Wednesday, December 24, 2008

SUDI TAK KERAJAAN DENGAN SUARA RAKYAT?

Soal penswastaan IJN sedang jadi topik hangat. Banyak pihak bangkang usaha ini. Kata mereka, ada banyak lagi hospital swasta untuk orang kaya, buat apa nak kuasai IJN? Para doktor pula berkata, doktor pakar pun puas hati dengan gaji di IJN waktu ni.

Jadi, ura-ura penswastaan IJN kini jadi non-issue. Kalau begitu, kerajaan tak payahlah tangguhkan ura-ura ini untuk buat kajian dan sebagainya. Batalkan saja ura-ura ini, dan dengarlah suara rakyat bawahan seperti dalam artikel Bernama di bawah ini. - Ruhanie Ahmad

IJN: Institusi Yang Mempunyai 'Tanggung Jawab Sosial'

Oleh Zulkiple Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Jumaat lepas, Kerajaan memutuskan penangguhan keputusannya terhadap permintaan Sime Darby untuk mengambil alih pengurusan Institut Jantung Negara atau lebih dikenali sebagai IJN.

Semasa mengumumkan keputusan Kabinet, Timbalan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, keputusan Kerajaan terhadap pengambilalihan tersebut ditangguhkan sehingga satu kajian yang menyeluruh dijalankan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Kementerian Kesihatan serta Kementerian Kewangan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kajian tersebut akan memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat terutama jaminan Kerajaan terhadap tanggungjawab sosialnya.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang bertanggungjawab terhadap penubuhan IJN, telah menyambut baik keputusan Kerajaan tersebut.

baca lagi di:
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=379813

10 comments:

Mika Angel-0 said...

Puteramaya,
Salaam siber!

Cerita Enteng
(minda rakyat dunia ketiga)

Tertanya-tanya kenapa masih ada satu IJN sahaja macam di KL untuk tanah air kita ini?

Sudinya Kerajaan merencanajayakan lima buah lagi institusi jantung saperti unit IJN di Kuala Lumpur, sekiranya Kerajaan bukan sahaja Prihatin dan bijak saperti Tun Musa Hitam.

Privatisation Of IJN Will Not Affect The Poor And Pensioners

CYBERJAYA, Dec 23 (Bernama) -- Privatisation of the National Heart Institute (IJN) will not affect poor patients and government pensioners.

In giving the assurance, Sime Darby Bhd's chairman, Tun Musa Hitam, said the matter should not arise as priority was always given to patients who needed medical attention.

According to him, Sime Darby Bhd had all this while not shirked its social responsibility in providing treatment for needy patients at its Subang Jaya Medical Centre (SJMC).

"This matter should not arise, whether its IJN (if privatised) or SJMC, top priority is given to poor patients and government pensioners.

"For example, SJMC spends at least RM3 million each year for needy patients, whether it for heart diesease or other diseases," Musa told reporters after chairing the fourth meeting of the Eminent Persons Group here today.

He said this when asked to comment on the postponement of IJN's privatisation as announced by Deputy Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, on Dec 19.

Najib said the proposal to take over was postponed until an indepth study was completed.

According to Musa, the privatisation, if approved by the government, would help IJN to be more effective as an increase in specialists and addition of technology would be done at a faster pace.

"This just an offer...if the government rejects it we will accept the decision. If (IJN) is in the hands of Sime Darby, I think our treatment of poor patients and government pensioners will not change from what the government is doing, rather it can be improved as there would be more specialists and better technology

"IJN's capability presently cannot be questioned, it is very good but the government's burden is very heavy," he said.

IJN is currently the leading medical heart centre in the region and is 99.99% owned by the Finance Ministry.

Musa reiterated that Sime Darby Bhd had no problem if its offer was rejected after the study was done.

"No problem...the government has decided to postpone. If the government says 'sorry, no (privatisation)', it's OK," he said.
-- BERNAMA



"Biarlah IJN seperti apa yang adanya. Memang betul, senarai menunggu untuk mendapat rawatan adalah panjang tetapi itu merupakan perkara biasa dan orang ramai memahami asalkan mereka dapat rawatan di institusi ini", kata ibu kepada tiga orang doktor itu.

Bekas kakitangan kerajaan Wee Teck Seng, yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN pada tahun 2000, berkata IJN adalah satu institusi yang membuka pintunya kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira siapa mereka.

