Serangan DVD Skandal VVIP
Dijangka Merebak Ke Pahang
Proses pembunuhan karektor ke atas beberapa VVIP politik Barisan Nasional (BN), termasuk UMNO, menerusi penyebaran DVD atau buku yang dipercayai mengandungi babak-babak skandal, termasuk skandal seks, dijangka merebak ke Pahang dalam tempoh terdekat ini.
Sumber-sumber memberitahu blog ini hari ini bahawa serangan di Pahang dijangka tertumpua kepada dua kawasan Parlimen tertentu. Motifnya dipercayai adalah untuk menyingkirkan mangsa sasaran skandal itu daripada arus perdana politik Malaysia.
Sumber-sumber yang sama juga menegaskan bahawa proses pembunuhan karektor ini dipercayai sebahagian daripada agenda konspirasi yang dipelopori sejak dua tahun lalu oleh sesetengah pihak yang mendakwa rapat dengan seorang pembesar tertentu.
Bagaimanapun, proses ini jadi semakin ketara kerana PRU12 dijangka diadakan pada tempoh suku pertama tahun 2008. [Blog ini sudah menerima maklumat mengenai tarikh bila Parlimen Malaysia dijangka dibubarkan. Tetapi, kerana maklumat ini perlu di siasat dengan lebih terperinci, kisah pembubaran ini hanya akan saya poskan bila segala maklumat mengenainya sudah saya pastikan secara muktamad.]
Persoalannya pada hari ini ialah: siapakah di sebalik konspirasi berkenaan? Benarkah konspirasi itu dikatakan direstui oleh seorang pembesar tertehtu? Dan, apakah peluang BN jadi bertambah cerah jika beberapa tokoh VVIPnya “dibunuh” menerusi konspirasi berkenaan?
Pada waktu yang sama, adakah apa yang terjadi ke atas menteri MCA yang hari ini meletakkan jawatannya dalam kabinet, sebagai Ahli Parlimen, dan keseluruhan jawatan di dalam MCA pusat, negeri dan bahagian, adalah sebahagian daripada konspirasi tersebut?
Menteri MCA itu mengundurkan diri daripada politik kerana sebuah DVD yang mengandungi adegan seks membabitkan dirinya dengan seorang wanita telah disebarkan di Batu Pahat dan Muar sempena tahun baru 2008.
Beberapa sumber memberitahu blog ini hari ini bahawa penyebaran DVD itu dipercayai dilakukan oleh seorang individu berpengaruh yang baru-baru ini dikatakan telah dikecewakan oleh keputusan menteri berkenaan yang enggan menyokong satu cadangan perniagaan berkaitan kesihatan di kawasanWPI.
Bagaimanapun, beberapa sumber lain pula memberitahu blog ini bahawa apa yang terjadi ke atas menteri MCA itu adalah sebahagian daripada percaturan politik yang besar di dalam parti tersebut, khususnya mengenai kemungkinan MCA mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri II selepas pilihan raya umum kelak.
Oleh itu, sukar untuk dipastikan sama ada kemungkinan konspirasi dalam MCA itu juga adalah sebahagian daripada konspirasi yang akan menyebarkan DVD atau buku ke dua kawasan Parlimen di Pahang tidak lama lagi.
Dalam pada itu, individu berpengaruh yang dipercayai kecewa dengan keputusan menteri MCA itu dikatakan adalah seorang daripada anggota konspirasi yang dijangka bergerak ke Pahang dalam tempoh terdekat ini.
Oleh itu, waspadalah. Konspirasi dan pembunuhan karektor kini seolah-olah menjadi budaya politik Malaysia. Sesiapa yang mempunyai “jerangkong di dalam gerobok” ketika ini, awas, anda mungkin jadi mangsa gerakan ini jika anda tidak komited kepada pembesar berkenaan!
Sebagai satu imbasan sejarah, kira-kira 25 tahun yang lalu, Kerajaan Negeri Kedah digegarkan dengan kontroversi klip video Mantoya yang dikatakan mengandungi babak-babak pesta arak yang yang kononnya membabitkan seorang individu tertentu di negeri berkenaan.
Pada ketika itu dunia belum lagi mengalami ledakan ICT. Ini bermakna pengeluaran video fitnah seperti itu amat sukar untuk dilakukan melainkan oleh pihak yang pakar mengenainya. Dan, pakar itu kononnya wujud di sebuah negara jiran di utara.
