Mulai awal Februari ni berduyun-duyunlah calon-calon UMNO ikut road show Mike Tyson ke negeri-negeri untuk menemui para perwakilan yang akan ke Perhimpunan UMNO Mac 2009. Dan mulai waktu yang sama juga berbonbdong-bondonglah para perwakilan negeri menemui calon-calon berkenaan.
Maka, terbuanglah waktu pejabat para calon terbabit. Maka, ratusan ribulah duit dibazirkan untuk minyak kenderaan dan tiket pesawat ke Sabah. Maka Mike Tyson pun berjayalah memenuhi matlamatnya untuk berkempen. Maka, beliau pun berjayalah mengenepikan arahan parti bahawa calon-calon dilarang berkempen. Inilah yang dikatakan matlamat menghalan cara! – Ruhanie Ahmad
Pertemuan Calon Dengan Perwakilan Umno Pada Februari
SEPANG, 30 Jan (Bernama) -- Pertemuan antara calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno Mac ini dengan para perwakilan peringkat negeri akan dimulakan bulan depan, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Beliau berkata pihak ibu pejabat parti sedang menyediakan jadual pertemuan para calon dengan perwakilan dari 13 badan perhubungan negeri.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa ada pihak dengan sewenang-wenangnya turun padang menemui ahli parti untuk mendapatkan sokongan sementara pada masa yang sama ada calon termasuk beliau sendiri yang tidak berbuat demikian kerana mematuhi larangan berkempen yang telah dikeluarkan.
Ditanya sama ada calon akan dilarang daripada menghadiri sebarang majlis selain yang diatur oleh Badan Perhubungan Negeri selepas ini, Muhammad berkata peraturan itu sepatutnya dipatuhi, tetapi menghadiri majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan dan kematian adalah dikecualikan.
Calon masih tertakluk kepada larangan berkempen yang ditegaskan dalam tataetika parti termasuk ditegah mengadakan jamuan, memberi hadiah dan menganjurkan rombongan lawatan, katanya.
Muhammad juga menegaskan bahawa hal dan masalah parti seperti politik wang perlu disalurkan kepada parti untuk membuat keputusan.
Beliau mengulas kenyataaan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bahawa politik wang adalah ditakrifkan sebagai rasuah dan badan itu akan melakukan siasatan. - BERNAMA
Maka, terbuanglah waktu pejabat para calon terbabit. Maka, ratusan ribulah duit dibazirkan untuk minyak kenderaan dan tiket pesawat ke Sabah. Maka Mike Tyson pun berjayalah memenuhi matlamatnya untuk berkempen. Maka, beliau pun berjayalah mengenepikan arahan parti bahawa calon-calon dilarang berkempen. Inilah yang dikatakan matlamat menghalan cara! – Ruhanie Ahmad
Pertemuan Calon Dengan Perwakilan Umno Pada Februari
SEPANG, 30 Jan (Bernama) -- Pertemuan antara calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno Mac ini dengan para perwakilan peringkat negeri akan dimulakan bulan depan, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Beliau berkata pihak ibu pejabat parti sedang menyediakan jadual pertemuan para calon dengan perwakilan dari 13 badan perhubungan negeri.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa ada pihak dengan sewenang-wenangnya turun padang menemui ahli parti untuk mendapatkan sokongan sementara pada masa yang sama ada calon termasuk beliau sendiri yang tidak berbuat demikian kerana mematuhi larangan berkempen yang telah dikeluarkan.
Ditanya sama ada calon akan dilarang daripada menghadiri sebarang majlis selain yang diatur oleh Badan Perhubungan Negeri selepas ini, Muhammad berkata peraturan itu sepatutnya dipatuhi, tetapi menghadiri majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan dan kematian adalah dikecualikan.
Calon masih tertakluk kepada larangan berkempen yang ditegaskan dalam tataetika parti termasuk ditegah mengadakan jamuan, memberi hadiah dan menganjurkan rombongan lawatan, katanya.
Muhammad juga menegaskan bahawa hal dan masalah parti seperti politik wang perlu disalurkan kepada parti untuk membuat keputusan.
Beliau mengulas kenyataaan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bahawa politik wang adalah ditakrifkan sebagai rasuah dan badan itu akan melakukan siasatan. - BERNAMA
14 comments:
Salam Datuk,
Apa yang merisaukan ialah istilah berkempen itu akan berakhir dengan melobi.
Bagi saya dalam keadaan UMNO yang tenat ini dan dalam usaha membenteras politik wang saya mencadangkan calon-calon yang hendak bertanding tidak perlu berkempen atau melobi berjumpa perwakilan- perwakilan di bahagian-bahagian UMNO Negeri-Negeri.