Wee berkata, ramai pesakit yang menerima rawatan di IJN ialah kakitangan kerajaan, mereka yang sudah pencen dan mereka yang tidak mampu.

Menurut beliau, mereka yang kaya dan mampu dengan kos yang tinggi, berupaya untuk mendapat rawatan di institusi perubatan swasta yang banyak di negara ini.

"Setahu saya, sebelum tertubuhnya IJN, ramai rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Singapura untuk mendapat rawatan (pembedahan) dan perbelanjaannya memang mahal...

"Saya rasa pakar dan doktor di IJN tidak kisah sangat dengan pendapatan mereka.

"Bagi saya, mereka puas hati dan komited terhadap tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

"Bagi mereka, pendapatan tinggi tidaklah penting tapi apa yang lebih penting adalah tugas mereka kepada rakyat Malaysia. Bagi saya mereka mempunyai hati yang murni", kata beliau.

Seorang doktor di klinik swasta di Shah Alam, yang mahu dikenali sebagai Dr Muzaffar, berkata:

"Saya pasti pakar dan doktor di IJN puas hati dengan keadaan sekarang. Saya berani kata khidmat yang mereka berikan adalah amat baik.

"Tidak pernah terdengar rungutan terhadap mereka dan saya percaya mereka telah melaksanakan tugas dengan baik. Mereka sebenarnya adalah wira-wira negara", tambah beliau.
(petikan dari laporan Bernama pada posting Puteramaya)


Memang betul, senarai menunggu untuk mendapat rawatan adalah panjang tetapi itu merupakan perkara biasa dan orang ramai memahami asalkan mereka dapat rawatan di institusi ini - pada pandangan anda "is this an acceptable answer - logical for a third world country?"

what is the healthcare blueprint for a developed Malaysia; or there is no need for such blueprint or blue ocean strategy, or blue whatever on healthcare as we will never be a developed nation - dalam mimpi mamak kita sahajalah, Puteramaya?

terima kasih tok ular

ps. not really a good spin is it from bernama. do we have what it takes to be a developed nation of muslims and malaysians, Puteramaya?

Gagak di Rimba said...

Salam,

Kerajaan selalu memberi alasan, bahawa tujuan kerajaan menswastakan sesuatu syarikat yang berkaitan dengan kerajaan adalah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Akan tetapi, dalam proses peswastaan itu tentu ada "pihak tertentu" (para kroni tentunya) akan "keuntungan" yang bukan sedikit.

Bagaimanapun, dalam isu IJN saya rasa suara rakyat adalah jelas -- mereka tidak mahu IJN diswastakan. Jadi jika kerajaan prihatin, memang sudah sewajarnya kerajaan membatalkan terus rancangan menswastakan IJN.

kulatlapok said...

salam Dato':

Kalau Kerajaan tak sudi mendengar 'suara rakyat', mereka (rakyat) pula sudi mengalihkan kuasa mereka kepada suara yg boleh memberi impak kepada rakyat. Signal pertama PRU12 membuktikannya.

Waris Melayu said...

Lawati blog: www.warisanmelayu7.blogspot.com, jika anda sayangkan bangsa kita . Setiap perkara yang dibincangkan amat dekat dengan orang kita. War-war kan blog ini kepada semua orang Melayu kerana ianya wajar dibaca dan diperhalusi demi keturunan kita di masa depan...

Penulis blog ini adalah seorang Professional Melayu yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Dengan itu, pemikiran beliau menjurus ke arah apa yang berlaku di dalam masyarakat orang kita di masa ini...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Sime Darby hendak control IJN sebab nak sediakan servis first class – peralatan first class, doktor pakar first class? Adakah dua kali pembedahan jantung Tun Dr Mahathir di IJN sebelum ini, Institut Jantung Negara itu masih lagi tidak ada class lagi kah?

IJN ini satu-satunya hospital jantung untuk semua rakyat Malaysia. Setakat ini rakyat dipelbagai peringkat masih mampu menggunakan kepakaran kebanyakkan anak-anak tempatan yang berkhidmat di situ. Mari kita kembali kepada 'konsep penswastaan'yang diperkenalkan di zaman Tun Dr Mahathir. Antaranya, seingat saya adalah untuk menambah kecekapan dan meningkat produktiviti. Selain itu adalah untuk mengurangkan beban kerajaan bagi menanggung sesuatu institusi, agensi atau badan-badan yang terbabit.