Bagaimanapun, sama ada video itu sahih atau sebaliknya, individu yang dibabitkan dalam video berkenaan pun meletakkan kesemua jawatannya dalam kerajaan dan parti. Beliau bertindak demikian atas nama akauntabiliti seorang pemimpin di peringkat negeri. – Ruhanie Ahmad

4 comments:
Let it be known to the world that the persons in following links (dead or alive) are our families:
http://www.al-baz.com/shaikhabdalqadir
http://en.wikipedia.org/wiki/Walisongo
http://www.naqshbandi.org/events/asia97/habibnoh.htm
http://www.geocities.com/traditionalislam/TokKenali.htm
http://infopedia.nlb.gov.sg/articles/SIP_3_2004-12-14.html
http://www.perak.gov.my/sultan/english/content.html
http://www.mykedah2.com/raja_kita/eng/040000.htm
http://www.perlisroyalty.gov.my/bi/aluan.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_of_Selangor
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_of_Johor
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_of_Pahang
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_of_Terengganu
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ismail_Petra_of_Kelantan
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_of_Brunei
Whosoever is related to them is also our family. Whosoever messes up with them shall be answerable to us personally.
Best Regards.........
bukit.chandan@gmail.com
Saya agak saya tau sapa akan jadi mangsa konspoirasi di Pahang. Pertama sekali, Najib. Kedua, Tok Nan. Ketiga, Tok JJ. Betul tak?
Tapi Nujum Pak Belalang (bukan Pak Habib) kata, ramai lagi akan jadi mangsa. Perlis ada, Selangor ada, Johor pun ada!
Baguslah Pak Lah. Tahniah! Tapi, dalam blog anti-khairy ada satu gambar lelaki bogel dengan wanita bogel. Pak Lah tak nak siasat ke? Suruhlah KJ siasat!!!!!
Saya pun macam kudakepang juga iaitu harapan saya semoga DS Najib dapat menyelesaikan segala kelemahan Pak Lah jika jadi PM nanti.
Tetapi di akhir-akhir ini rata-rata mengatakan DS Najib tidak layak jadi PM kerana dikaitkan dengan rasuah komisyen membeli kapalselam disamping dikaitkan dengan gambar Altantuya.
Bagi saya untuk membuktikan kebenaran DS Najib elok benar samankan saja pemimpin PKR yang sering menyebut kononnya DS Najib bergelombang dengan rasuah dan juga dikaitkan dengan seorang artis di Port Dickson.
Dulu harapan saya cukup tinggi kepada DS Najib untuk menggantikan tempat Pak Lah.Tetapi kini tumpuan saya beralih kepada YBM Tengku Razaliegh Hamzah dan Dato Sharil sebagai pemimpin yang dapat menaikkan imej UMNO yang mula tidak diyakini oleh oarng-orang Melayu.
UMNO dikatakan mengkhianati tulisan jawi, tanah simpanan Melayu dan dituduh mengenepikan Kedudukan Bahasa Melayu. Percayalha bahawa Bahasa Melayu akan layu dalam masa 10 tahun lagi angkara UMNO.
Katanya, lihatlah sekarang orang Melayu tidak suka lagi bercakap Melayu kalau ada pun Melayu campur terutamanya golongan elit dan korporat. Tetapi saya masih yakin kepada DN Najib dan Dato' Rais bahawa mereka berdua sayangkan Bahasa Melayu jika dibandingkan dengan Pak lah yang dianggap lembik/lemah dan tidak tegas dalam menentukan polisinya terutamanya mendaulatkan semula Bahasa Melayu.
Datuk, tak guna kita suruh-suruh Najib bertindak tegas untuk challange sapa-sapa yang nak singkirkan dia. Najib pengecut. Orang dah nak sembelih dia, pun dia masih nak sokong jugak. Tapi, mungkin Najib pun ada peluru gajah yang boleh bedil AAB sampai tergolek. Kalau tak, mana dia rilek aje sedangkan pengikut-pengikutnya semua gabra takut Najib kena sembelih KJ.
Kalau Najib tak ada peluru gajah dan senapang gajah, biarkan dia tergolek kena sembelih. Kita dah bagi warning. Tapi dia tak nak dengar, apa kita boleh buat?
Post a Comment