1. Kebanyakan calon yang bertanding amat dikenali oleh perwakilan melalui jawatan-jawatan yang disandangnya baik di dalam kerajaan atau parti.
2. Calon-calon boleh membuat manifesto peribadi dan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
3. Calon-calon boleh menggunakan blog-blog peribadi bagi menyampaikan mesej, sudut pandangan dan hasrat serta harapannya kepada perwakilan untuk dinilai.
Cara-cara ini sudah cukup untuk memberi maklumat dan membantu perwakilan membuat pilihan semasa PAU Mac nanti
Pada masa ini pun, ramai perwakilan sudah menerima panggilan telefon atau pun menerima SMS daripada calon-calon yang bertanding.Ini sudah mencukupi.
Rakyat sentiasa memerhati dan membuat penilaian dari masa ke semasa ada UMNO benar-benar mahu membersihkan partinya atau sebaliknya.
Semoga contoh yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Rais Yatim diikuti oleh semua calon yang bertanding termasuk Tan Sri Mohamad Taib.
Terima kasih
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Puteramaya
Salam Siber!
Ini yang dikatakan stimulus plan UMNO!
(nasib baik bukan mamat meng-h-a-l-a-l-k-a-n cara...dahulu - sekejap tadi - UMNO - mereka dan kita -setuju mahu boleh 'berkempen secara sihat' dan roadshow inilah hasil perbincangan majlis tertinggi. Sekiranya ada orang yang berkata ini akan menggalakan pembaziran wang, maka eloklah dia keluar UMNO dan bersama-sama che det atau ibrahim ali atau katak bota - dalam dunia perniagaan pun telah diajar matapelajaran 'marketing' - no pain no gain)
Nampak gaya ramai ahli-ahli UMNO yang sudah jadi selimut basah -saperti orang tua nyanyuk yang gemar mengomel - dalam UMNO dan marah-marah baik pada yang lain mahupun dirinya sendiri; dan sekejap begini citarasanya, sekejap begitu nafsu mereka - macam manatah tidak dipermain-mainkan oleh mereka yang pintar dengan sewenang-wenangnya, prince)
Syabas MT! dan selamat berkempen. bila nak mai tanjung, mike dan gerombolan? Nasi biryani atau nasi lamurni atau nasi dalca? sambil kita nikmat pesta boria - ya - yea-bah
Assalamaualaikum Dato' Ron,
Yang untung Tan Sri Muhammad. Dia makan isi orang lain tempias makan tulang. Bijak sungguh dia. Setahu saya ini lah pertama kali kempen cara begitu.
Yang peliknya, kenapa perlu ada kempen berkenaan semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah beberapa orang calon yang gila kuasa.
Calon-calon yang bertanding masih menggangap jawatan tertinggi MT itu masih 'Lubuk Emas'. Matlamat untuk memperolehi sesuatu sekiranya menang. Bukan berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Mentaliti ini bersarang sudah sekian lama dalam benak ahli-ahli UMNO era Dr. M sehingga kini.
Sepatutnya UMNO merombak polisi dimana tidak semestinya calon-calon yang menang itu perlu ada dalam kabinet atau diberi tanggung-jawab memikul sesuatu jawatan yang berkaitan keuntungan dan wang. Apa salahnya melantik orang-orang luar dari parti (kecuali ada calon-calon yang benar-benar berkebolehan) memegang jawatan-jawatan penting dalam kabinet. Berapa banyak ahli-ahli ekonomi, prof-prof dari Universiti yang bersepah yang tidak dipandang taraf intelektualnya semata-mata mereka tidak condong kepada kepartian pemerintah. Mereka-mereka ini orang-orang yang telah terbukti kepakarannya dalam sekurang-kurang dapat membantu memertabatkan kemakmuran negara dengan idea-idea dan cadangan-cadangan intelek.
Kiranya jawatan-jawatan tertinggi itu diberi kepada mereka-mereka ini sekurang-kurangnya UMNO tak jadi macam sekarang.Berebut jawatan. Pelobi-pelobi dan perasuah-perasuah politik wang ini lah menyebabkan negara jadi lintang-pukang akhirnya.
Sekian dulu. Salam Dato'!
Jawatan jawatan dalam UMNO biarlah kebanyakannya membuat kerja-kerja parti. Calon di lantik bekerja keras untuk parti bukan untuk perut sendiri.
Salam Datuk,
Begitulah kehidaupan dalam um-NO.
Para pemimpin atasan hanya lebih pentingkan soal peribadi berbandingan kepentingan parti. Saya sebagai ahli amat merasa kecewa dengan sikap para pemimpin sebegini. Slogan kepentingan parti hanyalah omongan kosong saja.
Punggawa Sabahan.
