Tuesday, September 16, 2008

KERAJAAN PR DI PERINGKAT PUSAT HANYA IMPIAN?

Hari ini 16 September 2008. Pakatan Rakyat (PR) belum lagi mengambil-alih Kerajaan Pusat daripada kekuasaan Barisan Nasional (BN). Adakah ini bermakna ura-ura PR kebelakangan ini hanya mimpi kosong? Adakah ini juga bermakna BN akan terus memerintah Malaysia dalam siatuasi yang agak kurang stabil?

Anehnya, malam tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa beliau yakin boleh menubuhkan kerajaan baru. Tetapi, Anwar memberikan tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.

Menurut Anwar, rundingan itu bagi memastikan peralihan kerajaan berlaku secara aman. Ini kerana PR sudah mempunyai Ahli Parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Anwar juga menegaskan, beliau serta pemimpin Pas dan DAP menghantar surat kepada Abdullah semalam meminta diadakan satu pertemuan segera mengenai isu itu.

''Saya memberi masa dua minggu kepada Abdullah untuk membuat keputusan sama ada menerima tawaran ini atau tidak. Kita ingin adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bertujuan berbincang untuk peralihan kuasa secara aman dan tenteram selain membebaskan tahanan politik,'' katanya.

Bagaimanapun, Abdullah yang berada di Kuala Terengganu, menyifatkan rancangan PR menubuhkan kerajaan baru hari ini sebagai sesuatu perkara yang karut. Pertukaran kerajaan baru seperti yang dicanangkan oleh Anwar tidak akan berlaku.

Abdullah juga meminta semua pihak menghentikan daripada memperkatakan dan menyebarkan tentang perkara tersebut.

Demikianlah hakikatnya ura-ura PR pada saat dan ketika ini? Tetapi, mengapakah Anwar begitu yakin bahawa PR akan menguasai Kerajaan Pusat? Benarkah memang sudah ada Ahli Parlimen BN yang telah bersetuju menganggotai PR? Benarkah dua parti komponen BN Sarawak diura-urakan antara parti yang akan menganggotai PR?

Soalnya juga, mengapakah Abdullah begitu yakin bahawa beliau tidak akan disingkirkan tidak lama lagi? Bagaimanakah jika memang sudah ada Ahli Parlimen dan parti komponen BN yang akan menganggotai PR? – Ruhanie Ahmad

2 comments:

mata-mata pencen said...

Salam Dato'

PR gagal tubuhkan kerajaan pusat pada 16/9/08. Ini bukan isu besar bagi kita. Sekali pun 30MP BN menyeberang ke PR selepas 16/9 dan kerajaan baru dapat diwujudkan, ianya sama juga iaitu adanya sebuah kerajaan simple majority yang tidak stabil. Rakyat menerima kesan. Suasana MP bertumbuk dalam paelimen seperti di Taiwan mungkin dapat kita saksikan. Sekarang pun bibit sudah ada.

Apakah isu yang lebih besar? Jawabnya tiada lain nahkoda yang tidak cekap tidak akan berjaya melayarkan kapal ke destinasi. Ia akan mudah tenggelam walaupun ditiup angin yang sepoi2 bahasa. Jangan cakaplah kalau ribut taufan.

Pernah Dato' dengar dalam sejarah Menteri kabinet di bawah 4 Perdana Menteri sebelum ini mengkritik rakan secara terbuka dalam akhbar? Malah panggil PC khas di rumah sendiri. Zaid Ibrahim al Bodeki yang secara langsung menghentam Menteri Dalam Negeri juga secara tak langsung mengatakan AAB 'tak tau apa' tapi AAB ni sejenis makhluk spesis apa pun saya tak tahulah. Dia masih bagi peluang kepada Zaid untuk berfikir. SEseorang PM yang cepat membaca sudah tentu akan menyepak keluar manusia macam Zaid ini.

Zaid ini pun bukanlah hebat sangat walaupun menjadi rakan kongsi sebuah syarikat guaman yang terbesar di negara ini. Dia naik melalui menjadi budak-budak Daim sama seperti Halim Saad, Tajuddin Ramli dll. Apakah kes besar yang dia menang di mahkamah? Kalau setakat buat duit dengan menjadi 'peguam perjanjian' tak payah lah nak timing badak. Itu pun tempias dari pembangunan yang diilhamkan oleh Tun.

sid said...

Salam Datuk....selamat berpuasa.
Kita semua ni dah kena 'goreng' lah Datuk.....kalau dikatakan 16hb...ia nya pasti berlaku by that date...don't ask for a few days more...itu menunjukkan 'creditbility' leader tu dah luntur...talk only bro...