Monday, February 23, 2009

ABDULLAH PEMIMPIN AGUNG?

Di bawah ini adalah kenyataan Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengenai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pastinya Mukhriz membuat kenyataan ini secara ikhlas kerana beliau amat mengetahui betapa remuknya perasaan Tun Mahathir yang sentiasa diperlekehkan oleh segelintir budak-budak Abdullah selama ini. – Ruhanie Ahmad

HORMATI ABDULLAH SEBAGAI PEMIMPIN AGUNG - MUKHRIZ

KOTA BHARU 22 Feb. - Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta semua rakyat terutamanya anggota Umno menghormati Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin agung selepas era kepimpinannya, apabila berakhir Perhimpunan Agung Umno, Mac ini.

Beliau berkata apa yang berlaku terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menyerahkan jawatan pemimpin nombor satu negara kepada Abdullah tidak seharusnya berlaku lagi sebaliknya semua pihak perlu meletakkan mereka di tempat sewajarnya.

“Jangan lagi perlakukan Pak Lah seperti mana yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir kerana akhirnya Umno akan dibenci rakyat kerana tidak menghormati pemimpin.

“Kita mesti memberikan penghormatan tinggi kepada Pak Lah kerana dia adalah Perdana Menteri dan pemimpin kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenal calon-calon kepada perwakilan Pemuda Umno Kelantan di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga calon Ketua Pemuda Umno berkata adalah menjadi adat bangsa Melayu mengenang budi bekas pemimpin mereka terutama kepada pemimpin yang sangat berjasa untuk bangsa dan negara.

Beliau berkata apa yang berlaku kepada Dr Mahathir sebelum ini perlu dielakkan kerana ada dakwaan yang mengatakan Kedah tewas di tangan pembangkang pada pilihan raya umum disebabkan anggota Umno tidak mengenang budi bapanya.

“Semua rakyat di Kedah marah dan kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir dan diterjemahkan melalui undi pada pilihan raya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai saranan agar Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat sama ada di dalam kerajaan atau parti, Mukhriz berkata sebagai anak adalah tidak wajar untuk beliau memberikan pendapat.

“Terpulanglah kepada parti untuk berbuat demikian seperti mana yang dilakukan oleh parti lain apabila bekas pemimpin mereka dilantik sebagai penasihat parti selepas tidak lagi menjadi presiden,” katanya.

Mukhriz juga berharap proses peralihan kuasa itu nanti akan berjalan dengan baik dan berharap kepimpinan baru nanti akan meneruskan kesinambungan pemimpin sedia ada bagi memperbaiki parti dan memakmurkan negara. – BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

Tuesday, February 10, 2009

WASPADA: TEMASEK TUKAR CEO

Semoga rakyat Malaysia waspada akan berita di bawah ini – Temasek Holdings, syarikat pelaburan global milik Kerajaan Singapura , tukar CEO. – Ruhanie Ahmad

SINGAPORE'S TEMASEK HOLDINGS ANNOUNCES LEADERSHIP CHANGE

SINGAPORE, Feb 6 (Bernama) - Temasek Holdings, Singapore's government global investment firm, today announced that its chief executive officer (CEO) Ho Ching will step down this October.

Ho, 55, who is the wife of Prime Minister Lee Hsien Loong, will be replaced by former CEO of BHP Billiton, Charles W. Goodyear, 51, an American who joined the Temasek board on Feb 1.

Goodyear will assume the position of CEO-designate on March 1 and succeed Ho on Oct 1 to run Temasek which manages a diversified US$134 billion portfolio. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsworld.php?id=388167

Sunday, February 8, 2009

KENYATAAN KARPAL SINGH: APA REAKSI PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA DAN PAKATAN MUDA PKR?

Bernama hari ini memetik dua kenyataan Karpal Singh yang seolah-olah memprovokasi Pergerakan Pemuda UMNO Tanjong dan Balik Pulau serta Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam kenyataan pertamanya, Bernama menetik Karpal sebagai “mengingatkan mana-mana pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakannya mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, supaya bersedia dengan apa juga akibatnya.” Katanya: “jangan main-main dengan saya.” Kenyataan ini merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Tanjong dan Balik Pulau.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

Dalam kenyataan keduanya, Bernama memetik Karpal sebagai "menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.” Karpal juga mengecam Anwar kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm

Lantaran itu, apakah agaknya tindak balas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pakatan Muda PKR terhadap kenyataan Karpal ini? – Ruhanie Ahmad

Saturday, February 7, 2009

ZAMBRY: TAHNIAH DAN WASPADALAH SELALU!

Tahniah kepada Datuk Dr Zambry Abdul Kadir kerana jadi Menteri Besar Perak yang baru menerusi episod yang amat historic. Waspadalah selalu dan jangan lupakan Celdes, Abang Din, ISA dan sahabat-sahabat lama. Semoga anda kembalikan semula maruah BN dan UMNO di Perak. – Ruhanie Ahmad

BN Rasmi Ambil Alih Kerajaan Perak

KUALA KANGSAR, 6 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) hari ini secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat apabila Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar yang baru.

Majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini, berlangsung dalam keadaan Pakatan Rakyat masih enggan menerima hakikat bahawa ia tidak lagi berkuasa di Perak. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=388116