Saturday, February 7, 2009

ZAMBRY: TAHNIAH DAN WASPADALAH SELALU!

Tahniah kepada Datuk Dr Zambry Abdul Kadir kerana jadi Menteri Besar Perak yang baru menerusi episod yang amat historic. Waspadalah selalu dan jangan lupakan Celdes, Abang Din, ISA dan sahabat-sahabat lama. Semoga anda kembalikan semula maruah BN dan UMNO di Perak. – Ruhanie Ahmad

BN Rasmi Ambil Alih Kerajaan Perak

KUALA KANGSAR, 6 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) hari ini secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat apabila Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar yang baru.

Majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini, berlangsung dalam keadaan Pakatan Rakyat masih enggan menerima hakikat bahawa ia tidak lagi berkuasa di Perak. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=388116

6 comments:

Mika Angel-0 said...

Puteramaya
Salam Siber!

Tahniah kita kepada Sdr Zambry.

Kita harap kerajaan harapan rakyatnya dapat mentabir dengan licin dn lancar tanpa disekat-sekat dengan undi tak percaya atas isu-isu moral, tataetika dan unsur-unsur politik lain pada setiap sidang.

Majoriti mudah...

Mika Angel-0 said...

Berdemolah Dengan Sungguh-Sungguh
(pucuk dicita ulama mendatang, che lah)

Hairan kenapa orang selangor berdemo?

MARAH... SEBAHAGIAN ahli-ahli UMNO Bahagian Ampang Jaya dan NGO mengadakan demonstrasi membantah tindakan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang disifatkan menderhaka kepada Sultan Perak di hadapan IPD Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Wahidah Zainal

biar masuk makhamah dulu...kita pun nak tenguk rupanya sistem perundangan yang telah diperbetulkan di bawah Abdullah...kalau boleh

Kalau dharurat diisytiharkan siapa menang, prince? Yang kalah itu mereka yang rugi semasa dharurat dan selepas itulah - bukan begitu?

siapa yang orang umno yang berani demo bersungguh-sungguh hingga perintah darurat terpaksa dikeluarkan?

orang yang tak bersalah tak perlu takut mahupun gentar!

puteramaya said...

Saudara Mika, tq.

Just in case you want to find out of my latest thinking on Perak, please read Kuda Kepang.

As per your SMS, I really don't know what to write about the legal action by Karpal Singh. You have any idea to enlighten me please!

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Mika Angel-0 said...

Salahnya atas DAP sendiri yang kurang arif dengan perlembagaan negeri dan syarat-syarat SPM tetapi kegagalan Menteri Besar ialah menasihat Sultan supaya undi tidak percaya perlu dibuat dahulu dan ini jelas.

Karpal pun tahu dia tidak boleh menang dalam menyaman tuanku.

Setakat seronok hendak mengatakan sultan pun bodoh macam kerbau apa gunanya bila kita semua hanya manusia, makhluk tercipta bergelumangan dengan dosa.

(apakah kita mendaulatkan raja-raja melayu bila kita tidak mampu memberi nasihat-nasihat yang baik dan berguna untuk mereka, kita dan rakyat, mas?)

maka tuanku pun boleh countersue dalam hal ini.

Unknown said...

TAHNIAH KEPADA YAB DATUK DR ZAMBRY ATAS LANTIKAN. RAKYAT PERAK KHASNYA MENGHARAPKAN KEAMANAN, KEMAKMURAN DAN PERPADUAN. KAMI MAHUKAN PEMIMPIM NEGERI YANG JUJUR DAN AMANAH, ADIL DAN BERAKHLAK MULIA. PRESTASI YAB AKAN KAMI NILAI DAN KEPUTUSANNYA KAMI TERJEMAHKAN DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.

drpd://www.luahfikiran.blogspot.com

Fazri Bahrin said...

Dalam Isu negeri Perak

1.Katakanlah yang Hak biarpun ia Pahit untuk didengar.

2. Sokongan majoriti dari rakyat belum tentu menjamin kemahuan rakyat.

3. Mereka yang dipilih oleh rakyat apabila berpaling atas keputusan mereka sendiri tidak bermakna itu kemahuan rakyat.

4. Sukar untuk menerima kekalahan sudah sifat manusia. Cuma mereka yang betul-betul percaya kepada ajaran Tuhan saja yang faham apa itu KEKALAHAN, KEADILAN, KEBENARAN, dan KEIKHLASAN.