Wednesday, July 2, 2008

MARTABATKAN PERJUANGAN BANGSA

Kiriman Zahari S

Pada 29 Jun 2008, saya siarkan nostalgia Saudara Zainal Sikum - anak Panchor, Muar, yang kini sudah 33 tahun menetap di Kota London - mengenai kehidupan beliau di era pra-merdeka. Kata Zainal, waktu pengganas komunis bermaharajalela di hujung kampungnya di zaman darurat, ada kalanya beliau sekeluarga terpaksa makan biji getah dan ada waktunya mereka hanya makan ubi kayu. Di era awal pasca merdeka pula, Zainal terpaksa mengayuh basikal pergi-balik sejauh 36 batu untuk belajar di High School Muar.

Hari ini saya siarkan cebisan kisah hidup Saudara Zahari untuk dikongsikan dengan anak-anak bangsanya “yang tidak pernah merasakan kesusahan untuk mendapatkan pelajaran tinggi tanpa DEB,” yang “tidak mempunyai sejarah tersendiri untuk menilai apa yang ada sekarang ini,” yang “tidak mempunyai semangat dan jatidiri” yang unggul untuk memartabatkan bangsa, serta yang “sanggup menggadaikan dasar perjuangan untuk mendapat keuntungan peribadi.” Kisah hidup Zahari sepenuhnya adalah seperti berikut:

Walaupun saya bukan seangkatan dengan Datuk dan rakan-rakan Datuk yang lain, saya dapat merasakan bagaimana susahnya untuk menimba ilmu bagi memperbaiki diri kita di masa depan.

Saya merupakan anak ke tujuh dari lapan orang adik beradik. Arwah bapa saya seorang konstabel polis. Beliau meniggal semasa saya berusia 12 tahun. Selepas itu, dengan duit pencen terbitan yang tidak seberapa, ibu saya telah berusaha siang dan malam untuk memastikan semua anak-anaknya boleh berjaya dalam pelajaran. Pada masa itu, ibu saya berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan di pasar di kawasan rumah kami.

Alhamdulillah, kami semua berjaya dan sekarang ini telah mempunyai keluarga sendiri.

Bagi diri saya, kehidupan zaman remaja sungguh susah dari segi kebendaan kerana kebayankan kami masih bersekolah. Namun begitu, ibu telah menggantikan kebendaan dengan memastikan bahawa kami semua berjaya dalam pelajaran.

Saya harap tulisan ini dapat dikongsikan oleh kebanyakan anak-anak bangsa saya, terutamanya yang berumur 30 tahun ke bawah, yang tidak pernah merasakan kesusahan untuk mendapatkan pelajaran tinggi tanpa DEB. Mereka ini semua tidak mempunyai sejarah tersendiri untuk menilai apa yang ada sekarang ini. Oleh kerana itu, mereka tidak mempunyai semangat dan jatidiri yang diperlukan untuk memartabatkan bangsa Melayu sehingga sanggup menggadaikan dasar perjuangan asalkan mereka mendapat keuntungan peribadi. - Zahari S, 2:24 AM, 2 Julai 2008.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Zahari kerana sudi berkongsikan kisah silam dirinya menerusi blog ini. Saya harap Zahari akan sudi mengirimkan kisah kejayaan dirinya serta adik beradiknya kepada blog ini sebagai motivasi kepada anak-anak bangsanya. Mudah-mudahan coretan hidup ini akan diambil iktibar oleh golongan sasar yang sewajarnya. – Ruhanie Ahmad

3 comments:

berasiam said...

Salam Datuk Ron

Memang mengecewakan apabila Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diharapkan dapat memupuk jatidiri Malaysia di kalangan para pesertanya dikatakan membawa hasil yang begitu berbeza, khususnya di kalangan bangsa Melayu. Entah bagaimana pendekatan yang diterapkan, dilaporkan bahawa Melayu lepasan PLKN mempersoalkan DEB dan berpendapat bahawa DEB telah mengakibatkan bangsa Melayu kehilangan daya saing untuk mandiri di negara ini. Pendapat yang dikatakan bertitik tolak dari rasa simpati kepada peserta bukan Melayu dalam PLKN menyalahkan satu dasar yang kepada generasi sebelumnya telah berjasa besar dalam memastikan nasib bangsa Melayu terbela di tanah air sendiri. Jika benar ada lepasan PLKN yang berpegang kepada pendirian sedemikian, mereka hendaklah membuktikan bahawa mereka mampu mencipta kejayaan pada masa depan dalam persaingan terbuka dengan bangsa lain. Mereka ini perlulah menolak segala peluang yang diterbitkan oleh DEB dan berjuang dalam gelanggang terbuka yang pada mereka lebih adil. Semangat mereka memanglah dipuji dan hasil DEB tentunya mendoakan mereka ini lebih berjaya daripada penerima-penerima manfaat DEB.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

PLKN ertinya Projek Laba Kroni Najib!

DEB ertinya Dana Ekonomi Badawi!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

PR Juasseh/Jemapoh said...

Assalamualaikum..........
Saya adalah anak kampung nun jauh di pendalaman yang baru balik dari berhijrah ke luar negara mencari rezeki.
banyak persoalan yang mencuit saya tetapi sebagai orang yag beragama Islam yang percaya 5 Rukun dan segala perintah Allah dan rasulnya cukup hairan apabila pentingnya bangsa berbanding dengan Agama Islam sendiri,
Bayangkan kitaran dan ikutan kita, : Lahir dikamat & Azan secara islam, Belajar mengaji secara islam, sembahyang secara islam, makan dengan bismillah secara islam, berselawat secara islam, khawin secara islam, makan halal secara islam, mati dikebumikan secara islam dan banyak lagi dibuat secara islam TETAPI kenapa berpolitik tak kembali secara Islam, mengapa memilih sesuatu politik secara Assabiah, apa perlu banggga dengan bangsa dari agama kita yang dicintai. Apa pendapat saudara dato' jika dibagi pilihan pimpinan Ulama dari negeri cina dengan Dato Jamaludin Jarjis?
harap dapat dato' siarkan pendapat saya ini dan membuat ulasan.
Secara jujur kita sekarang kalut dengan perpecahan bangsa melayu tetapi secara kita suka atau tidak JALAN TERBAIK KEMBALI KEPADA ISLAM.( BUKAN PADA MELAYU )
nota tambahan : jika Dato perpendapat Melayu itu Islam, dan Islam itu Melayu, maaf pendapat dato Saya sangkal - Akibat gejala MURTAD - bukan saja di Malaysia, Indonesia,tetapi diseluruh dunia misalnya South Afrika )