Kita tidak pernah mendengar keluhan daripada kerajaan khususnya kementerian kewangan dalam menyelia dan menguruskan IJN. Mengapa sekarang baru timbul idea untuk serahkan pegangan saham 51% IJN kepada kepada sebuah syarikat yang terkenal dengan ladang-ladang sawit. Sime Darby mungkin hendak mempelbagaikan sumber pendapatannya tetapi bukan di IJN walaupun di IJN itu ada lubok emas.

IJN adalah satu-satunya institusi sosial kerajaan yang tinggal dan sangat diperlukan oleh semua rakyat. Begitu juga dengan hospital-hospital kerajaan serta Institut-Institut Pengajian Tinggi Awam tidak boleh diuruskan oleh swasta. TNB, Telekom, Jabatan Pos dan yang lain-lain sudah mencukupi. Konsep penswastaan kepada badan berkenaan berjaya malah memberi sumbangan semula kepada kerajaan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita menyeru kepada Sime Darby dan orang-orang yang berkepentingan di dalamnya supaya mempertimbangkan permintaan majoriti rakyat Malaysia supaya membatalkan hasratnya itu. Cari lah idea lain yang lebih munasabah dan jangan busukkan lagi nama kerajaan yang memang sudah sedia tercemar ini.

Amir Hamzah
Batu Pahat

WANISMAIL said...

YB Dato'

Soal persoalan peswastaan IJN yang hangat dibincang sekarang sepatutnya tidak menjadi isu. IJN ditubuhkan bukan atas dasar keuntungan dan menjadi salah satu cabang sumbangan kerajaan pemerintah kepada rakyat yang memilihnya sebagai pemerintah.

Cadangan Sime Darby untuk pengambilalihan IJn atas dasar apa?, Perniagaan atau sumbangan sosial. Kalau untuk tujuan perniagaan, sudah tentu ada kiraan untung ruginya. Apakata kalau suatu hari nanti IJN mengalami kerugian, apakah Sime Darby tidak akan mengubah dasar yang sediaada ? Saya yakin dan percaya sesuatu tindakan yang boleh merugi dan membebankan pesakit-pesakitnya akan diambil. Itu dikatakan PERNIAGAAN. Kalau untuk tujuan sumbangan sosial bermacam-macam cara boleh dilakukan oleh Sime Darby, hulurkan saja bantuan terus kepada IJN, menubuh sebuah hospital yang serupa dengan IJN atau menyumbangkan kos rawatan kepada pesakit-pesakit yang dikira sesuai menerima sumbangan. Yang saya tahu dan faham, Perniagaan dan sumbangan sosial mempunyai pengertian dan tafsiran yang terlalu berbeza dan tidak akan bergerak secara selari.

WANISMAIL MOHAMAD

akal ask said...

assalamualaikum,

bila terdengar saja tangguh,sebenarnya saya lagi mengelabah,kenapa?

ingat tak apa yang di tangguhkan menjelang pilihanraya dulu?
pihak manakah yang menyatakan harga minyak tak akan dinaikan?
pihak manakah yang menyatakan ekonomi kita stabil,tak akan ada masaalah?bolehkah lagi rakyat marhaen nak percayakan lagi pada penangguhan ini?bolehkah datuk?

susah rasanya saya untuk katakan ijn ini tak terjual,tunggulah....

aduhai insan2 terpilih mengetuai kami rakyat jelata,sadarlah bahawa kami yang berbangsa melayu ini,kini ibarat pengemis di negara sendiri,siapahkah yang merompak pusaka nenek moyang kami,tidakkah anda sedar akan itu,atau gelapkah sudah hati kamu semua dengan pangkat dan harta untuk melihat kami yang hina di bawah.

pernahkah kamu mendengar di negara jiran kita yang kalau dilihat taklah semewah kita,taklah sestabil kita,namun demi rakyat,bil hospitalnya percuma untuk rakyat,bilik 1st classnya cuma rm 30 sahaja,sumpah saya baru mengalaminya minggu lepas,ini kerana saya berkerja di thailand,saya yang bukan rakyatnya cuma dikenakan rm 30 sehari, cuba bandingkan dengan kat tempat kita.

usahlah berterusan cuba untuk merompak harta sesama ugamadan bangsa.

