memerlukan input pakar keselamatan tradisional dan sarjana kajian keselamatan bukan tradisional.
Pandangan ini diketengahkan bukan kerana kewibawaan Jabatan Peguam Negara dalam usaha menggubal undang-undang berkenaan adalah diragui. Tetapi, sebab wujud banyak faktor mengapa input pakar dan sarjana ini tidak boleh diketepikan.
Antara faktor-faktor yang relevan, penting dan perlu bagi menggabungkan pakar-pakar keselamatan ini dengan kepakaran Jabatan Peguan Negara dalam pembentukan undang-undang baru ini adalah seperti berikut:
Satu: Konsep keselamatan pada hari ini adalah luas dan dalam. Ini kerana corak ancaman kontemporari bukan hanya state-centric atau hanya berasaskan soal serangan ketenteraan.
Hakikat ini menyebabkan konsep keselamatan kontemporari merangkumi pelbagai aspek kesejahteraan manusia dalam konteks keselamatan nasional, termasuk keselamatan masyarakat, keselamatan politik dan keselamatan ekonomi.
Hakikat ini juga menyebabkan wujudnya pelbagai aspek baru mengenai keselamatan. Ini termasuklah aspek securitization of threats atau aspek yang membabitkan proses mengkategorikan serta memutuskan bahawa sesuatu tindakan atau perkembangan, atau pun seseorang atau sekelompok individu, adalah merupakan ancaman, baik kepada masyarakat atau negara.
Selanjutnya, adalah aspek securitization authority atau mengenai autoriti yang mengkategorikan serta memutuskan bahawa sesuatu perkara atau individu adalah merupakan ancaman kepada masyarakat atau negara.
Kedua-dua aspek inilah yang menyebabkan ISA menjadi undang-undang yang dipertikaikan oleh segolongan rakyat Malaysia, terutamanya pihak parti-parti pembangkang. Ini disebabkan proses mengsekuritisasikan ancaman dan badan pensekuritisasian ancaman, dalam konteks ISA, adalah dilakukan oleh pemerintah menerusi agensi-agensi keselamatannya.
Kedua-dua aspek ini tidak menyalahi undang-undang. Tetapi, konsep-konsep kemanusiaan mutakhir ini, seperti konsep hak-hak asasi manusia, menyebabkan kedua-dua aspek di atas disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai proses untuk melindungi kepentingan pemerintah atau kepemimpinan negara, bukannya untuk melindungi keselamatan masyarakat atau keselamatan nasional.
Oleh sebab itu, para penggubal undang-undang baru untuk menggantikan ISA perlu mengambil kira kedua-dua aspek di atas supaya tidak menimbulkan implikasi politik negatif kepada pemerintah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan masyarakat dan keselamatan nasional.
Dua: Konsep kemanusiaan juga turut berkembang dan melalui evolusi selaras dengan tuntutan zaman. Hakikat ini bukan sahaja membabitkan konsep hak-hak asasi manusia sejagat dan juga kesamarataan. Ia juga merangkumi konsep baru seperti digniti insan manusia dalam semua aspek kehidupan.
Dalam konteks ini, para penggubal undang-undang bagi menggantikan ISA wajar mengambil kira konsep digniti insan atau human dignity supaya undang-undang yang baru ini tidak dipertikaikan dari sudut ini.
TIGA: Konsep kebebasan adalah kian meluas. Ia juga dieksploitasikan oleh sesetengah kelompok politik, menerusi prinsip kebebasan bercakap, bergerak dan berpersatuan, sebagai jentera mempengaruhi sekelompok manusia supaya bersikap anti-kerajaan kerana kononnya mereka disekat bukan atas kepentingan keselamatan nasional.
Oleh sebab itu, para penggubal undang-undang baru bagi menggantikan ISA perlu mengkaji semula serta mendalami konsep ini supaya ianya mengambil kira sensitiviti setempat.
Empat: Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang masih muda dan masih memerlukan perlindungan institusi dan undang-undang yang mungkin kurang liberal berbanding dengan demokrasi di barat.
Oleh sebab itu, apa jua undang-undang baru mengenai ketatanegaraan bagi menggantikan ISA di Malaysia tidak seharusnya mengkompromikan hakikat kemajmukan rakyat Malaysia supaya kelangsungan negara ini tidak musnah akibat sikap libral tanpa batasan.
Dalam konteks ini, para penggubal undang-undang bagi menggantikan ISA wajar mendapatkan khidmat sarjana keselamatan kontemporari. Ini kerana mereka akan menganalisis kemajmukan Malaysia menerusi konsep the idea of the state atau konsep gagasan negara seperti yang diperincikan oleh pelbagai sarjana di Eropah yang prihatin terhadap keselamatan masyarakat dan keselamatan nasional di sesebuah negara majmuk.
Kesimpulannya, penggubalan undang-undang baru bagi menggantikan ISA perlu menggabungkan pemikiran pakar keselamatan tradisional dan sarjana di bidang keselamatan bukan tradisional. Ini bermakna Jabatan Peguam Negara perlu memberikan ruang seluas-luasnya kepada individu Malaysia yang pakar dalam soal ancaman tradisional dan sarjana Malaysia yang pakar di bidang ancaman bukan tradisional.
Jika ini dapat dilakukan, undang-undang baru yang akan menggantikan ISA pastinya berkesan dan diterima sepenuhnya sebagai undang-undang bagi menjamin kelangsungan Malaysia daripada ancaman tradisional dan bukan tradisional demi kesejahteraan rakyat jelatanya yang berbilang agama, keturunan dan sosio-budaya.