Bingkisan berita Bernama di bawah ini wajar menggembirakan kita semua. Kaedah pengurusan kewangan Malaysia ilham Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dulunya disifatkan kolot, kini ditiru oleh lain-lain negara maju “untuk meneruskan kelangsungan” masing-masing di era krisis ekonomi global yang kian meruncing.
Hakikat ini benar. Tetapi, adakah juga benar Malaysia tidak akan terjejas teruk akibat krisis ekonomi global ini, bila kerajaan seolah-olah enggan berterus terang akan kedudukan sebenar ekonomi negara mutakhir ini? – Ruhanie Ahmad
Malaysia Mesti Tingkatkan Diri Untuk Lebih Menonjol Dalam Komuniti Antarabangsa
Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Malaysia perlu meningkatkan usaha untuk menonjolkan kualiti terbaiknya bagi memperkukuhkan kedudukan negara dalam arena antarabangsa susulan krisis kewangan global.
Dalam setiap krisis, pasti ada sinar harapan. Oleh itu, Malaysia perlu mengambil peluang itu dan memain peranan bagi menonjolkan kelebihannya dalam radar antarabangsa.
Beberapa penganalisis berpendapat prestasi Malaysia di peringkat antarabangsa tahun depan dijangka lebih baik berbanding negara lain berdasarkan hakikat bahawa ia adalah antara negara Asean yang masih kukuh walaupun krisis kewangan global sudah berlarutan.
Ketika negara-negara maju bertungkus-lumus menyelamatkan sistem kewangan ala Anglo Saxon yang dibanggakan itu yang kini lumpuh, Malaysia, bersama-sama rakan Aseannya, kurang terjejas akibat krisis itu memandangkan sistem kewangannya lebih terkawal, hasil daripada pengajaran krisis kewangan Asia pada 1997/1998.
Malaysia yang sebelum ini dikritik hebat oleh Barat kerana melaksanakan kaedah yang dikatakan "kolot" yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir semasa krisis kewangan Asia, kini boleh berbangga kerana negara maju lain meniru usaha yang dilaksanakan negara ini untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Penganalisis mengunjurkan bahawa negara-negara Asia dijangka menjadi penyelamat ekonomi dunia tahun depan selepas sistem kewangan Amerika Syarikat (AS) lumpuh, dan kesannya melanda di seluruh dunia.- BERNAMA
Untuk berita sepenuhnya, sila klik: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=380617

3 comments:
Alhamdulillah... Sebenarnya, otak orang asia ni lebih hebat dari otak2 orang puteh. Coz, Allah dah janjikan kpd orang Islam yang Allah akan menolong hambanya selagi mana hambanya beribat kepadanya. Dalam konteks Malaysia, kita adalah sebuah negara yg mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Mudah2an, kita mampu mengharungi krisis kewangan ini.
Politik Ok.. Ekonomi akan Ok :-)
Selamat Tahun Baru :-)
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
Sahabatku berdua, salam takzim, Selamat menyambut Maal Hijrah 1430dan tahun baru 200.
- Ruhanie Ahmad
Post a Comment