Assalamualaikum Dato' Ron
Saya rasa Dato' telah sedia maklumi apa cara pun, apa syarat pun , apa tegahan pun, perkara yang "kononnya tak boleh ini" pasti berlaku. Dato' bukannya orang baru.
Saya percaya Dato' telah baca artikal Zaid Ibrahim tentang hal ini.
Itulah salah satu punca yang merosakkan bahtera UMNO.
Secara ikhlas saya ingin tanya Dato', APAKAH AKAN ADA CALON YANG BENAR2 MEMATUHI SYARAT PERTANDINGAN" supaya adil dan bersih?
Saya percaya Dato' sukar untuk menjawabnya.
Tak tahu sampai bila boleh ertahan dalam umno.
Salam Datuk,
Adakah ini menunjukkan tanda-tanda UMNO masih rakus dengan poltik wang tanpa mahu berubah kepada yang lebih baik.
Tak mengapalah Datuk, kalau pemimpin masih tak mahu berubah, rakyat akan merubah mereka suatu hari nanti.
Barangkali UMNO sedang melalui proses kehancuran yang tidak dapat diselamatkan lagi. Dan ini adalah satu lagi tanda-tandanya?
Nampak gaya yang pening kepala memikirkan UMNo sekarang hanya dato Najib...yang lain tengah bermati-matian mengasah keris, entahkan hidup...entahkan tidak ...esok aku di dunia UMNo ni....yang lain tengah pening bertarung....wakil rakyat lari, wakil rakyat masuk, wakil rakyat itu ini ...hanya Najib saja yang masih menyingsing lengan ...entahlah
Cikgu Rahim
Mike Tyson tu sape ;-)
p/s:Amaran Kepada Pemimpin Melayu
Janji Calun Presiden
(sama tetapi tidak serupa)
Wiranto Mahu Selesai Masalah Pekerja Indonesia
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Calon Presiden Indonesia, Jeneral (B) Tan Sri Wiranto SH ingin menyelesaikan masalah kebanjiran pekerja Indonesia di Malaysia dengan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat negara itu jika memenangi pemilihan Presiden pada Julai ini.
Wiranto yang juga Ketua Umum Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) berkata, Indonesia mempunyai keluasan tanah yang lebih besar dan masih banyak tanah subur yang boleh diusahakan.
"Akan datang tidak akan ada lagi istilah pendatang haram untuk rakyat Indonesia jika mereka kembali ke tanah air dan menjadi tuan di negara sendiri sebagai usahawan tani," katanya kepada Bernama selepas melancarkan Pusat Khidmat Hanura di sini.
Bekas Ketua Angkatan Bersenjata Republik Indonesia itu berkata negaranya merupakan sebuah negara yang memiliki tanah subur tetapi mengapa ia masih membeli bahan makanan di negara luar sedangkan ia boleh dihasilkan sendiri.
Katanya, jika beliau memenangi pilihan raya umum dan pemilihan Presiden pada April dan Julai ini satu polisi yang boleh menjanjikan pekerjaan kepada rakyatnya akan dilakukan.
Beliau berkata bagaimanapun, bukan mudah untuk membuat sesuatu perubahan kerana ia memerlukan masa yang panjang serta memerlukan sokongan daripada rakyat Indonesia di Malaysia.
"Tetapi, ia pasti dapat dilakukan jika rakyat kembali ke tanah air dan bersatu hati mengusahakannya," katanya.
Wiranto bersama rombongan seramai 15 orang turut melakukan lawatan singkat di sekitar Kuala Lumpur untuk bertemu dan melihat sendiri keadaan serta nasib masyarakat Indonesia di ibu kota.
Prihatin terhadap kebajikan rakyat Indonesia di sini, Wiranto berkata masyarakat Indonesia pastinya akan memilih untuk bekerja di tanah air sendiri sekiranya ditawarkan pendapatan yang setimpal bagi menikmati kehidupan yang lebih selesa.
"Kegagalan kerajaan hari ini untuk memastikan hasil negara dikongsi bersama rakyat menyebabkan ramai terpaksa mencari pekerjaan di negara jiran sedangkan rakyatnya mempunyai kemahiran yang sangat tinggi," katanya.
Sementara itu, Timbalan Duta Besar Indonesia Tatang Wiraja berkata terdapat 850,000 pengundi Indonesia yang berdaftar di Malaysia namun berdasarkan pengalaman pada pilihan raya umum 2004 hanya 70,000 pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka.
"Pada tahun ini kita mencuba pendekatan baru dengan meminta kerjasama majikan terutamanya di kilang-kilang di Malaysia untuk meletakkan kotak undian atau menyediakan tempat mengundi kecil-kecilan" katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagi rakyatnya yang bekerja sebagai pembantu rumah pula, kedutaan masih mencari tempat yang sesuai untuk memudahkan mereka mengundi.
