Tuesday, April 22, 2008

UMNO Parti Kampung
Guru Lawan Korporat

Lamandau

Memang betul apa yang diluahkan oleh Politica. Itu memang realitinya dengan UMNO semenjak tahun 80an!

Sebelum itu, kalau kita masih ingat, UMNO di monopolikan oleh golongan guru semenjak ia ditubuhkan lagi.

Ketika itu juga, gurulah yang merupakan reservoir (sumber) kepimpinan di segenap cerok kampung. Mereka merupakan tempat masyarakat bergantung untuk mendapat kepimpinan.

Ketika itu, kita lihat dalam setiap Perhimpunan Agung UMNO (PAU) majoriti perwakilannya adalah terdiri daripada guru!

Mereka dengan secara sukarela meberi khidmat kepimpinan untuk mencatur dan mewarnai corak politik ketika itu. Tiada perkiraan wang dan juga tiada pertandingan sengit kerna semua hanya ingin menyumbang bakti dengan ikhlas dan jujur!

Sebab itu kalau kita lihat, sesiapa yang menjadi Menteri Pelajaran, sudah pasti akan menjadi pemimpin ulung!

Keadaan ini saya rasa mulai bertukar apabila pintu keahlian UMNO dibuka seluas-luasnya kepada golongan korporat yang dibawa masuk oleh seorang hamba Allah (you know who) untuk membantunya mendapat tempat dalam politik UMNO.

Pengaruh guru telah semakin hari semakin luntur gara-gara kegelojohan golongan baru ini yang menggunakan wang secara membujur lulu melintang patah!!

Pengaruh guru juga terhakis apabila seseorang pemimpin telah mengeluarkan arahan ketat melarang guru-guru Kumpulan A berkecimpung dalam politik. Penglibatan guru-guru Kumpulan B dan bawah dibenarkan dengan permohonan bertulis.

Keadaan ini telah membuatkan kumpulan yang satu masa dulu terkenal sebagai pelopor parti UMNO, chissed-off (rasa terpinggir) dan tidak mahu melibatkan diri dengan politik UMNO. Keadaan ini telah menjadi advantage (kelebihan) kepada parti pembangkang.

Saingan yang diberikan oleh golongan korporat terhadap golongan guru begitu hebat yang juga telah melunturkan nilai-nilai “kampung” itu sendiri.

Golongan korporat ini kebanyakannya menggunakan proksi atau membela “hantu raya” untuk menjalankan usaha mencari pengaruh.

Mereka ini jarang tinggal di bahagiannya dan menggunakan kuasa wang untuk mengekalkan pengaruhnya. Ini realitinya sekarang.

Ini juga punca yang membawa kepada keruntuhan UMNO. Kalau keadaan ini berterusan, ahli-ahli UMNO masih dibuai dengan wang, dan kepimpinan seperti ini masih mencorak UMNO, saya kuat mempercayai bahawa UMNO akan lenyap di bumi bertuah ini menjelang 2020!

PRU12 membuktikan rakyat telah mual dengan keadaan ini. Orang-orang cina sudah mulai mencemuh UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. Orang-orang India tidak lagi senada dengan UMNO.

Kesemua perasaan ini telah diterjemahkan dalam bentuk undi! Mungkin PRU13 akan melihat UMNO berada di kerusi pembangkang dalam parlimen! (Mudah-mudahan dijauhkan oleh Allah SWT jua!) - Lamandau: 7:29 AM

2 comments:

Kamalkamal said...

Datuk,

Cetusan pandangan Lamandau ini menunjukkan begitu banyak perubahan yang berlaku dalam UMNO. Perubahan ini juga yang telah membawa UMNO rebah di lima negeri. Perubahan ini amat ketara era Tun Dr. Mahathir menjadi PM. Di tempat saya ramai kalangan guru berijazah merupakan penyokong kuat pembangkang terutamannya PAS.

Apa yang dikesalkan tokoh-tokoh korporat ini biasanya tinggal di Kuala Lumpur. Wajah mereka akan kelihatan di Bahagian menjelang pemilihan UMNO setiap tahun. Kalau dalam pertandingan mereka ini akan merebut jawatan tertinggi dalam Bahagian ataupun sekurang-kurangnya G7. Mereka ini kebanyakannya ada gelaran dan mempunyai perniagaan yang kukuh di Kuala Lumpur. "Kempen manager" mereka akan melobi ahli-ahli peringkat Cawangan terutama Ketua Cawangan dan perwakilan.

Sekarang ini kumpulan korporat ini telah mula merayap ke Cawangan-cawangan, pantang ada kenduri kahwin, kelibat mereka akan kelihatan. Malah di kedai-kedai kopi nama mereka dicanang dan susun atur kumpulan telah pun bermula. Di Bahagian di mana saya menjadi ahli, terdapat empat kumpulan yang menawarkan diri untuk bertanding pada tahun ini. Biasanya selepas pemilihan Cawangan nanti, akan ada kompromi di kalangan puak-puak ini dan akan wujud dua kumpulan yang akan berentap menentukan siapakah yang menjadi pilihan perwakilan. Inilah UMNO dulu dan kini!!! Masih belum ada perubahan!!!!

abe MIE 'TERJAH' said...

PKR DAN PAS diBABIkan OLEH DAP
Oleh: abe MIE (penulis bebas)

saya gemar melayari website dan membaca HARAKAH. ini luahan hati saya tentang akhbar berkenaan yang semakin hari semakin nyanyuk dan 'tua'

‘Khalifah Islam Ke-5’, iaitu Umar Bin Abdul Aziz disamakan dengan Lim Guang Eng. Gara-gara kononnya ‘telah’ berjaya menghapuskan rasuah, ‘membersihkan’ pentadbiran di bawah pimpinan BN dan memberi ‘saguhati’ dengan menaikkan elaun guru agama di Pulau Pinang menyebabkan Guan Eng layak diberikan gelaran sedemikian.

