KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.
Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di sini hari ini, baginda menegaskan, apa yang penting pada masa ini ialah menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan.
Titah baginda, ini bermakna, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.
‘‘Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kepincangan di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan.
‘‘Oleh itu, dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.
‘‘Perbuatan demikian jika tidak dihentikan dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang-orang Melayu,” titah baginda.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

1 comment:
Saya amat setuju dengan penulisan ini. Sebagai tambahan supaya ia mudah difahami oleh student uni yang sangat liberal itu.
...Terbukti apa yang dijadikan DASAR oleh kerajaan BN dalam program pembangunan negara adalah sangat baik dan murni. Umpamanya DEB, Bajet untuk pendidikan rakyat yang selalunya tinggi, Mempertahankan dan mengumandangkan siar islam sebagai agama rasmi negara, tanpa merosakkan agama lain,dan berbagai-bagai DASAR lagi.
Semuanya baikkan. Bukan ini yang dipertikaikan. Jika berlaku kelemahan, ianya adalah dari sudut pelaksanaan. Ertinya kakitangan kerajaan, kakitangan swasta dan para peniaga. Bila Pemimpin kata jangan amalkan rasuah, masih byk kakitangan kerajaan yang mengamalkannya. Bila kerajaan kata penyertaan kaum bumi belum belum memuaskan disektur swasta, makin ramai taukeh-taukeh swasta yang tidak mengambil tenaga utama kompany mereka dikalangan bumiputera. dan berbagai-bagai lagi. Harga barang payah nak turun bukan kersalahan pemimpin, tapi para peniaga. Ada fahamkah.
Post a Comment