Friday, November 28, 2008

ABDULLAH MULA BERTEGAS MENGENAI RASUAH POLITIK?

Berita yang saya petik daripada utusan on-line di bawah ini sewajarnya menggembirakan semua pihak yang membenci rasuah politik.

Bagaimanapun, kini ada juga pihak yang tertanya-tanya, benar atau tidak bahawa pengamal-pengamal rasuah politik di peringkat tertinggi dalam UMNO mutakhir ini kononnya adalah menantu, konco serta kroni Abdullah sendiri?

Abdullah sewajarnya menafikan perkara ini supaya semua pihak yang dididakwa berbuat demikian terbebas daripada desas-desus ini. Tetapi, bagaimanakah jika ini adalah satu kebenaran? Beranikah Abdullah menafikannya? – Ruhanie Ahmad

PELAKU POLITIK WANG BOLEH DILUCUT JAWATAN – ABDULLAH

PUTRAJAYA 27 Nov. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada pelaku politik wang dalam UMNO bahawa mereka berisiko dilucutkan jawatan meskipun menang pada pemilihan parti Mac depan jika terbukti bersalah terlibat dalam gejala itu.

Sambil mengingatkan ahli UMNO supaya tidak melupakan pengalaman serupa yang dilalui bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd. Isa Samad pada pemilihan lepas, Presiden UMNO itu berkata, adalah satu kerugian sesuatu jawatan terlucut hanya disebabkan keghairahan melakukan politik wang.

Dalam aspek ini, beliau mahu Lembaga Disiplin yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyelesaikan kes-kes politik wang sekiranya ada, sebelum seseorang yang didakwa itu bertanding.

''(Jawatan yang dimenangi) akan dilucutkan seperti mana yang berlaku kepada Tan Sri Isa dulu. Mereka sepatutnya tahu tetapi dalam keghairahan (bertanding), kita lupa.

''Kalau (politik wang) berlaku, seseorang itu akan dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung (keahlian), ini bermakna jawatan yang dimenangi tidak lagi menjadi milik mereka. Maka, serahkan kepada ahli parti untuk menilai seseorang mengikut kebolehan dan kemampuannya," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

8 comments:

BUNG ADI said...

Datuk, blog yang bagus. Jika berkesempatan sudi-sudilah jengok "http://yomogun.blogspot.com" - blog pemuda sabah yang kerdil.

abunawas said...

Amat sukar sekali mempercayai politician mutakhir ini.

Pengamal-pengamal rasuah dan penerima-penerima rasuah secara amnya tahu sama tahu.

Apa yang besar kemungkinan berlaku adalah tidak semua mereka ini akan terhukum (oleh lembaga disiplin mau pun BPR).....ini hampir pasti menjadi hakikat.

Maka yang terlepas seperti pencuri yang lepas dan tak kantoi walau pun ramai tau dan kenal banyak lagi pencuri berkeliaran. Pencuri jalanan dan kecilan or petty theft kerap dan mudah ditangkap, tertangkap atau kantoi. Pencuri besar jarang pula. Phenomena ini dipercayai lebih cenderong akan berlaku.

Dalam keberdaan yang selama in lebih dilihat dan dipercayai sesuatu itu kerap berlaku dalam keaadaan terpilih, maka kecurigaan tetap berlaku.....tiada apa yang boleh menghalang berlakunya selective prosecution.

Ini kerana wibawa ramai individu dan juga badan-badan yang berkenaan itu sendiri.

Amatlah sukar bagi bapa menyuruh anak menjadi baik, solat, rajin bekerja atau belajar, berjimat cermat dsb kalau anak-anak percaya apatah lagi melihat bapa-bapa mereka tidak lah sebaik mana pun, tidak solat atau jarang solat, bukan sahaja malas malah kuat berfoya-foya.

Hang Tuah dipercayai hebat, tetapi cucu cicitnya tak pasti lagi walaupun jenamanya sama.

We are having problems dan ianya tidak terarah kepada seseorang atau kepada sekelompok sahaja. Selagi masih sibuk menuding jari sesama sendiri, selagi itu tiada penambahbaikan. Malahan orang diluar memerhati, mendengar dan justeru itu dapat menilai dengan lebih tepat perihal kita.

Yang selama ini tersorok kini jadi tersohor.

puteramaya said...

SANGURU

Terima kasih. Terluang masa Insya Allah saya lawati blog anda.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Ya, kita sepatutnya bergembira sekiranya Abdullah sudah bersedia mula tegas menangani isu rasuah politik.

