Sunday, February 17, 2008

Langkah Bersihkan Pengaruh Tun Dr Mahathir

PILIHAN raya umum yang bakal dijalankan akan memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk 'membersihkan' parti Umno daripada pengaruh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini mungkin antara sebab mengapa Datuk Seri Abdullah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum bulan depan walaupun tempoh penggal pertamanya hanya akan tamat pada 2009.

Menerangkan lebih lanjut, Fellow Pelawat Penyelidikan Kanan di Institut Penyelidikan Asia, Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Maznah Mohamad berkata:

“Umno sekarang sudah berpecah kepada dua puak - puak Mahathir dan puak Abdullah Badawi.

"Jadi teorinya ialah beliau ingin singkirkan dua puak - puak pro-Mahathir dan pro- Najib (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak", kata Dr Maznah).

“Ada orang kata alasan utama beliau ingin adakan pilihan raya awal ialah untuk membersihkan Umno supaya beliau boleh lucutkan orang-orang Mahathir atau orang-orang yang antibeliau.

“Jadi teorinya ialah beliau ingin singkirkan dua puak - puak pro-Mahathir dan pro- Najib (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Selepas beliau (Datuk Seri Abdullah) singkirkan golongan ini melalui pilihan raya, kedudukan beliau akan terjamin.

“Pilihan raya kali ini bukan hanya mengenai pembangkang, ia juga mengenai Umno. Konflik yang paling penting sebenarnya berlaku dalam Umno,” kata Dr Maznah, yang sebelum ini menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia.

Menurut Dr Maznah, jika Umno tidak mendapat majoriti undi Melayu, Dr Mahathir bakal mencapai matlamatnya agar Umno menyingkirkan Datuk Seri Abdullah.

Rencana ini dipetik dari wawancara akhbar Berita Harian Singapura- Pengarang KLPos

Lagi:http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=259&Itemid=75

4 comments:

haji said...

Datuk,

Teori ini kurang meyakinkan. Pak Lah sekarang ni memang bergantung 100% pada Najib. Najib lah yang menupang org yang tak berapa cerdik tu. Najib punya akar umbi. Najib very strong dari segi sokongan perwakilan jika di bandingkan dengan org yang tak berapa cerdik tu. Najib sudah mendahului Dollah Al Bawawi. najib cerdik. Dia sudah berkempen lama. Dia dah ada kiyai yang paling hebat. Dia sudah ada strategi.

Datuk, Mat Hassan MB NS pun bijak juga. Mengapa awal2 dah umumkan KJ adalah antara calun UMNO akan bertanding kerusi parlimen Rembau. Dia mau KJ kalah. Kalau KJ menang, pasti KJ akan lawan dia Ketua bahagian satu hari nanti. Apa tidaknya, dia banyak duit. RM100juta komisen tak habis lagi. Berjuta lagi sedang masuk dari seberang selatan. Dia sudah ada kuasa, duit dan kedudukan politik dan kerajaan dah pasti dia jadi raja. Itu yang dia mahu. Dia akan sedut segala yang ada kata sdr sang kelembai.

Datuk, mungkinkah tengku Razaleigh tersingkir dari pencalunan PRU ke 12? Kalau tersingkir, maka ada baiknya parti politik baru ditubuhkan dan dipimpin oleh Tun mahathir, Tengku Razaleigh dan orang2 Umno spt datuk, S.Kelembai , saya dan rakan2 lain jadi ahlinya.Kita dukung Semangat Melayu SeNusantara dibawah parti baru. Ini bukan mimpi datuk, tapi ilham dari Nya.

Selamat merubah kerajaan baru kepada datuk dan pembaca semua. wassalam.

su-kj said...

'MELAYU GAGAH AKAN DIHORMATI...MELAYU LEMAH AKAN DICACI '

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Semangat Naning 74 said...

Ayohh!!!! Tun Mahatir, jgn duduk diam dengan membiarkan Pak Lah & kuncu -kuncunya merosakkan imej Tun. Tun kumpulkan org-org Tun & kalau boleh tubuhkan satu parti baru yg boleh mematahkan segala niat buruk Pak Lah & Beruk Rembau. Saya pasti parti baru Tun akan lebih mendapat sokongan daripada org cina, india, melayu, bengali toncet.....saya akan jadi ahli parti Tun yang ke 74.

ahjamozo said...

kadangkala ahli-ahli umno dikelirukan oleh pemimpin-pemimpin umno sendiri yang dirasakan mempunyai kepentingan masning-masing...saper sebenarnbya yang betul dalam soal ini?