Tuesday, September 23, 2008

AKAR UMBI UMNO MAHU SEMANGAT MUAFAKAT DIPERKUKUH, KATA ABDULLAH

KOTA BAHARU, 22 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata semua anggota UMNO peringkat akar umbi mahukan semangat pemuafakatan dalam parti itu diperkukuh sejajar dengan pelan peralihan kuasa pada 2010.

Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata semua anggota parti itu telah menyuarakan sokongan terhadap beliau mengenai pelan peralihan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan berharap ia berjalan dengan lancar.

Beliau berkata pelan peralihan itu diterima baik oleh anggota parti dan perkara itu dinyatakan semasa beliau membuat lawatan kerja ke negeri-negeri termasuk menghadiri majlis berbuka puasa.

"Semua anggota UMNO masih sayang kepada parti dan mereka inginkan parti ini supaya kuat dan baik.

"Mereka hendakkan parti ini diperbetulkan dan tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup Badan Perhubungan UMNO Kelantan, di sini, hari ini. Abdullah dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kelantan yang diiringi isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah.

Abdullah berkata semua anggota UMNO tidak mahu sebarang perbalahan wujud di dalam parti berikutan proses pelan peralihan kuasa itu.

"Semua anggota tidak mahu berlaku perbalahan. Yang kita mahu adalah muafakat dan ikatan yang kuat di dalam parti yang membawa kepada perpaduan," katanya.

Abdullah berkata pelan peralihan kuasa tetap berlaku seperti yang telah dirancang sebelum ini dan ia berlaku secara berperingkat-peringkat. - BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=360696

1 comment:

Anonymous said...

Barang la .....siapa yang kata akar umbi tak nak perubahan......

mungkin pak lah masih lagi tidur tak atau hanya dengar dari ketua-ketua bahagian yang pandai bodek tak????

mungkin kalau tak ada halangan besar, dalam sejarah UMNO akan berlaku dimana presiden akan kalah sebelum bertanding.....padan muka !!!!!!

kenapa pak lah takut nak bersara??

adakah kerana anak-anaknya takut hilang kuasa????