STATUS QUO KEKUASAAN NEGARA
MESTI DIROBAH DENGAN SEGERA
Ruhanie Ahmad
Perkembangan politik yang sedang menggegarkan tanahair ketika ini adalah satu thriller masterpiece karya pencatur kuasa yang bijaksana. Ia menggabungkan elemen seks, jenayah, darah dan nyawa. Ia dirancang secara rapi. Ia dilaksanakan secara menawan dan penuh sensasi.
Sukar untuk memastikan sama ada thriller ini disediakan oleh satu pihak yang khusus. Tetapi, matlamat utamanya adalah satu - mempertahan, mengukuh serta mengekalkan status quo kekuasaan negara yang wujud sekarang – biarpun lemah, tempang dan telah disanggah oleh rakyat jelata menerusi PRU12.
Malamat ini dicapai menerusi penggunaan plot adu-domba, babak tohmah-mentohmah, adegan perbalahan terbuka dan proses pembunuhan watak atau character assassination secara baling batu sembunyi tangan.
Secara khususnya, matlamat ini dicapai menerusi satu strategi serampang empat mata seperti berikut:
Satu: Serampang pertama bertujuan mecalar dan mencemarkan kredibiliti dan integriti Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini dilaksanakan menerusi menerusi pelbagai cara. Paling menonjol sekali menerusi penggunaan akuan bersumpah atau statutory declaration yang sensasi.
Bersumpah
Akuan bersumpah pertama dibuat oleh Raja Petra Kamarudin selaku pengoperator sebuah portal berita internet. Ia disasarkan secara tepat kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Najib. Ia juga disasarkan secara sipi atau indirect kepada Najib.
Akuan bersumpah kedua dibuat oleh P. Balasubramaniam, seorang penyiasat persendirian yang nampaknya bersekutu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat PKR. Akuan bersumpah ini memang jelas disasarkan secara tepat atau direct kepada Najib.
Walaupun Najib sudah menafikan segala-galanya, dan akuan bersumpah oleh Balasubramaniam sudah ditarik balik menerusi satu lagi akuan bersumpah yang mengandungi penafian yang sewajarnya, kesan kedua-dua akuan bersumpah ini tetap sama.
Persepsi umum terhadap Najib jadi amat negatif. Krebibiliti dan integriti Najib tercalar dan tercemar. Najib dipandang serong. Najib diragui. Peluang Najib mewarisi takhta kepimpinan negara jadi samar-samar. Peluang Najib bertanding jawatan Presiden UMNO juga mula diselubungi gerhana.
Secara tidak langsung, Najib kini diibaratkan seolah-olah sedang menjalani satu proses pembunuhan watak yang dilaksanakan secara perlahan dan penuh sensasi.
Tohmah
Dua: Matlamat serampang yang kedua ialah untuk musnahkan kerjajaya politik Anwar. Ini juga dilakukan menerusi pelbagai cara. Paling ketara sekali adalah menerusi satu laporan polis yang menuduh Anwar kononnya meliwat seorang pemuda berumur 23 tahun.
Tindakan anak muda ini pula ditohmahkan sebagai didalangi oleh Najib. Lantas, Anwar pun jadi defensif dan berang. Pada 3 Julai 2008, Anwar pun menghebahkan kandungan satu akuan bersumpah oleh Balasubramaniam mengenai Najib.
Tetapi, walaupun akuan bersumpah ini memang menjejaskan Najib seperti dihuraikan di atas, kesannya terhadap Anwar juga tetap sama padahnya.
Persepsi umum terhadap Anwar jadi negatif. Tuduhan liwat terhadap Anwar yang terbaru ini tetap menggerhanai politik dirinya. Integriti dan kredibiliti Anwar mula dipersoalkan. Ura-ura Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 jadi semakin diperlekehkan oleh segolongan rakyat Malaysia.
Seluruh kesan di atas jadi semakin serius bila pada 4 Julai 2008, Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya mengenai Najib. Tindakan ini menyebabkan politik, nama baik dan imej Anwar kian meredum dan parah.
Terlalai
Secara tidak langsung, seluruh kesan di atas juga menyebabkan Anwar seolah-olah sama seperti Najib - melalui proses pembunuhan watak secara perlahan dan sensasi.
Tiga: Matlamat serampang yang ketiga adalah memastikan rakyat jelata Malaysia jadi asyik dan terlalai dengan sensasi politik mutakhir ini.
Dengan cara ini diharapkan rakyat jelata melupakan seluruh kemarahan serta kekecewaan masing-masing terhadap cara dan gaya pucuk pimpinan tertinggi negara mutakhir ini menangani isu kenaikan harga bahan petroleum yang menyebabkan kesengsaraan hidup mereka.
Menerusi cara ini juga pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah disanggah oleh rakyat jelata menerusi PRU12 seolah-olah terbebas daripada desakan dan tekanan supaya beliau meninggalkan persada kekuasaan tanahair dengan seberapa segera.
Empat: Matlamat serampang yang keempat adalah memastikan warga UMNO jadi bingung dan keliru terhadap perkembangan politik semasa yang penuh sensasi ini.
Putus Asa
Kebingungan dan kekeliruan ini diharap menyebabkan seluruh warga UMNO berasa jijik, muak dan jelak untuk terus mempersoalkan proses peralihan kuasa kepada Najib.
Ia juga diharap menjadikan warga UMNO tidak ambil peduli lagi terhadap soal kesejahteraan parti, dan jadi amat putus asa terhadap usaha mendesak pucuk pimpinan tertinggi parti mengosongkan kerusi Presiden UMNO dengan segera demi agama, bangsa dan tanahair.
