Saturday, January 26, 2008

Anwar Layak Bertanding Pilihan Raya Kecil – SPR

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bertanding dalam pilihan raya kecil di kerusi Parlimen yang dikosongkan oleh PKR selepas pilihan raya umum akan datang.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hasrat yang diluahkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini adalah seperti diperuntukkan mengikut Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

“Mengikut peruntukan itu, pilihan raya kecil boleh diadakan jika berlaku kekosongan luar jangka iaitu kematian seseorang calon atau ada yang meletakkan jawatan.

“Seperkara lagi, pilihan raya kecil perlu diadakan sebelum dua tahun tempoh hayat Parlimen tamat,’’ ujar jurucakap itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau akan memastikan dirinya berpeluang menjadi wakil rakyat menerusi cara tersebut jika tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum yang dijangkakan diadakan sebelum April ini.

“Jika tidak dapat bertanding pada Mac ini, saya akan bertanding pada Mei di kawasan yang kami menang.

“Calon yang menang akan berundur dan memberi ruang untuk saya,” ujar Anwar kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Ipoh, Rabu lalu.

2 comments:

bulya nazim bin lob aziz said...

Sebagai pemimpin yang berwawasan dan berkarisma, setiap jawapan yang diberikan akan meninggalkan tamparan yang hebat kepada pihak lawan.

Lihatlah dalam isu PRU12 ini, beliau tidak bimbang samaada ia akan diadakan sebelum atau selepas April 2008. Apa yang penting ialah halatuju beliau untuk mewakili suara rakyat di parlimen.

Apa yang saya lihat ialah pihak UMNO dan menterinya yang terkejut. Inilah nilai seorang pemimpin.

Unknown said...

Datuk,

Jika Anwar ada peluang bertanding PRU di DUN P.Pinang, beliau akan di tabalkan menjadi Ketua menteri P.Pinang Melayu pertama di malaysia.