Tuesday, March 18, 2008

Saran UMNO-PAS Bersatu

Saya bersetuju dengan semua pendapat semalam berkaitan perlunya orang Melayu dan bumiputera bersatu. Telah banyak pendangan yang dilontarkan dalam ruangan ini menyatakan kekesalan mereka terhadap orang Melayu terutamanya yang mengundi DAP, PKR dan Pas sehingga menyebabkan DAP berkuasa di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Kini semuanya telah berlalu dan tiada apa yang boleh dilakukan lagi melainkan perlu mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikannya.

Umum telah mengetahui bahawa barisan kerajaan baru di beberapa negeri tersebut disertai oleh tiga parti iaitu DAP, PKR dan Pas. Amat tidak dapat difahami sebenarnya bagaimana pakatan ini boleh terhasil kerana Pas merupakan parti yang sentiasa mencanang sebagai pembela dan penyelamat Islam.

DAP sejak dahulu lagi secara terbuka tidak mengiktiraf Islam serta enggan bekerjasama dengan Pas. PKR pula sentiasa bertindak demi kepentingan parti dan perjuangan mereka sentiasa berubah mengikut kaum mana yang ditemui ketika berceramah.

Walaupun Pas sering menafikan mereka tidak bekerjasama dengan DAP, tetapi rakyat tetap melihat terdapat kerjasama antara kedua-dua parti tersebut terutamanya di Perak dan Selangor serta di Parlimen.

Penasihat seumur hidup DAP pula semalam menggesa parti itu meningkatkan kerjasama dengan Pas demi kepentingan jangka panjang DAP.

Sekiranya ura-ura pakatan DAP-PKR-Pas akan bergabung membentuk sebuah parti ala Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan, maka ia akan menunjukkan dengan jelas kerjasama antara Pas dan DAP.

Demi menumbangkan BN, prinsip dan perjuangan parti sanggup diketepikan seketika dan akhirnya pakatan ini berjaya menakluki Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan hampir berjaya di Negeri Sembilan.

BUMIPUTERA@MALAYSIA

Lagi:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm


6 comments:

Unknown said...

Jangan salahkan Pas atau PKR. Muhasabah diri dulu. Tempoh 50 tahun diberikan, berapa kerat Melayu yang boleh berterima kasih kepada perjuangan UMNO.

Ia bukna pakatan. Pokok pangkalnya ialah kemarahan rakyat ekoran keangkuhan pemimpin. rakyat mereka ibaratkan seperti hamba, beri apa saja mereka akan terima sekali pun ia tersangat membebankan.
Tol naik (berapa kali orang Melayu yang balik ke kampung menjenguk ibu bapa, saudara mara angkara kos tol yang tinggi dan harga pertrol yang meningkat. Bukankah kekuatan Melayu itu pada ikatan sistem kekeluargaan?

Setiap kali harga petrol dan kadar tol naik, pasti barang akan naik? Siapa yang berani menyanggahnya dengan fakta?

BR atau BA baru dua minggu pegang tampuk pemerintahan di empat negeri. Beri mereka masa. Sekiranya lebih baik daripada BN, siapa yang untung? janganlah menyanggah terlalu awal

PERENUNG LANGIT said...

Cadangan agar Pas dan UMNO bersatu adalah saranan yang baik tetapi pada masa yang salah. Semasa UMNO kuat dan terkenal Pas adalah musuh utamanya. Saat kini UMNO hanya nyawa-nyawa ikan. Lagipun UMNO sekarang bukan parti orang melayu lagi melainkan parti beberapa elit melayu. Lenyapnya UMNO dari muka bumi bukan bererti orang Melayu akan hilang tempat berpayung . PAS boleh menjadi wadah yang lebih adil dan membela Melayu.

lamandau said...

ara yang berada dalam keadaan terumbang ambing. Kalau usaha Saya amat terkilan kerana BN tidak mengambil kesempatan untuk melamar YB PAS untuk memihak kepada BN bagi membolih kan kerajaan BN kekal di Perak Selangor. Kedua2 Kebawah DYMM perak dan selangor telah melengah2kan perlantikan MB masing2 mungkin untuk memberi peluang BN melancarkan gerakan untuk memenangi YB2 dari PAs. Bagi saya dalam keadaan sekarang BN harus ketepikan perasaan egoistik nya dan buat lamaran demi keutuhan orang2 melayu dan kaum lain yang meyokong kita.

Berkemungkinan besar pemimpin tertinggi PAS rasa serik untuk berkahwin dengan BN kerana pengalaman lampau cukup memilukan mereka. Tetapi itu semua harus diketepikan kalau ingin menyelamat negara yang berada dalam keadaan terumbang ambing. Kalau usaha pemimpin defakto PKR berjaya , maka negara akan mengalami suasana yang lebih muram. Kepada BN dan PAS fikir2kan lah

kembara kelana said...

pendapat lapok!!!...bila dah sesak nafas UMNO mulalah citer pasal melayu, buruknya DAP, PKR dan PAS. Masa dia ada power...tak pandang pun apa benda yang dikatakan MELAYU atau ISLAM itu sendiri... CUKUPLAH. PENIPU AKAN MENGALAMI KESULITAN UNTUK SENTIASA MENIPU. Saya BANGKANG SAMA SEKALI PENYATUAN UMNO-PAS. Biarkan UMNO dgn labu-labunya, idea retorik dan bangkrupnya sepadan dengan tingkah laku NGKUH, SOMBONG DAN TAMAKnya..NO WAY. KIRIM SALAM BANYAK BANYAK PADA IDEA PENYATUAN UMNO - PAS.

sniper said...

Siapa yang sanggup menjadi 'Tun Abdul Razak' yang kedua? Sebagai 'abg', Umno tak boleh tunggu Pas yang datang menyembah dan minta bergabung ..lupakan segala ego dan lagak .. jika benar Umno benar-benar pejuang melayu dan Islam, tiada istilah 'tebal muka' jika ingin melihat Malayu-Islam bersatu.. hantarlah rombongan 'meminang' yang sewajarnya.. disaat ini, Pas ibarat anak gadis 19 tahun (usia 19 tahun memerintah kelantan dan kini kedah).. yang mula diminati oleh ramai pihak..PKR,DAP..Dulu semua orang tak heran dengan PAS, pandang sebelah mata pun tidak .. oleh itu Umno perlu benar-benar sanggup memenuhi 'syarat dan hantaran' jika benar-benar ingin bersatu dengan PAS.. Jangan la belagak sangat ..pelik la kalau kita yang meminang, tapi kita pulak tentukan berapa 'hantaran'..

Anonymous said...

http://parlimen.wordpress.com/2008/03/22/ketaatan-kpd-pak-lah/