PRU12: Warga BN Kedah Dilanda Bimbang?
Saya menerima banyak info panas mengenai PRU12 dari seluruh negara. Ia dikirimkan menerusi komen dalam blog kudakepang, menerusi SMS, panggilan telefon dan menerusi faks.
Contohnya, seorang eksekutif muda di Kuala Lumpur, tetapi pulang ke kampung halamannya Kedah untuk mengikuti PRU12, telah mengirimkan info bahawa sehari sebelum Hari Penamaan Calon, DUN Mentalon telah “dibom” dengan CD mengenai skandal salah seorang calon yang bertanding di DUN tersebut.
Kata pengirim SMS itu, CD berkenaan mengisahkan skandal seorang pemimpin Kedah dengan salah seorang wanita warga UMNO sewaktu dalam rangka lawatan rasmi di Peranchis.
Satu faks yang dikirimkan kepada saya, juga dari Kedah, pula mendakwa kononnya “barisan calon BN” Kedah kali ini “akan menggadaikan Kedah kepada pembangkang.”
Penggadaian ini kononnya berlaku bila “sekurang-kurangnya enam kerusi Parlimen dan sejumlah besar kerusi DUN” akan jatuh ke tangan pembangkang akibat “pemilihan calon yang tidak menepati kehendak pengundi tempatan atau calon payung terjun yang tidak berpenglaman.”
Selanjutnya, ada pihak menuduh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi “melakukan kesilapan besar dalam memilih calon” di Kedah “atau beliau dipengaruhi oleh tangan-tangan besi yang berkuasa di sekeiling beliau.”
Malam ini, saya pula menerima satu panggilan telefon yang menyatakan bahawa kedudukan BN di Kedah amat membimbangkan. Di sesetengah kawasan Parlimen, katanya, bilik gerakan BN seolah-olah lumpuh. – Ruhanie Ahmad

5 comments:
Tidak dinafikan apa yang dimaklumkan ini mungkin ada benarnya. sebagai contoh awal pagi tadi semasa saya menghantar anak ke sekolah, saya dapati banyak poster/bendera BN terlerai jatuh ke bawah. Ia berlaku sekitar kawasan Bakar Arang. Bila banyak sangat berlaku seperti itu, adakah ia dilakukan oleh pihak pembangkang sahaja? Dalam hati saya berkata...tidak mungkin ia dilakukan oleh pihak pembangkang!
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
Salam Datuk,
Yang lain kalah saya tak peduli asalkan Mukhriz menang di Jerlun.
Salam,
Calon pemuda tumbuh macam koridor raya..... Azeez rempit ganti Dr Mashitah.
Rakan-rakan di timur tengah masih tidak percaya dalam ketawa besar.. Ustaz Azeez Al OK.
Salam.
SALAM DATUK,
Saya baru je plg dari Brickfield. Hebat betul semangat anak muda menampal dan memasang poster PKR. Mereka begitu tertib mengawal lalulintas dan beratus2 motor memasang bendera PKR dan poster Izzah. Saya tak nampak lansung penyokong BN . Mereka semua bersemangat dan begitu gembira. Sokongan padu dari orang2 dijalanan amat memeriahkan. Begitu juga di Bangsar. Memang hebat.
jazaka'ulah....kami di parlimen titiwangsa sangat meluat dan melutut dengan ketua caw.jalan jejaka and the geng @kaki pau.
1. guna nama belia 4b buat niaga saham internet - uk gold.habis kempen kuat bila lingkup buat x tau.
2. guna dewan kondo org. ramai buat mesyuarat umno.(caw. lain)
3. jadikan pejabat penduduk kondo pejabat umno/4b.
4.salah guna kuasa dengan pemaju & kroni.
5. penyebar fitnah ,sibuk kempen sana sini cari dahan baru
kenapalah ada org macam ni...bila nak berubah. rezeki dari allah makhluk tiada kuasa
Post a Comment