Monday, January 19, 2009

45,000 MUNGKIN HILANG SUMBER REZEKI: APA TINDAKAN BIRO BURUH UMNO?

Ramalan di bawah ini adalah lazim dalam keadaan kita dilanda krisis ekonomi global. Tetapi, apa agaknya reaksi dan tindakan biro buruh yang wujud dalam UMNO dan sayap-sayap kanan dan kirinya? – Ruhanie Ahmad

45,000 PEKERJA KILANG DIBERHENTI

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam berkata, perkara itu berlaku kerana pengurusan kilang akan menutup operasi selama dua atau tiga minggu dan pekerja diminta mengambil cuti sama ada diberi cuti bergaji atau tanpa gaji.

“Ini kerana permintaan terhadap pengeluaran kilang yang berkurangan pada masa itu menyebabkan langkah ini (pemberhentian sementara) dilakukan,” katanya.

3 comments:

dizzy boy said...

Pd fikiran sy,Menteri yg berkenaan dan jabatan di bawah kementeriannya tidak mendapat menjalankan tugas yg sempurna,maklumlah Kementerian Welfare,apa yg ada dibawah naungannya.Disini sy mengambil sikap yg amat tidak puas hati mutu perkhidmatan Jabatan Buruh Tenaga yg berada di setiap daerah ataupun negeri.Pd zaman 80an,Jabatan Buruh turun ke padang,masuk ke kampung2 menjalankan tanggungjawab untuk mencari para penduduk yg ingin memerlukan pekerjaan,tetapi sekarang ini mereka kini amat relak duduk di pejabat sambil menghirup udara aircon yg dingin.Ada sesetengah kilang gulung tikar ataupun lari malam,nasib pekerja tidak diperjuangankan,sehinggakan bekas2 pekerja terbabit ambil peguam yg handal heret ke Mahkamah Industri untuk menuntut hak yg dianiaya oleh bekas majikan mereka.Sebagai contoh pejabat Buruh di kawasan sy di Sg Petani Kedah,semua pegawainya sy kenali,mereka seperti penukul dgn pahat.Kes2 kilang tutup mereka tidak dibela sama sekali,malah bekas pekerja terpaksa ambil jalan inisiatif untuk mempertahankan hak sebagai pekerja.Begitu juga nasib2 pekerja yg dapat perkeso,amat malang imbuhan mereka yg dpt terima sebagai pampasan.Renung2 dan fikir2lah.....

Mika Angel-0 said...

Putermaya
Salaam Siber!

Jual Borang Daftar?
(jawaban etika retorika mas)

20 Januari, 2009 19:14 PM
Impak Kelembapan Ekonomi Hanya Jangka Pendek, Kata Amirsham

PUTRAJAYA, 20 Jan (Bernama) -- Kerajaan yakin impak kelembapan ekonomi global ke atas negara merupakan fenomena jangka pendek, yang akan mengambil masa setahun untuk pulih, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A.Aziz.

Beliau juga berkata kerajaan mengambil segala pendekatan bagi memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik.

"Malaysia, Amerika Syarikat dan negara lain, sedang berusaha untuk memastikan kelembapan ekonomi tidak berpanjangan," katanya pada taklimat untuk editor mengenai Perlunya Pakej Strategi Bagi Pertumbuhan Lebih Tinggi dan Perubahan Struktur, di sini.

Beliau berkata seluruh dunia yang mengalami situasi yang sama, sedang berusaha membetulkan apa sahaja masalah bagi memulihkan keyakinan ramai dan pelabur.

"Ia juga bagi memastikan semua negara memulihkan segera ekonomi dunia yang akan memberi manfaat kepada semua.

"Bagi Malaysia, impaknya mungkin tidak seteruk yang dialami oleh kebanyakan negara maju, yang kini mengalami kemelesetan sejak dua suku lepas atau mulai pertengahan tahun lepas.

"Namun, kita masih mampu bertahan dan memasuki wilayah yang lebih positif," katanya.

Beliau berkata ia disumbangkan oleh ekonomi domestik yang mencatatkan prestasi yang munasabah.

"Namun, yang semakin jelas ialah sektor luaran atau eksport dan indeks pengeluaran yang menunjukkan kelembapan yang ketara.

"Oleh itu, kita ada dua sektor penting untuk ditangani," katanya.

Amirsham berkata bagi eksport, keadaan agak suram dari segi indeks pembuatan dan pengeluaran.

"Namun tidak banyak yang boleh kita lakukan memandangkan permintaan luaran sudah susut atau hilang. Namun kami yakin dan berharap ia akan berlaku selama setahun dan lebih banyak negara maju kembali membuat pembelian," katanya.

Beliau berkata yang penting ialah negara memastikan sektor luaran ini terus berdaya maju sepanjang tempoh setahun akan datang.

"Jika kita tidak berbuat sesuatu terhadap sektor luaran dan membantu beberapa industri semasa tempoh sukar, apabila keadaan kembali normal, kita tidak dapat mengambil peluang terhadap pemulihan itu," katanya.
-- BERNAMA


Kerajaan Sedang Rangka Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua

PUTRAJAYA, 20 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak untuk mendapat pandangan dan input yang akan dimasukkan ke dalam pakej rangsangan ekonomi kedua.

Timbalan Perdana Menteri berkata pakej itu akan mempunyai pendekatan yang berbeza berbanding pakej pertama yang telah diperkenalkan tahun lalu.

"Kita dalam proses untuk mengkaji keperluan untuk dimasukkan sebagai sebahagian daripada stimulus pakej yang kedua. Kita akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan pandangan dan juga input dalam menyediakan pakej kedua ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dokumen perjanjian bagi penstrukturan semula perkhidmatan air Negeri Sembilan di sini, Selasa.