Dengan adanya pusat khidmat Hanura di Wisma Garuda, Jalan Raja Alang di sini, parti itu juga sedang merancang untuk menyediakan satu sistem pemilihan mengundi khas untuk memudahkan warganegara Indonesia di Malaysia memilih pemimpin mereka.
Parti Hanura yang berpegang pada ideologi bahawa setiap manusia harus berpegang teguh kepada suara hati nurani dalam sebarang keputusan, telah di tubuhkan sejak dua tahun lepas.
Sepanjang tempoh dua tahun itu, parti tersebut meluaskan sayapnya dengan singkat ke 33 wilayah dan 470 daerah di Indonesia.
-- BERNAMA
wiranto in telah di kaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai di Timur Leste:
January 22, 2009
Documents Show That Adm. Blair Knew of Church Killings Before Crucial Meeting
US Intel Nominee Lied About Church Murders
By ALLAN NAIRN
On the eve of his Senate confirmation hearing (due for 10am, Thurs. Jan 22), new information has emerged showing that Adm. Dennis Blair -- President Obama's nominee for US Director of National Intelligence -- lied about his knowledge of a terrorist massacre that occured before a pivotal meeting in which Blair offered support and US aid to the commander of the massacre forces.
The massacre took place on at the Liquica Catholic church in Indonesian-occupied East Timor two days before Blair met face-to-face with the Indonesian armed forces commander, Gen. Wiranto (the massacre occurred on April 6, 1999; Blair and Wiranto met April 8)...
maka apakah tindakan beliau -wiranto- dan bagaimana ianya akan memberi kesan baik kepada 'strategy dan security' negara kita, mas?
Bagaimana peluang anda untuk ke MT, bung?
Davos finds no answers to crisis
By Tim Weber
Business editor, BBC News website, in Davos
The World Economic Forum has ended with a call to rebuild the global economic system.
Founder Klaus Schwab announced a "global redesign initiative" to reform banking, regulation and corporate governance.
For five days, more than 2,000 business and political leaders discussed what some here called the "crisis of capitalism".
However, most discussions described the problems, not solutions.
The forum's official theme this year had been "shaping the post-crisis world", but that turned out to be premature.
Rather, the debates proved the widespread uncertainty amongst both politicians and corporate bosses, as they tried to gauge the depth of the economic crisis and explore ways how to get out of it.
Nobody in Davos tried to refute the prediction that the global economy is heading into a deep and long recession.
One top money market manager said: "If you believe that the world economy will turn the corner at the end of this year, or in [the first quarter] of 2010, I tell you we have not turned the corner, we can't see the corner, we don't even know where the corner is."
Salam.
Datuk, harap dapat komen tentang PPSMI.
Terima kasih
Ada Siapa Yang Berani Mencoba
(jaga-jaga unit utk umno)
China premier gets ‘shoed’ during speech
CAMBRIDGE - A protester threw a shoe at Chinese Premier Wen Jiabao and called him a dictator as he delivered a speech on the global economy on Monday.
The shoe missed Wen and landed on the stage about a meter away from him during an address at Cambridge University on the last day of his official visit to Britain. The protest followed the hurling of shoes by an Iraqi journalist at US President George W. Bush on his farewell visit to Iraq in December.
The protester, who was held by university security guards, blew a whistle and then shouted: “How can the university prostitute itself with this dictator? How can you listen to the lies he is telling? Stand up and protest.”
Wen hesitated for a few moments in his speech before continuing speaking. University officials bundled the protester out of the building and guards fanned out across the stage.
After the protest, Wen continued his speech, saying: “We come in peace. This is not going to obstruct China-UK friendships. History shows harmony will not be obstructed by any force, so would you let me continue.” - Reuters
OTHER NEWS FROM World
Philippines fears 800,000 jobless
Delegation seeks Saudi investment in Mindanao By Ronaldo Concha
Sahabat-sahabat, jutaan terima kasih.
Mika, you are exceptionally hyperactive!
Kepada lain-lain sahabat, sukar untuk saya jawab sama ada semua calon akan patuh arahan tak berkempen. Dulu saya pernah tanding MT. Saya ikut arahan tak kempen. Tapi, semua orang kempen bagai nak rak. Saya kecundang dengan kurang 50 undi dapat tempat ke-25. Nasib!
Mengenai PPSMI, saya minta maaf. Biarlah Datuk Hassan Ahmad buat kenyataan beliau mengenai hal ini.
Pasal peluang saya ke MT kali ini, saya cuma dapat 8 pencalonan. Apa nak buat. Ini semua sebab saya tak guna fulus!
Salam takzim - Ruhanie Ahmad
Post a Comment