Monday, October 8, 2007

Reaksi (1)
Gerakan Dan Tsu Koon
Nak Hapuskan Melayu?

Melayu Terpinggir

Dalam posting saya di blog ini, dengan promonya di blog http://www.kuda-kepang.blogspot.com/, saya telah kemukakan pertanyaan: kenapakah Ketua Pergerakan Pemuda Gerakan minta wujudkan satu parti multi-keturunan gantikan BN? Apa motif cadangan ini? Untuk hapuskan Melayu jadi tonggak BN? Untuk hapuskan kerajaan Malaysia berpaksikan UMNO? Tidakkah ini cadangan anti-Melayu?

Berikut adalah antara reaksi awal yang saya terima menerusi http://www.kuda-kepang.blogspot.com/. Saya paparkan reaksi ini di sini untuk membolehkan kita mengambil iktibar daripadanya.

Kamalkamal: Parti Gerakan sejak dari Lim Chong Eu lagi mengatur strategi mengusir Melayu keluar dari bahagian pulau (Pulau Pinang). Sebab itu dimajukan Seberang Jaya. Projek perumahan di bahagian pulau amat pesat dengan penghuni keturunan orang Cina. Orang Melayu tak sampai pun 10 peratus. Terutama sekali di kawasan Paya Terubung dan pembangunan di kaki-kaki bukit.

Melalui Tan Sri Koh Tsi Koon, strategi ini diteruskan. Lebih ramai orang Melayu berhijrah ke Juru, Kulim dan Sungai Petani, selain daripada Seberang Jaya. Mereka ini masih berkerja di bahagian pulau. Maka sesaklah jambatan tiap-tiap hari.

Mungkin tak lama lagi Pulau Pinang akan berwajah seperti Singapura. Kawasan Melayu hanya tinggal di sekitar Parlimen Balik Pulau sahaja. Kalau Dato' Dr. Helmi pun masih dibuai mimpi, Melayu Balik Pulau pun nanti kena pindah ke tanah besar.

Kalau Gerakan, MCA dan DAP bersatu di Pulau Pinang, kedudukan Melayu akan terancam. Ini adalah kerana kekuatan Melayu hanya di bahagian tanah besar.

Perkembangan ekonomi dan industri semakin pesat di bahagian pulau. Sekali lagi Melayu terpinggir. Inlah nasib Melayu Pulau Pinang. Pemimpin Melayu…. tentu Perdana Menteri lebih mengetahui kerana beliau orang Penang!!!
- Ruhanie Ahmad

1 comment:

The Eugenist said...

Salam Tok..

Isu Melayu di Pulau Pinang, ini bagi saya, sebagai anak jati Pulau Pinang yang dibesarkan, disekolahkan dan diuniversitikan di Pulau Pinang, telah lama dipolitikkan.

UMNO mempolitikkannya,
Gerakan mempolitikkannya,
MCA cuba untuk mempolitikkannya (kerana mereka tahu, selepas KM mereka kalah di tangan Gerakan pada tahun 1969, tak mungkin mereka akan dapat merampas kembali Pulau Pinang dari Gerakan!)

Bagi saya Tok, Melayu di Pulau Pinang akan tetap di"haprakkan" oleh pemimpin mereka sendiri. Biarpun siapa yang menjadi pemimpin utama, dari Anwar hingga Abdullah, Melayu di Pulau Pinang akan tetap dihaprakkan..

Cubalah lihat di Jelutung, lihatlah di Kampung Makam, berapa sangat Melayu itu tinggal dalam keadaan selesa?

bagi saya, Tok.. Polemik tentang nasib orang Melayu Pulau Pinang ini sungguh memualkan dan menjelikkan jika sekadar retorik yang bergema.

Melayu hilang di Pulau Pinang, sudah pasti...