Beliau berkata kerajaan tidak akan mengambil masa yang lama untuk memperkenalkan pakej kedua ini.

Najib juga berkata Kementerian Kewangan telah menubuhkan satu unit khas dikenali Unit Pengurusan Projek (PMU) bagi memastikan projek di bawah pakej rangsangan ekonomi dilaksanakan secara efektif dan dalam tempoh yang telah dirancangkan.

Beliau berkata unit berkenaan juga akan mengkaji beberapa aspek tentang keperluan birokrasi bagi membolehkan kementerian dan agensi mempercepatkan perlaksanaan pakej tersebut.

Mengenai perkembangan pakej ransangan ekonomi pertama, Najib berkata agihan peruntukan telah diserahkan kepada kementerian berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya pakej pertama dapat dibelanjakan sepenuhnya tahun ini, ia dijangka menambah pertumbuhan ekonomi negara pada satu peratus.

Apabila ditanya mengenai pandangan beberapa penganalisa pasaran yang mendakwa Malaysia dijangka mengalami kemelesetan ekonomi pada separuh pertama tahun ini, Najib Berkata: "Terdapat pelbagai pandangan dari para penganalisis. Sesetengahnya menyatakan berlaku kemelesetan, sesetengahnya berkata tidak berlaku kemelesetan. Kita sedang memantau keadaan dengan teliti."

"Sebab itu kita menyediakan pakej rangsangan kedua untuk memastikan ekonomi kita benar-benar tidak terjerumus ke dalam kemelesetan atau kemelesetan teknikal."
-- BERNAMA


kalau anda masih mahu letak anak raja dibendera anda penasihat ekonomi anda itu saya 'game aje' yang pentingnya angka besar sudah keluar - MEF bisik 170,000 hilang pekerjaan. Abdullah sudah ada janji satu orang tok arab - 1 billiun, bung!

Mika Angel-0 said...

Siapa Penasihat Ekonomi Najib?

Perforamnce 2008 - Finanacial

20-01-2009:
Khazanah’s portfolio down by 36.5%
by Kathy Fong

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasio-nal Bhd is not spared the global stock market turmoil. The government’s investment arm saw the net worth of its portfolio drop 36.5% to RM33.7 billion as of Dec 31, 2008, from RM53.1 billion seven months ago.

The realisable asset value (RAV) of its investments, which stood at RM88.2 billion as of May 31, 2008, declined 20% to RM70.4 billion as of Dec 31.

Total shareholder return on Kha-zanah’s listed portfolio fell 35.7% in 2008, broadly in line with the Kuala Lumpur Composite Index’s (KLCI) drop of 36.2%, but outperforming regional indices where Khazanah invested in and other regional and global indices that declined between 39% and 61% last year.

Despite the fall in asset values, Khazanah managing director Tan Sri Azman Mokhtar said its investments and “most” of the GLCs (government-linked companies) under its stable should be able to withstand the global financial crisis due mainly to lower indebtedness and stronger fundamentals.

“The GLCs will be impacted but are fundamentally much stronger entering into the crisis,” Azman told a media briefing yesterday.

“There are sufficient funds to cover the liabilities. We are able to obtain our funds in an efficient manner. Our cost of funds has not increased significantly. That reflects our strength,” he added.

Khazanah’s RAV over liabilities cover is 1.9 times. The ratio is an indication of its balance sheet strength.

Among the GLCs under Khazanah are Tenaga Nasional Bhd, Telekom Malaysia Bhd, TM International Bhd, Proton Holdings Bhd, Malaysian Airline System Bhd, UEM Group and Malaysia Airports Holdings Bhd.

Azman gave an assurance that there would be no major layoffs, unless the crisis deepened further, because most GLCs had earlier carried out their voluntary separation schemes individually.

He said 2009 would be a tough year. “The risks are on the downside. The market is extremely volatile,” he said, but added that now was the time to invest for future growth.

Nonetheless, the investment arm and the companies in its portfolio have allocated an estimated RM58 billion to be spent in the next three years.

Khazanah and its invested companies have spent over RM36 billion in domestic investments between 2004 and 2008.

Of the RM58 billion, 20% or about RM13 billion will go to the developments in Iskandar Malaysia, some RM12 billion to Tenaga Nasional for its capital expenditure, and between RM10 billion and RM15 billion to Telekom Malaysia for the roll-out of the High Speed Broadband (HSBB) project.

Azman stressed that Khazanah’s strategic move to counter the current crisis was to be “defensive first, then offensive”.

The three-pronged strategy that the group has mapped out is crisis preparedness, catalysing economic growth with focus on domestic investments and continuing to build for the future and to institutionalise Khazanah.

He reiterated that Khazanah has done stress tests on the GLCs as part of its efforts to weather the storm.

According to Khazanah, the gearing ratio for the top nine GLCs, known as K-9 and PLUS Expressways Bhd, has declined from 69% in 2005 to 48.8% in 2008.

Aggregate earnings per share for the K-9 companies and PLUS have been climbing from 25 sen in 2005 to 71 sen in 2007. The figure, however, is estimated to drop sharply to 42 sen in 2008.

This was despite Khazanah divesting and monetising some of its assets in the first half of last year before the global market downturn took a turn for worse.

Over the period from June 1, 2007 to Dec 31, 2008, Khazanah’s major divestment and monetisation amounted to RM5.97 billion. Divestments included Lippo Bank (RM2.12 billion), Mobile One (RM136 million) and Excelcomindo (RM885 million).

Azman said that Khazanah was fortunate to have caught the right timing to unlock its assets when the market was favourable.

Going forward, he said they were not in a hurry to divest the assets as market conditions were not suitable.


so how are the Amanah Saham funds managers doing, actually, mas?