Thursday, July 3, 2008

NAJIB TEGASKAN TIDAK KENAL ALTANTUYA

KUALA LUMPUR 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, akuan bersumpah pegawai penyiasat P. Balasubramaniam berkaitan hubungannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu merupakan usaha terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengalihkan perhatian umum terhadap dakwaan liwat yang dihadapinya.

Timbalan Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak mengenali Altantuya.

Menurutnya, akuan bersumpah itu merupakan satu pembohongan yang amat dahsyat, rekaan semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan bertujuan mencemarkan imej beliau.

``Saya amat yakin ia usaha terdesak oleh Anwar untuk mengalihkan perhatian terhadap tuduhan liwat yang dihadapinya,'' kata beliau pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Najib mengakui beliau ditemui oleh Mohd. Saiful Bukhari untuk mendapatkan nasihat setelah mendakwa dirinya diliwat Anwar. – Utusan.

8 comments:

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

LIHAT SEKAWAN KUMPULAN BADAK,
BADAK DUDUK DI DALAM SEMAK;
JIKA BERKAWAN DENGAN BEBUDAK,
AKAL FIKIRAN JUGA MENJADI BUDAK.

Alangkah hebatnya akal seorang budak yang hanya rakyat biasa, tidak lulus untuk melanjutkan pelajaran, tiba-tiba berani dan begitu mudah bertemu dengan seorang Timbalan Perdana Menteri.

Cuba fikirkan dengan waras! Apakah budak itu secara tidak sengaja atau disengajakan untuk bertemu dengan seorang Timbalan Perdana Menteri sedangkan bukan tugas Timbalan Perdana Menteri untuk menerima aduan. Adakah budak itu saudara mara TPM atau isteri TPM? Atau ada hubungan kait tertentu?

Janganlah anggap rakyat hari ini sebodoh itu hanya mendengar dan patuh dengan apa yang tv atau surat khabar media massa kerajaan Umno/Bn siarkan tentang kebaikkan Umno/Bn dan keburukan PAKATAN RAKYAT.

Hanya mereka yang bengap, duduk nun dicarok kampung hulu sungai Pahang
dan mereka yang berkepentingan diri mempercayai cerita-cerita dongengan
seorang pemimpin?

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Unknown said...

Agak menghairankan juga, kenapa perlu Saiful mengadu kepada Najib setelah beliau diliwat. Apakah hubungan beliau dengan Najib. Tapi menurut Najib beliau tidak pernah mengenali Saiful, Saiful cuma berurusan dgn pegawainya sahaja. Melalui riak wajah Najib dalam sidang akhbar tadi, tampak wajah seseorang yg sedang berusaha untuk berbohong.

Ibnu Ahmad said...

statement dato najib nampaknya berbelit2..awas dato nanti terjerat diri sendiri..

Ibnu Ahmad said...

teringat kata2 orang tua...
" bercakap bohong , lama2 jd pencuri"

Unknown said...

I'm ashame!.. As Malaysian, there's nothing to proud.. Why our politician too "STUPID"?.. Trying to kill each other because of power.. Oh my god!

Beyta said...

tidak saya jangkakan pergolakan politik hari ini... tapi saya mohon agar semua rakyat Malaysia tetap bersatu dibawah nama Anak Malaysia... Pedulikan mereka yang diatas... jangan jadikan diri kita sebagai boneka percaturan mereka... Kita menentukan arah perjuangan negara kita...

nrewz said...

Saya dah lihat 2 penafian Najib,kedua2 penafian tersebut ada persamaan.Ada "Inner Dialog" didalam pemikiran beliau sebelum memberi komen.Ternyata jawapan beliau tersebut bukan lah fakta sebenar melainkan rekaan semata2.Lambat laun akan menjerat Najib sendiri. Saya bukan Pro Anwar malah tidak juga Pro BN,tetapi kalau sudah sampai ketahap memalukan sesama manusia dengan cara begitu,mereka2 ini bukan sahaja tidak layak menjadi pemimpin negara,malah tidak layak juga memimpin keluarga sendiri.Just pegi kedai,beli cangkul gali kubur sendiri.Meluat tengok..

pibg skkp said...

Betul punya bagus our TPM. But, why si saiful tu tak jumpa terus dgn PM?
Makluman kepada semua mangsa2 rogol, selepas ini saudara/ri digalakkan terus mengadu kepada TPM untuk menunjukkan bukti anda telah dirogol.!!
Apalah bodo punya TPM, nak tutup lubang, tak sedar gali lubang kubur sendiri.. rakyat menunggu dengan penuh suspen ending cerita TPM kita ini.. Takbir!!