Guan Eng juga diibarat ‘Mr Clean’.
Benarkah dan cuba kita fikirkan propaganda ini?

Guan Eng juga turut serta menjayakan perayaan pelbagai agama. Misalnya dalam perarakan Maulidur Rasul baru-baru ini. Beliau juga dijemput oleh panel Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Saya kagum dengan beliau kerana mendapat ‘kejutan pengiktirafan’ walaupun beliau bukan beragama Islam (dan tidak pernah menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam).

Sekiranya diamati sejarah Islam, puak-puak Yahudi yang mempunyai niat memburukkan Islam dengan sanggup menjadi pengikut Islam dan guru agama. Apabila mendapat kepercayaan, lama-kelamaan akan tanpa disedari mereka akan merosakkan ajaran Islam dengan mencampur aduk serta mengelirukan ayat-ayat suci al-Quran.

Lim Guan Eng bukan orang yang saya maksudkan.

Selepas isu penternakan babi, DAP dikagumi kerana Guang Eng seorang tokoh ‘ulama segera’ oleh PAS dan PKR. Setiap detik saya membaca lama web pembangkang, seolah-olah PAS dan PKR tetap menjadi ‘tali barut’ DAP dan ‘lembu peliharaan’ tidak kisah dicucuk hidung dibawa ke hulu ke hilir.

Cuba fikirkan kenapa perkara ini berlaku?

Jawapannya PAS dan DAP masih ‘terhutang undi’ dalam pilihan raya yang lepas sehingga berjaya melantik Menteri Besarnya di Perak dan Kedah. PAS sanggup berkompromi untuk tidak menjadikan Islam sebagai pemerintahan dan lebih suka mencari kesilapan dan menghentam secara memBABI buta apa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang merupakan saudara semelayu dan seagamanya.

Misalnya, apabila Karpal Singh menentang tindakan PAS menjadi ketua pembangkang dan menyuarakan slogan Membangun Bersama-sama Islam dengan mempopularkan ‘Hudud Pas’, PAS diam tidak berkata-kata. Begitu juga Puteri Katak dalam PAS kelu membisu seribu kata.

Ini belum diceritakan tentang sokongan PAS pada Hindraf yang selama ini PAS sentiasa memberi peringatan yang Islam mempunyai musuh di pelusuk dunia termasuklah Hinduisme.

PAS tersorong-sorong membantu Hindraf dan bersekongkol dengan mereka semata-mata untuk undi. Lama kelamaan, saya percaya orang India akan tersedar dari mimpi indah menjadi ‘Kelab Penyokong PAS’.

Bagaimana dengan pemerintahan PAS lebih 18 tahun di Kelantan? Tidak pernah saya mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz digelar pemimpin ‘selayak’ Guan Eng yang menjadi Menteri Besar kurang empat bulan.

Adakah ketokohan Nik Aziz sudah ‘tidak laku’ atau basi? Atau Guang Eng lebih hebat daripada bekas pemimpin ABIM, Anwar Ibrahim yang tidak lagi bercakap betul dan berbelit-belit.

Sebelum ini PKR dengan 100 peratus berceramah yang Mantan Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun sanggup ‘mencuri’ Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak.

Pada perhimpunan ‘Black 14’, Anwar secara terang-terang memperbodohkan rakyat Malaysia dengan sloganya ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’ apabila meletakkan isterinya sebagai ‘bayangan Perdana Menteri’ dan beliau akan ‘bersabar’ untuk menjadi PM selepas pilihanraya akan datang.

Melantik isteri dan anak sebagai wakil rakyat membuktikan bibit-bibit bunga nepotisma diamalkan oleh Anwar sebelum menjadi PM nanti. Pendustaan yang beliau akan mengambil alih kawasan Parlimen mana-mana dimenangi oleh PKR.

Bahkan diceramahnya enak didengar dan menjadi madu di telinga, sering memperjelaskan yang beliau (sekiranya menjadi PM dan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan) yang harga petrol akan diturunkan, membantu semua orang miskin, menaikkan elaun dan gaji pekerja di sektor awam dan membela pekerja swasta, menyediakan peluang perniagaan, menyelaraskan hal ehwal pelbagai agama dan 1001 janji.

Di Selangor sehingga kini rakyatnya seperti itik kehausan menunggu air subsidi sehingga berbulan-bulan. Yang menjadi kekeliruan, ‘kebajikan’ babi menjadi keutamaan.

Bahkan setiap masa, pemimpin DAP, PKR dan PAS sentiasa berceramah memperburukkan UMNO dan BN.

Rasionalnya, mereka perlu membuktikan bagaimana pengurusan pentadbiran mereka mampu membawa rahmat kepada rakyat sebagaimana mereka laungkan sebelum ini.

Nasihat saya, Pakatan Rakyat perlu mengikis mentaliti pembangkang kerana mereka adalah ‘kerajaan negeri‘ kepada Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan dengan memberi ‘kebajikan’ bukan membuka ‘keaiban’ dengan menjamin kestabilan politik dan memperluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Ceramah mereka pada setiap masa boleh memberi stereotaip yang Malaysia kini seperti negara Nepal, India, Pakaistan, Myanmar dan Filipina. Pelabur hanya berminat melabur di Vietnam dan China.

Bila hal ini berlaku, gelombang tsunami menjadi terkena muka sendiri apabila rakyat yang setiap masa disajikan ceramah mengadu domba daripada sajian peluang kerja.