Demikianlah hebatnya kesan thriller percaturan kuasa yang sedang melanda Malaysia hari ini. Ia telah menjerumuskan Najib dan Anwar Ibrahim - dua personaliti yang berpotensi besar untuk menggugat status quo kekuasaan negara - ke kancah kontroversi yang serius dan terbuka.
Hebat sungguh dalang di sebalik percaturan kuasa ini. Anwar digelabahkan dengan tuduhan Saiful. Najib pula digabrakan dengan kes Altantuya yang melatari siasah Malaysia mulai 2006.
Soalnya, siapakah mastermind kepada percaturan ini? Adakah mereka karyawan lokal? Mungkinkah mereka karyawan regional? Mustahilkah mereka karyawan global? Atau, barangkalikah gabungan daripada keseluruhannya?
Tukar Rejim
Inilah persoalan pokok yang sepatutnya menghantui seluruh rakyat jelata yang prihatin terhadap kesejahteraan negara pada ketika ini.
Oleh itu, jangan sekali-kali rakyat jelata izinkan diri masing-masing dilalai dan diasyikkan dengan persembahan thriller politik bertaraf masterpiece ini.
Desakan supaya persada kekuasaan negara dikosongkan dengan serta merta mestilah diteruskan. Desakan supaya kerusi Presiden UMNO dikosongkan dengan segera juga mesti dilakukan secara konsisten.
Jangan hilang fokus dan jangan kematian punca. Wajah-wajah dalang di sebalik thriller politik bertaraf masterpiece ini pasti akan dapat didedahkan sesudah tanahair ini mengalami pertukaran rejim.
Hakikatnya begitu kerana kemungkinan besar para karyawan yang menghasilkan thriller politik ini adalah mereka yang berselindung di sebalik kuasa yang wujud pada hari ini. Jika tidak, mana mungkin matlamat utama thriller ini adalah mempertahan, mengukuh dan mengekalkan status quo kekuasaan Malaysia mutakhir.
Super Canggih
Oleh itu, kita serahkan soal Anwar dan soal Najib serta soal Saiful dan soal Altantuya ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat serta memastikan kebenaran atau kepalsuannya.
Pada waktu yang sama, kita insafkan semua pihak bahawa kebenaran yang hakiki kepada segala-galanya ini hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
Kita sedang berada dalam satu era yang amat membimbangkan. Kita sedang menyaksikan permainan serta percaturan kuasa yang super canggih. Kita mempunyai kuasa dan hak untuk memberhentikan segala-galanya.
Kita persetankan seluruh sensasi yang wujud hari ini. Kita gunakan kebijaksanaan dan keberanian kita untuk bersuara dan bertindak secara berhemah dan berkesan supaya status quo kekuasaan negara mutakhir ini dirobah dengan segera.

6 comments:
Adakah sejarah kejatuhan Melaka akan berulang?? Jika berulang, berapa lamakah kita boleh kembali 'merdeka'? 50 tahun, 100 tahun atau lebih??
-black stone-
Dato Ron yang dihurmati.
Kon amatlah hairan sekali dengan banyak sangat ahli-ahli politik Umno khasnya (tak termasuk Dato dan beberapa orang yang jujur berpolitik untuk bangsa agama dan tanahair) dan Bn umumnya yang amat takut sangat dengan pucuk pimpinan! Apakah mereka juga ada manik-manik yang tersimpan di dalam file pucuk pimpinan?
Kalaulah begitu penakutnya, apakah menunggu rakyat mengubah kedudukan mereka itu di PRU 13 nanti?
Jangan susahkan rakyat! Jangan alih persoalan besar yang dihadapi rakyat! Jangan cuba pucuk pimpinan Umno menutup bangkai gajah dengan sehelai daun lalang!
Kudis akan menjadi pekong, bau dan nanahnya akan mengalir jua melepasi balutan!
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
SALAM DATO'...
bagaimana kita harus menyerahkan bulat2 hal2 sensasi tersebut pada pihak berkuasa menetukannya???sedangkan pihak berkuasa juga kita ragui akan integriti dan sifat telus mereka...
so..pd siapakah harus kita serahkan mereka untuk diadili seadilnya??? pihak antarabangsa??? adilkah mereka??? pening sy datuk...
Salam Datuk,
1. Sememangnya usaha yag dilakukan secara masterpiece ini adalah satu cara untuk defokus kepada permasalahan yang amat perlu diberi perhatian dan diperhalusi oleh rakyat.
2. Dalam usaha ini, peranan harus lah di mainakn oleh pihal media alternatif, blogger amnya, untuk membawa kembali perhatian rakyat kepada arus politik utama Malaysia.
3. Saya berharap datuk tidak akan putus semngat dalam usaha untuk menyedarkan rakyat tentng bahaya jenayah yang terancang ini... yang sememangnye didalangi oleh think tank kuasa-kuasa besar mahupun gabungan orang dalam sendiri.
Jangan isu Anwar mengalpakan perubahan politik dalaman Umno. Pak lah dan kroni perlu ditukar. Najib tidak bisa membawa imej yang baik. Ku Li sudah tertinggal bot. Muhyiddin perlu rakan penggerak perubahan yang serius.
Kalau institusi polis dan kehakiman telus, bebas dan pro, insyaalllah semua isu yang dicatat oleh tuan akan beres. Yang penting anggota Umno pilihlahlah pemimpin yang berjiwa Islam, Melayu dan adil dengan bukan Islam.
www.sokongpr.blogspot.com
Post a Comment