Sdr Ruhanie ada menyatakan di blog yang lain amalan rasuah politik telah menjadi lebih canggih. Saya harap anda dapat memberi contoh-contoh baik amalan-amalan rasuah politik terkini ini. Sekiranya pengamal-pengamal rasuah politik di peringkat tertinggi dalam UMNO kononnya adalah menantu, konco serta kroni Abdullah sendiri bagaimana amalan rasuah politik itu diperkerjakan. Yang saya minat ialah kupasan bagaimana Isa Samad mengamalkan rasuah politik sampai mendapat undi terbanyak dan Abdullah tidak pernah mengamalkan rasuah politik menjadi naib presiden. Apakah pemberian sejumlah 600juta ringgit dan pengaggihan kepada ketua-ketua bahagian pada 2006 tidak dikira rasuah politk?

Dan bagaiman bezanya amalan berkempen di musim pilihan raya?

Maafkan saya bertanya kerana saya melayu dan saya mudah lupa.

Saya kira saya berkunjung lebih kerap ke blog anda ini dari sekarang kerana ianya mungkin menepati selera saya kini.

Terima Kasih senduduk putih.

puteramaya said...

Saudara Mika

Di akhir komen anda ada di sebut perkataan senduduk putih. Tahukah anda [atau memang anda sengaja nak menduga saya] yang senduduk putih mempunyai nilai spiritualnya? Betulkah bunga ini dikaitkan dengan alam ghaib kerana ia mempunyai tahaf aura yang tinggi?

sa;am takzim - Ruhanie Ahmad

Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.
Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Kejut Bloggers
(kejut hindu botol)

Abdullah baru mula kejut hendak bertegas mengenai rasuah politk dan mereka yang mengamal rasuah politik itu pun terketar-ketar.

Itu baru kejut belum lagi betul-betul.

(And thus, so are the so called loyal fans of che det - kejut mula sahaja - all talks and hot air only, right, Ron - they are much the lady from jelutong)

Ma'as-salam, ron. ;)


Kepada Allah Kita Berserah

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

what is happening here:

05-12-2008: Scomi to raise RM120m for global growth

KUALA LUMPUR: Scomi Group Bhd, a global energy and logistics services provider, is proposing a renounceable rights issue of 500 million shares on the basis of one rights share for every two shares held at an issue price of 30 sen per rights shares.

In a statement on Dec 5, Scomi said it was expected to raise gross proceeds of up to RM120 million, a portion of which would be used to invest further in its subsidiaries and the balance for working capital.

Scomi said it was targeting to reduce cost by US$35 million (RM127.05 million) to US$40 million in the next three years, which would help it wade through the economic downturn.


28-11-2008: Mumbai monorail ground-breaking deferred

KUALA LUMPUR: The ground-breaking ceremony for the proposed monorail system project in the Mumbai Metropolitan Region, scheduled for Saturday, has been postponed until further notice and clearance from the Indian authorities, Scomi Group Bhd, which has the contract to build the system, said yesterday.

This came after a series of terrorist attacks in Mumbai broke out on Wednesday night in the city, leading to the shutdown of the Bombay Stock Exchange and National Stock Exchange of India yesterday.

“We are closely monitoring the situation in Mumbai but the safety and security of our staff there remain priority and we are taking extra precaution and care,” Scomi said.

Scomi’s subsidiary Scomi Engineering Bhd, in an unincorporated partnership with Larsen & Toubro Ltd, had been awarded the RM1.84 billion monorail project by the Mumbai Metropolitan Region Authority.

Scomi said all its staff in the oil and gas as well as urban transportation operations were safe from risk due to the attacks.

Meanwhile, in a statement yesterday, Malaysia Airlines said its KLIA flight from and to Mumbai was operating on schedule. The carrier operates a Boeing B777 flight to and from Mumbai daily.

Its director of operations, Datuk Tajuden Abu Bakar, said: “We are monitoring the situation in Mumbai very closely after the bombing incidents in the city yesterday and are working with all relevant authorities to ensure continued smooth flight operations”.

Nota:

Bail Out!
(it's a job for super mof2)

what is the problem in these days
of credit crunch and recession
and deccan's ijtihadi passion
but did you know that big corporations
in land of the brave loves chapter eleven
the Tribune Co - welcome to the company

steroid bozo-es masters of the ring
noble laureate juggling market volatilities
catching the shadows of probabilities
in the back rows of the noble hall
cold dreaming of the quiet fall
- where is the corruption but in
the big hearts grown small

how do you know some senes in a bedu
and show him his rightful place
is the question gladly asked
i2i balls2balls face2face
would he consent me my chance at all

terima kasih daun nazatun salimi kelat

kepada allah kita berserah