Mika Angel-0 said...

Puteramaya,
Salaam siber!

Apa kena mengena agama komunisma yang dipelepori manusia angkuh saperti Chin Peng ini dengan orang Melayu yang terang hati mereka melakukan kezaliman di atas bumi Allah yang Maha Esa Maha Perkasa kita ini? Sepatutnya semua keturunan Chin Peng dihalau dari negara ini, setidak-tidaknya dihapuskan!

Suara rakyat yang mana wajib kerajaan dengar? Maka cerita ini apa bezanya:

Bapa Altantuya Mohon Disemak Keputusan Pendakwa Tidak Rayu Pembebasan Razak

SHAH ALAM, 24 Dis (Bernama) -- Shaariibuu Setev, bapa Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh di sini dua tahun lepas, mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini agar disemak semula keputusan Pendakwa Raya tidak membuat rayuan terhadap pembebasan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh anaknya.

Dalam permohonan itu, yang dikemukakan menerusi peguam Karpal Singh tengah hari tadi, beliau menamakan Peguam Negara dan Abdul Razak sebagai defendan.

Abdul Razak dibebaskan oleh Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin pada 31 Okt lepas daripada tuduhan bersubahat dengan dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas melakukan pembunuhan itu.

Karpal memberitahu pemberita kemudian bahawa Shaariibuu juga memohon perintah mandamus bagi menghendaki Peguam Negara memohon lanjutan masa untuk merayu terhadap pembebasan Abdul Razak, dan kemudiannya, memohon kepada Mahkamah Rayuan bagi mendapat waran mengarahkan Abdul Razak ditangkap dan dibawa ke mahkamah untuk direman sehingga rayuan itu diputuskan atau dibebaskan dengan diikat jamin.

Dalam kes itu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar diperintah membela diri.
-- BERNAMA


siapa perlu khuatiri sebenarnya - anwar, MP Permatang Pauh?

azam said...

Sime Darby patut buat Pusat Jantung sendiri, Tak perlu IJN diswastakan.Bila IJN diswasta takut jadi macam TNB,Bekalan Air dan Telekom hanya mencari untung untuk syarikat dan pemegang saham tetapi rakyat menanggung bil naik

Mika Angel-0 said...

Suara Rakyat! Suara Rakyat!
(yang celek atau tuli)

Kenapa masih ada satu sahaja IJN di negara ini?

Dan kenapa kita tidak bersungut waiting listnya yang panjang?

Sekiranya IJN ini satu model yang berjaya maka buatlah lagi unit-unit lain atau kita sebenarnya tidak mampu?

Kenapa dari 1992 sampai sekarang masih gagal IJN melatih dan menyediakan lebih ramai pakar-pakar kardiologi saperti yang diakui oleh ketua kardiologis Dr. Wan Ahmad dalam temurah dengan TheStar dan diterbitkan pada Ahad 19hb Disember.

Kenapa kerajaan tidak mahu atau tidak mampu membina lagi unit-unit IJN di seluruh bahagian tanah air ini termasuk di Sabah dan Sarawak?

Kenapa pesakit dari Perlis perlu ke Kualau Lumpur untuk mendapat khidmat IJN - orang Kota Kinabalu orang Kuching orang Kota bharu dan orang Johor?

Ini seolah-olah cerita angkasawan malaysia yang unggul. Sekali naik tutup program lebih itu mendabik dada program angkasawan malaysia berjaya!

Kenapa orang kaya tan sri pun mahu ke situ? - kerana ianya hak kerajaan dan murah. Dulu kardiologi ini canggih tetapi zaman telah berubah - sekarang ada angioblast - kaedah mudah tetapi berkesan. Sebenarnya, yang susah itu adalah mendapat 'jantung pengganti' yang baik bukan procedurenya, Puteramaya. Cerita quadruple bypass itu cerita pensyarah dan penuntutnya di dewan kuliah.

Mahal sangatkah bagi kerajaan hendak membina unit-unit kardiologi yang lebih canggih?
IJN di Kuala Lumpur ini cerita lapok.

Mahu marah? Eloklah kamu dewa-dewakan Mamak Mahathir itu!