Monday, April 21, 2008

UMNO Mesti Kembali Jadi 'Parti Kampung'

KEPALA BATAS 20 April - UMNO mesti mengikis imej 'parti eksekutif' yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi 'parti kampung' dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.

Selain itu, pemimpin UMNO perlu menghayati semula semangat keperwiraan iaitu dengan lantang dan bersungguh-sungguh dalam mendekati serta menyelesaikan setiap masalah rakyat agar mereka menjadi pemimpin yang lebih dihormati.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh berkata, sudah ada kecenderungan dalam kalangan rakyat yang mengaitkan UMNO dengan tempat meraih kuasa dan kekayaan, sehingga parti itu semakin jauh daripada masyarakat.

"Ini realiti yang perlu kita akui, sudah ada persepsi-persepsi begini yang mengaitkan UMNO dengan kemegahan, keangkuhan dan kekayaan. Ini bukan imej UMNO yang sebenar. Dalam keadaan kita gah tampil dengan gaya mewah, masalah dan rintihan orang di bawah pula tidak selesai-selesai. Semua ini rakyat lihat dan menilai, inilah yang akan buat orang berjauh hati dengan UMNO," katanya.

Lagi:

2 comments:

Kamalkamal said...

Datuk,

Pandangan Datuk Hashim Suboh ini sememang ada kebenarannya. Cuma sayang kebenaran kita hanya kita lihat selepas BN/UMNO tewas teruk dalam PRU yang lalu. Satu post mortem yang baik. Persoalannya apakah dalam masa yang singkat pembesar UMNO samada di peringkat pusat ataupun bahagian boleh mengubah keadaan ini.

Kelmarin saya menghadiri satu majlis kenduri seorang sahabat saya di kampung, Hadirin cukup ramai dan meriah. Lebih memeriahkan suasana bila Mantan MB turut hadir. Setahu saya semasa beliau menjadi MB dulu tak pernah pun beliau menjejakkan kakinya kesini. Mungkin ini yang dikata perubahan, pembesar UNMO sudah mula jejak kaki ke kampung-kampung. Kalau dulunya politik bermula di kampung maka kini UMNO harus kembali keasalnya.

Suasana kehangat politik memang sudah mula terasa. Kempen pemilihan UMNO telah bermula. Maka setiap hari kita boleh melihat pelbagai watak yang dilakonkan, ada yang lucu dan kekadang ada yang membosankan. Kata seorang rakan kempen sekarang ini, masih "fesyen lama" tak ada perubahan.

abe MIE 'TERJAH' said...

MALAYU KRISTIAN? BOLEH KE?

'Ustaz' Lim Kit Siang mempersoalkan kenapa kitab kristian tidak boleh diterjemahkan ke dalam BM sedangkan dalam bahasa Inggeris tidak menjadi hal?
Adakah atas dasar kebebasan kita akan membenarkan 'orang melayu' bebas memilih agama selain Islam sebagaimana berlaku di Indonesia, Sabah dan Sarawak serta Filipina?

jumpa abeMIE dalam website

http://malaysialoni.com